Aug 30, 2010

I am not ready.


Dua hari lepas, siaran-siaran radio kat Malaysia ni dah mula mendendangkan lagu-lagu raya. Tinggal dua minggu lagi je kan nak raya? ~sigh~

Malangnya aku tak bersedia untuk dengar lagu raya ni lagi, lalu aku tukar siaran lain.. Oppss... masih keluar lagu raya.. Tukar lagi.. Lagi lagu raya.
Sorry telinga aku tak tahan lalu aku tutup terus radio.. Aku biarkan suasana jadi senyap sunyi. Yang kedengaran bunyi air cond, kenderaan diluar dan bunyi angin.

Disaat ini aku rasa cemburu pada mereka yang dah tak sabar nak raya.. Cemburu sebab aku tak da perasaan nak raya lagi.. Suasana sekarang
just nice. Aman dan tenang walaupun terlalu banyak perkara yang difikirkan.

This morning, aku rasa tak sedap. Rasa nervous pun ada, perut rasa semak, dada rasa sebu.. Usah ditanya mengapa sebab aku sendiri kurang mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin sebab bila bangun je satu hari dah lepas.. berganti pulak dengan hari lain. ~sigh~


Macam mana nak buat ni?


Aug 29, 2010

Headache


Punye sakit kepala malam tadi. Jenuh satu jam aku urut-urut untuk redakan tapi tak berjaya.. Lagi berat kepala ni rasanya.. Jarang pulak nak kene sakit kepala macam gitu sekali.. Bukan setakat attack kepala tapi dari leher sampai ke bahu aku rasa strain. Kat leher la especially.

Sampai tarik-tarik rambut. Tarik ke kiri, tarik ke kanan. Ahh tak lega-lega jugak. Dari baring atas sofa, baring kat lantai, naik balik ke sofa, turun ke lantai.. semuanya serba tak kena. Makin pening aku dibuatnya. Pelik sebab tak surut-surut sakit kepala nih.

Aku give up. Tutup lampu. Tutup tibi. Masuk bilik dan tido.

Alhamdulillah bila bangun sahur, semua sakit kepala hilang macam tak pernah sakit kepala langsung. Jadi aku try la google dan aku jumpa jawapannya..

Aku kene attack dengan Tension Headache rupenye.. Macam mana aku tahu? Tengok gambar tu. Di highlightkan warna merah kawasan yang affected by headache tu. Yang first sekali la aku rasa malam tadi.

Explanation:
Tension Type Headaches ~ A non specific headache. It is caused by a tightening of the muscles at the back of the neck and of the face and scalp. A muscle contraction headache is a steady, mild headache, and is described as having a band like distribution around the head. It can occur occasionally. The episode of a tension headache is often associated with the stresses of life and or fatigue.



Okay.. Okay.. Kite lupakan sekejap pasal sakit kepala. Cube layan video yang awsome ni.. Yup.. aku setuju.. cool jugak pemain American Footballer ni.. Baru aku realize betapa bahayanya game ni untuk pemain-pemain dorang..



Aug 26, 2010

Overwhelming


Terlalu banyak perkara dan emosi yang sedang bermain dalam diri aku sekarang ni. Perkara yang aku tak tahu mana nak tackle dulu. Rasa overwhelmed. Macam biasa it involves around money and other obligation that comes with it.

There's a lot of other options & alternatives I'm considering but I could not make up my mind just yet. Aku pun tka tahu ape yang aku duk tunggu sekarang ni. Persoalan demi persoalan. Boleh ke? Macam ni ok ke? Ke macam tu lebih baik? Haish stress out bila indecisive ni.

Patutnya makin dekat nak raya, makin seronok. Ini tak. Makin serabut.. adesss...


Aug 23, 2010

The best part

The best part of life is when you finally be able to survive the challenges of life itself. Risen up to be a much better person without any judgement of what had happened.

Last weekend agak hectic. Friday dah fetch Zikri. Rupanya dia demam & flu sket. Tapi lagak macam tak demam dalam keadaan yang panas-la-jugak. Macam yang Abgwan & Kak Fatimah cakap, "Badan dia panas waktu malam je."

Niat nak pergi Subang jenguk Ibu, Ayah yang turun dari utara sana tak kesampaian bila Zikri tak nak berenggang langsung. Asyik merengek² je. Sian dia.. Dia jarang nak dependent macam ni. Selalunya dia buat hal dia sendiri.

The next day baru sempat jumpe Farreal. Itu pun Ibu, Ayah & Iela dah bertolak balik semula sebab Ayah & Iela tak da cuti. Ikut kan mereka memang nak stay lagi lama. Apakan daya, dah komitmen kerja.

This month tak bawa Farreal kemana pun. Habiskan banyak masa dekat rumah since that lil guy pun tak berapa nak sihat. Badan pun dah turun semula. Lemah je. Sekali je pun kami keluar itu pun ke bazaar Ramadhan di Putrajaya. Tengok² jambatan dan bangunan² yang tersergam indah menjadi kebanggaan penduduk Putrajaya.

Plan balik kampung sempena raya ni agak merisaukan sebab this month kereta dah kene major service. Sekali dah service kalu, mana nak cekau $$$ lepas tu? Salary habeh gitu je. Papa balik Kelantan dulu. That means kami raya di rumah nenek, 2nd raya baru ke Perak rumah Tok.

Excited? Entah la.. Tak rasa apa lagi so far. Sekadar memenuhi jadual yang dah sedia maklum sejak few years back..

Sometimes I do feel like giving up and just do my own thing. Get out of this country and travel to all of the interesting places in the world. How exciting it would be.. I have me.. But I choose this. Whatever it is, it is worth fighting for.



Aug 19, 2010

Nur Kasih


Bersahur kat PLaza, jarang nak sahur sambil tengok tv. Selalunya dah 6.30 baru bukak tv3 tengok pengacara MHI baca headline² newspaper. Tapi bila sahur dirumah papa, tv mmg switch on punye. Drama Nur Kasih masih ditayangkan. Ini dah Ramdhan kali ke kedua dorang tayang citer arahan Kabir Bhatia ni.

Aku ingat akan bosan, rupenye tak lah. Still enjoy watching it. Mula lah mengutuk² watak Sara yang dilakonkan oleh Umi tu. Punya la real Umi tu bawak watak Sara yang very evil & manipulative towards others, sampai kene kutuk je la dia..

At the same time, Tiz Zaqiyah berjaya membawa watak Nur. Bila tengok kisah percintaan Nur, Adam, Katrina, Aidil (abg Adam lakonan Fiz Fairuz), Alia & Sara dalam cerita ni, buat aku bertanya pada diri sendiri;

Sekiranya ini adalah jalan hidup aku, nasib dari watak² siapakah yang aku lebih rela pilih?


Adakah menjadi Nur? Seorang yang baik hati dan sentiasa redha dengan nasib yang menimpanya? Dalam masa yang sama dia cuba make the best out of everything walaupun dia ditinggalkan gantung tak bertali beberapa tahun. Tapi akhirnya dicintai oleh orang yang menyebabkan kesengsaraan dia.


Atau adakah Alia juga seorang yang baik hati cuma dia berasal dari keluarga berada?


Katrina maybe? Disayangi oleh lelaki yang dia sayang, berkahwin, ada anak tapi tak sempat nak bersalin, anak dalam perut meninggal, jadi gila meroyan kejap tapi finally kembali ke hadrat Illahi dalam keadaan sudah bertaubat?


Atau Sara? Watak jahat yang akan ada dalam mana² cerita in real life atau sekadar drama yang suka memanipulasi keadaan bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya sendiri? Tak kisah sama ada perkara yang dia lakukan tu keji or not..

One more thing, If you could choose these two guy in your life, who would it be? Adam or Aidil?


Anyway, aku rasa mcm teruja bila Kabir Bhatia decide untuk memfilemkan drama Nur Kasih ni.. Aku admire hasil kerja dia.. Cinematografi.. Everything is so amazing making his work a real one and you could actually believe it. Certain story ada yang buat kite nak muntah sebab tak real mcm real life.. ~sigh~


So.. Jom kita reramai pegi pawagam later on bila filem ni dah launch. Aku rasa filem ni filem wajib tonton.

Before aku log off, jom same² tengok ceramah tentang Ujian Buat Wanita yang disampaikan oleh Ustaz Kasim ni. Buat renungan kita bersama.. Amiinnn..


Aug 18, 2010

Sekali tersalah daa..

This morning, seperti biasa masa on the way nak hantar Syikin pi sekolah, (sambil mendengar HOTfm: isu hubungan singkat teprutus ditengah jalan) ada sorang pendengar ni hantar sms cakap yang dia putuskan hubungan yang selama setahun telah terjalin dengan boyfriend dia sebab rupanya boyfriend dia dah kawin dan tak pernah habaq pape pun. Dia pun tak pernah tahu. Nama pengahantar sms tu ialah Zuliana.

Akupun dengan bangganya hantar msg dekat Zu.

[Salam. Br dgr luahan hati ko kat radio. Ko sihat?]

tak lama pastu dia reply,

[Bukan aku la.. Aku pun dgr jgk pg td. Aku rasa org yg nama mcm aku ni nasib sama kot..]

Ahahahaa... Zu kata bukan dia. Ye ke? Boleh caya ke ni?

Terusan dia letak ni kat status fb dia.. 'perhatian.. perhatian... kepade sesiape yang mengenali diri ini... SMS kat Hot chat HOT.fm pg td bukan Zuliana Zulkaple.. Zuliana lain 2... wei aku lom kwin la... ha3.. adoi nape semue tanye bete nie...'

Keh keh keh... sian dia.. telah tersalah orang rupenye..

Anyway semasa bukak puasa semalam aku tetibe ter'wonder' what does it really mean tiba bulan Ramadhan, syaitan diikat? Adakah syaitan itu benar² diikat maka tiada mereka disekeliling kita? Ataupun hasutan² mereka itu yang disekat oleh Allah swt supaya tak boleh menghasut manusia untuk disesatkan.

Jawapannya diambil dari sini:

Sabda Rasulullah saw:


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ


Maksud: Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai.
(H.R Bukhari, Tirmizi, Nasa`iy, Malik dll)

Ada dua pendapat dalam membahaskan hal ini iaitu:


1. Pendapat pertama mengatakan, pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan sebenarnya hanyalah satu kiasan. Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat. Ungkapan “syaitan dirantai” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung lesennya”. Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan. Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang. Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan ke“sah”an lesen tersebut.
Pendapat inilah yang berada di minda ramai orang bilamana melihat maksiat yang masih berleluasa di bulan yang mulia ini.
2. Pendapat kedua mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal. Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas. Ertinya, ia bukan satu kiasan.
Pendapat ini memerlukan lebih penjelasan oleh itu ada dua pandangan dari para ulamak
Pendapat pertama mengatakan, yang dibelenggu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan.
Pendapat yang kedua pula mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali.
Di antara ulama yang berpegang kepada pendapat kedua ini ialah Imam Qurtubi dan berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan jawabnya pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan manusia.
Boleh disimpulkan bahawa Syaitan yang dibelenggu itu adalah dari kalangan Jin manakala bagi manusia yang fitrahnya mempunyai nafsu, mereka dengan sendirinya menjadikan diri mereka tergolong dikalangan syaitan yang berupa bentuk manusia apabila nafsu yang ada dalam diri tidak terkawal sehingga hilang rasa bersalah dan malu untuk terus melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka..
Sumber: Halaqah.net
So? Ada faham? (Pandangan ini diambil disini)

Aug 17, 2010

Flirting


Pernah 'flirt'?

Tau ke ape erti 'flirting'?

Dalam dictionary maksud dia 'a common form of social interaction whereby one person obliquely indicates a romantic or sexual interest towards another. It can consist of conversation, body language, or brief physical contact'.

Flirting ni mcm men² cinta, tarik² tali la. Kita bukan nak serious ke ape ke dengan that person cuma saje² bercakap tentang sesuatu without taking it seriously. Dulu aku pernah tanya diri sendiri, aku pandai flirt ke? Ntah la. Sampai sekarang tak tahu jawapannya. Deep down aku rasa tak reti kot nak flirt² dengan someone yang aku tak da feeling or interest langsung. (No wonder masa kat U dulu ramai kata aku sombong?? Okay muke aku mmg masam kalau tak, takdela jadik guru disiplin satu ketika dulu.)

Well, kalau tak salah, aku pernah baca pasal flirting ni somewhere. Sometimes it gives you a boost of confidence. I think.. Does it?

Dulu masa kerja dekat Sunway mmg ada je kes² nak men cinta tarik tali nih since kerja aku akan senantiasa berjumpa dgn org yang datang ke ofis pada masa tu. Ada this one guy bersungguh nak ajak aku keluar pi dinner. So uncomfortable because dia adalah seorang client yang aku kene jumpa hari². Macam² cuba dikorek daripada aku. Aku suka ape? Selalu hang out dekat mana? Berapa orang adik beradik? Semua lah sampai aku rasa nak lari je dari situ. Tapi mcm mana aku nak tolak dengan baik bila dia client pada bos aku? Sometimes aku sendiri rasa uncomfortable even if it is dalam YM. Tapi dengan menggunakan tatabahasa yang lemah lembut aku mengelakkan diri dgn jayanya daripada ter'involve' dalam personal conversation dgn dia.. Semua berkait tentang kerja SAHAJA.

If aku nih single & mencari, mungkin aku akan selalu flirt sekiranya ternampak akan mamat² yang hensem dan menarik perhatian gitew.. Ahaks.. OMG!!! *Pengsan lite².
Ye la mana la tau kot dapat buat jadik boyfriend/hubby ke ape ke kan.. Dah nama pun single.. Tidak berpunya..

Alhamdulillah... Kini sudah berpunya. So rasanya aku flirt dengan dia sorg je la kot.. Ahahaha... Boleh ke flirt dengan orang lain yang bukan kekasih/tunang/husband kite?? Ada sesetengah menganggap "alaa bukan buat ape pun.." Is it true? Takpe ek kite flirt dgn org lain as long as kite tak buat ape² (or ada feeling) dgn org tu? Does it count? Ntah la.. Pada aku, there is a difference between flirting and just joking...

Aug 16, 2010

Puyalism


Dalam perjalanan hantar syikin pegi sekolah pagi tadi tetiba je ke udara lagu Nobody's Home nyanyian Avril Lavigne. Pertama sekali yang aku teringat ialah Cik Puya.. Haish.. pernah kot aku cakap kat Puya yang aku akan teringat pada dia setiap kali dengar lagu ni.

Setakat ni alhamdulillah, setelah lama menghilang ada sekali sekala Puya akan telefon dan jumpa aku. Ada sekali tu lama bebenor dia menghilang tak tahu la kenapa. Dia ni spesis ikan duyung agaknya. Sekali je timbulnya. Lama tenggelam. Sampai ingat boleh jadi cerita dongeng lah. Ahaa..

Puya jugak mengingatkan aku pada seorang penyanyi kumpulan Indonesia yang pernah menyanyikan lagu karma tu. Cuma ofecoz la Puya lebih muda. Kikan Mantan tu nampak le tuanya.. Tapi sore dia sedap. Sore Puya lemak sket.. teeheehee.. *hampuunnn Puya..


Amacam? Ada tak rupa Kikan?

Macam mana leh kenal Cik Puya ye?

Dia housemate aku masa kat U dulu. Memang sesampai je untuk laporkan diri, aku dah nampak dia dengan pakaian yang tak formal gitu. Tapi aku pun sama cuma aku kene tukar la sebab masa datang tu aku pakai t-shirt je. Tapi disebabkan beg-beg Puya ni semua tinggal kat hotel di Kuantan dia dapat gak masuk untuk lapor diri.. Otai tak otai la kan. Tapi masa tu tak tahu pulak dia akan jadi housemate aku. Yang pasti subang-subang kat telinga tu dia kene cabut. Betul-betul kat depan wisma. Rebelious dia ni..

Nak dijadikan cerita, sepanjang 10 semester aku kat sana, satu semester je aku tak duduk satu rumah dengan dia. Hat semester² lain semuanya duk sekali dengan dia.

Sape kawan baik dengan dia? Hahahaa.. Cik Mima yang selalu tanpa segan silu membebel dengan dia setiap kali dia malas belajar.

Puya ni ada masalah tido sejak dulu lagi. Sangat susah nak tido. Penakut pun satu.. Kadang² aku yang tak takut ni pun jadik penakut bila dia describekan benda yang dia bayangkan. Pastu suka gelak² kat orang. Ngah ada problem serious pun dia leh gelak². Sekarang si syikin sebijik ikut perangai cam dia.. Tak tahu cane leh terkenan.

Dia tak kedekut especially pasal makanan. Masak pun sedap. Tapi nak menantikan dia masak tu kene ada ocassion je.. Dia masak memang ikut orang lama.. Traditional la orang kate.

Aku doakan dia bahagia dan tak lupa pada kawan² serumah dia ni dulu. hidup PUYA!!! Hoyeh!!

p palang s: Mintak hampun mintak mahap ye Puya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.. :D


Aug 13, 2010

Demam

Hari ni datang ofis bawak Yana sebab dia tido kat rumah semalam. Demam.. Panas badan dia. Alhamdulillah lepas makan ubat & mandi.. Dah okay dah.. Katenye larat nak puasa.. So, bangun la bersahur pagi tadi..

Sempat buatkan bubur malam tadi nak bagi dia makan waktu sahur. Aunty pun ada bekalkan kari daging. Jamah bubur dengan kari daging ler. Itu pun lepas tengok Fairuz dgn Uni duk cecah biskut jenazah dengan milo terasa nak sikit. Ada pulak buah pala. Layan buah pala pulak.. sedap wor..

Bestnya bulan puasa.. Misi hari ni carik lompat tikam.. ahh feveret bulan pose..





Aug 11, 2010

Weight Gain



Aiyoo... Baru je menimbang berat badan di belakang sebentar tadi. Kelihatan jarum penimbang itu menuju ke ke jumlah yang aku sendiri takut untuk tengok betul². So, tengok sekali imbas sahaja tapi tahu la yang berat semakin naik kalau tak, takkan lah sampai dah ada double chin. Sangat merisaukan macma ni..


Ada kemungkinankah sebab nak pe'ot? Terasanya macam tu jugaklah.. Walaumacammanapun aku akan cari solusi pada permasalahan yang merisaukan ini.. Hopefully, takda la disebabkan penyakit macam nenek.

Pagi ni bersahur bersama Uni & Fairuz, Ekin & hamster baru beliau. Uni masak bubur. Semalam Aunty pulak ada bagi gulai ikan.. Wah sangat sedap apabila keduanya bergabung sampai aku bertambah dua kali.. Itulah dia masalah aku. Makanan yang macam orang sakit, untuk kanak² takda gigi, buat aku lagi bernafsu untuk tambah. Ikut hati nak je tambah lagi. Tapi perlu la kawal kan? Cuma bubur tu je terlebih masak semalam.. Banyak la plak lebihnye..

Sempat teman hanis semalam ambik serunding dekat Iylia.. Wah wah iylia yang mengandung tu pun tetap lebih kurus dari aku dan hanis.. ahahaha..

Waargghhh... perlu berdiet nehh...

Aug 10, 2010

Escapism



Adakala hari hari yang dilalui seakan mendung, kelabu dan tak ceria. Ini agaknya yang dikatakan stress barangkali. Dalam masa yang sama kerisauan melanda diri. Risau dengan masalah-masalah duniawi yang tak akan pernah ada sudahnya. Kita semakin risau dan semakin susah hati.

Akhirnya tiada satu kerja pun yang berjalan lancar. Serba ada yang tak kena.

Mula aku mencari cari sesuatu bagi mengaburi perasaan yang tidak enak seperti ini. Bukan untuk melupakan terus dari memikirkanya tetapi sekadar mahu melapangkan fikiran yang berat dengan masalah harian.

Aku dapati (bukan capati yee) membaca mampu buat aku lupa sebentar tentang permasalahan yang ditanggung buat seketika. Membaca juga membantu aku meningkatkan daya imaginasi bagi menghayati pembacaan yang dipilih. Selalunya bila aku membaca aku mampu berehat dan otak ni dengan automaticnye mencari jalan keluar bagi permasalahan semasa yang dialami itu.

Keterujaan singgah di kedai buku terpancar di wajah tatkala mata melihat segala macam buku yang tersusun rapi di rak-rak mereka. Mula lah aku membayangkan alangkah bestnya sekiranya aku miliki perpustakaan untuk diri aku sendiri di rumah sebesar kedai ini.

Lawatan aku ke kedai buku selalunya lama. 2 ke 3 jam atau lebih kadang-kadang tu. Memilih buku yang terbaik supaya dapat dibaca sekembali di rumah.

Selalunya aku akan singgah di seksyen novel fiksyen, chick flick, self-motivation, psychology, pre-teen, new arrival, relationships, majalah & autobiography. Aku akan pusing² sampai pening. Rasa macam nak bawak semua buku tu balik.

Sekiranya ada duit lebih, ada sampai RM200 jugak belanja untuk beli buku sahaja. Dah balik rumah baru la tepuk dahi.

Salah satu cara aku meng'escape'kan diri dari realiti untuk seketika.

*Edward pun baca buku.. ouww..

Aug 9, 2010

Ketenangan menuju jalan yang benar...


Alhamdulillah semakin hampir Ramadhan, semakin teruja aku sebab dalam setahun ini lah antara bulan yang paling tenang pernah aku rasakan.. Nak buat baik tak susah macam selalu.. Nak bangun solat sunat pun tak payah.. Senang aje bila dah pasang niat..

Tertanya-tanya jugak macam mana agaknya berpuasa kali ni? Dulu, masa kecik-kecik, puasa tu rasa lama bebenor. Tapi dah meningkat dewasa ni, puasa terasa sekejap sangat. Oopss.. maksud aku, bulan Ramadhan terasa cepat je berlalu. Memang sekejap pun. Mana taknya. 30 hari je kot.. Pejam celik pejam celik.. dah raya..

Semalam masa pegi round-round kat dalam Ampang Park, terdengar akan lagu
Satu Hari Di Hari Raya dendangan M.Nasir.. Aduii... spoil sungguh.. Ade ke patut puasa tu tak mula lagi dah bukak lagu raya.. chet!!

Pemergian arwah Ibu tahun lepas, buat raya aidilfitri tak bermakna macam tahun-tahun yang sebelum ni. Aku dengan adik beradik macam biasa la travel kami-kami je.. Dah besar bawak hala tuju sendiri. Balik Sepang dan lepas tu balik Perak le. Then kembali ke KL semula dan hopefully dapat puasa enam.. Insyallah..

Dari dua tahun lepas aku berniat nak qatamkan Quran masa dalam bulan Ramadhan.. Hehehe.. tak lepas lepas. Selalu sampai tang tengah je.. Tetibe dah raya.. Adeh.. Tahun ni, Insyalah.. lepaih kan lagi setengah tu.

Baru dua hari lepas aku mendapat khabar berta yang mengejutkan dimana Luthfi yang bekerja kat ofis atas, accident kat jalan ke Seremban. Umur arwah tak panjang. Arwah meninggal di tempat kejadian.. Aku tak berapa kenal Luthfi tu. Tapi ada la sekali sekala nampak dia lalu depan aku masa ngah makan kat kedai bala dan bila kawan-kawan ofis dia bercerita tentang dia.. Sangat bagus. Senantiasa puasa dan tak pernah pandang perempuan. selalu jalan pun tunduk aje.. Boleh dikatakan kebanyakan mereka akan bercakap benda yang baik-baik tentang Luthfi. Mungkin itu sebabnya Allah ambik dia dulu sebab Allah lebih sayangkan dia.. Yang masih tinggal kat muka bumi ni pun Allah sayang tu sebab Allah bagi lagi kita masa untuk memperbaiki diri sendiri dan amalan kita yang tak seberapa ni.

Sesungguhnya berita tentang kemalangan Luthfi membuatkan ramai yang terkejut dan insaf aku rasa. Termasuk lah aku ni. Betapa sekejap je Allah nak tarik nyawa seseorang tu..

Bila lagi kita nak insaf dan menuju ke jalan yang benar sebelum terlambat?

Aug 5, 2010

Masih minat pada Edward Cullen?


Okeh.. this was not intended in the first place. Syikin telah berjaya men'cilok' dvd Remember Me daripada umah papa lakonan Robbert Pattinson bersama heroinnya Emilie de Ravin (Cite tu ada few love scenes so tak elok kalau bebudak tengok). Hari tu masa pegi kedai dvd ada niat nak beli tapi sangat takut tak best so tak beli. End up beli movie lain yang lebih meyakinkan.

Malam tu bermula acara tontonan secara solo. Aku agak happy sebab imej Robbert dalam movie tu saling tak tumpah macam Edward Cullen. (Baru aku realize, betapa rindunya aku pada Edward Cullen).

Filem New Moon & Eclipse yang mengecewakan itu berjaya buat aku tawar hati pada watak Edward walaupun aku tahu novelnya menjanjikan lebih kepuasan. Walaubagaimanapun, terubat rindu melihatkan Robert yang membawa watak Tyler yang seperti jelmaan Edward Cullen versi manusia biasa.

Watak Tyler dan Edward yang dibawa oleh Robbert tak banyak perbezaan. Cara bercakap, cara senyum, cara marah. Mungkin Robbert masih terbawa-bawa dengan watak Edward itu ke dalam filem ini sebab dia lebih banyak memainkan watak Edward itu sendiri daripada watak-watak yang lain.. Pendek kata masih cetek pengalaman terhadap kepelbagaian watak. (Eceh.. macam guru kelas berlakon pulak lagaknya)

Tapi tu la, disebabkan ketiadaan perbezaan watak Tyler dan Edward itu jugak lah dapat aku tatap muke ala-ala Edward itu.. hu hu hu hu.. *pengsan lite lite

Movie Remember Me agak perlahan. Tak meninggalkan impak yang besar. Rasanya lepas tengok citer tu, aku sendiri pun tak ingat macam mana citer dia.. An average movie I guess with an involvement of an A-List Celebs sahaja gimik dia. Mesej yang cuba disampaikan agak lemah. Walaubagaimanapun, mesej sampai di akhir cerita. Ending of the story still not good enough.

Lupakan itu semua.. Meh kita nikmati wajah² si Robbert dalam filem ni.. Layannn...

Dalam Twilight pun dia ada pakai sunglasses hat ni. Mungkin sesuai dengan raut wajah dia agaknya.

Dalam movie ni dia banyak smoking.

Wah cube bayangkan Bella yang duduk sebelah dia tu.. .


Merenung masa depan dia yang tak berapa sebulu dengan ayah dia yang dilakonkan oleh ex-James Bond Hero Pierce Brosnan.

Aug 4, 2010

Impian bakal jadi kenyataan?




Sedang aku drive sambil menikmati panorama disekeliling aku (melalui jalan depan Stadium Hoki Bukit Jalil) dimana orang sudah mulai ramai. Ada yang nak melintas tapi teragak-agak kerana kereta yang banyak berpusu². Betapa la bagus sekiranya tahap facility untuk pedestrian dan public transport adalah tip-top kat Malaysia ni.


Aku kesian sebenarnya pada pedestrian yang nak melintas jalan tu kadang² kene maki hamun dek pemandu kereta yang tiada kesabaran. Padahal kat situ zebra crossing. Kita sebagai pemandu yang berhemah sememangnya perlu memberi laluan kepada pejalan kaki ataupun yang menunggang basikal (ada ke naik basikal kat KL?) ingin melintas jalan.

Bukan takda pedestrian walkaway kat Malaysia ni. Ada tu ada tapi tak selamat. Kat sekeliling walkaway tu sangat mengerikan selalunya. Sapa yang nak berjalan kaki kesana kesini bila nyawa seakan terancam. Well, bagus pada mereka yang ada kenderaan kesana kemari Insyallah lebih selamat. Tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah? Kenderaan yang mereka mampu naiki ialah public transport. Itu pun tak ikut time. Banyak kelemahan pendek kata. Walaubagaimanapun tetap bersyukur ada segala macam kemudahan ini di Malaysia nak dibandingkan negara yang lebih mundur.

Aku pun sebenarnya tak suka nak bawak kereta kesana sini dalam short distance ni. Lebih banyak duit yang keluar. Tak ley nak sep langsung. Badan pun jadi malas. Tapi aku seronok sekiranya di Malaysia nih, Pedestrian facilitynya dinaik tarafkan supaya lebih seiring dengan status negara membangun. Lebih ramai yang akan guna public transport, lebih ramai yang sihat sebab semua orang akan guna walkaway yang disediakan and at the same time environment lebih terjaga dan terlindung daripada polution yang semakin menjadi². Kurangnya asap² dari kenderaan. Malah ekonomi negara juga akan meningkat. Rakyat pun akan lebih sayang pada negara sendiri. Aku akan lebih menghargai apa yang aku nikmati di negara kelahiran aku sendiri, Malaysia..

Tapi tu la, sekiranya ada facility yang pelbagai sekalipun tapi mentality kebanyakan orang masih ditakuk lama, tak berguna juga sebab akhirnya kemudahan² ini akan habis di vandalize oleh mereka² yang kurang pengetahuan, kurang penghargaan dan kurang hormat ke atas apa sahaja yang ada di depan mata mereka. Ruginya kita...



Firman Allah :
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ( karena sombong ) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(QS Luqman : 18 ).

Kat bawah ni adalah antara tempat² yang komunitinya menjaga kemudahan² pedestrian mereka.. Something we can think about.

Memphis, TN USA

Bicycle Lane in Madison, NY

Malmo, Sweden

Baltimore City


Aug 2, 2010

Solat itu tiang agama






Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujianitu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Benar sama sekali. Tapi sometimes bila kita tahu saja dan tak sematkan dalam hati maka nak mengharungi ujian maha hebat itu, sangat lah payah. Mula lah keluar statement² yang seperti tidak bersyukur akan anugerah Allah swt. Ini adalah diantara perkara yang senang kita cakap tapi sangat susah kita nak buat.. Seriously. Seantero lah dengan solat sunat.. Berapa ramai yang solat sunat nih jadik amalan dia? (termasuk aku le tu) Padahal solat sunat ni bukan susah nak buat. 2 rakaat je pun. Macam solat subuh. Mesti ada pulak yang menyambung "solat subuh pun tak buat.." Itu lah dia..

Sesungguhnya bacaan dalam solat itu sendiri adalah doa. Doa kepada segala kebaikan untuk diri kita. Bila kita tak solat, kita tak berdoa dekat Allah swt, kita adalah seorang hamba yang bodoh sombong. Seorang hamba yang tak mengenang budi. Seorang hamba yang tak kenal dek untung.

Oleh yang demikian, maka perjalanan hidup tu jadi payah. Masalah senantiasa. Dari satu masalah, ke satu masalah yang lain. Hidup ni rasa terlalu berliku-liku. Tiada perasaan tenang hadir dalam diri membuatkan senantiasa berasa risau dan takut kerana sesungguhnya itu jugalah janji Allah swt pada hambanya yang tidak bersolat 5 waktu sehari semalam.

p palang s: Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatannya.. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...