Mar 29, 2012

Bihun ke Meehun?

Since Cip tak lalu nak mentekedarah nasik, so Cip nak berubah arah kepada bihun pulak. This morning mintak tolong suami Cip pi beli sat kat kedai. Instead of cakap bihun, Cip bilang meehun and he looked confused. It happened before so Cip kate la mihun.. Terserlah wajah kelegaan dia di situ. 

Persoalannye ialah bihun dan meehun kan ada lah bende yang sama walaupun sebutan di depannya berbeza namun dibelakangnye tetap 'hoon' bunyiknya. Kalau korang pulak sebut macam mana?

Bihun goreng yang Cip nak buat nih sangat lah simple juga sangat sesuai untuk budak-budak tadika khususnya.
Cip sekadar guna bawang putih, udang kering (direndam sehingga lembut) yang ditumbuk keduanya ini.. Gorengkan sehingga naik bau kemudian tambah kan karot yang dipotong kecil berdadu (senang budak budak makan). Buleh juga tambahkan sedikit lada sulah. Siap.. Kalau hat jenih nih yang buat Cip bertambah banyak kali nih.. 
gambar ikhsan dari pencarian google

Tips: Bihun seelok-eloknya direndam dengan air suam aje. Kalau rendam dengan air panas, cepat lembik walaupun lepas goreng.. Tak kental.. heh..

Mar 28, 2012

Review: The Help, Colombiana, Contagion, Change Up, Fly Paper, Dolphine Tale, In Time & The Big Year

Tu diaaa tajuk movie.. Ini menunjukkan betapa lama sungguh la Cip tak tengok movie kan. Cip memang penonton movie tegar dipanggung sejak dari zaman anak dara lagi. Seminggu kadang tu sampai tiga kali tengok wayang. By the end of the week dah takda movie nak tengok dah dan tahap kebosanan melanda pada minggu itu. (No wonder la duit banyak habis kat entertainment sahaja last time). Let's start shall we..


Filem nih adalah antara yang terbaik sekali Cip tengok. Mesej yang cuba disampaikan mmg terkesan. Mengisahkan tentang maid African American pada era tahun dimana bereka yang mempunyai kaler kulit yang berlainan di beri layanan double standard gitu. Bukan ada action pun cerita nih. Lebih banyak berkisar tentang kisah sosial di kalangan wanitanya pada ketika itu namun tersemat di hati akan kesan filem tersebut. Makanya, Cip recommend anda diluar sana untuk tidak ketinggalan menonton filem ini. Cip boleh bagi five star for this movie.


Filem nih merupakan filem action dan berkisar tentang seorang budak perempuan yang di train untuk menjadi pembunuh oleh pakcik dia selepas melihat mak bapak dia dibunuh depan mata dia oleh mafia yang digeruni di Columbia. Filem nih mempunyai kekuatan daripada segi kisahnya yang action tu je la. Agak sayang sebab director tak tunjuk saat² Cataleya (pelakon utama) di train menjadi pembunuh. Tau tau dia kire dah terer dah bab² membunuh nih. Dia sorng je buleh menjatuhkan 10 orang sekaligus dengan cara gerila. Waahh gitu.. Cip kurang enjoy tengok cerita nih sebab macam ada something yang missing barangkali dalam cerita nih yang mengurangkan sense filem itu sendiri. Bagi mereka yang suke tengok perempuan belasah lelaki (Girl Power!!) buleh enjoy la kot tengok filem nih. Cip buleh bagi tiga bintang jek. *Zoe Saldana nih dalam Avatar lagi best kot..


Filem nih dibintangi oleh pelakon-pelakon yang kire hebat jugaklah kat Amerika sana tu.. Memula dulu seriously Cip tak perasan pun tapi disebabkan adik Cip kata best citer nih tu yang Cip beli and cube le nak tengok. Filem nih berkisar pada current situation yang pernah berlaku kat dunia berkenaan penyakit pendemic yang pernah melanda seluruh dunia satu waktu dahulu seperti H1N1 juga JE. Ingat lagi tak? Tapi kali nih kirenye ada lagi wabak terbaru yang melanda dunia dan effect ramai penduduk dunia yang lain. Filem nih lebih menjurus kepada penyiasatan punca daripada mana datangnya wabak tersebut. Macam dokumentari pun ada gak. Takda graf turun naik okeyh.. Kene dengar penjelasan dia sume baru leh faham. Ia lebih kepada informasi. Di akhir cerita, kalau kite nih seorang yang berfikiran panjang, kite mesti tahu kenapa agama Islam meletakkan larangan larangan tertentu dalam kehidupan kite. Boleh lah tengok untuk menambahkan lagi tahap kesedaran kita..


Bosan tengok cerita action, kite beralih kepada cerita lawak pulak. Cip mmg tergelak sakan jugak lah tengok filem nih. It reminds me of the movie Freaky Friday. Haa... lebih kurang cerita dia mcm tu la.. Cuma hat nih lelaki yang bertukar kehidupan mereka sebab mereka yang mintak mcm tu. So becareful of what you wish for because you might get it. Cumanya, dalam cerita nih terlalu banyak cursing dan banyak x-rated dipaparkan.. My gosh.. bebudak langsung tak elok tengok.. Nak gelak gelak seronok seronok dgn kawan kawan, leh la tengok..


Filem nih nak kata mengarut pun ada gak. Namanya ada Patrick Dempsey dengan Ashley Judd tapi lawak yang tak berapa nak menjadi.. All the punch line kebanyakan tak jadi.. Fail la cerita nih. Mengarut.. Rugi duit beli dvd, rugi duit pi tengok wayang (mujo tak pi tgk kat wayang pun)


Filem nih not bad la jugak. In the beginning cip tengok dah bersungguh sungguh dah sebab dalam filem nih dia ubah perspektif kita bila duit bukan lagi sebagai mata wang tapi masa yang kite ada utk hidup menjadi currency. Semua orang yang dilahirkan pun expiry date dorang bila sampai umo 25 tahun sahaja lepas daripada tu dorng mati. So kene la keje utk mendapat kan lebih masa utk hidup. Tapi at the end of the movie perspektif masa tu dijadikan currency mula jadik tak masuk dek akal.. Dan bila dah jadik macam tu, mula la kesilapan sikit demi sikit dalam movie tu kite nampak sebagai contoh pelakon pompuan tu berlari beria-ia sambil pakai high heels.. berhari hari berlari pakai heels.. giler arh.. make up tak cair langsung.. tetap nampak cantik. Lipstick secoet pun tak smudge.. pergh... Lagi sekali terasa mcm diperbodohkan pulak bila tgk movie nih..


Mereka yang suke memelihara burung buleh la tengok movie nih. Cip rasa cerita dia not bad tapi utk peminat peminat burung lah especially. Kelakar? Okay lah..


Filem nih mmg Cip duk nanti-nantikan sebab dia inspired based on true story. Selalunya kalau based on true story nih kalau kite tengok sampai buleh menitikkan air mata dan juga mendirikan bulu roma la.. Tapi filem nih gagal buat Cip rasa macam tu.. Cerita The Blind Side is so much better.. And a lot other based on true story nye movie as well.. Nak tengok buleh lah.. tapi agak bosan.. penceritaan agaknye membuatkan Cip rasa bosan.. Tak feel..

P palang s: Cip nak tengok The Help lagi sekali..

Mar 26, 2012

Masuk Asrama


My youngest sister (from the same mother and father) finally dapat pegi boarding school today. Bertempat di MRSM JB.. Jaga diri baik-baik Yana.. Papa mesti sedih tinggal Yana kat situ but at the same time everybody is proud of you.. Gonna miss you.. A Lottttsssss.... Hugs and kisses all the way from Desa Aman..

Mar 24, 2012

Masak

Sejak dah masuk third trimester of pregnancy nih, mood level utk masak memasak decreases by almost 70%.. (mcm laporan ekonomi gayanya). Mungkin sbb Cip kurang berselera nak makan makanan yg Cip sendiri masak agaknye.

Disebabkan suami Cip pemakan tegar dirumah, tiap-tiap hari memerah otak nak masak ape mcm torture rasanya. So selalunya Cip akan tanya suami apa yang dia rasa nak makan. Jawapan yg selalu diberi ialah "Tak kisah. Masak la ape-ape.. " Hadoiii.. Jawapan yg tidak membantu. Bila Cip takdek nafsu nak mkn, jd blur la nak masak ape kan?

Rasanya kebanyakan suri rumah menghadapi masalah nak masak ape everyday kan? Sebab hilang inspirasi kadang kadang tu.. Tambahan kalau dalam rumah berdua aje.. 

SInce tadi suami CIp kate dia balik lambat sikit, Cip buat dinner simple aje.. Sandwich telur bersama chese dan bawang bersama side dish mini blackpepper sosej.. okay lah kan?




posted from Bloggeroid

Mar 21, 2012

Jalan bapak dia..


Geram sekejap Cip masa driving tadi bila ada sorang penunggang motosikal ni sesuka hati nak ke tengah, ke kiri, ke kanan.. Jalan tu dh la sampai empat lane. Dia sahaja boleh duk kat depan sekali. Macam tak aware langsung dgn pengguna jalanraya yang lain. Dia jugak membahayakan nyawa dia sendiri. Memula Cip igtkan mungkin student di salah sebuah ipta berdekatan tapi bila berhenti di salah satu traffic lite baru Cip nampak muka dia macam keturunan Iran sana. Dah pelbagai kesimpulan Cip buat dlm pale hotak nih. Grrrrr..

posted from Bloggeroid

Rashes

*garuk-garuk*

Gatal dan menghenyam sungguh. Dah few days mcm ni sejak balik dr kl hari tu. Selalunya setakat gatal and tak lama hilang sendiri. But since hr tu, rashes timbul. Kat sendi siku, bahu and other places as well. Kat perut tu tak pelik la sbb tgh mengandung and baby makin bsr so perut tgh stretch. Cip mencuba sedaya upaya control drpd tak garu.

Cip ada beli cocoa butter tu. Nak dijadikan cerita, bertambah gatal pulak lepas sapu kat perut and tgn. So, Cip stop pkai. Cip pakai baby oil aje. It helps but tak kurangkan rasa gatal-gatal tu. OMGeee... Especially bila waktu mlm. Rasa nak nangis pun ada.

So smlm pegi pharmacy Cip beli cream utk sensitive skin punye. Alhamdulillah.. It soothes the skin. Selesa la sket. Gatal pu. Tak seteruk hari yg sebelumnya. Cuma, rashes masih tak hilang. Mungkin kene letak calamine lotion agaknye and makan anti-hestamine, maybe? Therefore Cip akan pego klinim ptg ni and let see ape yg doctor akan ckp.

posted from Bloggeroid

Mar 19, 2012

My all time fave

Having drinks by myself...

Aiyooo baby dlm perut so active today..

posted from Bloggeroid

Mar 8, 2012

Egg Sandwich


Lately, Cip xberapa lalu nak makan. Kalau org tanya nak makan apa pun, I couldn't figure it out what to eat. Mujo kat rumah ada roti. Time lapor je leh ratah roti. Suddenly teringat yg Bvylgarigirl pernah buat egg sandwich utk breakfast.

So itulah inspirasi Cip mlm smlm. Minum pulak dgn kopi o panas. Lega tekak nih sebab Cip tgh selsema pulak at the same time.

First time Cip buat egg sandwich.. Versi sedap la. Ahahahaha..

Bahan-bahan:
2biji telur
6 keping roti pilihan hati *Cip pkai Gardenia
Satu sudu mayonaise
Sos cili *kalau nak pedas
Secubit lada hitam & lada sulah
Satu sudu full cream milk * nk pkai susu cair pun bleh je
Satu sudu planta

Cara:
1. Panaskan planta dlm kuali dgn api yang perlahan.
2. Masukkan telur dan kacau selalu.
3. Campurkan susu, lada hitam & lada sulah kemudian kacau sampai telur jadi berketul-ketul. Bila rasa dh masak ikut citarasa, boleh angkat letak dalam mangkuk.
4. Campurkan mayonaise & cili sos kemudian gaulkan bg mesra.
5. Roti bolehlah disapu dgn planta. Klau suke toast, then toastkan dulu lepastu boleh letak telur between roti, potong separuh dan hidangkan.

*Kalau perasan, Cip tak letak garam dlm telur sebab bila dah campur dgn mayo ada rasa masin. Roti pulak dh sapu dgn planta pun dah masin. So, pd Cip everything taste perfect for me. :)

Buleh cube naaa.. Heheheh

posted from Bloggeroid

Mar 1, 2012

Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup..

Baru je melawat blog cikmin.com sebab terperasan Cikmin ada update entry baru.


Mula-mula tu tak perasan. Tiga ploh saat selepas itu baru lah terperasan yang Cikmin dah tukar blog header yang baru.. Pheewwiiitttt... Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. hidung ai nyah! 


Mau tak kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. Gambar header tu hasil tembak² tak bertauliah yang Cip buat last time masa menang macaron bulan lepas untuk GA yang Cikmin anjurkan. Kiranya ini first time secara officialnya other blog menggunakan gambar yang Cip tangkap. Padahal Cip bukan professional photographer pun. Saje tangkap untuk suka². Currlllaaaasssstttt taw!

Koleksi gambar macaron yang Cip tangkap DISINI

p palang s: Cincin yang Cip guna dalam gambar tu ekceli cincin nikah Cip sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...