Jul 30, 2010

Scamp!!!


These few days things are pretty discontented. Everything seems difficult. My bad mood ain't making everything smooth either. I just felt like I'm gonna explode anytime. Feel so angry to alot of things. I am angry with someone and I just can't let it out. Trying so hard to make sense of everything that they did. At the same time waiting what more is coming for me.

Thought I've already wary to these kind of people but nobody can be immune to them I guess.. There's a lot of these kinda people out there waiting to just take advantage of you and you'll go beserk when you finally found out the truth..

*composing myself to be much more calmer.


Jul 29, 2010

Jemima The Puddle Duck



Semalam anis ajak teman dia pegi ampang beli barang² hiasan hantaran untuk kakak kepada kak Jon. Since kak jon sponsor sikit, so anis dipertanggungjawabkan untuk buat apa yang patut. Tengah anis pilih² brg, aku mengikut kemana saja kaki aku melangkah sambil tengok² brg dalam kedai tu sama.. Cantik memang cantik. Boleh tahan. Then aku come across Jemima. Jemima the duck.


Bagi yang kenal atau pernah dengar Peter Rabbit, mesti pernah dengar Jemima ni. Famous cartoon character ni. Actually kisah pelukis buku kanak-kanak Peter Rabbit ni yang famous membuatkan aku kagum dengan dia. Miss Beatrix Potter. Kisah dia telah pun difilemkan dan watak utama tu dilakonkan oleh RenĂ©e Zellweger. Since tengok cerita tu aku jadi syiok plak tengok cerita² lama yang berlatarbelakangkan zaman² British pakai kain² kembang tu.. Jatuh cinta dengan manners and courtesy dorang pada zaman tu macam cerita Atonement, Pride & Prejudice, Becoming Jane, Sense & Sensibility, Triston & Isolde, The Other Boleyn Girl, Stardust, The Duchess dan banyak lagi...

These kinda of movies memang bagus tengok.. Lebih banyak info rather than just enjoying it. Walaupun payah nak paham koghat dorang kadang2 tu.. tapi worth watching it again I think.

*aiii hanis bila nak bagi balik dvd neyh..

Jul 27, 2010

updates



"People spend too much time finding other people to blame too much energy finding
excuses for not being what they are capable of being, and not enough energy putting
themselves on the line, growing out of the past and getting on with their lives."

Alhamdulillah.. selamat sampai ke kampung halaman tercinta Serdang, Seri Kembangan. Buat pitt stop dekat Sg. Buloh tadi untuk solat maghrib then straight away dinner with papa, ekin, yana & aqeel dekat Salak Selatan, Betul betul kat rumah sewa nini hat dulu.
Sepanjang perjalanan tak tahu kenapa terlalu mengantuk. Dah ambik coffee pun still lagi mengantuk end up aku mintak yana tolong urutkan bahu. Ekin & aqeel dah hanyut sampai ke Sg. Nil dah kot masa tu. Dorang bangun pun masa stop kat Tapah untuk solat Asar.


Huuu.. Yana dah pakai phone baru since phone Sony dia dah tak berapa nak siuman lagi. Papa belikan iphone untuk dia.. Suka betul dia sampai rasa takut nak cakap dengan papa yang dia nak phone tu. Cantik pun memang cantik.
Malam ni straight away crash kat rumah papa since aunty pegi JB atas urusan kerja. Esuk la baru balik. Esuk perlu bangun very early sebab kene singgah Plaza ambik barang apa yang patut. Papa pulak tak sihat. Katanya nak ambik mc besuk.

Tiada lagi

Disaat bersuka-ria perkhabaran pemergian abah diketahui. Tak sempat nak jenguk abah kat ICU. Mujur Yana, Ekin, Mizi, Papa sume pegi ziarah. Rupanya abah dah mengidap kanser usus lama dah. Baru-baru ni yang makin teruk and doctor dah kata tak da harapan lagi. Teringat kat arwah ibu. Since jenazah dihantar terus ke Teluk Intan, papa request untuk semua orang pegi melawat family abah walaupun tak sempat nak tengok jenazah abah.

So far, ekin je yang pernah pegi kampung abah kat Teluk Intan tu masa dia kecik dulu. Tapi dia pun mana nak ingat masa tu dia kecik sangat. Sampai kat rumah mak anjang kami disambut oleh cik mah, kak ngah, aina, ju... mata masing-masing masih merah. Diaorang memang sedih but they're okay. Aku faham perasaan diaorang tu macam mana. Aku pun pernah lalui jugak. Mizi, tak habeh-habeh buat lawak dia. At least ada jugak hilai tawa penghilang duka buat sementara.

Sempat jugak la bertanya disaat-saat akhir pemergian abah tu macam mana.. Hmm. susah nak digambarkan perasaan kehilangan orang yang tersayang ni macam mana selagi kita tak alami sendiri. Semoga kita semua kuat dalam menghadapi dugaan seperti ini..

Jul 23, 2010

Dinner




Pegi Jusco berniat untuk beli sabun basuh baju Breeze sahaja sebab ekin cakap sabun dah habis the day before tu. End up spend more than hundred beli groceries kat rumah. Haiyaaa... tengah² bulan macam nih sangat pening la kalau berbelanja lebih daripada apa yang di'budget'kan. Anyway memang perlu beli pun tapi aku ingatkan nak tuggu at least dapat salary for this month..

Dah alang² terus decide untuk buat western for dinner. I got my English herb of dill and rosemary, full cream milk, planta, potatoes to make the mashed potatoes. I also made the chilies that you always eat with either hot dog or with tortilla chips. I think, at Chillies they call it the beef quesso. Came accross the seasoning mix and so I just tried it. It totally worked! yeay!! Offcourse there's also salad involves. Only then you can call it a main dish.


Terlambat bangun lagi pagi ni so tak sempat nak panas kan mashed potato dgn chillies tu. So, tak dapat la ekin bawak bekal pegi sekolah. Hmm.. muke pepagi dah macam hape jee.. Malas pergi sekolah sama la tu..

Insyallah I'm gonna make it again this weekend. Those two boys are coming and can't wait to serve them. But I need to buy more potatoes I guess. I dont think it's enough if I wanna give it over to papa's for tasting.

I wish I have enough courage to make salmon after this. This should be very interesting. I like salmon. It is very tasty and dont forget quite expensive too.



wonderful dinner we had last night

Jul 22, 2010

Memory that last forever



pg td aku termimpi kan arwah ibu....aku berjalan sambil kejar2 adik aku di dlm hutan.. aku terserempak dgn ibu...ibu hanya merenung pd ku...dan dia terus berjalan menuju ke sebuah rumah,aku berlari padanya..dia hanya merenung ku smbil tersenyum..barangkali aku rasa mungkin dia marah padaku akibat xsembahyang dan sebagainya..


Mizi nye status tadi buatkan air mata aku bergenangan teringatkan arwah ibu yang tak terasa pun macam setahun lebih dah pergi menghadap Illahi. Semuanya fresh sangat seolah macam baru tadi je terjadi. Even the smells pun masih boleh terasa walaupun macam sayup-sayup je bau dia. Bila teringat semula disaat arwah ibu terbaring lesu tak bermaya dalam bilik emergency room tu, seolah-olah aku relive semula that moment. Segala-gala di sekeliling aku senyap dan apa yang aku dapat bayangkan ialah bila aku berdiri melihat tubuh arwah ibu kaku terbaring disitu... and knowing the time comes and there's nothing you can do about it. Hanya mampu melihat muka dan raut wajah arwah ibu. She looked as if like she was sleeping at peace.

Teringat semula dikala pertama kali aku mendapat berita yang ibu takkan hidup lama. Hmm.. sujud dan berdoa aku kepada yang Maha Esa agar diperkuatkan iman, ditabahkan hati sekiranya hari yang diperkatakan tiba. Berlinang air mata dikala itu mengingat akan hari-hari yang bakal dilalui oleh ibu. Alhamdulillah, bila hari itu menjelma, as unreal as it seems aku mampu mengawal emosi dan yang penting pada masa itu jenazah diuruskan dengan sempurna.

Arwah ibu hadir dalam mimpi aku, Yana, Ekin, jugak pada ahli keluarga yang lain... Arwah ibu halang kami nak ikut dia. Dia kata kat adik-adik aku suruh ikut aku sebab dia nak pegi tempat lain. "Ikut kakak.. Ikut kakak.. Jangan Ikut ibu.."

Whatever we have yesterday, you may lost it today. Appreciate the things you have today. The people you love... Never put on hold when you wanna say you love them couze you will regret it later in life when the chance is already gone and you keep on wondering "what if?"... Destroy your ego when it only makes yourself proud & selfish.

Moral Support

Agak lewat sampai kat ofis hari ni kerana kesiangan akibat ubat yang diambil malam tadi.. Subuh pun agak subuh gajah ler. Sekiranya tertinggal solat kita akibat tertidur, takpe boleh qada'. Tu je yang aku ingat bukak-bukak mata pagi tadi. Tengok jam dah pukul 7 pagi. Still wondering though betapa kuatnya ubat yang doktor tu bagi.


Malam-malam yang sebelumnya, aku tak tak berapa nak lena diulit mimpi-mimpi yang aku sendiri tak berapa nak ingat. Aku rasa sebab terlalu banyak perkara yang bermain di benak fikiran ni. Akibatnya tido pun macam mana pun subconscious mind still memainkan peranan beliau.

Papa call very late last night. Semacam ada perkara yang dia nak sampaikan. Tapi disebabkan aku dengan Syikin dah pun terlena, dia kata takpe hari ni je dia akan call semula. Apa ye? hmm.. Aku berharap perkhabaran yang baik-baik hendaknya..

Yananye dance recital is coming. Dia kata on 24th. Dia dah call and remind suruh bawak skirt guess dia yang akan dipakai dalam dance tu nanti. Adakat office ni ha. Baju-baju lama dia aku kemas untuk diberikan pada Nayli. Terbagi sekali skirt guess dia. Hari tu tengok dia pakai macma tak muat dah. Dia kata muat lagi.. Oppss sorry Yana. Dia nervous nak dance depan orang ramai ni. Aku dah suruh dia keep on practicing so that she won't be that nervous. Kali ni kene pegi dance dia. Last time masa dia involve teater, tak da sape yang datang bagi support. Even though mizi ada (since dia pun involve sekali dalam teater tu). Aqeel wasn't feeling well masa tu and he was admited to PMC. Mana nak pegi teater tu, mana nak tukar shift jaga Aqeel. Kesian Yana.. So this time around perlu pegi and jadik supporters dia. By hook or crook. Insyallah.


Jul 21, 2010

Bila yang tidak diingini terjadi




Semalam aku tido agak lewat dari biasa. Lagi beberapa minit lagi pukul 3pagi. Bahana minum Caramel Hazzelnut Latte. Balik je rumah mmg tak mampu nak lelap kan mata terus. Lepas solat, aku gosok baju, cuci pinggan mangkuk, update journal sebelum aku bertukar kepada sleep attire.


Novel "The Last Song" masih kemas terselit antara bantal menjadi bahan bacaan sebelum aku tido untuk minggu ni. Kalau ikutkan hati memang perlu aku habiskan baca tapi terlalu lewat memaksa aku untuk berhenti dan sambung esok malam. Mungkin disebabkan latte tu otak aku semacam belum bersedia untuk di shut-down. I can even hear my own thoughts argue & discussing. Don't even bother what they're really talking about.~sigh~

Aku faham perasaan dia sekarang yang tengah gundah gulana, serabut, kecewa, tak percaya & tak bermaya. Dia kata dia tak akan menangis dan dia pun tak nak peduli lagi pasal that guy after what he'd done to her, betraying her trust like that.. Hurmm.. Aku sendiri pun tak sangka this kinda thing happened to her. Maybe somehow Allah swt wants show her something. To give her experience to a lot of feelings that have been hidden beneath her all this while.


Aku risau jugak kalau dia suddenly break down kat tempat keje.. She seems strong. But you never know kan. Benda benda macam ni you takkan boleh expect bila dia hit. You think you have become strong enough but it is just not that easy. That is why I am there. Helping her to get through this very difficult times of her life..

Tak da sapa dalam dunia ni mintak dipermainkan perasaan mereka ataupun melayan mereka seperti mereka tak bermakna apa-apa.. Tapi sekiranya kita bertemu dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri macam ni, banyakkan lah bersabar...

Jul 20, 2010

Buat kita bersama..



Ketika seorang gadis memasuki kehidupan rumah tangga, maka dia memiliki beberapa tugas dan tanggungjawab yang berbeza daripada zaman sebelum perkahwinannya. Di saat tugas-tugas dan tanggungjawab tersebut bermula, maka perasaan tidak percaya untuk mencapai kesempurnaan yang sering datang sebelum bernikah akan terasa berkurangan. Kerana sebelumnya dia masih sendiri tetapi kemudian menjadi berdua. Maka automatik kesempurnaan yang akan dicapainya akan lebih mudah dan jalannya akan lebih mulus.

Oleh kerana itu, seorang isteri atau seorang ibu di dalam kehidupan berumah tangga janganlah sama sekali hanya memikirkan dirinya sendiri, memenuhi kehendak dirinya sendiri atau berbuat sesuatu supaya orang lain menghormati dirinya sahaja. Perbuatan ini tidak benar kerana kita harus selalu ingat bahawa "saya" sekarang telah berubah menjadi "kami". Jadi ketika berbuat sesuatu maka usahakanlah pekerjaan tersebut bukan sahaja bermanfaat buat dirinya sendiri tetapi untuk semua ahli keluarganya, atau yang lebih parah lagi pekerjaan itu janganlah pula nanti membawa kerugian kepada suami atau anggota keluarga yang lain.
Ada beberapa hal penting lain yang dapat memaniskan dan mengharmonikan kehidupan indah suami dan isteri. Di antaranya adanya rasa cinta dan kasih sayang. Isteri harus tahu bahawa suaminya mencintainya dan suami juga harus tahu bahawa isterinya juga mencintainya.

Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada pasangan adalah melalui perkataan kita. Perbuatan ini bukanlah suatu penghinaan bagi seseorang isteri atau seorang suami.

Rasulullah saw sendiri dalam hal ini bersabda:

" Seorang hamba yang paling banyak keimanannya kepada Allah adalah mereka yang banyak menampakan kecintaannya kepada pasangannya."
(Bihar al-Anwar, jilid ke 103, hal: 228)

Cara lain dalam menampakkan rasa cinta adalah dengan menjaga penampilan kita saat berada di dalam rumah dan di hadapan suami dengan memakai busana yang bersih dan rapi, memakai wangian yang sesuai dengan selera suami dan lain-lain yang seumpama dengan amalan ini. Perlu diperhatikan bahawa hal semacam ini bukan hanya tugas seorang isteri, namun suami juga turut memainkan peranan.

Imam Sadiq (a.s) dalam hal ini bersabda:

" Sebagaimana seorang suami menyukai keindahan dan zinat yang ada pada isterinya, isterinya juga menyukai keindahan dan zinat yang ada pada suaminya."
(Makarimul Akhlak, bab 5, fasal 2, Hal: 80).

Cara ketiga untuk menampakkan cinta kita kepada pasangan kita adalah dengan adanya kerjasama antara suami dan isteri, isteri membantu pekerjaan suami dan suami membantu pekerjaan isteri, walaupun bantuan tersebut sekecil apapun.

Selain rasa cinta dan kasih sayang, hal penting lain yang harus ada di dalam kehidupan suami isteri adalah saling menghormati antara satu sama lain. Setiap manusia suka untuk dihormati, begitu juga dalam kehidupan suami isteri. Suami suka untuk dihormati, begitu juga sebaliknya.

Adapun cara menampakan rasa hormat kita kepada pasangan sama dengan cara menampakan cinta kita kepadanya. Kita dapat menonjolkannya melalui kata-kata atau dengan amalan/tindakan. Contohnya, ketika tetamu berada di rumah, inilah waktu yang paling wajib bagi kita untuk menghormati pasangan dibandingkan dengan waktu-waktu yang lain. Jika suami memerlukan bantuan untuk menjamu tamunya maka kita sebagai seorang isteri hendaklah dengan segera membantunya, atau jika suami berbicara tentang hal yang tidak kita setujui maka hendaknya kita diam dan bersabar sehingga tamu pulang. Perbuatan seperti ini begitu penting, kerana ini berlandaskan keikhlasan dan tidak menodai harga diri pasangan di hadapan orang lain.

*to my very special friend that will be a wife soon

Jul 17, 2010

He & Farreal


Aku ingatkan aku dah hampir kepada sihat tapi it doesn't seems to be.. Anyhow, I am still glad that I am not that bad after all.. it just all the nightmares that I've been having.

Came across his status just now


Buat anankanda ayah, pulanglah sayang.. ayah miss u badly..wlupun xraya lagi,tapi xsalah kan klu awk balik sini?tgok ayah,bubu,yayah,ibu & abah? I Heart You Syamsoul Farreal Dubeus ♥


He's just a normal being who misses his son so much. Who doesn't?

Knowing him and after few years of being his friend before finally we actually have a feeling towards each other, he was never a serious person. Always the one who make jokes and make everyone around you laugh so hard. He was pain in the ass the last time. He was kinda innocent too. But I dont know how we connect with each other so well. All I can say is that he is the one who know how to push my button besides ekin.. hahaha..

Always looking forward to meeting with farreal and that is the only time that he finally feel alive.. :D There's nothing more happier than being with someone who is happy. Farreal is everything to him. He could cry like a baby talking about farreal. He is very sensitive. I remember once I said to him that he needs to be more sensitive towards the people in his life.. What had happened definitely something to be learned through out this life. He may not be perfect. He's flawed. I am flawed. Nobody's perfect. They only perfect for each other.

I have come from a broken family. You would not know how that feels until you're in it.. Parents who is divorce tends to be very selfish and mean to each other. I never liked an argument. Hate it so much. There's never good comes out of it. Kids who have a divorce parents, have a hole in them. We never trust in families anymore therefore we find solace in friends.. Parents may think it is hard on them but it is much harder on the children. You will never know what is going on in them deep inside.

The world will be better place to stay when we have peace..


Jul 16, 2010

Luka Seribu Rindu


Malam ni bermalam dekat rumah papa. Was planning to go to a movie but was canceled. Haishhh.. Apa nak buat nih?? Macam nak terus tido je but its still very early. Duk habiskan masa main psp dengan yana. hmm.. menguji IQ memasing dalam game brain teaser. It appears that Yana's IQ is much higher than me.. hehehehe...

Balik keje tadi singgah dekat Big Apple. Suddenly rasa nak makan donut sebab tengah hari tadi tak makan ape pun. Plain water pun jarang minum lately. Kulit jadik makin kering. Sampai rumah, ekin tengah meleleh leleh air mata tengok finale Grey's Anatomy season 6.. Reti rupanya ekin ni menangis.. Ingat dia bionic woman. Aku pun menangis beria hari tu bila terjaga dari mimpi masa temperature badan tengah high. Aku nampak arwah mak aku. Aku mimpi kan arwah ibu. She was right in front of me but she didn't even look at me. Aku boleh nampak dia dari tepi. Tak sampai beberapa saat aku tatap muka dia, aku terus terjaga dan diserang perasaan sedih yang teramat. Aku broke down in tears tanpa aku sedari. 5 minutes passed and still I could feel the sadness in my heart. A sad feeling that you could never explain it to anybody. I felt really sad. Zikri was quite concern then..

Aku rasa aku dah boleh terima hakikat yang dia dah tak ada lagi dalam dunia ni. Tapi adakalanya tanpa dipinta perasaan sedih yang secara tiba-tiba datang dan suddenly aku akan tanya diri sendiri tah keberapa kali aku pun tak ingat.. "Ibu dah tak ada?". For example masa aku tengah drive balik dari kerja and keluar lagu fotograf. Ada satu lagu fotograf tu lagu fave arwah ibu. Teringatkan satu masa dulu masa aku baru je 8 tahun dan aku dah mula ada crush dengan vocalist kumpulan fotograf tu Sharmin kot kalo tak salah nama dia. Arwah ibu nyakat aku bila aku cakap vocalist tu hensem. Dari situ arwah ibu pun memang cakap dia suka lagu fotograf tu.. Just because of that song dimainkan kat radio aku terus sedih dan menangis teresak2.. So, kesimpulannya adakala memori tu datang dan buat kita sedar sama ada kita dah terima atau tidak sesuatu hakikat dalam hidup kita tu..






Jul 15, 2010

Oh what a happy day...


I know I shouldn't be mad or so damn pissed but it does hurt when you think you know someone and help them when they are in need and even be there when they were in trouble (even if it is not all the time) but you were there get through the difficult times with them and enjoy some of the best memories with them and it ended up they don't even think the same way you did. Well, you are not important enough in their lives I supposed.


Well, I maybe done something to deserve this. Thank you. For what ever it is reason is still a reason.

Jul 14, 2010

Meh dengar..


Alhamdulillah, walaupun agak sukar untuk bangun pagi ni dek kerana dua hari tak pegi keje atas sebab masalah kesihatan namun aku berjaya bangun dalam keadaan mata separuh terbuka.


Apa motivasi bangun pagi?
Buat breakfast untuk Ekin.. Malam tadi dia dah pesan mintak tolong gorengkankan sosej blackpepper yang dia beli untuk bawak pegi sekolah. So kalau tak bangun awal, memang tak terlaksana la jawabnya..

Sempat lagi aku reheat asam pedas daging untuk budak budak ofis. Have been meaning to cook for them for days.. Hari tu ingat nak bawakan Spaghetti carbonarra.. Sekali dah salah beli sos da.. Hmm.. Lesson learned: if some product are expensive that's because the taste are much much more better than the cheaper ones. Huh, terbang 24 hengget begitu sahaja.

Sepanjang kat rumah, just terbaring sambil layan tengok dvd.. Dari satu dvd ke satu dvd yang lain. Banyak jugak movie yang aku tengok balik. Grey's Anatomy season 5 & 6 (part 1) settle tah kali ke berapa. Transformers, Prince & me, Twilight (for the 20th time already) & Bride Wars. Sampai jemu tak tahu nak tengok ape dah.

Lagu kebahagiaan dalam perpisahan tu sedih la.. Bila dengar lagu tu, mesti teringat kat Farreal. Duk lipat baju dia, aku leh nyanyi korus lagu tu sorang2 sambil sengih sengih sebab kelakar teringat dia nyanyi lagu tu..



Si zikri pulak ada nyanyi lagu yang aku sendiri tak tahu tajuk dia. One day, terdengar kat radio dan aku yakin tu la lagu dia.. jenuh la everytime terdengar lagu tu kat radio, dengar sampai habis sebab nak tunggu Dj tu cakap tajuk lagu dia.. Rupenye lagu nyanyian Wali Band - Yank. Haisshh.. rindu kat both of them.... Sian Zikri.. Kalau dah datang mesti susah nak balik. Menangis dia.. hurmm... bila cakap babai kat dia, dia cakap "tak nak babai.. tak nak babai".. dah la sengau.. hasishh..


Jul 13, 2010

Flu


Akhirnya setelah sekian lama tak sakit... Last friday just after going out for eclipse, aku mula merasakan tekak tak sedap dan hidung mula tak dapat nak hidu ape ape lagi dah.. So tahniah la kirenye buat aku sebab berjaya sakit.. He he he.. lama dah tak MC sebab demam flu nih.. Lagipun sekarang memang musim kan.. musim durian sekali.. sekali makan je durian terusan demam malam tuh.. tapi kebah sekejap je..

Tak kemana pun hari nih.. terperap kat rumah sesaja.. pegi klinik tadi dapat la mc dokter bagi. Dua patient sebelum aku pun mengalami symptom2 yang sama dengan aku. Cuma sorang tu sore dah takde langsung.. cakap keluar hangin je.. tapi tetap senyum bila kakak kat kaunter tu ala-ala buat lawak orang sakit kan..

INsyallah, by tomorrow dah boleh pegi ofis hopefully.. Aku rasa boleh dah.. Dugaan bila nak bangun pagi and hantar ekin laa dalam keadaan tak larat nih..

Kepada anda diluar sana... please do take care of yourself.. banyakkan minum plain water kay.. adhios..


Jul 10, 2010

Making the best out of everything


Adeh.. deh.. deh... badan dah mule rasa sengal sengal dan tekak pun mula berasa ketidakselesaannye.. Tapi aku gagah kan jua.. Mind set dan willing power yang kuat itu amat diperlukan..

Just got a call dari Encik Shairul asking me for favor to fetch and send Adam to Bukit Jalil early in the morning tomorrow.. boleh ke bangun nih dalam keadaan cenggini.. Aku yakin boleh je.. tapi dorang mampu bangun ke pepagi esuk.. tak best pulak if pegi sorang2 je kan??

Hari ni best sebab Zikri and Farreal ada bersama and they have playing all day. They were having so much fun to.. How nice right?? Well, they fights a lot too.. Who doesn't? they're boys.. I just love today!! Having a blast!!


Jul 9, 2010

Indah khabar dari rupe?


Tidak meninggalkan kesan yang sepatutnya macam citer Twilight dulu.. Itu lah yang aku boleh cakap bila habis je tengok Eclipse malam tadi.. Haishh.. Walaubagaimanapun seperti telah aku jangkakan yang aku takkan berpuas hati kerana aku tahu director yang berlainan menyebabkan Eclipse tidak sehebat Twilight.. Haiishhh...


Sequel yang seterusnya; Breaking Dawn, akan dijadikan dua movie. Well Twilight Saga nye produksi telah pun membayar bermillion million dollar pada tiga pelakon ($25mil seorang okeehhh) utama ini bagi dua lagi filem pehtu abeh ler.... Aku betul-betul nak dorang tukar director and ambik balik director twilight dulu tu.. Dorang tak nampak ke perbezaan kualiti filem yang pompuan tu direct dengan lagi dua director tu??

Nak ke aku tengok lagi sekali Eclipse???

Tak nakk!!! Baik aku tengok Kartun Despicable Me or Predators.. Lagi best kot..

Tolong la ambik balik Cartherine Hardwick tu balik untuk direct sequel seterusnya weyyhh!!!

Kat bawah ni merupakan komen yang aku baca daripada salah seorang peminat movie Twilight Saga nih dan aku sangat2 bersetuju dan sependapat denagn beliau..

by glitzypearl (Tue Nov 24 2009 17:08:38)

Catherine is such an incredible director and the focus of all Twilight books is on the emotional rollercoaster that Bella and Edward experience. The excitement, the pain, the fear, the love, the worry, the love!! When you read the books you feel as though your going through what the character is experiencing. When I read New Moon I felt it heart breaking as Bella dealt with life without Edward because it reminded me of previous personal break ups and the emotional anguish one endures.

Twilight the movie captured that power from the book, thanks to Catherine. She felt as passionate about the books as I and many others do and she gave it her all, that was clear. It wasn't rushed. Every seen was carefully crafted, every song was tried and tested until the perfect one slotted into the perfect place in the movie, the actors seemed more at ease and all in all she moulded it into a film that matched the book to as close to possible as she could.

New Moon doesn't convey the spirit of the Twilight books remotely. It is a huge disappointment. Money money money. That was the primary concern of it's makers. Rush it, get it made as quick as possible so it's in the cinema before Christmas. Then we'll make more money money money from New Moon merchandise at Christmas. It is a classic Hollywood blunder.

Those with the loudest voice for the Twilight movies felt their primary goal was to get it made asap, shove in some fancy action sequences etc etc, throw in a bita music here and there and zooooooom in on Bellas face constantly(apparently that's supposed to accurately reflect her emotions).

Thirteen is one of the most powerful films emotionally that I have ever seen. I have watched it about 6 times and I get goosebumps at the end because I am so shaken and affected by the characters emotional anguish. If you saw New moon and havnt seen Thirteen, watch it. It is so so incredible and has given me the up-most respect for Catherine Hardwicke. She has a gift, she is an artist and she passionately creates a film. She would have seen New Moon as a work of art, not a pay cheque.

Please bring Catherine back for Breaking Dawn.
Please.
I have little hope Eclipse will be any good, it was filmed in how little a time period????
Breaking Dawn was my favourite of the Twilight series and I will be devastated if it's treated in the same manner as New Moon. Rush rush rush.

Please bring Catherine back.

I am totally agree with you glitzypearl.. *taken from THIS WEBSITES*

Jul 8, 2010

Teng Teng Teng..



Need all the energy I have for tonight's date with.. who else.. Edward Cullen.. Good Night..

Jul 7, 2010

Its Here..


Finally... Eclipse is here.. I am gonna faint!!!

Jul 6, 2010

Roadtax oh Roadtax


Petang semalam aku dapat call daripada this delivery guy from Myeg. Sembang dalam 30 saat dengan dia then dia cakap dia ada kat sekolah convent di Kajang. NICEee.... Padahal alamat yang diberikan ialah Bandar Tasik Selatan... Then dia cakap, "ni tak dapat nak hantar hari ni.."

*senyap*

Kalau ikutkan hati memang si Fakhrul nak kene lecture dengan aku.. Namun tiada kata-kata yang mampu aku luahkan kerana terlalu dan teramat kecewa. Fine!! Aku suruh budak delivery tu call si Fakhrul and deal dengan dia sendiri. Aku memang malas nak pikir dah..

Oleh kerana itu, aku terusan sahaja email kepada Fakhrul:

Assalammua'laikum... Dear Fakhrul, I am very dissapointed with your service. First of all, you didn't even bother to call and inform me that my roadtax will only be sent today and I was the one who had to call you and asked bout it.. My first dissapointment. Secondly, I just got a call from that delivery guy (Salihin - 0173032575)who is supposed to sent my roadtax over to my office in Bandar Tasik Selatan but he said that roadtax is all the way in Kajang and he wouldn't be able to send it by today..So I may be getting it by tomorrow. Second dissapointment. I dont wanna hear any more excuses and more reasons. All I know now is that I want my roadtax to be handed to me ASAP! With all due respect, you really have destroyed my trust thank you very much.

Dan tak berapa lama lepas tu dia call aku tapi aku malas nak cakap dengan dia so aku ignore dan dia buat missed call sebanyak 3 kali semuanya.

Bila check email;


Salam kak, Saya memohon maaf diatas segala apa yang terjadi , Kesilapan berlaku di pihak saya dan saya cuba menghubungi akak sebentar tadi namun tiada jawapan.. Mohon maaf di atas kekecewaan akak. TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MYEG Fakhrul Myeg


Well, hari ni aku tetap akan menunggu dengan penuh setia untuk roadtax aku sampai ke tangan ini.. Semmoga tiada lagi kesilapan teknikal.. Buat aku rasa tak nak lagi gune Myeg lepas nih. Well, the first time gune pun, aku sendiri yang willing collect dekat budak Myeg. Bukan dekat. Nuu kat OU sana.. just because ofis dorang pun kat sana.. Well, what can I say masa tu desperate and time is limited.. nak tak nak terpaksa jugak...

Tak disangka, ada lagi email daripada Fakhrul.


Selamat Petang Cik Azrul Azneeta ,
Pertama sekali ingin saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang Cik Azrul hadapi setelah menggunakan Myeg. Untuk Pengetahuan cik dari pihak saya , saya sememangnya merasa kesal di atas segala kesilapan dan kesulitan yang telah Cik Azrul hadapi. Untuk pengetahuan cik saya juga telah cuba untuk menghubungi cik pada hari ni namun tiada jawapan.
2. Untuk makluman Cik Azrul juga saya telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan Cik Azrul memperolehi road tax pada hari yang telah dijanjikan, namun terdapat kesilapan dan saya juga tersilap kerana tidak menyemak seawal kedatangan saya ke pejabat pada hari nie. Namun setelah Cik Azrul memaklumkan kepada saya barulah saya menyedari yang Road tax Cik Azrul masih lagi belum sampai. Tindakan telah di ambil untuk membolehkan Cik Azrulmendapat cukai jalan Cik Azrul pada petang ini namun masih lagi mendatangkan kesilapan yang mana pihak saya telah tersalah mengisi alamat walaupun saya telah menyatakan alamat yang sebenar.
Segala kekesalan terhadap perkara yang terjadi dan saya juga merasa bersalah kerana Cik Azrul menghadapi masalah sebegini pada awal percubaan Cik Azrul ketika cuba menggunakan perkhidmatan kami. Bukan memberikan alasan,namun ingin saya memohon maaf yang tak terhingga di atas apa yang telah terjadi dan semoga Cik azrul masih memberikan peluang dan kepercayaan kepada Pihak Myeg dan juga saya jika masih mempunyai peluang.
Akhir kata , saya memohon Maaf di atas segala kesulitan yang telah berlaku.
Yang Benar,
Fakhrul Sani

**Things already done and there's nothing more you can do about it kan?**

Semoga anda tidak ditimpa nasib seperti saya.. Good Luck!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...