Aug 13, 2010

Demam

Hari ni datang ofis bawak Yana sebab dia tido kat rumah semalam. Demam.. Panas badan dia. Alhamdulillah lepas makan ubat & mandi.. Dah okay dah.. Katenye larat nak puasa.. So, bangun la bersahur pagi tadi..

Sempat buatkan bubur malam tadi nak bagi dia makan waktu sahur. Aunty pun ada bekalkan kari daging. Jamah bubur dengan kari daging ler. Itu pun lepas tengok Fairuz dgn Uni duk cecah biskut jenazah dengan milo terasa nak sikit. Ada pulak buah pala. Layan buah pala pulak.. sedap wor..

Bestnya bulan puasa.. Misi hari ni carik lompat tikam.. ahh feveret bulan pose..





Aug 11, 2010

Weight Gain



Aiyoo... Baru je menimbang berat badan di belakang sebentar tadi. Kelihatan jarum penimbang itu menuju ke ke jumlah yang aku sendiri takut untuk tengok betul². So, tengok sekali imbas sahaja tapi tahu la yang berat semakin naik kalau tak, takkan lah sampai dah ada double chin. Sangat merisaukan macma ni..


Ada kemungkinankah sebab nak pe'ot? Terasanya macam tu jugaklah.. Walaumacammanapun aku akan cari solusi pada permasalahan yang merisaukan ini.. Hopefully, takda la disebabkan penyakit macam nenek.

Pagi ni bersahur bersama Uni & Fairuz, Ekin & hamster baru beliau. Uni masak bubur. Semalam Aunty pulak ada bagi gulai ikan.. Wah sangat sedap apabila keduanya bergabung sampai aku bertambah dua kali.. Itulah dia masalah aku. Makanan yang macam orang sakit, untuk kanak² takda gigi, buat aku lagi bernafsu untuk tambah. Ikut hati nak je tambah lagi. Tapi perlu la kawal kan? Cuma bubur tu je terlebih masak semalam.. Banyak la plak lebihnye..

Sempat teman hanis semalam ambik serunding dekat Iylia.. Wah wah iylia yang mengandung tu pun tetap lebih kurus dari aku dan hanis.. ahahaha..

Waargghhh... perlu berdiet nehh...

Aug 10, 2010

Escapism



Adakala hari hari yang dilalui seakan mendung, kelabu dan tak ceria. Ini agaknya yang dikatakan stress barangkali. Dalam masa yang sama kerisauan melanda diri. Risau dengan masalah-masalah duniawi yang tak akan pernah ada sudahnya. Kita semakin risau dan semakin susah hati.

Akhirnya tiada satu kerja pun yang berjalan lancar. Serba ada yang tak kena.

Mula aku mencari cari sesuatu bagi mengaburi perasaan yang tidak enak seperti ini. Bukan untuk melupakan terus dari memikirkanya tetapi sekadar mahu melapangkan fikiran yang berat dengan masalah harian.

Aku dapati (bukan capati yee) membaca mampu buat aku lupa sebentar tentang permasalahan yang ditanggung buat seketika. Membaca juga membantu aku meningkatkan daya imaginasi bagi menghayati pembacaan yang dipilih. Selalunya bila aku membaca aku mampu berehat dan otak ni dengan automaticnye mencari jalan keluar bagi permasalahan semasa yang dialami itu.

Keterujaan singgah di kedai buku terpancar di wajah tatkala mata melihat segala macam buku yang tersusun rapi di rak-rak mereka. Mula lah aku membayangkan alangkah bestnya sekiranya aku miliki perpustakaan untuk diri aku sendiri di rumah sebesar kedai ini.

Lawatan aku ke kedai buku selalunya lama. 2 ke 3 jam atau lebih kadang-kadang tu. Memilih buku yang terbaik supaya dapat dibaca sekembali di rumah.

Selalunya aku akan singgah di seksyen novel fiksyen, chick flick, self-motivation, psychology, pre-teen, new arrival, relationships, majalah & autobiography. Aku akan pusing² sampai pening. Rasa macam nak bawak semua buku tu balik.

Sekiranya ada duit lebih, ada sampai RM200 jugak belanja untuk beli buku sahaja. Dah balik rumah baru la tepuk dahi.

Salah satu cara aku meng'escape'kan diri dari realiti untuk seketika.

*Edward pun baca buku.. ouww..

Aug 9, 2010

Ketenangan menuju jalan yang benar...


Alhamdulillah semakin hampir Ramadhan, semakin teruja aku sebab dalam setahun ini lah antara bulan yang paling tenang pernah aku rasakan.. Nak buat baik tak susah macam selalu.. Nak bangun solat sunat pun tak payah.. Senang aje bila dah pasang niat..

Tertanya-tanya jugak macam mana agaknya berpuasa kali ni? Dulu, masa kecik-kecik, puasa tu rasa lama bebenor. Tapi dah meningkat dewasa ni, puasa terasa sekejap sangat. Oopss.. maksud aku, bulan Ramadhan terasa cepat je berlalu. Memang sekejap pun. Mana taknya. 30 hari je kot.. Pejam celik pejam celik.. dah raya..

Semalam masa pegi round-round kat dalam Ampang Park, terdengar akan lagu
Satu Hari Di Hari Raya dendangan M.Nasir.. Aduii... spoil sungguh.. Ade ke patut puasa tu tak mula lagi dah bukak lagu raya.. chet!!

Pemergian arwah Ibu tahun lepas, buat raya aidilfitri tak bermakna macam tahun-tahun yang sebelum ni. Aku dengan adik beradik macam biasa la travel kami-kami je.. Dah besar bawak hala tuju sendiri. Balik Sepang dan lepas tu balik Perak le. Then kembali ke KL semula dan hopefully dapat puasa enam.. Insyallah..

Dari dua tahun lepas aku berniat nak qatamkan Quran masa dalam bulan Ramadhan.. Hehehe.. tak lepas lepas. Selalu sampai tang tengah je.. Tetibe dah raya.. Adeh.. Tahun ni, Insyalah.. lepaih kan lagi setengah tu.

Baru dua hari lepas aku mendapat khabar berta yang mengejutkan dimana Luthfi yang bekerja kat ofis atas, accident kat jalan ke Seremban. Umur arwah tak panjang. Arwah meninggal di tempat kejadian.. Aku tak berapa kenal Luthfi tu. Tapi ada la sekali sekala nampak dia lalu depan aku masa ngah makan kat kedai bala dan bila kawan-kawan ofis dia bercerita tentang dia.. Sangat bagus. Senantiasa puasa dan tak pernah pandang perempuan. selalu jalan pun tunduk aje.. Boleh dikatakan kebanyakan mereka akan bercakap benda yang baik-baik tentang Luthfi. Mungkin itu sebabnya Allah ambik dia dulu sebab Allah lebih sayangkan dia.. Yang masih tinggal kat muka bumi ni pun Allah sayang tu sebab Allah bagi lagi kita masa untuk memperbaiki diri sendiri dan amalan kita yang tak seberapa ni.

Sesungguhnya berita tentang kemalangan Luthfi membuatkan ramai yang terkejut dan insaf aku rasa. Termasuk lah aku ni. Betapa sekejap je Allah nak tarik nyawa seseorang tu..

Bila lagi kita nak insaf dan menuju ke jalan yang benar sebelum terlambat?

Aug 5, 2010

Masih minat pada Edward Cullen?


Okeh.. this was not intended in the first place. Syikin telah berjaya men'cilok' dvd Remember Me daripada umah papa lakonan Robbert Pattinson bersama heroinnya Emilie de Ravin (Cite tu ada few love scenes so tak elok kalau bebudak tengok). Hari tu masa pegi kedai dvd ada niat nak beli tapi sangat takut tak best so tak beli. End up beli movie lain yang lebih meyakinkan.

Malam tu bermula acara tontonan secara solo. Aku agak happy sebab imej Robbert dalam movie tu saling tak tumpah macam Edward Cullen. (Baru aku realize, betapa rindunya aku pada Edward Cullen).

Filem New Moon & Eclipse yang mengecewakan itu berjaya buat aku tawar hati pada watak Edward walaupun aku tahu novelnya menjanjikan lebih kepuasan. Walaubagaimanapun, terubat rindu melihatkan Robert yang membawa watak Tyler yang seperti jelmaan Edward Cullen versi manusia biasa.

Watak Tyler dan Edward yang dibawa oleh Robbert tak banyak perbezaan. Cara bercakap, cara senyum, cara marah. Mungkin Robbert masih terbawa-bawa dengan watak Edward itu ke dalam filem ini sebab dia lebih banyak memainkan watak Edward itu sendiri daripada watak-watak yang lain.. Pendek kata masih cetek pengalaman terhadap kepelbagaian watak. (Eceh.. macam guru kelas berlakon pulak lagaknya)

Tapi tu la, disebabkan ketiadaan perbezaan watak Tyler dan Edward itu jugak lah dapat aku tatap muke ala-ala Edward itu.. hu hu hu hu.. *pengsan lite lite

Movie Remember Me agak perlahan. Tak meninggalkan impak yang besar. Rasanya lepas tengok citer tu, aku sendiri pun tak ingat macam mana citer dia.. An average movie I guess with an involvement of an A-List Celebs sahaja gimik dia. Mesej yang cuba disampaikan agak lemah. Walaubagaimanapun, mesej sampai di akhir cerita. Ending of the story still not good enough.

Lupakan itu semua.. Meh kita nikmati wajah² si Robbert dalam filem ni.. Layannn...

Dalam Twilight pun dia ada pakai sunglasses hat ni. Mungkin sesuai dengan raut wajah dia agaknya.

Dalam movie ni dia banyak smoking.

Wah cube bayangkan Bella yang duduk sebelah dia tu.. .


Merenung masa depan dia yang tak berapa sebulu dengan ayah dia yang dilakonkan oleh ex-James Bond Hero Pierce Brosnan.

Aug 4, 2010

Impian bakal jadi kenyataan?




Sedang aku drive sambil menikmati panorama disekeliling aku (melalui jalan depan Stadium Hoki Bukit Jalil) dimana orang sudah mulai ramai. Ada yang nak melintas tapi teragak-agak kerana kereta yang banyak berpusu². Betapa la bagus sekiranya tahap facility untuk pedestrian dan public transport adalah tip-top kat Malaysia ni.


Aku kesian sebenarnya pada pedestrian yang nak melintas jalan tu kadang² kene maki hamun dek pemandu kereta yang tiada kesabaran. Padahal kat situ zebra crossing. Kita sebagai pemandu yang berhemah sememangnya perlu memberi laluan kepada pejalan kaki ataupun yang menunggang basikal (ada ke naik basikal kat KL?) ingin melintas jalan.

Bukan takda pedestrian walkaway kat Malaysia ni. Ada tu ada tapi tak selamat. Kat sekeliling walkaway tu sangat mengerikan selalunya. Sapa yang nak berjalan kaki kesana kesini bila nyawa seakan terancam. Well, bagus pada mereka yang ada kenderaan kesana kemari Insyallah lebih selamat. Tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah? Kenderaan yang mereka mampu naiki ialah public transport. Itu pun tak ikut time. Banyak kelemahan pendek kata. Walaubagaimanapun tetap bersyukur ada segala macam kemudahan ini di Malaysia nak dibandingkan negara yang lebih mundur.

Aku pun sebenarnya tak suka nak bawak kereta kesana sini dalam short distance ni. Lebih banyak duit yang keluar. Tak ley nak sep langsung. Badan pun jadi malas. Tapi aku seronok sekiranya di Malaysia nih, Pedestrian facilitynya dinaik tarafkan supaya lebih seiring dengan status negara membangun. Lebih ramai yang akan guna public transport, lebih ramai yang sihat sebab semua orang akan guna walkaway yang disediakan and at the same time environment lebih terjaga dan terlindung daripada polution yang semakin menjadi². Kurangnya asap² dari kenderaan. Malah ekonomi negara juga akan meningkat. Rakyat pun akan lebih sayang pada negara sendiri. Aku akan lebih menghargai apa yang aku nikmati di negara kelahiran aku sendiri, Malaysia..

Tapi tu la, sekiranya ada facility yang pelbagai sekalipun tapi mentality kebanyakan orang masih ditakuk lama, tak berguna juga sebab akhirnya kemudahan² ini akan habis di vandalize oleh mereka² yang kurang pengetahuan, kurang penghargaan dan kurang hormat ke atas apa sahaja yang ada di depan mata mereka. Ruginya kita...



Firman Allah :
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ( karena sombong ) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(QS Luqman : 18 ).

Kat bawah ni adalah antara tempat² yang komunitinya menjaga kemudahan² pedestrian mereka.. Something we can think about.

Memphis, TN USA

Bicycle Lane in Madison, NY

Malmo, Sweden

Baltimore City


Aug 2, 2010

Solat itu tiang agama






Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujianitu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Benar sama sekali. Tapi sometimes bila kita tahu saja dan tak sematkan dalam hati maka nak mengharungi ujian maha hebat itu, sangat lah payah. Mula lah keluar statement² yang seperti tidak bersyukur akan anugerah Allah swt. Ini adalah diantara perkara yang senang kita cakap tapi sangat susah kita nak buat.. Seriously. Seantero lah dengan solat sunat.. Berapa ramai yang solat sunat nih jadik amalan dia? (termasuk aku le tu) Padahal solat sunat ni bukan susah nak buat. 2 rakaat je pun. Macam solat subuh. Mesti ada pulak yang menyambung "solat subuh pun tak buat.." Itu lah dia..

Sesungguhnya bacaan dalam solat itu sendiri adalah doa. Doa kepada segala kebaikan untuk diri kita. Bila kita tak solat, kita tak berdoa dekat Allah swt, kita adalah seorang hamba yang bodoh sombong. Seorang hamba yang tak mengenang budi. Seorang hamba yang tak kenal dek untung.

Oleh yang demikian, maka perjalanan hidup tu jadi payah. Masalah senantiasa. Dari satu masalah, ke satu masalah yang lain. Hidup ni rasa terlalu berliku-liku. Tiada perasaan tenang hadir dalam diri membuatkan senantiasa berasa risau dan takut kerana sesungguhnya itu jugalah janji Allah swt pada hambanya yang tidak bersolat 5 waktu sehari semalam.

p palang s: Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatannya.. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...