Nov 28, 2010

Just keep swimming




Halluuu... we meet again. Sekarang ni, every weekend aku mengajar.. Yeap! jadi cikgu kembali. Hehehe.. Subjek ape?? Jadi swimming instructor je pun.. huhuhu... Mulanya ajar Aqeel je pun sebab dia ni penakut. So, aku terpaksa buat sesi water confidence every time dia datang Plaza. Badan dah besar tapi dia berani men kat kolam budak kecik je.



Alhamdulillah, dalam takut-takut dia tu, slowly dia dah ada keyakinan. Sekarang dah tak da masalah untuk dia swimming ke tepian bila aku bawak dia ke tengah. Cuma breathing masih belum dapat rythm lagi. Takes time. Entah macam mana member bapak aku request aku untuk ajar anak dia Hana yang berumur 6 tahun swimming. Therefore, hari minggu aku kini terisi dengan aktiviti mengajar kelas renang pada budak-budak yang comel semuanya. Mak budak, baru sorang.

Seronok jugak ngajar bebudak nih tapi dengan kids, memang banyak challenges especially bila dorang takut air. Lambat la sikit nak dapat rythm tu sampai la dorang dah tak takut lagi.

So, ape lagi.. Just keep swimming.. just keep swimming..

Nov 27, 2010

Musibah Itu Pahit (Hikmah)




Inna lillah wa inna illiahi raji'un...


Al- Fatihah. Takziah diucapkan buat sahabatku Nursara Shahimi diatas pemergian bonda tercinta pagi tadi. Aku turut bersedih dan aku hanya mampu berdoa daripada jauh semoga roh Allahyarhamah Siti Hawa ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Hidup memang sementara. Pejam celik... pejam celik.. Esuk giliran kita pulak. Entah-entah tak besok, kejap lagi ke..? kita tak tahu... Nyawa ni Allah nak tarik, sekelip mata je.

Bukan mudah untuk menerima kenyataan yang kita sudah tidak ber'emak'.. The times when you missed her so much tapi nak pegang tangan dia ke, nak peluk dia, nak melihat senyuman dia.. semua tu tak mampu dilakukan membuatkan hati ni rasa sebu. End up we're so sick of the feelings and its just so unbearable. Oleh yang demikian, hanya sujud kepadaNya yang mampu memberi bibit ketenangan dan keredhaan dalam hati yang sebu itu tadi.

Apabila kita ditimpa musibah amalkan mengucapkan "Inna lillah wa inna illiahi raji'un" yang bermaksud "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali."
Ungkapan ini bukanlah ungkapan ketika mendengar khabar kematian sahaja sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan kita, sebaliknya ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qada' dan qadar daripada Allah swt. Justeru, tatkala kita menghadapi dugaan dalam kehidupan, ucapkanlah doa ini di samping menghayati makna dan isi kandungan doa tersebut. Selain itu kita ucapkan doa yang bermaksud: "Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kepadaku ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku denagn sesuatu yang lebih baik daripadanya."


Nov 18, 2010

Labaikallahhumalabaik..


Selamat Hari Raya kepada anda semua... Apa yang telah anda korbankan pada tahun ini?


Semoga Raya Qurban kali ini membawa seribu pengertian kepada semua umat² Islam.

Hari tu, aku dapat emergency call daripada Zarina mintak temankan dia pegi warehouse sale Pureen kat PJ. Aku said 'oklah' sebab kesian dia dengan Ammar je. Tau² la kalau orang dah bershopping ni, mana pandang kira kanan. (uppss.. baru teringat duit baju aku tak bayar lagi kat Zarina)

Ammar yang bercita² tinggi nak jadik pelumba kete. Ini training yang pertama kalinya.

Ya Allah.. manusia punya ramai la kat situ.. Mujor aku tak da athma. Mujor jugak Ammar tak banyak karenah. Dalam kete je dia sangat bz nak join aku driving sekali. Aiyoo...

Abang men intrument.. TING!!!!

The next day, concert Abang pulak kat Tadika Ho.. Penat je praktis lagu Satu Malaysia dgn lagu Ton Ton Cheng dia tu. Alih² nyanyi lagu one, two, three jek.. However... we came accross this picture of Ekin. Actually Ekin went to this kindergarten 10 years ago.. Teeheheheee...

Ekin yang chomel² buah masa beliau berumur 6 tahun. Skang ni awat gewdiks sangat?

For raya qurban kali ni, perintah telah diberikan oleh hencik Aziz supaya anak² beliau beraya di Perak. Beliau telah pun turun ke Penang terlebih dahulu. Hari Selasa baru beliau turun ke Beruas.

Oohh yes.. selesa sungguh berkasut 'squash' apabila memandu.

Aku berkonvoi dengan mizi hari selasa tengahhari tu.

Sempat pulak singgah Ikano branch kat Kluang Kopitiam. Menunggu si Mizi punye pasal. (Karipap dia terbaek) Kat ground floor dorang buat Padini & Seed nye sale. Memang murah² giler la kan.

Bertolak ke Perak dalam pukul 1.30 mcm tu. Dah exit kat Gopeng baru teringat Touch n Go tak disisi lagik. Mujor ler ade lagi 24 hengget. Teman belasah aje ler..

Semua pakat tido. Baru cecah Tanjung Malim je pun..

Hari Raya takde la buat apa² yang special pun. Tok tetap masak wajik dia yang feymes dikalangan kami ni.. Dia kate tak buat banyak pun. Secupak. See, my tok masih lagi gune cupak ok.

Mama masak mee kari (tak sempat rasa pun semalam). Bibik masak lontong. Tok masak meehun goreng untuk sarapan.

Dah bosan tak tahu nak buat ape, melepek la dalam bilik tok sambil bergosip²an liar dengan Baby Erika. Ahakss.. gelimat...
*Baby Erika (bukan nama sebenar)

Aku cuba untuk tido supaya tak mengantuk nak drive semula ke KL. Tapi pejam punye pejam.. tak kesampaian. Last², mandi² & bersiap terus untuk shoot balik KL semula. Balik berkonvoi dengan Mizi & Papa sekali.

Malam tadi abang dengan tak semena² pulak nak tido dengan aku dan Sufira. Pelik betul. Tak pernah pulak dia mcm tu. Selalu dia kate nak tido ngan kak yana ke, kak uda dia ke.. believe la jugak.. Ini dengan aku. Mungkin kerana aku duk ngenen ngan dia nak men tennis kat psp dia tu kot..

Alright.. Need to get back to work.. T.a.t.a




Nov 12, 2010

Happy Birthday Adeq



Ehem.. Ehem.. Testing.. Testing.. One.. tu.. tree... ::mode:: Suara serak² kering.


Patut la since two days ago dah rasa len macam tekak neh. Terus je malam tadi serak ala² Ramli Sarip dah gayanya.. Bila bercakap pun kuar angin je khoott..


Malam tadi aku and family celebrate birthday adik Aqilah. Weee.... Adik Aqilah dah genap 3 tahun. No wonder pandai sungguh marah² dah sekarang. Waahhh.. special birthday cake Aqilah mama beli. Ice-Cream cake. Macam biasala takde tempat yang paling special sekali kalau nak celebrate birthday ni.. Kat highway cafe aje..

Well, this morning dapat pulak the same letter. Aduyai.. Nak pi ke tak mo? Kalau tak pi ade kesan pape tak? Rasanya takde kot.. Entah la.. Menyampah sungguh actually. Huu...

Nov 6, 2010

Hapdet hari minggu di bulan November


Aku pun tak tahu nak update ape. Banyak bende dalam kepala hotak neh. Tapi tak terluah dengan perkataan. Tido punye ler lambat malam tadi. Ade kot pukul 3 pagi. Melayan tengok Discovery Channel pasai Serial Killers. Duk baring2 depan tv, aku ada terbau bende yang tak berapa nak wangi.. Aku carik punca bau tu tapi tak jumpa. Buat dunno je lar akhirnya. However, this morning masa tengah solat aku terbau lagi. Rupa-rupanya bau tu datang dari karpet. Baru teringat masa adik Aqilah makan biskut cicah milo pagi semalam dengan Ues, air milo sudah tumpah..

Apa motif aku cerita sebenarnya? Takda motif pun. Cuma bau tu betul-betul menganggu konsentrasi aku tengok tv malam tadi. Tu yang jadik tak senang tu.

*Chantek tu kalau warna merah. Abang punye typical black.

Malam tadi abang Aqeel tunjuk game yang dia baru donlod dalam psp dia. Chaaiitt.. No wonder si Ues melekat je tepi dia. Dia sudah donlod game otromen.. Dia tunjuk gak kat aku game Toy Story 3 tu.. Uiihhh banyak lagi hat baru-baru dia dah donlod. Termasuk golf. Best jugak la kan. Tapi siot.. kedekut aku nak pinjam men sat. Sampai kene mintak banyak kali. Ghalit sangat men game sampai kene marah dengan mama dia. Pagi ni nak kene gi sekolah tu. Cehh.. siap kate lagi, "Dah habes men, bagi abang balik".. Kecoh la lu abang. Hahahaa.. last last, mama suh gak dia bagi kat aku psp tu sebab dia kene tido.. Dia mane gheti tido awal-awal nih. Tadika dia pun selalunya masuk pukul 12. khe khe khe... dan ker ye tu...

Aku sambung later la bebelan aku yang dua sen nih. Nak bersiap pi mild jog sat kat kolej 10 UPM nuu... Moh ler kiter..

Nov 1, 2010

Udah Selesai semuanyeee...

*Gambor teman ambek dari photo album ucop. Kawan sekolah teman jugee.

31 October, wedding reception si Ixa Ixora serta Azrini & Shahril. Mujo le deme ni buat asing² waktunye.. kalau idok, teman dapat pegi salah satu le gamoknyee.. Hat siang, reception si Ixa ngan Dzulq dekat LLM. Punye le teman berpusing² dengan kawan yang men'drive'. Name jew kami ne oghang Seghedang, jalan nak ke LLM tu jenuh bersimpang-sior.. Sampai pening le teman ni duk kat seat blakang sambil berdoa dengan khusuknya supaya kami cepat sampei. Penghut pun udah memanggey² sughuh diisi..


*Gambor ni pun teman ambek dari ucop.


Sebelah malamnye, reception Azrini dengan Shahril ler pulok. Tughut datang Menteghi Besor Terengganu. Ni teman nak ngabor ke kamu, canthik le sungguh dewan yang telah dihiasi ala² romantika diamor gitew.. Azrini ni, kawan sekoloh menengah teman. Lepaih je kawan teman hat Singaporean Yazreena tu pindah ke sekoloh teman masa form three, kami bertige jadi ler best friend. Sampei le skanghang ney. Ate pantang si Yazreena ni tughun ke Seghedang ghumah dia, kami mmg ler kene tughun. Ate sibuk sekalipun.

Sekaghang biler si Azrini udoh lepaih, ate, turn kami ler pulok. Jumpe mama Yazreena pun deme udoh kate "Lepaih ni tinggai kamu je, Azrul." Ade juge ler ghase tertekannye. Ate, tinggai teman je. Deme sume udoh slesai. Deme sume duk aim teman jer ler..

Takper ler, teman mmg slow motion sikit bak kate omputih tu. Bior ler lambat, asal selamat, tak gitew Pah Bedah??

Akhir kate, teman nak ngucap ler tahniah kepada kawan² teman yang udoh melangsungkan perkahwinan deme pada hujung minggu lepaih. Deme senghonok, teman tumpang seghonok ler. Deme bahgiyee, teman tumpang bahgiyee.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...