Jan 31, 2011

Happy Birthday Old Man


27 tahun dah husband aku hari ni.. He's actually going to turn 29 in a month based on hijri calendar. Would really like to take this opportunity to wish him to have a great birthday!! I love you very much! Bak kata Bruno Mars, " I'd catch a grenade for ya.. Throw my head on a blade for ya.. I'd jump in front of a train for ya.. You know I'd do anything for ya."

I've known him for quite so long now and let me tell ya something.. he had turned out to be the person that I am proud to call my husband. Aku pun tak tahu la nak kate perangai tu same ke tak.. Yang kenal kami, ada la kata sama je.. Yang tak kenal, ada yang kata Syam macam gangster. Tu diaa... Dalam hati ada taman la tapi...

Beliau seorang yang sangat suke melawak dan menyakat. Aku adalah antara orang² yang selalu disakat oleh beliau sehinggakan hari tu pegi ofis dia, one of the officemate baru first time aku jumpe tanya "macam mana awak leh tahan dengan Syam ni?"..Balasan balik nih sebabdulu masa sekolah memang tak dinafikan aku suke nyakat budak² kelas aku. Aida, Adirah, Sara, Zura, Ryn, Yaz, Sulhan, Fathi, Zarina, ramai lah lagi.. Bila dah masuk Uniten, bebudak rumah juga classmates jadik mangsa. Mima, Puya, Juliet, Dalena, Linda, Marlia, Anis, Imah, etc. Ada jugak aku yang terkena balik.

The best part about Syam is that he's a very loving guy.. Sometimes tu romantika di amore lebih dari aku sendiri.. Ahaks... Well, he know how to show his love and that's something I learned from him.

Bee,
Sorry for I can't be there on your birthday. I also want to say sorry on behalf of Farreal for he also cannot be with you at this very moment. I know deep down inside you yearn for his return. It's okay. We'll see him soon.

p palang s: I love you bee...

Jan 28, 2011

Banyak no isunyee....


Sudah tengah malam.. ~ huuuuu... ~ *kunun seram. Lepas solat tadi nak tido akan tetapi mata nih macam tak mahu lelap. Apesal tah. Walhal, aku bangun pukul 5 pagi tadi seyh. Takkan tak mengantuk lagi kut..? Peliks.. peliks..

So memang takde kerja lain aku buat rajin baca gosip-gosip artis Malaysia. Haishh.. ape nak jadi la mereka nih. Cerita yang paling latest perang media di antara dua pelakon wanita yang begitu dikenali di Malaysia nih. Both of them pun cun aku rasa akan tetapi cun sahaja tidak mencukupi apabila masing-masing bertelegah di media nak tunjuk sape yang betul. Hu hu hu.. Kesian dorang.. Few years from now, anak-anak dorang tau pulak cerita ni. Malu mereka bila satu Malaysia tau. Haiyaa... Macam ni ghupenye mok aku.. dasyaaaaaattttt!!!

Jom cuci mate sat.. Terpakai naju sama pun leyh gadoh gak neyh..



Begini ler jadinya bila masih ada isu lame dalam diri masing-masing yang tak boleh di 'let go'. Grudge la bak kate omputehye.. Memang tak elok pun holding a grudge ni. Hati jadik busuk, penuh dengan hasad, tak pueh hati dan yang sewaktu dengannya. When someone hurt us, its true that it's very hard to forget but you need to let go if it is just something that is out of your control. Jangan terlupa yang walau ape sekalipun yang terjadi Allah swt yang mengizinkan ianya terjadi. The only thing that you can do is to seek Allah's forgiveness.


Blaming seseorang diatas perkara yang berlaku kat kita memang mudah. Macam tu kita je la yang betul. No matter what happen, orang lain jugak yang salah. Haiyooo... Itu ego namanya. Tak boleh macam ni seyh. Mesti ada salah kita jugak dimana-mana. We are far from perfect.


Kalau nak hidup aman dan happy dalam dunia yang sementara ni sambil menunggu masa Allah tarik balik nyawa kita, kene 'let go' certain issues yang menjadi frozen dalam hati tu. Move on from the denial phase dan start admit kat diri sendiri akan kesilapan sendiri. Insyallah, with prayer and du'a slowly kite akan lebih redha dan bersyukur dengan segala ketentuan Illahi.

**Setap ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambanya-Nya telah diukur mengikut tahap kemampuan setiap hambanya. Maka setelah berusaha dengan sekuat tenaga hanya kepada-Nya kita kembalikan segala kudrat dan kekuatan serta bertawakal.

Jan 24, 2011

Cuti yeay!!


Perancangan untuk bercuti di hari raya Cina nanti agak menarik. Yang paling menarik ialah, aku nak bawak adik² aku sekali. Yeahhuuu... Macam lama giler khoot tak pegi jalan² dengan deme. Sian deme.. Hopefully papa bagi la nak bawak dorang.. Huuu

Jan 21, 2011

Ape



Wah bestnye duk umah, layan Channel E sampai lebam sambil cuci kain (pakai mesin basuh ler. Ni dah masuk dua basuhan nih), sidai kain, figuring out nak masak ape tengah hari ni, tunggu Syam balik keje, makan sesama.. Ahahahhaaa... Cuma bosan je la sikit sebab sorang-sorang. Kalau Ues ada, leh pegi kedai naik Vespa. Baru je belajar nek Vespa tu semalam masa nak pegi buang sampah kat belakang rumah. Agak menggelabah la jugak memula tu. Baru aku tau gear kat tangan rupenye.. keh keh keh...

Sepanjang berada kat rumah ni, kami langsung tak tido dalam bilik sendiri tapi kami angkut quilt, bantal peluk sume tido dalam bilik Farreal yang sekadar berkatil single tu.... Punye rindu la kat dia. Muat aje.. Aku dengan Syam badan masing-masing macam lidi. Masa first time tido kat bilik tu aku mimpi yang tak best. Hurrmmm... No wonder sometime Ues cakap "Akak, akak jangan la kacau Ues. Ues nak tido nih." Hahahha.. seram tak? Tapi tak dinafikan memang selesa benar tido bilik dia.. Kalau tak da alarm, for sure kami tak sedar dah pagi.

And yang paling best aku dah jumpe botol susu yang dipercayai missing sebulan yang lepas bawah katil dia. Sampai Syam pun pelik mana pegi botol susu dia. Aleh-aleh dia beli aje yang baru.

Hangin dalam badan macam tak berkurangan aje. Pegi check dokter semalam pun same je dokter cakap. Cemana la aku nak buat nih. Kembung perut nih sampai senak nak benapas. Terharu aku Syam belikan instant honey ginger tea semalam. Dia kata senang aku nak bancuh minum before tido. Maybe leh kurang angin dalam badan tu. Maybe lah kut. dah minum takda la rasa any perubahan setakat nih. Dah baru je dua kali minum kan. kalau dua puluh kali lain la.

Ish.. larik topik dah aku nih.. persoalan sekarang ialah ape yang aku nak masak nih?


Bento. Sedap jugak Salmon Bento Set yang aku selalu makan kat food court Mid Valley tu. If tk ada kat Mid Vel pun, try dekat food court Garden pun not bad.


*uh.. Aku kalau dapat makan hat ni je, tak yah makan mende lain dah.. lazat lazat..


Sedapyeee... *pengsan lite lite.

Oppss... mesin basuh sudah berbunyik. Aku nak pi sidai kain then nak carik ilham nak masak ape dari encik google. Toodles...


Jan 19, 2011

Onde onde

Sedapnye.. *mouth watering*

Selesai solat Asar, aku dengan Syam layan Spanish movie sambil landing-landing depan tv. Tetiba mulut ni nak ngunyah makan mende manis di petang hari. Ingat kot Syam balik keje dia bawak balik Big Apple.. Hampa.


owh.. daun pandan yang sangat wangi.

So, aku dapat idea untuk buat onde-onde aje. Mudah pun mudah. Cumanya kat rumah kami yang masih baru ni takda tepung pulut, kelapa, daun pandan dgn gula melaka aje..



Jadi aku bagi task pada Syam untuk ke kedai berdekatan (kat kawasan perumahan kami ni, tu aje kedai runcit yang ada pun. Tesco masih dalam proses untuk dibangunkan). Berbekalkan vespa ayah yang very the veteren dan bunyinya yang kalau sebatu lagi dah boleh dengar tu, Syam menunggang dengan khusyuknya mencari barang-barang yang aku sedia tuleh dalam kertas (takut dia lupa).

Sekembalinya dia daripada kedai, tengok dalam plastik cuma ada kelapa dan tepung pulut. Belum sempat aku bersuara, Syam bersuara dulu.

"Orang kene gelakkan je dengan uncle kat kedai tu masa mintak daun pandan."

"Lor kenapa? Daun pandan takde ke?"

"Dia kata tak pernah lagi dia jual daun pandan kat sini. Kebanyakan orang semua tanam kat belakang rumah dorang. Serai tu buleh lagi usaha. Bila orang tanya gula Melaka dia kata, bang, kat sini hari raya je jual gula Melaka.."

Aku tergelak dengar cerita Syam. Aku sendiri pun lupa sini bukan macam kat KL. Orang bandor je yang beli daun pandan, bunge kantan, daun kunyit sume tu.. So, kami berdua telah memasang niat untuk menanam beberapa sayur-sayuran dibelakang rumah berbekalkan benih-benih serta pucuk-pucuk yang akan disupplykan oleh ibu. :D Setakat ni, kami hanya berjaya membela lalang sehingga ia berbungga..

In the end, onde-onde tak buat pun. Ibu yang kata akan datang rumah bawak daun pandan dgn gula melaka tu. Aku ingat nak je keluar pegi ke pekan Kulim.. Alahai tapi jauh. Macam tak worth it. Jadi makan es-kim sumi je la sambil layan The Kardashian.


Jan 11, 2011

Kami berdua dapat adik.. Yeay!!



Alhamdulillah, Syukur tidak terhinggeee... Aunty selamat sudah melahirkan baby boy. Yana suh papa bagi nama Muhammad Afad Iman. Berkenan sungguh Yana dengan nama tu. Tapi papa masih tak sure lagi. Ada jugak papa mintak suggestion lain sama.

Yang best tu, Farreal pun baru je dua bulan lepas dapat adik. Pastu giliran aku pulak dapat adik. Kami seruupaaaa!!! Teheheeee... Kelakar khoott.. Adik aku, jadik pakcik kepada Farreal yang lebih tua 4 tahun. Best tuuu...

Sepatutnya dah kene operate masa new year eve ritu tapi suddenly Aunty decide untuk deliver secara normal. However, tak dapek khoott sebab sampai semalam (due baby patut keluar) still baby tak nak keluar jugak. So dokter have to operate since due dah over 10 days. Baby dah berada dalam position untuk keluar cuma dia tak masuk saluran yang sebetulnya.

Therefore, Tepat jam 5 ptg aunty masuk pre-op. Tepat jam 6 ptg, di operate then jam 6.36 ptg, baby selamat dikeluarkan dan diazankan. Cuma till now (8.40mlm) Aunty masih belum keluar daripada operation theatre. Hopefully there's no complication.

Dapat adik yeayyy!!!!


Jan 5, 2011

Jom kite pegi sekolah!!



This year, my two lovely sista & princess akan menghadapi peperiksaan supernova mereka. UPSR & SPM. Boom!!!

*mereka semasa masih kecil dan chomel*

Yana yang dah masuk standard 6 tak habeh² cakap betapa takutnya dia nak exam nih.
Tengok Ekyn pulak cam rilek je.. Cam leyh dapat 9A dalam tangan lagaknye.. Ameennn...

2nd Day of school semalam buat aku rushing kesana - sini.
As early as 8.50 am, aku gerak ke Wisma Zeelan ambik urgent document yang nak kene hantar kat JKR. (Thanks miji).

Shoot balik opis sat.

Pastu ke Hospital Serdang ambik ubat nenek aku yang dah kehabisan.

Then terus ambik Abang Aqeel untuk dihantar ke Tadika Ho Sebelum jam 12 tgh hari. Van sekolah dia tak beroperasi lagi. Abang pulak ngah makan. Punye la rasa macam berejam tunggu abang bersiap.

Then aku shoot pegi sekolah Yana untuk beli buku dia. Ingat lepas beli buku tu nak terus hantar abang pi tadika. Tapi kesian la pulak awal sangat lagi. Baru 11.30 pagi. Kesian kat dia nanti tercongok sorg² kat kelas. So aku patah balik semula ke rumah papa hantar barang² sekolah Yana.

Sampai kat tadika abang, tepat jam 11.58 pagi. Just nice la tu. Abang tanya kat aku sebelum masuk kawasan tadika dia

"Atak ambik abang tak?"
(dia pelat tak leyh sebut huruf 'K')

*Senyuman joker berat hati nak pi sekolah*

Aku jawab "Takk.. Abang balik jalan kaki buleh ke?"

Dengan muke yang dah ala² joker 'why-so-serious' tu dia jawab

"Menade dowh.. Tate la betul betul"

"Betul-betul.." Aku jawab.

Sambil kami masuk melepasi gate tadika abang, ada sign board besor² tuleh
'Student Dismiss at 2.00pm'.

"Hah! Nampak tu! Putul dua. Atak tene amek abang putul dua."

Siap tunjuk kat aku signboard tu macam aku tak reti baca pulak.

"Kalau tak nak?" Aku tanya abang.

Abang buat muke. "Ambik laaa..."

Dah macam separa merayu tu. Aku senyap aje sambil bawak dia masuk ke kelas. Sebelum masuk kelas, dia pusing pandang aku.

"Atak ambek abang putul dua tan?"

Aku mengalah. "Yeeee.. Ambeekk laa.. Pukul dua."

Kang menangeh pulak takmo pi kelas. Aku sekadar bermonolog sendiri.

Masa abang dah masuk kelas and nak duduk kat tempat dia, aku panggil dia mintak izin nak balik dulu.

"Abang! Akak pegi dulu taw. Nanti jumpe abang pukul dua eh!"

Abang angguk. Aku pun gerak semula ke kereta.

*Abang masa 2 tahun*

Ada 2 jam sebelum nak ambik abang. Memang thak la nak balik semula ke ofis dengan parking yang susah giler nak dapat seperti mencari duit syiling dalam tepung. Ahaii betul ke pepatah aku nih. Jgn marah eh Yana.. Syiling² nih sensentap sikit.

So aku gerak pi hantar kereta cuci kat tempat biasa dalam setengah jam macam tu sebelum pi lunch hour dekat South City area. Just nice abes lunch hour lagi 15 minit waktu dismiss abang. (Thank you makngah belanja lunch. I lap yu. :D)

Owh yes then Syikin pulak msg.
[Akk, ekin ada briefing utk kelas tambahan. Dalam 2.15 keluar. Mcm mana? Sapa nak amek?]

Sib bek la aku masih kat luar. So konpom lepas amek abang kat tadika, hantor balik then pi amek Syikin pulak.

Aku reply.

[Akak ambik jap lagi]

After ambik abang, hantar dia balik rumah papa. Jumpe Aqilah. Cubit² sikit pipi dia. Tanya dah makan ke belum. Dia tanya aku nak pi mana? Aku cakap kat dia nak pi ambek kak ude. Dia nak ikut tapi aku cakap nanti aku ambik dia pulak. Sian diaa... Terpaksa aku bohong sunat.

After that, shoot ambik Ekyn kat Bukit Jalil and terus bawak dia pi ofis. Ahooiiii...

Yes itu lah dia. Baru 2nd day of school. Dengan Ekyn yang bakal sibuk buat preparation nak menghadap SPM ni aku tak tahu la cemana jadual dia nanti. Tiap² hari dia kene stay. Dan setiap kali dia stay tu jugak lah aku kene ambik sebab bas dah tak da dah lepas pukul 2.00 ptg. Malam dia nak tuition pulak. Ahaaiii...

Ingatan aku kembali pada Ues tatkala aku menguruskan adik² aku ni. (Every year without fail).


Aku terbayang² macam mana la dia dah masuk sekolah sok. Another few years aje. Tak lame dah. Mesti ayahnye busy & excited tak hengat. Anaknye biasa² je. Parents la yang akan rasa macam dorang masuk sekolah balik. He he he..




Jan 3, 2011

Sekolah yeay! yeay!


Owh lamanye patik menghilangkan diri sempena bercuti kahwin yee... Ahaaiii.. Ye lar cuti sampai dua minggu tak sempat nak meng'hupdate' blog. Bila nak 'hupdate' internet line pulak tak dok.

Minggu pertama cuti hari tu, aku masih berada di KL. basically duk umah je. Kemas² rumah juga diatas pertolongan suami yang kuchentai, banyak membantu dalam mengubahsuai susun atur rumah tu menjadi seperti rumah kelamin.. Bukan rumah bujang lagik.. Ahaaiii...

*sekadar gambar hiasan*

Seriously, bab susun atur rumah ni memang aku buta seni sket.. That's why aku tak hambek interior design keennn... Tapi Syam bagus sebab dia pandai buat those thing. Ok aarr.. rumah kami yang sekangkang kera tu tetiba terasa luas cam padang bola... Ues lari² dalam umah tak perlu la macam ala² men bola sambil menggelecek kiri kanan..

The 2nd week tu lepas aje servis kete, baru kami gerak ke Kedah... Kat sana Syam bawak aku dan Farreal jalan². Since dia baru je beli khemah camping tu, dia pun bawak la kami pi mandi kat Ulu Paip. At the same time merasmikan khemah tersebut. (Penat beli, takkan tak pakai kan?)

Best khot sebab kami pi on weeekdays. Orang tak ramai. Sambil berkhemah dan berpiknik sambil mandi air yang sejuk tak hengat.
*Syam ajak pi Krabi

The next day kami pi Penang. Berkhemah pulak kat Batu Feringghi. Syam ada ajak nak pi Redang la, Langkawi la.. Aiyoo.. musim ujan ni bang ooii.. Pi sana pun kene duk lam bilik je la.. Mana syok.. Nak pi Island hoping cemana lagu tu kan? So kami ingat tengok lah habeh je musim tengkujuh ni, berbekal kan rezeki yang ada kita leyh camping jauh sket..

Uuuhhh.. Bila dah dua minggu tak berkejar buat ape pepagi, lupe pulak nak timingkan semula biological clock nih. So akibatnya aku dah start mengantok lite² dah ni. Yana suh datang sekolah dia. (Nebes 1st day at school kata die). Alaahh.. memula je tuh. Dah jumpe kengkawan dia yang lain ok ler tu..

Owh.. sangat sleepy.. nak lelap sat boleh khoott...??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...