Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Sep 19, 2012

Everyday Indulgence




Everyday now nak makan ni.. *melts*

Yummm..

Sedapnye belgian chocolate tu kan?

Kadang tu dah makan satu, rasa takmo dah. Tapi the next day mesti terbayang bayang. 

It all started daripada iklan dia yang selalu ditayangkan tu la.

One day, Cip terasa nak mencuba. Well, sekali gigit, bunyik curnch dia exactly macam dalam iklan. Terus Cip have respect towards the product. They really deliver seperti yang dorang advertise kan.

Bukan ape, kadang tu indah khabar dari rupa. You know what I mean right? Dalam iklan, macam sedap banget.. tapi bila dah try.. hampeehhh... tu yang jadik a bit cynical tu..

Tadi Cip baru je try application Pure Pleasure by Magnum kat facebook.. 

The result?
.
.
.
.



Nak try? Click SINI

Ada dua flavor je yang Cip buleh makan Almond & Choco Cappucino. Chocolate truffle tu mmg muak la kalau makan sebab Cip not into chocolate sangat pun. Coffee nye flavor mmg chantek...


SuperDuperSexylicious!

Sep 17, 2012

We misses you

Rindu sama Ues teruk-teruk la..


Cip ajar Ues if nak tau Farhad lapar susu ke tak, kene letak jari kite kat bibir dia.
Kalau dia macam nak hisap jari kite maksudnya dia ngah lapar la tu.
Tapi Ues selalu end up masukkan jari dia. Pastu gelak gelak sendiri sebab geli. 

Hi my dear Ues.. 

Nde bangun pagi ni tak tahu yang hari ni masih dalam mode cuti. (Nde kan duk umah je. 
Mana la nak keep track bila cuti. "Housewife" bak kata ayah..) 
Kadang Nde confuse. 

Ye la kat sini Jumaat kan public holiday and Friday seriously rasa macam hari Ahad even though 
ayah keje macam biasa. 

While typing this, Nde already made coffee (Nescafe. Guilty. Sekali sekala takpe kot) Sedapnye. 

Farhad sambung tido lepas Nde masukkan dia dalam buai. Hopefully dia tdoq lama la sikit sebab 

malam tadi dia macam restless je. Mujur la nyusu badan. Tak perlu susah susah nak bangkit pi buat susu tengah tengah malam.  hehehe..

Macam yang awak tau, Nde memang paranoid sikitkan bila duk umah dengan Farhad aje? 

Tiap kali Nde lalu depan bilik awak, mesti hujung mata nih ternampak bende putih berdiri depan 

pintu. .. Scarry okeh. Hahahaa.. jangan panik. Bilik awak tak berhantu. 
It was your jubah. Tapi tu la selalu je nak tertipu.   

Anyway, my point is that Nde have been wondering to upgrade your room la Ues. 

Nak cabut all those stickers and put some colors to the wall. 

Give your room personality. Tapi Nde tak sure lagi what color sebab takut awak tak berkenan. 

As usual, Nde suarakan idea Nde pada ayah (sebab ayah la yang kene mengecat. huhuhu..) Photobucket 

Bilanye yang ayah ada masa Nde belum pasti lagi. 

Mengecat tu won't take long tapi figuring out the design of your room with the existing furniture tu yang kene thought deeply so that it wont go wrong.

Nanti buruk langsuk pulak tak jadi macam mana yang kita inginkan. 

Ayah mahir think outside of the box and ayah jugak hebat dalam men'translate' kan macam result yang kite nak. Kadang it gets so much better than what we imagine it will be.





At the same time, Nde will be looking out Photobucket for your fave superhero bedsheet. 

Susah nak carik hat superhero yang awak suke. Superman, batman, and cartoon lain banyak la. 

Guess what Ues, tab nde dah tak boleh charge.. Waaaa.. 

Dah la hari tu button home pun tak boleh gune dah. Bukan takat tu je. Call in and call out pun dah tak boleh. 
Tinggal la texting dgn surfing tenet je. Photobucket 

Nde dah ngadu kat ayah and ayah kate ayah akan bawak pi repair. Mujo la still under warranty. Terus pi hantaq kat center dia. Kire ada harapan la kan?Photobucket  

Tapi harapan nak dapat masa tu jugak hurmmm macam tipis aje.. 

Bende bende warranty ni selalu aje lambat sebab depa nak kene lalui process meng'order' straight from department yang handle returned items nih. 
Sometimes it takes weeks and months. Alasan yang akan dia bagi, "stok takdak". Photobucket 

Takpelah. Kite tengok je lah how it goes bila ayah pi hantaq sok.



Ayah, Nde & Farhad rindu strong strong sama Ues. 

Tak sabar tunggu cuti sekolah nak jumpak awak. ... 

Take care, be safe and keep your head high all the time kay Ues.. 

May Allah be with you always.. Photobucket


Love









Sep 15, 2012

They're just so cute

I used to have a huge crush on Prince William.. Hehehe.. 



P palang s: Bertuah aunty yang pakai baju dan tudung cream tu dpt bergambor dgn William & Kate.. hehehe


Kebanyakan gambar mereka berdua yang Cip tengok kat internet Cip perasan yang Kate lebih menyerlah daripada William. Aura Kate macam leboh kuat nak dibandingkan dengan William. Boleh Cip katakan yang aura dia saling tak tumpah masa late Lady Diana masih hidup dulu.

Cip tertanya-tanya macam mana Kate sentiasa tersenyum dalam banyak gambar. Susah la nak tengok dia tak senyum. Senyuman nampak ikhlas. Bukan ape, kite nih yang orang biasa pun susah nak mengukirkan senyuman kat orang yang kite tak kenal. (Yes I know she's one of the royal family now.) Cip kene contohi Kate. Selalu senyum. Tak la orang kata sombong.

SMILE..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sep 2, 2012

Bila dah start masak...


Masa raya ketiga hari tu husband Cip mmg dah habaq awai awai kata nak buat open house. Few days jugak brain storming nak masak ape. Tahun lepas Cip masak meehun sup. Ke soto eh? Kalau tak salah Cip ada buat bergedil sekali. Alamak lupe la pulak. Lebih kurang la. Sup ayam yg pastinye. So this year jenuh jugak la memikir sebabnya sudah ada anak kecil maaa.. Manakan nak motong bahan, nak masak, nak breastfeed.. Makanya perlu come up dgn menu yang simple. Iaitu mudah. Yeee.. Simple mudah, pimple jerawat. Ada beza ye..

Kalau ngikutkan husband Cip dia suh repeat ja menu tahun lepas. Malu la Cip. Kang depa kata duk buat menu sama ja every year kan? Ye la.. Cip pun bukan terer mana nak jamu ramai orang nih. Seriously.. Bukan lah pandai masak pun. Setakat makan sendiri sendiri ni, ate teman buleh le buat. Resepi pun teman ngikut resepi internet.

Brain storm punye brain storm, Cip bajet nak masak nasi impit, kuah kacang and lontong. Kan senang lontong tu. Campak campak aje. Lagipun Cip pernah buat lontong tu. Kire kondifen la sket. Cume kuah kacang je. Pernah buat tapi tak jadi. Adehhh~ mmg  tak kondifen langsung. So, Cip pun suarakan la menu tersebut pada MIL (kire nak dapatkan approval la nih sbb MIL Cip terer masak) tapi dia kata better la buat laksa Johor aje. Terbeliak jap bijik mate nih sebab Cip tak pernah buat. Memasak nih, kalau dah tak confident mmg susah nak jadik sedap. Laksa Johor pulak tu. Orang Johor yang makan mmg cerewet. Tapi tu la setelah Cip usha usha resepi di internet dan rasa ia lebih mudah daripada menu asal, keputusan sebulat suara ialah Laksa Johor.

Again Cip nak stresskan yang Cip mmg tak reti nak agak agak utk masak yang menjamu ramai orang ni. So kire mcm pegi berperang tanpa preparation yg rapi la ni.Husband Cip kata takpe, mlm dia nk buat bbq. Kire kalo lauk abes, ayam bbq lima ekor masih ada.

Gambaq hiasan SUMBER

Cip start masak dlm pukul 8 pagi dan settle sumenye tepat pukul 1.46 ptg. Sukatan bahan bahan, Cip tak ikut pun resepi. Pakai bedal je ikut hati dalam berharap menjadi la kuah laksa Johor ni. Mmg tawakal habes dah ni. Husband Cip pun tak bagi specific berapa orang yang nak datang. Anggaran dalam doploh org. (More than 20 people turned up okeyh..) Orang Johor kire approved la laksa Johor first time Cip tu. Alhamdulillah. Jadik jugak.

Dipendekkan cerita, laksa Johor tu memang tak cukup. Ngam ngam dah petang nak kat maghrib masa tu.  Nak masak lagi tak sempat derr ngan Farhad yang dah restless sbb kurang perhatian daripada Nde dia. Ayam pulak tak sempat nak marinate lagi. Pergh.. Tak tau la rasa panik masa tu mcm mana. Mmg tak menang tangan langsung. Lepas marinate ayam, kelam kabut husband Cip take over pulak bakor ayam. Kire tugas Cip dah selesai. Kesian la kat husband Cip. Non stop bakor ayam. Sekali kawan sekelas dia datang haaaambekkk. Kalau tak salah almost 7 family yang datang. Masing masing anak anak dah dua orang. Ues dah menghilangkan diri dah dalam bilik dia. Kawan kawan ramai. Ape lagi ajak men game la. Bayangkan kat luar rumah member yang bujang ada la dalam empat orang. Kat dalam rumah sahaja almost dua puluh orang. Hahahahaa..(dengaq macam ramai tapi campoq bebudak same la) Cip pun tak sempat nak bersembang dengan semua sebab Farhad dah restless tahap gaban sebab mengantuk sangat. Terpaksa la bawak dia baik atas. By 11o clock sume tetamu dah balik. Tahun lepas sampai pukul 1pg. fuh~  Post mortem malam tu membuatkan kami decide, next year kene masak lebih banyak.

Raya kelima ada lagi kawan kawan husband Cip kata nak datang beraya sebab masa open house depa tak sempat nak mai. Malas nak pikir menu lain, masak lagi laksa Johor. Kalau tak salah yang datang satu family je tapi Cip dah masak satu periuk sederhana besar. Kire utk 20 org makan la. Dah habaq dah kat depa kalau nak mai sebelum pukui 5 sbb kami nak pi open hse rumah kawan husband Cip pulak. End up kami bawak sume lauk pauk ke rumah MIL. So, sape nak mai beraya tu, depa kene datang rumah family husband Cip. Pukui 9 malam tu, kawan kawan rapat husband Cip pun datang. Ada la kot dalam 6 family. Fuuhh~ happening sungguh. Memula satu family ja kata nak mai tapi disebabkan rumah MIL lebih dekat daripada rumah kami, depa pakat pakat buat reunion teruih.

Ibu-Ibuku gangster
This week, husband Cip bilang member ofis daripada KL pulak nak mai beraya. Cip decide utk masak mee kari. Dua hari sebelum tu Cip dah test masak. Okay la tapi tak sesedap meekari yang pernah Cip makan (mcm biasa cari resepi dr internet). Finally jumpak resepi mee kari ala cina yang Cip meyakini kesedapannya. Mudah mmg mudah tapi preparation tu yang ghenyah. Mula nak masak gune sekor ayam je tapi husband Cip takut ramai yang turn up so end up tiga ekor ayam terkorban.


Kami takut lauk tak cukup macam hari tu therefore mmg kali ni kene buat lebih. Bukan takat ofismate husband Cip yang datang beraya, tapi geng motor dia (tak ramai 15 biji motor je.. he he he.. ) pun mai jugak. Tanpa disangka classmate Cip mase kat U dulu pun mai. Dia duk dekat area Kulim ni ja pun rupenye. Al kisah... Selesai sume almost 12 malam. Fuh~~

Settle open house untuk minggu ni. Cip tak tau lagi hujung minggu depan macam mana pulak. Kalau ade resepi mudah nak bagi pada Cip, silakan lah ye.. Cip amat mengalu-alukan resepi anda.. 

Iklan

Tak pernah rasa lagi tapi dah lama teringin..

Pavlova La Min Sweet Craving

Red Velvet
 Cikmin dah bukak order utk kedai bergerak dia.. Sape yang ada area KL leh la order.. 


p palang s: Bila la nak dapat rasa red velvet cake cikmin nih?



posted from Bloggeroid

Aug 30, 2012

Indahnya cinta

Cip duk rasa berbunga-bunga ni. Syiok khoottt.. Ape yang syok? Hehehehe.. Syok perasaan bercintakan? Angau.. Mabuk kepayang...



Cip tumpang gembira untuk kawan kawan Cip yang finally a step closer to marriage. Terima kasih sebab sudi share kisah percintaan anda pada semua. Best tau bila baca. Mungkin kadang depa rasa macam biasa je. Tapi pada kami yang dah kawin ni baca, ia seolah olah memberi imbasan kembali pada kisah cinta kami hat dulu dulu tu. We actually can feel how you feel. So, sambil baca sambil tersengih sengih mcm kerang busuk.

So far Cip suka kisah cinta di blog Love Roland (boleh buat link ke ni). Tak dilupa juga kisah cinta Arianna dan Kevin by bvlgari girl. Suke sangat sampai sanggup baca post dari mula. Macam tag line dia jugak lah.

Cip doakan hubungan kamu berjaya dan direstui keluarga. Have faith.

P palang s: keep on updating!!
posted from Bloggeroid

Aug 26, 2012

Rumah Saya


Pagi tadi Cip dan suami belek-belek buku yang digunakan oleh Farreal untuk melukis. Suami Cip tanya pada Cip sama ada Cip dah tengok belum lukisan yang Farreal buat bertajuk 'Rumah Saya'? Memang Cip tak tengok lagi. Lalu suami Cip selak-selak la ke muka surat yang menunjukkan hasil lukisan anak kami yang sulung tu. Ini dia..


Ekceli suami Cip yang duk suruh dia melukis, mewarna dalam buku buku yang disediakan bagi mengasah tahap kreativiti dia. Another reason is to not let him play video games all the time. Alhamdulillah, he likes drawing and coloring. 

Meh Cip explain apa yang dia lukiskan. It's kinda funny and sweet at the same time. Well, to me at least.
Here we go... Kite close up kan sikit...



Yang baju hijau tu suami Cip...

Baju purple and nampak macam pakai hooded tu, Cip la.. 

That day masa dia lukis, Cip was wearing purple hijab and long sleeves shirt.


Perasan tak Farreal siap lukis Cip pakai high heels.. Cip jarang pakai heels.. Hehehe.. It was very creative of him to draw me in heels and not slipers. 



Farhad pulak dia lukis tengah duduk dalam stroller. 

Tayar tu dah macam note music pulak. hehehe..



Ini la Farreal. 

Interpretation of himself.

Dalam gambar ni dia pakai baju spiderman warna merah. Tu.. nampak tak lambang spider kat tengah baju dia tu. Comel kan?

Bila suami Cip tanya kenapa mata dia ada satu je? Then Farreal jawab,   

"Ye la. Ues pandang macam ni (Sambil toleh muke ketepi). Mata jadik satu la."

Tergelak gelak Cip dibuatnya..


Hat nih dia tengah pegang topeng Spiderman dia. 

Hari tu masa kami ambik dia, kami bawak sekali baju spiderman untuk dia. Punya suka la..


Terus pakai dan pose ala ala Spiderman sambil membayangkan ada keluar spiderweb dekat tangan tu..


 Ape benda ni?

 Ini basikal.

Yang tengah tu basikal dia.

Sebelah kiri tu, tri-cycle yang Bubu dengan Yayah belikan masa dia berumur dua tahun lebih. 

The other one sebelah kanan tu kereta kecik dia yang ayah belikan masa dia kecik kecik dulu..

Yup, semua masih ada lagi kat rumah ni. Budak budak yang datang memang for sure duk men la kat luar tu. 

As a matter of fact, Farreal masih bermain dengan all of those things. 

Bila Cip tengok balik semula lukisan ni, Cip perasan ada garis garis. Cip wonder kenapa ada garis garis tu? Few second after that Cip get it. Pagar rumah rupenye.. He was picturing it from the outside of the gate. So kene la lukis sekali gate kan...

haish.. Rindu denagn dia..

We wish you well and hapy Farreal.

Ayah, Nde & Farhad loves you very much...

p palang s: Tengok Ues mewarna, Cip pun terjoin sekali mewarna dengan dia...



Jul 7, 2012

At peace

Awak tau tak Ues, tadi Nde nak kemas tingkat atas sebab Nde nak nyusukan Farhad sambil tengok tv. So, Nde baringkan Farhad sekejap atas katil awak. Farhad duk senyap je sambil tengok baju-baju awak yg bersangkut tu (2-3 kali dah Nde perasan bende ni).



Awak pun tau kan kalau Farhad dah lapar, dia nangeh nangeh pastu mana mau dibaringkan walaupun sekejap. For sure teriak sakan dia. Tapi kalau Nde baringkan dia sat dalam bilik awak, dia buleh duk relek je. Sempat la Nde lipat selimut, ambik bantal dengan rocking dia tu. Magic la Nde rasa bilik awak ni.



Ops by the way, lupa kita nak say thanks kat Uncle Rezza ngan Aunty kan? Ye la.. Uncle Rezza bagi birthday present set memanah kat awak masa dia datang kenduri kita hari tu? How sweet.. Thank you uncle and aunty.

Alright Farhad dah bangun tidoq. Tata. Nde nak kene mandikan dia. Wangi wangi macam Abang Ues dia yang toek tu.. Huhuhu..

Love ya..

NDE
posted from Bloggeroid

Jun 24, 2012

Umoq saya lima tahun laaa..


 Alhamdulillah.. Genap dah anak bujang Cip nih lima tahun. 

Mcm xpercaya baru lima tahun sbb bdn dia besaq nk dibandingkan dgn best friend dia si Syukri ataupun Adam Hakimin tu.

Bagus anak bujang Cip ni sejak dapat adik lagi. Very helpful kat rumah. Sayang and protective toksah kata la. Yang kelakar tu masa Cip duk agah-agah si Farhad, dia pulak yg tergelak lebey. He he he..



Kami celebrate awai birthday dia ritu masa cuti sekolah. Memula dia igt dia dpt satu kek ja.. Jeng jeng jeng.. Last minute kek atromen pun muncui. Punye sengih sampai ke telinga. Habih la one big slice of cake tu termasuk sume edible images of atromen tu dia mkn sekali.


Bila Cip tanya dia atromen mana dia mkn. Tudia berderet jawapan dia. Atromen gaia la, dyna la, kosmos la.. Cip ngaku kalah bab bab atromen ni. Dulu masa kecik minat gak tgk tp xdak la sampai kenai setiap atromen tu secara individu. Tabik spring la kat toek sorg nih. *toing.. Toing.. Toing..

Dear Farreal,
We are extremely proud to see you grow up the way you have. We beam with joy and pride when someone asks us about you. Thanks for making us proud parents. Wishing you a very Happy Birthday. Ayah, Nde & Ian loves you very very much.
posted from Bloggeroid

Jun 4, 2012

Majlis untuk anak anak

Settle dah cuci periuk pinggan mangkuk bagai. Mujo ada anak-anak buah yg ringan tulang membantu di dapur. Cip dpt tlg mana termampu je sbbnya si kecik tu sat-sat aje tidonye. Bila dah terjaga, mmg tak de la nak buat keghoje len. Mengadap dia le sokmo. Baby masih kecik, tentulah need all the attention. 




So far khemah, meja dgn kerusi org tu tak ambik lagi. Terkejut sungguh bila depa pasang khemah, punye la awai. Hari sabtu kendurinya, hari rabu petang dh pasang. Igt kot dia tersilap tarikh ke ape. Tapi mmg tak silap. Saja depa pasang awai-awai. Alasan, book tempat. Heh?!

Boleh dikatakan semua org dalam keadaan tak sihat. Dari ibu dan ayah mertua Cip, sampai kan ke anak anak pun tak sihat. Termasuklah suami Cip. Alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar. Cuma ironinya majlis qiqah kali ni lebih kepada seakan-akan rumah terbuka. Org dtg mmg kami saji makan ja. Sambil tu suami cip ada buat bbq sama. Tetamu start smpai seawal pukul 1.30 ptg. Kalau tak salah Cip, smpai nak kat pagi masih ada yg dtg. Hat tu mmg kwn-kwn yg xsempat dtg di petang hari.

Terjelepuk hine

Nak kat petang kami potong kek harijadi utk toek. Rezeki ues dapat dua kek. Satu kek secret recipe chocolate mud cake and the other one is kek ultraman. Part yg paling best bila kedua dua kek tersebut habis licin. Since bday ues dan Cip fall on the same month, kire sambut sekali la.. Hehehe.

Tak banyak ambik gambar majlis semalam. Ye la, mana nak layan tetamu, bagi breastfeed, potong kek seme kan? Sayang. Sederhana majlis kali ni, syukur Alhamdulillah. Mmg best.

Petang tadi ramai-ramai duk depan rumah melepak sambil tgk ues men beskal. Ian pun senyap je dpt jln jln kat luar rumah sambil kepala sudah pun dibotak licinkan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...