Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Oct 14, 2012

Image


Husband Cip pi keja naik moto.. ingat nak suruh dia buat helmet amcam ni la.. Konfem Ues suke punye.. Cip pun dapat la melaram.. Huhuhu..








Cool kan?

P palang s: Jiwa perlu kental..

Oct 5, 2012

Friday.. Friday.. Friday..

How exciting heh?! 

Hehehehe..

Cip takda la lapar sangat tapi suke tengok gambar makanan.. 

Jom jamu mata pepagi ni dengan melihat lihat cupcakes.. Wuuu...

Ayuh...

Nampak lebih pop up bila dia highlightkan dengan line hitam 
Simple je.. But cute.. weee

Wuuu... Suddenly this remind me of Geisha..

Shoeholiiiiic...

Heh?!

Farmville.. Ahaksss..



Sep 25, 2012

Wajik aka pulut kacau


Tengah Cip duk belek belek internet, mulut tetibe aje terasa nak makan mende maneh. Mau makan cake kah? Eskem kah? Cekelat kah? Tapi takdak jawapan. Perasaan nak makan mende maneh tu still ada.

Pikir punye pikir entah macam mana teringat terus pada wajik tok jam di Beruas sana tu. The only time Cip makan wajik ialah kat rumah tok = once a year la. Sekali makan mmg susah nak stop. Dari dua sudu jadi satu mangkuk.

However this year masa pi umah tok, tok kata dah tak larat nak buat dah. Memula tu Cip cuma tanya kuih atas meja tu beli ke ada org bagi. Tok pun habaq, "Hat ni paklong hang bg. Yang ni jiran tu duk bagi. Aku takdak buat apa pon. Nak buat wajik pun aku dah tak laghat.."

Kita faham la kan. Tok bkn kuat lagi dah. Cip dtg pun mmg nak jenguk and tanya khabar tok sebab dah lama sangat tak balik.

Since suami Cip ada bawak balik beras pulut susu yg client dia bagi, Cip pun gigih la nak cube try test buat wajik for the first time in my life (selama ni duk ingat susah sangat nak buat). Then acara googling resepi la. Cip tak tumpu pada satu resepi je semua jenis resepi berkenaan wajik ni Cip baca bagi mencari resepi yg paling mudah sekali untuk first timer macam Cip nih. Ada yang leh pakai rice cooker tapi kebanyakan sume resepi suruh kukus.

Selesai study selama setengah jam Cip pun masak ikut style Cip la (duk tawakal dalam hati menjadik la). Sukatan sume Cip pakai agak agak ikut suke hati aje. So this is what I came up with:

1. Cip kukus almost dua cawan beras pulut susu dgn daun pandan (Bg wangi. Resepi len takdak yang suh letak daun pandan pun. Belasah je la.)

2. Cip kukus dalam 1/2 jam mcm tu. Bila cek beras pulut tu dah masak, Cip letak tepi sat sementara Cip panaskan kuali.

3. Cip tuang dalam kuali tu santan tin (dah bukak syg la nk buang) lebih kurang satu cawan (cawan yang sama Cip gune utk agak beras pulut tadi). Then gula merah satu cawan penuh. Gula putih setengah cawan. Kacau selalu.

*banyak resepi yg kata better pakai santan perah sendiri sbb nak berminyak sikit. Tapi Cip dah ada santan tin yg dh bukak dalam peti ais plus Cip takdak mood nak perah santan. Therefore, santan Tin it is..

4. Bila semua dah cair, masukkan pulut yg telah di kukus dan acara kacau mengacau sampai gula tu likat pun bermula.

Memang pada mulanya agak cair tapi Cip biorkan atas api sampai dia likat. Kacau aje la supaya tak hangit belah bawah. Nearly one hour or maybe lebih agaknye baru la sebati semua adunan. Cip angkat dan letak dlm tupperware. Biar sejuk then baru masuk peti ais. Yummmyyy..


P palang s: Tak tunggu sejuk pun Cip dah jamah bersudu sudu
posted from Bloggeroid

Sep 19, 2012

Everyday Indulgence




Everyday now nak makan ni.. *melts*

Yummm..

Sedapnye belgian chocolate tu kan?

Kadang tu dah makan satu, rasa takmo dah. Tapi the next day mesti terbayang bayang. 

It all started daripada iklan dia yang selalu ditayangkan tu la.

One day, Cip terasa nak mencuba. Well, sekali gigit, bunyik curnch dia exactly macam dalam iklan. Terus Cip have respect towards the product. They really deliver seperti yang dorang advertise kan.

Bukan ape, kadang tu indah khabar dari rupa. You know what I mean right? Dalam iklan, macam sedap banget.. tapi bila dah try.. hampeehhh... tu yang jadik a bit cynical tu..

Tadi Cip baru je try application Pure Pleasure by Magnum kat facebook.. 

The result?
.
.
.
.



Nak try? Click SINI

Ada dua flavor je yang Cip buleh makan Almond & Choco Cappucino. Chocolate truffle tu mmg muak la kalau makan sebab Cip not into chocolate sangat pun. Coffee nye flavor mmg chantek...


SuperDuperSexylicious!

Sep 12, 2012

Cekelat

I have so many interesting thing to say but somehow I just couldn't put it into words.. Is this what they call  a writer's block? Hahahaa.. sejak bila jadik writer tah.. So please bear with me until I can convey all of my thoughts into words again.. As for now, let just blew your mind with this delicious chocolate images.. Yumm..








p palang s: terus jadik lapaq cekelat kan? 

Sep 4, 2012

Burn baby burn


Macam biasa petang petang dalam pukul lima setengah macam tu, Cip bawak Farhad ronda ronda keliling rumah. Mana buleh dia duk lelama dalam rumah especially waktu petang. Cemuihh..

Strap kan Farhad dekat stroller, pakai kan seat belt, kami pun melangkah keluar. Cip toleh aje ke kanan sekali Cip nampak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Selamba je dia buat pembakaran sebegitu besar kat depan rumah. 
*sigh*
Bagi Cip sangat tak sesuai nak bakor bakor nih. Tengok lah tu betapa tinggi nye api yang membara tu.




Somehow rasa sedih tengok dia buat pembakaran terbuka mcm tu.

*dang*

Setiap kali bawak Farhad ronda mesti akan ada yg tegur...



"Diyaa tidurr kaa tuu?"

"Tidoq ka?"

"Aik? Tidoq dah dia tuu.."

Mana ada dia tidoq. Bila duk kat stroller, Farhad selalu tunduk sebab dia duk gigit strap seat belt dia tu la.



"Tak tidoq haiihhh"

That is what I always tell them.

P palang s: tak productive duk umah petang petang.
posted from Bloggeroid

Sep 2, 2012

Segmen:Mari Berkenalan


Lepas tengok CCI buat entry berkenalan nih, Cip pun nak join jugak le.. Leh berkenalan dengan lebih ramai bloggers di luar sana. Cool jugak.



NAK KENE BUAT APE???

Jawab aje soklan dibawah dengan membuat entry baru di blog anda...



Azrul Azneeta Binti Aziz nama diberi. Kalau tak salah Cip, Azrul tu berkemungkinan besar gabungan nama arwah ibu dengan papa Cip. Azneeta tu atuk Cip yang rekomen sebab Cip cucu perempuan pertama dalam family.. :D


28 tahun dah umur Cip. Kalau ikut kalendar Islam, 29 tahun


Cip berasal dari KL dan membesar di Serdang Selangor. Sekarang dah migrate ke Kedah mengikut suami.


Cip tak pasti la orang tau ke tak tapi Cip dah terikut habit arwah mak Cip, bila lapar Cip akan gigit gigit lidah  macam chewing gum tu pakai gigi geraham . Kire pelik or biasa tu?




Banyak je. sape pun yang update Cip akan konfem baca. Komen dgn tak je.. Tapi Cip selalu sangat singgah kat blog nih..



&




Banyak khot kenangan yang tak dapat lupe. Cip bagi salah satu la ye. Masa tu mungkin Cip berumur 4 - 5 tahun agaknya. Prmbantu rumah Indonesia lari daripada rumah tinggalkan Cip, Abang Cip yang tua setahun dengan adik Cip yang kalau tak salah baru beberapa bulan sahaja umurnya.



Cip start blogging dari umur 18 tahun. Masa tu baru je masuk U. Banyak blog yang Cip dah gune macam wordpress, blogdrive, friendster dan ada satu lagi tapi lupe dah.




Blog Cip basically macam diary yang tak berapa nak private la kot. Semuanya berkisar pasal perkara yang Cip buat di hari hari biasa, pasal anak anak and my deep thought.



Cip suka bercerita. Daya imaginasi Cip tak luas sangat tapi Cip suka menulis agaknya. Dulu masa kecik kecik memang ada pasang cita cita nak jadik journalist. 


  Cip first time singgah di blog rien. Tak sempat baca apa apa pun lagi. Terus dapat link join segmen nak berkenalan ni ha.. nanti Cip ada masa Cip akan singgah lagi. Tapi dari first impression, Cip tengok banyak tajuk tajuk menarik yang Rien buat. Memang menarik nak baca. No wonder ramai followers. Mesti hebat nih.. Paling penting, Cip suke doodles kartun kartun tu semua.. Comel.

p palang s: Segmen ini dikelolakan oleh

SELAMAT BERKENALAN!!!

Jul 19, 2012

Menjengket

Tu bahasa org sini yang bermaksud jalan-jalan.

tak meragam langsung bila dapat tengok dunia luar

Si toek Farhad ni peberet dia kalau dapat 'menjengket'. Petang-petang jadi satu kewajipan bawak dia keluar rumah. Adakalanya tak dapat nak bawak keluar sebab hujan atau dia tido.

Bila dah keluar rumah ni, perhatikan sekeliling kita. Banyak benda-benda yang menarik sebenarnya.


awan macam lawa je..

Kucing ni selalu datang belakang rumah.
Dia bisu takdak suara.
Kalau mengiyau keluar angin je

Mangsa

View from the top

P palang s: ambik kesempatan tgk pokok pokok hijau, kot kot la baik rabun nih.
posted from Bloggeroid

Mar 1, 2012

Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup..

Baru je melawat blog cikmin.com sebab terperasan Cikmin ada update entry baru.


Mula-mula tu tak perasan. Tiga ploh saat selepas itu baru lah terperasan yang Cikmin dah tukar blog header yang baru.. Pheewwiiitttt... Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. hidung ai nyah! 


Mau tak kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. Gambar header tu hasil tembak² tak bertauliah yang Cip buat last time masa menang macaron bulan lepas untuk GA yang Cikmin anjurkan. Kiranya ini first time secara officialnya other blog menggunakan gambar yang Cip tangkap. Padahal Cip bukan professional photographer pun. Saje tangkap untuk suka². Currlllaaaasssstttt taw!

Koleksi gambar macaron yang Cip tangkap DISINI

p palang s: Cincin yang Cip guna dalam gambar tu ekceli cincin nikah Cip sendiri.

Feb 29, 2012

Heart broken ke?

Semalam terasa nak layan Celine. Tah hape ke mood pulak tetibe hari nih melayan Beyonce. Memula tadi bukak youtube nak carik lagu mendiang Whitney Houston - I Will Always Love You hat dia nyanyi live. Tapi kebanyakannye sume dia dah tukar sikit tempo. Tak sedap pulak. Nak hat dia nyanyi exactly yg macam original punye.

Disebabkan perasaan malas meng'surf' lagi tercarik pulak hat Beyonce. Bukak lagu Broken Hearted Girl. Hah kau.. Layaaannn... Ceh memula tengok video clip dia je. Tetibe tangan nih rajin menaip hat instrumental karaoke punye.. Perghhh... Berkaraoke sorang sorang kat rumah lagu Beyonce... Ahahahhaa... Feeling lak tu.


Lagu nih sedih sebenarnya. Melodi dia sedap. So ape lagi.. Jom kite karaoke...

Feb 28, 2012

Open Arms

Entah kenapa lah telinga nih seakan-akan merindui akan kelunakan suara Celine Dion. Mungkin sebab dah lama sangat Celine tak keluarkan lagu terbaru dia kan. Cip suka sangat bila tengok dia perform live tu.. Sekarang dia dah perform semula kat Las Vegas tu.. Dapat fly ke Las Vegas tengok show dia kalu.. perghhh.... A dream come true gitu... 

Tengah duk carik carik performance dia yang paling latest terjumpak hat dia nyanyi Open Arms which is my fave song..  Lagu asal dia biasa je. Tapi bila Mariah Carey nyanyi version dia, mmg meletup balik lagu nih. Tak tahu pulak Celine pun ada nyanyi version dia.. 


Still best.. terubat rindu pada Celine.

Feb 2, 2012

Coming Soon...


Anak Cip Farreal sangat lah suke Iron Man dan Spiderman. Basikal dia, baju dia kebanyakan warnanya adalah influenced daripada warna baju Iron Man dan Spiderman itu sendiri.
Okay Cip cilok gambaq nih dari husband Cip punye blog.. agagaga...
Malaih nak carik dalam external hard disk tu..

Cip just found out in a few months from now akan keluar new movie called The Avengers..  Excited!!! Dia akan suke punye lah.. Oowhhh... Bestnye.. Selalunya dia sekadar main dalam PS2 dia sahaja now dia dah buleh tengok cerita nya pulak.. yeay!!!



Tapikan dalam Avenger punye group nih patutnya ada Spiderman tapi dorang tak includekan lah pulak.. Hurmm konfem dia tanya.. Apa nak jawab ek?



Feb 1, 2012

Better than the original?

It was a very big surprised kan masa Alyah perform lagu Kisah Hati kat AJL hari tu? Yes!! Surprised la tetibe Remy Ishak muncul at the end of the song. And tak payah cakap pasal the crowd la. The crowd goes berserk and applauded macam tengok Harimau Malaya men bola lagaknya. 


Cip was hesitated to write about this sebab it is not a big deal pun. It was just a performance. Tapi bila lagu Kisah Hati tu dah mula bermain dan berlegar-legar dalam kepala nih for a few days now, I need to let it out and get it over with.  

Frankly speaking during AJL hari tu Cip perasan akan perubahan susunan melodi yang dilakukan pada lagu Kisah Hati nih.. Nak dibandingkan dengan lagu² lain yang bertanding, perubahan melodi dia cukup ketara especially bila masuk second verse tu. Definitely lagu tu jadik lebih theatrical, interesting and alive. Kalau tak, lagu asal dia a bit boring. Ini mengingatkan Cip pada lagu Siti Nurhaliza Kumilikmu. Juga sama menjadi pertaruhan di pentas AJL. The melody was changed. Walllaahhh... result yang lebih menarik daripada lagu asal. 



Kenapa yang orang duk bersorak sangat masa lagu Kisah Hati tu bila Remy Ishak enter frame ye? 


Rasanya demam Nur Kasih sudah lama berlalu dan kini Remy Ishak bukan lah di carta teratas khot. Ye ke nih? Entah lah Cip sendiri tak tahu nak jawab sebabnya memang Cip sendiri agak excited dengan kemunculan Remy Ishak tu. I was practically screaming the moment I saw him. Ahahahhaa...  Ye.. Cip mmg suke tengok Nur Kasih. Dan lagu Kisah Hati nih was famous masa drama Nur Kasih tu ditayangkan tah kali ke berapa kat televisyen. And agaknye sebab tu jugaklah Remy Ishak terpilih untuk jadik hero lelaki dalam VC Kisah Hati. So his presence on the stage that night was like a light in a sea of darkness... (wahhhhh.... tak buleh blah metaphore) The moment Cip nampak kelibat lelaki masa performance tu, terus comes to mind, 'mesti Remy Ishak ni. Just like in the VC'.. 

Okay I've let it out. Hopefully lepas nih bangun, tak terngiang-ngiang lagi lagu Kisah Hati nih. Cip nak move on. 

p palang s: My kisah hati would be my two Syamsoul.. love!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...