Susu formula tidak mengandungi antibodi, sel hidup, enzim dan juga hormon seperti yang ada di dalam susu ibu kerana ia mengandungi lebih banyak aluminium, manganese, cadmium dan juga zat besi lebih daripada susu ibu. Walaupun susu formula kelihatan mengandungi lebih banyak protein daripada susu ibu, hakikatnya kandungan asas protein dan lemak tersebut sangat berbeza daripada susu ibu itu sendiri. Kandungan susu formula yang diminum oleh bayi tersebut tidak pernah berubah-ubah dari hari pertama ke hari ke - 7 atau ke hari - 30 atau sampai bila bila. Kandungannya sama sahaja. Susu ibu tidak begitu. Allah create susu ibu ni KHAS untuk bayi yang dilahirkan mengikut keperluan badannya. Susu formula dicipta untuk semua bayi. Ia berjaya buat bayi membesar akan tetapi kelebihan susu ibu lebih banyak khasiatnya daripada sekadar mahukan bayi membesar dengan cepat sahaja.
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts
Jul 7, 2012
May 22, 2012
Buaian
Bertungkus lumus suami Cip siapkan buaian utk Farhad once Cip habaq kat dia kata Farhad tdoq xlama. Tdoq sat pastu dia jaga. Mula mula dia gerudi dinding and letak kat tepi tangga. Dekat dgn dapoq. Mudah bila Cip nk masak. Tapi bila mlm takkan nk tdoq kat bawah kot kan? Suami Cip tambah buai lagi satu dkat tingkat atas. So skarang buaian Farhad, ada dua.
Banyak for one baby? Eh, takdelah. Adik ipar Cip rajin gak dtg umah. Kalo anak dia nak tdoq, kire tak gaduh la. Sorg leh dok ataih, sorg duk bwh. Mana mana pun boleh.
Tp bila dh ada buai, nak duduk membuai tu la pulak. Kadang lama si Farhad baru mau tdoq. Jadinya suami Cip beli pulak hat elektrik punye tu. Tak payah nak tunggu lama sambil enjut. Biaq enjut sendiri ja.
Baguih sungguh la suami Cip ni. Bertuah Cip ni dpt suami lagu ni. Sayang tak hengat nii..
P palang s: Cip masih xtdoq dr pukul 3.30pg td sbb Farhad ajak nyembang dgn dia sampai pukui 8pg. Fuhhh~
Banyak for one baby? Eh, takdelah. Adik ipar Cip rajin gak dtg umah. Kalo anak dia nak tdoq, kire tak gaduh la. Sorg leh dok ataih, sorg duk bwh. Mana mana pun boleh.
Tp bila dh ada buai, nak duduk membuai tu la pulak. Kadang lama si Farhad baru mau tdoq. Jadinya suami Cip beli pulak hat elektrik punye tu. Tak payah nak tunggu lama sambil enjut. Biaq enjut sendiri ja.
Baguih sungguh la suami Cip ni. Bertuah Cip ni dpt suami lagu ni. Sayang tak hengat nii..
P palang s: Cip masih xtdoq dr pukul 3.30pg td sbb Farhad ajak nyembang dgn dia sampai pukui 8pg. Fuhhh~
posted from Bloggeroid
Labels:
Baby
Pantang mana dan je..
Hari ni adalah hari yang ke 36. Maksudnya Cip masih dalam tempoh berpantang. Nama je berpantang tapi Cip rasa macam tak pantang lagi dah ni. Tambah dah settle down kat rumah sendiri. Tu pasai jadi pantang mana dan je. Phew~
Hari minggu yang lepas, Cip dan suami attend satu majlis house warming. Actually jiran MIL Cip pindah rumah baru mereka. Bila jumpa jiran tetangga yang makcik-makcik nih duk tanya Cip umoq Farhad. Cip habaq la 33 hari. So depa macam agak terkejut sebab masih dalam pantang. Tapi yang tak tahan tu bila depa kata "eh, sekejap je.. Dulu kita nih tunggu 44 hari tu punya la lama.."
Sekejap? Ish tak lah sekejap sangat pun. almost two weeks masa Cip duk umah bapak Cip pun rasa lama bebenor dah ini kan pulak 44 hari.. Ish lama.. Cumanya sebab banyak masa Cip spent kat dalam hospital campoq dengan time berjalan-jalan ke KL (bkn bersuka ria tapi atas urusan).
Seminggu pertama selepas melahirkan Farhad, Cip admitted di hospital. Bukan Cip sakit pun tapi sebab Farhad demam kuning. 4 hari Cip di hospital gomen. Then discharged balik kerumah MIL. The next day check darah Farhad, kuning naik, admitted di swasta pulak. Alhamdulillah masa di hospital swasta Cip dapat rehat yang sepatutnya. Di hospital Cip makan apa yang disediakan oleh hospital. Selain daripada tu kalau lapar, Cip ada bawak bekal roti, milo 3 in 1 dan biskut. Bila waktu melawat, MIL akan bawakkan nasi serta sup ayam. Pun Cip bedal jugak. Kenyang sungguh. The same goes di hospital swasta.
Minggu kedua banyak dihabiskan di rumah MIL tapi dua hari terakhir Cip balik ke rumah Desa Aman sebab suami Cip perlu berkemas utk ke Mekah bagi tujuan melakukan umrah. Jadual penerbangan jatuh pada hari ahad. Di rumah MIL, adik cip serta adik ipar banyak membantu MIL yang patah tangannya semasa mengerjakan umrah sebelum itu. Masak memasak di monitor oleh MIL le.. Lauk yang Cip makan hanya sayur seperti sup kuchai dan sawi serta sup ayam. Bila balik rumah sendiri, adik Cip la yang tolong masakkan lauk utk Cip. Tapi Cip pun dah start pegi dapur jugak masa ni sediakan makanan yang simple simple.
Selepas hantar suami Cip dilapangan terbang, Cip beralih pula ke rumah bapak Cip bagi tujuan berpantang. Baru la Cip berurut selama tiga hari berturut-turut. Baru lah berparam, berpilis, pakai bengkung, girder sume lah.. Tahan je la telinga masa kene bebel dengan bapak Cip sebab lambat sangat start berurut. Nak buat macam mana. Hectic sangat minggu yg sebelumnya tu.
Tukang urut Cip, Cik Ani yang perkenalkan set bersalin Air Mancur pada Cip. Sebelum nih ingat nak beli hat NR punye sebab ramai yang rekemen kata bagus. Sampai akhir tak beli. Bila dah berurut, Cik Ani kata pakai je Air Mancur punye sebab mmg turun temurun kat Indonesia, Air Mancur la paling feymes. Semua la dah ada dalam tu. Untuk mandian pulak terdiri daripada herba yang dibungkus dalam bunjut. Kene rebus campoq dgn limau purut. Okay truth be told, Cip guna mandian bunjut nih baru empat kali je. Guilty.. Bukan tak mau. Tak sempat la hai bila nak mandi je baru nak rebuskan. Mana nak jaga baby lagi kan.. So Insyallah dalam masa terdekat nih mandi lagi gune hat rebusan dia tu.
Dua minggu kat rumah bapak Cip kire okay lah jugak sebab bibik pun ada. Nak apa-apa suruh dia buatkan aje. 2nd day Cip dah start mandikan Farhad every morning. Makan-makan, haruslah bibik yg masak. Adik Cip pun ada tolong masakkan jugak. Sebabkan Cip nak elakkan demam kuning Farhad berlarutan, Cip tak makan halia dan lada hitam buat sementara. Even jamu pun Cip tak makan.
Langgar pantang? Ade je.. Siap mkn mcd dgn dominos lagi. (kuantiti sedikit okeyh).. Angin la sket. jenuh sapu minyak panas kat badan bagi kuar angin. Padan dengan muka kan? Gedik sangat nak jamah jugak pasai pa.. Mujur tak affect sgt ke Farhad. Dia menten lagu tu jugak la.. makan tido makan tido je. Keluar rumah tak payah cakap la. Belum habis pantang Cip dah siap pegi KLIA, pi pasar lagi.. Pening dan penat la sket walaupun duduk aje. (jangan dibuat okeyh).
Pada yang membaca, jangan la ditiru apa yang Cip buat nih. Cip bikan sengaja pun. keadaan memaksa. :D Okay start hari ni dah leh makan jamu..
P palang s: semalam timbang berat. Berat Cip turun. Sebelum pregnant ritu berat Cip ada la dalam 70 - 72kg mcm tu. Sekarang nih 66kg. Muarghahahaa... Takde rahsia okay.. Cip pun tak tahu cane leh turun sangat nih..
Labels:
Baby
May 21, 2012
Tidoq
Cip kerap tegur Farhad tentang routine tido dia nih. Siang elok je dia tidoq dengan nyenyak walaupun ada banyak bunyik di sekeliling dia. Still dia buleh tido. Somehow bila waktu malam, sat-sat je dia tidoq. Kadang dah tertidoq lepas menyusu, Cip letak la dia kat bawah, terus bukak mata dia. waktu siang, no problem what so ever kalau letak kat bawah sekalipun. Even kalau bedung pun, takde nak mengamuk teruk teruk..
Bila dah balik ke rumah sendiri di Desa Aman nih, still routine dia begitu and I find it, it is very convenient for me actually. This is because waktu siang la Cip nak masak, mandi, buat air, dan segala house chores yang lain lah. Baru lah Cip nampak. Kalu tak duk komplen siang tdoq, mlm dia ssh nak tdoq. Ape lah Cip nih..
Therefore, sekarang Cip buat cenggini. By 10 or 11 o'clock bila Farhad dah start tdoq, Cip pun terus masuk tdoq sama dgn dia. Confirm by 2 o 'clock dia akan bangun. so tak lah Cip ngantuk sangat. Buleh lah breastfeed dia sambil layan Astro mcm pagi tadi.. Ahaha... Sip leh makan roti, cicah biskut dgn kopi lagi.. Dia tdoq semula, Cip pun bantai tdoq sekali dengan dia.. Kite tidoq ikut timing dia la..
tengok cakap je pasai dia, dia pun bangun.. Allright.. Chiaww..
Labels:
Baby
May 18, 2012
Susu Badan
Alhamdulillah.. Genap sudah umoq Farhad sebulan. Kuning pun slowly dah takdek. Sekarang Cip tengah giat bagi susu badan sepenuhnya pada Farhad. Masa lepas bersalin hari tu, banyak betul yang Cip belajar especially bila Farhad admitted kat wad jaundice di hospital. Walaupun agak tensi berada di dalam hospital terlalu lah lama (empat hari je tp rasa mcm lama sangat) tapi at the end of the day, bila muhasabah diri and Cip do a lot of thinking I finally can see the good that came out of it. Cip admit, Cip learned a lesson. Tanpa pengalaman-pengalaman macam ni, mungkin Cip akan spoilt dalam membesarkan si Toek II yg legam nih.
Tak dinafikan memang ada Cip bagi susu top up masa kat hospital tu pada Farhad sebab he keeps on rejecting being on the baby cot. Nak berkepit dengan Cip. So one of the staff nurse bgtahu yg baby lapar. So nak tak nak, Cip bagi la susu top up tu. After that baru la dia mau tido dalam baby cot tu bawah lampu ungu.
Doctor mmg suruh bagi susu badan aje senantiasa so that baby buleh berak dan kencing bagi mengurangkan kuning. Tapi masalah lain yang timbul ialah bila Cip angkat Farhad nak susukan, dia terus senyap dan tido. Takmo hisap pun. Kejutlah mcm mana pun, dia tetap akan tido dan itu merupakan lumrah buat bayi yang menghidap demam kuning. Mereka akan tido aje. Tugas kite kene kejutkan. Trust me, dia takmo bangun. So macam mana Cip nak breastfeed when he doesn't even wanna suck? Walhal Cip difahamkan yang salah satu cara nak baikkan demam kuning is by breastfeeding. Ada kakak sorg nih sempat bagi kat anak dia dua cup je susu top up then terus breastfeed sampai lah hari ketiga dia buleh discharged.
Banyak betul informasi pasal breastfeed yang Cip tak tahu. So sekarang bila Cip dah slowly belajar and gain knowledge pasal breastfeed nih, baru la bersungguh sikit. Moh kite bagi yang terbaik buat si kecil.. Jangan pernah putus asa..
Labels:
Baby
Apr 27, 2012
Welcome Mr Farhad..
Sebelum bersalin hari tu, Cip duk baca pengalaman bersalin org lain. Now, turn Cip pulak share pengalaman Cip melahirkan Farhad ke dunia ni.
Bila hari jumaat on that 13th of April (EDD) tiba dan masih tiada tanda-tanda menunjukkan yg Cip akan bersalin, dokter bagi sedikit masa lagi. 20hb tarikh diberi utk Cip di'induce' sekiranya masih belum mahu bersalin. Cip dh takut dh masa ni sbb ramai yg kata kene induce nih sakit. Geruunnn..
Alhamdulillah, dlm pukul tiga pagi pada hari Isnin, slowly Cip rasa tak sedap perut. Bukan memulas mcm nak buang air bsr seperti kebanyakan cerita org. Lebih kepada cramp kat bahagian rahim. Sakit tu comes and goes.
Mula-mula Cip ignore aje. Tp bila sakit tu makin kerap dtg, br la Cip tersedar yg mungkin itu sakit dh nak bersalin. The real contraction is finally here. Since kekerapan contraction tu tak consistent, so Cip tahan je la. Contraction dtg setengah jam sekali. Kadang 15minit sekali atau 10minit sekali. Memula mmg igt nk bgtau suami Cip, tp kang dia menggelabah pulak. So, Cip sambung la tido. Bila contraction je, Cip buat deep breathing. It helps a lot. (Mmg sakit. Rasa dia mcm bila kaki kita tibe-tibe cramp and there's nothing you can do beside stretching kan? Tp rasa dia kat perut la..)
That Monday morning, Cip ikut suami Cip pergi office dia and hantar MIL pegi follow up dgn doctor kat hospital. Masa nih suami Cip dh tau dh yang Cip mengalami mild contraction. Dia bwk Cip sekali ke sana -sini sbb takut nak tinggalkan Cip kat rumah. Jadi apa-apa nnti tak pasal je kelam-kabut. Sepanjang perjalanan tu dia yng berdebar lebih. Tak boleh control katanya. Somehow Cip tau masih lambat lagi nak delivernya sebab sakit contraction tu masih bearable.
Pukul 11mlm finally contraction yg Cip duk monitor dari siang td consistent setiap lima minit. Suami Cip decide utk bwk Cip ke hospital ditemani MIL. Terusan aje ke emergency entrance. Sempat singgah Petronas berdekatan beli kudap-kudapan. Kang masa nak push, tak larat pulak kan..
Sesampai di ERnye entrance lebih kurang jam 12.00 tgh mlm. Daftar particulars (bagi je buku merah tu), kemudian Cip disorong menggunakan wheel chair ke labor room. Pemeriksaan pertama dibuat utk mengenal pasti berapa bukaan. Nurse tu kata br bukak 2cm. So dia suh admit ke ward dan Cip tidak disuruh pulang sbb Cip already overdue. Sebelum masuk ke ward, sample air kencing diambil. Ubat paksa buang air besar juga diberikan. Membuang la sekejap lps tu. Kemudian Cip disorong ke ward bersalin. Dorg bg bj yg warna pink tu suruh pakai. Nurse tu pesan kalau sakit makin kerap panggil dia dan buleh check bukaan. Dah masuk dalam ward, suami Cip sempat masuk sekali sekejap teman. Hantar air mineral dgn biskut oreo (dapat la jamah makan seketul je).
Sejam setengah berlalu, nurse perasan yg Cip duk tahan sakit. So dia tanya la nak check bukaan tak? Since dah sakit kan, so Cip agree je la. Rupenya dah dilate 4-5 cm mcm tu. Terus dia kata buleh pegi labor room. Nurse tu suruh bawak barang baby sekali. Cip whatsapp suami Cip yg ada kat luar wad suruh dia bawak beg baby and bagi kat nurse di labor room tu.
Dah masuk ke labor room, Cip diberi oxygen mask serta dipasangkan mesin CTG utk monitor heartbeat baby dan contraction yang berlaku pada rahim. In case ada complication dokter buleh detect awal-awal. Kalau tak salah, masa nih dah nak dekat pukul 3 pagi. Lamanya rase menunggu untuk bukaan tu sampai ke 10cm.
Masa whatsapp dengan suami Cip sebelum tu, dia bilang dokter expect Cip akan deliver waktu subuh nanti. However, berbekal kan jam tangan suami Cip (masa kat rumah lagi dia sarungkan kat Cip utk monitor contraction) sampailah pukul 6.30 pagi, Cip masih bertarung dengan kesakitan yang teramat. Dua tiga kali Cip tanya nurse dan dokter yang in charge masa tu untuk benarkan suami Cip masuk since dia dh pun daftar kan diri dia dalam program 'husband friendly'. Tapi depa duk kata, "Nampak kepala baby baru suami buleh masuk".. Hadoi.. masa nih baru dilate 6cm kot. Tension betul. ada sekali sekala Cip ditinggalkan keseorangan dalam bilik tu. Kene pulak contraction yang lasted few minutes. Fuuhhh.. Tumbuk dinding jugaklah sebab takde tempat nak pegang. Setiap kali sakit, Cip pegang headboard katil. Nak gerak lelebih tak bleh sebab duk pakai CTG punye wire tu. Kene baring je la tahan sakit.
Bila dah dilate 7cm, Allahuakhbar... Sakit contraction tu teramatlah intense.. Setiap kali menahan sakit, sampai Cip menggeletar seluruh badan. Cip ada diberikan injection serta gas ape pun Cip tak tahu. Sampaikan satu masa tu, Cip request utk dapatkan pain killer sebab tak tahan sangat sakit. Depa kata depa dah bagi dah sebelum tu. Depa tak buleh bagi lagi. Tapi rasanya injection tu utk baby. Utk kuatkan paru-paru baby bukan pain killers pun. (Bila dah lepas beranak baru la terfikir, kalau Cip pakai pain killers and tak rasa contraction, mcm mana baby nak keluar sebabnya contraction tu bertindak utk push baby keluar daripada rahim.)
Around this time, all I can think of is I want this pain to go away. Memang Cip ada buat deep breathing tu setiap kali contraction datang. Jadinya nafas turun naik, turun naik la. Tapi dokter perempuan tu marah tak bagi breathing macam tu. Dia suruh bernafas macam biasa. Rasa nak hempuk jugak kepala dokter praktikal dengan oxygen mask tu. Dah la masa Cip teramat sakit and in need to hold something, Cip mintak la dokter tu pegang tangan Cip, dia bleh bagi hujung jari dia je.. Tak dak sifat empati langsung. Mujur ada budak nurse yang praktikal kat situ. Rasanya masa nih dah lepas pukul 7 pagi sebab dah makin ramai dalam bilik labor room tu. Dengan dokter praktikal lelakinya pun ada sekali. Tapi percayalah, dalam keadaan sakit to the max macam tu, mmg dah tak perasan sesiapa lagi dah.
Since dah nak dekat sangat bersalin, jam, henpon, tudung Cip sume dah disimpan dalam beg oleh nurse praktikal tu in case emergency Cip kene C-section. Tu yang Cip dah tak terperasan pukul berapa. Dengan oxygen mask kat muka, Cip pandang lampu syiling hospital sambil berdoa dan mintak ampun pada Allah swt. Tak tahulah Cip cakap kuat ke ape masa tu. Cip rasa mcm Cip cakap sorg-sorg je. Tkde sape dengar. Sekali sekala ada la Cip mengerang kesakitan dan masa tu la nurse tu akan ingatkan " Kak baca Laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.." Cip baca dalam hati. Tak mampu dah nak berkata-kata. Cip cuma angguk pada dia menandakan Cip tau.
Cip hampir nak menangis (dua kali) sebab dah tak tertahan lagi sakitnya tapi diredakan oleh nurse praktikal yang duk teman Cip tu sambil dia urut-urut perut Cip. Tak lama selepas tu, Cip disuruh mengiring. Sampai tak perasan pulak bila masa dorang cabut wayar CTG tu. Bila mengiring, dorang tak bagi teran lagi. Then nurse ke dokter tah tanya sama ada Cip rasa nak push ke? Mula-mula tu tak da pulak rasa apa-apa. Rasa sakit ya amats je.. Then baru terasa.. Terus dorang tarik Cip kebawah sikit dan katil tu dilipat dua. Kaki pun kene strapkan ke tiang tu dan semua orang pun suruh push. Ada terdengar nurse panggil suami Cip suruh masuk tapi suami Cip masa tu takde pulak sebab pegi tandas ke tingkat bawah. Takde le rezeki husband Cip nak tengok Cip bersalin.
Dah macam sorakan tengok Harimau Malaya beraksi pulak dalam labor room tu bila doktor praktikal, nurse praktikal dan sesiapa sahaja yang ada kat situ semua bagi encouragement untuk push. Cip rasa dah habis teran dah. Nafas pun paling panjang dah masa tu. Tapi baby tak keluar jugak. Ada dalam sepuluh kali jugak meneran. Ke lebih? Tak ingat. Mungkin 5 ke 10 minit jugak Cip push finally keluar and at the same time Cip buleh rasa vjj kene slice. Rasa mcm paper cut. Dan selepas tu dorang letak kain atas dada Cip dan letak Farhad atas dada Cip. Cip terus pegang jari jemari dia. Very warm la dia.. Macam baru keluar dari microwave.. ahahhaa.. Masa nih seriously tak rasa apa-apa. Blur khot.. Then dorang angkat baby tujuk kemaluan dia dan tanya Cip apa gender baby. Cip jawab la, "Boy". Kemudian Farhad dibawa keluar untuk dibersihkan. Kuatnye la hai dia nangeh.
Bila Farhad dah dibawa keluar, pelan-pelan dorang keluarkan uri pulak. Sambil dokter tu bg instruction kat budak praktikal suh double check keadaan uri yang dikeluarkan.
Masa nak kene jahit, dua kali khot Cip tanya sama ada pakai bius ke tak. Hahahaa.. Depa kata mmg depa pakai bius. Alhamdulillah. lega.. Cip siap pesan kat dokter tu suh jahit cantik-cantik lagi. Walaupun pakai bius but still bleh rasa sting kene jahit tu. pergh.. Cip ada nak tanya berapa jahitan dia. Tapi tak sanggup la nak tau. So Cip diam dan menikmati je la saat saat dijahit tu. Sebelum dan selepas jahit mmg la kene seluk sikit sebab dokter nak keluarkan darah-darah beku yang masih tinggal dalam rahim.. Fuuhhh... Mujur tak berasa apa..
Siap kene jahit, dorang bawak masuk Farhad. For the first time la Cip bagi dia nyusu badan sambil ditemani oleh nurse praktikal. Mungkin sebab sambil baring agak ssh la nak breastfeed. Ibu dan baby pun masih dalam proses belajar nak adapt with each other. Even dah sepuluh hari usia si Farhad sekarang pun, mmg susah nak breastfeed dia sambil berbaring. Mesti kene duduk. Cip pun mmg lebih selesa duduk lagi.
Alhamdulillah.. Everything went well tanpa ada any complication. Phew~ Syukur...
Apr 14, 2012
Belum lagi..
Masih gagah lagi hari ni.. (baru lambat satu hari) Huhuhu.. Sepatutnye bersalin semalam (Ikutkan EDD). Dalam hati asyik berdoa takmo la kene induced. Ramai duk kata sakit.. huu... dongwaannn... Hopefully keluar la sebelum dokter decide utk induce tu ek baby..fuh~
Semalam pegi pasar beli brg nak masak hari ni. Most probably nak masak singgang atau pucuk paku masak lemak cili api. Somi Cip yang lebih ngidamnye. Cip masakkan aje. Pi pasar semalam pun, dia tak tapau ape-ape utk dimakan balik tu. Yang Cip nih siap tapau taufufa, samosa, apam balik bagai.. carik yong tau fu je takdek smlm. Ke tak perasan.. Entah lah. Alsan somi Cip, dia tak lalu. Balik kat umah je lah makan lauk yg Cip masak tgh hari td. Asam pedas ayam (Cip masak tapi tak makan pun. Bkn feveret Cip tp feveret somi Cip). Terbalik sungguh lah selera kami berdua nih when it comes about food.
p palang s: Mcm mana agaknye selra Cip after deliver nanti ek?
Apr 12, 2012
Bila?
Seorang demi seorang kawan-kawan Cip telah pun selamat melahirkan baby dragon mereka. Very the suspen menunggu kelahiran baby yang Cip kandungkan ni. Pheww~ Hari ni kah? Besok kah? Lusa kah? Tulat kah? Tambah bila everyday mesti ada yang tanya "Dah bersalin dah?" Hehehe... Berdebar rasanya.. Takut.. Gemuruh.. Semuanya ada.. Cip berserah segalanya ke atas ketentuan yang Maha Esa.
Cip baru je terbaca akan update terkini berkenaan Norma yang kini kembali semula ke Pontian sebab doktor kata there's nothing that they can do sebabnya tumor Norma semakin membesar dan kemungkinan telah menghimpit shunt yg di securekan dalam otak beliau. Hurmm.. Sedih sangat baca.. Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang dirancangkan buat Norma sekeluarga. Untuk mengetahui perkembangan Norma boleh la menjenguk² ke blog Moon atau blog Amy
P palang s: Bersyukur di atas apa yang kita ada sekarang sebelum segalanya diambil kembali..
Labels:
Baby
Apr 11, 2012
Dua hari lagi due..
Dua hari je lagi, 13 April menandakan due untuk bersalin pun tiba.. So far tiada tanda nak bersalin tu lagi. Turun darah ke dan yang sewaktu dengannya. Tapi duk jumpa member², sembang² dgn depa (yg dah pun bersalin) tu diaaaa... pelbagai nasihat dan tips yang diturunkan.. Phew~ Bersyukur diri ni ramai yang care..
Tadi selesai sahaja melawat salah seorang akwan sekolah suami Cip, kami pergi cari air selusuh keluaran Biodex. Tapi rasanya tak jumpe brand Biodex so beli je brand lain. Ape tah nama dia. Cip juga dibekalkan dengan telur ayam kampung oleh kawan baik suami Cip.. Air Cip dah minum.. Sat gi nak makan teloq ayam kampung pulak.. Kite tengok ye bila baby decide nak keluar. :D Wish me luck..
Apr 6, 2012
Nak Bersalin Dah?
Kenot believe... Masa kandungan Cip mencecah 6 bulan, rasa macam lambat je lagi nak bersalin. Alih-Alih sekarang tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi ke EDD (Estimation Due Date). Masa pi check kat swasta, depa kata EDD 9 April. Akan tetapi since Cip fully check up dengan gomen hospital, therefore depa suh ikut je EDD yang ditentukan oleh gomen iaitu pada 13 April. Disaat Cip menulis nih baru je 6 April. Husband Cip men teka-teki konon baby akan keluar pada 10 April. Kite tengok ler nanti ek..
Frankly speaking, Cip takut nak menghadapi saat-saat nak bersalin nanti. Sape yang tak takut kan? So, cara Cip mem'prepare'kan mental nih adalah dengan membaca pengalaman bersalin thru google aje. Seriously agak gentar. Maka, dengan membaca pengalaman-pengalaman ibu dalam blog mereka tu mampu memberi Cip gambaran akan hari yang bakal Cip lalui tu supaya tak panik dan yang sewaktu dengannya.
As for now, ramai jugak yang dah wish selamat bersalin dekat FB... Menambahkan lagi kecuakkan Cip nih.. namun kecuakkan tersebut masih terkawal setakat ini.
Sepanjang mengandung (Sejarah)
Sakit
Cip anemic sepanjang tempoh mengandung.
Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.
Mungkin sebab tu jugaklah berat badan naik sikit sangat. Anemic Cip tak teruk. Setakat letih, tak lalu makan, berdebar-debar dan tak bermaya. Akibatnya berat badan sekadar naik empat kilo semasa kandungan berusia 9 bulan. Tapi bila pi check up, alhamdulillah normal. Baby okay. HB mmg turun sikit la.
Selulit di perut
Kesan regangan di perut Cip sudah ada seawal kandungan berusia dua bulan. Masa pi check up nurse tanya tak gatal ke? Itu yang pelik. Cip kata mmg tak gatal. Tau² je dah ade rekahan² tu. Magic kan? However, perut start gatal masa usia kandungan dari 6 bln nak masuk 7 bulan. Gatal sikit². Timbul macam rashes tu. Ingatkan Cip ada salah makan. Allergic to some food ke ape ke. Duk garuk², kawasan kulit yg dekat dengan pusat jadik merekah sikit. Tiga line (ala² mcm kene cakar dgn kucing.) Ada toek tanya tentang rekahan tang perut tu. Cip jawab kene cakar dengan Wolverine.. hehehe... Sah-sah dia tak percaya. Tapi sebab muke Cip serious, Cip rasa dia terpaksa percaya. Hehee...
Masuk lapan bulan, amaigaaddd.... Cip mengalami kekeringan kulit yang paling teruk dalam hidup Cip. Sampai Cip kene tukar shower foam kepada hat ph5.5 punye. Tu pun masih tak selesa. Pakai baju rasa miang sangat². Kene pakai cotton. Still miang jugak sampai rasa nak menangis je all the time. Sapu minyak baby oil je sepanjang masa. Tak buleh berpeluh sikit. Habis rashes especially kat bahagian berlipat-lipat tang siku tu. Beli la cocoa butter Cip ingat it helps. But it doesn't in my case. Menghenyam yang teramat sampai lah Cip fall asleep. The next day sambung menghenyam balik.
Bila dikaji-kaji, kulit Cip sensitive so Cip cari super sensitive punye cream utk kulit yang super dry and irritated. Alhamdulillah.. Berkesan dan menjadi amalan sampai lah sekarang nih.
Aktiviti semasa mengandung
Cip kan housewife aje so aktiviti yang dilakukan banyak berkisar pada housework chores. Tu pun kene banyak bersyukur sebab bila weekends, husband Cip yang banyak buat semuanya. Sapu sampah, kemas rumah, cuci baju, sidai baju, kemas bilik bercucuk tanam kat belakang rumah dan mana yang dia rasa tak berkenan kat mata dia lah especially susun atur furniture rumah. Tugas Cip ape lagi masak je lah sebabnya suami tak pandai masak. Tambahan dia memang tak berselera langsung makan kat luar. Masak la ape pun as long as masakan tu homemade. Bertuahnya Cip nih.. alhamdulillah...
Bila tak duduk rumah, Cip dan suami akan turun ke KL melawat, menjenguk dan spend masa dengan anak teruna kami; toek. Untuk bulan March sahaja, tiga kali turun KL. Average dua kali je la ke KL setiap bulan. Kalau tak ke KL, setiap hari sabtu atau ahad, Cip akan mengajar subjek English utk student yang akan menduduki SPM & PMR di Seberang Jaya. Tapi masuk je bulan March, Cip dah stop mengajar sebab every week pi KL kan. Kesian pulak budak² tu nanti asyik kene ganti kelas on weekdays.
Makanan kegemaran
The only makanan yang comes to mind during pregnancy ialah strawberry dan sushi (ada la mkn dua tiga kali je pun). Selain daripada tu, Cip suka makan dessert such as cake, muffin, roti, biskut, chocolate dan yang sewaktu dengannya lah sebab manis. Bosan makan bende manis, Cip beralih pada mende masam pulak. Nasik mmg la tak lalu. Tapi Cip lalukan jugak bila makan dengan suami je. Dah dia yang lalu makan nasik.. At least kite makan berteman la kan..
Yang start lalu makan ni pun, masa usia kandungan sudah mencecah 5 ke 6 bulan mcm tu. Sebelum ni mmg tak lalu nak makan sampai HB jatuh and dokter tambah dosage ubat tambah darah. Kalau dah anemic, mmg tak lalu makan la jawabnya.
Yang miraclenya, once Cip dah masuk 9 bulan seminggu lebih mcm tu, selera makan terbuka terus, cepat sungguh rasa lapar. Ini baru betul rasa mcm mengandung. Kadang baru setengah jam mkn, Cip dah lapar semula. How cool.. Selalunya kene paksa makan tau. Paksa diri sendiri la. Sehari mkn nasik sekali je pun kire dah memadai dah. Selebihnya banyak munch on biscuit or fruit (mujo lah lalu aje mkn buah)
Jom makan.. Lapar..
Yang start lalu makan ni pun, masa usia kandungan sudah mencecah 5 ke 6 bulan mcm tu. Sebelum ni mmg tak lalu nak makan sampai HB jatuh and dokter tambah dosage ubat tambah darah. Kalau dah anemic, mmg tak lalu makan la jawabnya.
Yang miraclenya, once Cip dah masuk 9 bulan seminggu lebih mcm tu, selera makan terbuka terus, cepat sungguh rasa lapar. Ini baru betul rasa mcm mengandung. Kadang baru setengah jam mkn, Cip dah lapar semula. How cool.. Selalunya kene paksa makan tau. Paksa diri sendiri la. Sehari mkn nasik sekali je pun kire dah memadai dah. Selebihnya banyak munch on biscuit or fruit (mujo lah lalu aje mkn buah)
Jom makan.. Lapar..
Feb 20, 2012
Mar 9, 2011
Baby baru

I am so proud of Abby & Kay.. Alhamdulillah Abby dah selamat deliver baby boy semalam. Syafriel Mikhael Naufal nama diberi.. Baby besar therefore, operate la jawabnye.. Aku rasa macam bermimpi je Abby dah jadik ibu.. Tahniah Abby.. Tahniah Kay.. Insyallah this week will be seeing you guys since just got make-up appointment di Ipoh.. Tak sabar nak pi tengok Mikhael. :)
*Farreal, ibu dah dapat baby..
This morning aku dapat cerita yang tak berapa nak best. Still in shocked of what I get to know.. Kawan aku tu.. Kenapa dia jadi macam tu?
~ sigh ~
Penat balik dari bercuti hari tu masih berbaki. Sampai KL pun dah subuh. Pergi kerja half day sebab qada' tido. Semalam sebelum dia gerak balik ke Kedah, kami singgah Sogo sat. Shopping baju aku.. Thank you bee.. Berbaju baru jugak akhirnya. Jenuh la pi sampai S'pore hari tu carik jugak baju tapi tak kesempatan nak beli ape pun. Sesambil join deme aku tumpang jadik photographer tak bertauliah..
*my love
*Isteri Abang Zul yang fotogenik pada pendapat aku..
*Isteri & anak Abg Zul

*The group yang menghadirkan diri hari tu..
*Suke gambar Kak Eja hat nih..
P palang s: missing Farreal..
Jun 2, 2010
Bun in the oven
Makin ramai yang sudah berbadan dua.. Alhamdulillah rezeki dorang..

Semalam baru dapat tahu yang KakNur akhirnya dah lekat dan akhir minggu ni, genap la dua bulan. Mak tiri aku pun dah berbadan dua balik untuk anak ketiga dia.. maksudnya adik aku no-8.. hahaha.. best best.. tak sabar.. Syukur, Alhamdulillah.


Ain pulak dah masuk bulan ke-4.
Tak lupa juga pada kawan-kawan yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dorang akhirnya mendapat perkhabaran gembira beberapa bulan kemudian.. Macam Raja Dayana, Nur Rosamima Rosland, Asmarliyana, Sobrina dan mereka yang tak mahu namanya disebut.. :p

Bagi yang baru sahaja lepas 9 bulan mengandungkan anak mereka yang pertama, akhirnya selamat melahirkan satu lagi insan dimuka bumi ni atas izin Allah swt macam kawan-kawan aku yang sangat baik ni Yazreena & Zarina.. (eh same lak bunyi nama korang nih)
Yan "daddy cool" with his most precious akid

Zarina's son, Ammar baru lahir looks like ues masa kecik dulu..
Nah! ini ada Adab Ketika Mengandung & Amalan Untuk Wanita Mengandung yang aku sempat surf kat internet.
ADAB KETIKA MENGANDUNG
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;
AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG
Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;
- SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
- MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
- MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
- JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
- JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
- JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
- JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
- JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
- Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
- Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.
AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG
Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.
- BANYAK BERTAUBAT
- MENUTUP AURAT
- BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
- Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Yassin hingga akhir
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
- Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
- Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
- MEMBACA DOA
Subscribe to:
Posts (Atom)



