Apr 22, 2010

Bodoh Sombong




Kite duduk dekat bumi Allah.
Makan dengan rezeki yang Allah bagi.

Tapi kenapa kita tak boleh solat dan menyembah Dia yang satu?

Kenapa kita perlu jadi orang yang bodoh sombong?

Allah swt itu Maha Pengampun, Maha penyayang.


Masa kita senang, kita lupa untuk sujud dan bersyukur pada Dia. Apatah lagi masa susah. Nak angkat tangan, berdoa pun belum tentu. Walhal, dugaan dan cabaran itu satu ujian Allah swt untuk kita sentiasa down-to-earth dan tak meninggi diri.

Rasulullah s.a.w pernah cakap yang beliau tak risau kalau umat-umat dia diuji dengan kesusahan. Tapi beliau risau dan susah hati sekiranya umat-umat beliau diuji dengan harta benda, darjat dan kedudukan.

Perkuatkan iman dan kepercayaan. Jangan sampai mulut sahaja cakap percaya pada Allah swt, Nabi, Rasul, Kitab, hari Kiamat, Qada' dan Qadar tetapi tiada tindakan yang menunjukkan demikian.

Dengan bersolat, sedikit sebanyak dapat mengembalikan semula keimanan dan ketaqwaan pada Allah swt. Membuatkan kita semakin percaya setiap yang berlaku ada hikhmah dan membuatkan kita lebih redha dengan ketentuan Allah. Kita sentiasa boleh berdoa kepada Allah untuk mendapatkan sesuatu. Mungkin Allah tak bagi hari ni, Dia bagi esuk. Tak esuk, tulat. Insyallah. Balasan bagi orang yang bersabar, sangat manis.

Dengan bersolat juga kita akan berdoa untuk kesejahteraan mak bapak kita, isteri, suami, anak-anak, adik beradik, kawan-kawan, kehidupan, kesihatan serta rezeki yang kita dapat. Allah swt suka hambaNya meminta dan berdoa padaNya. Tunjukkan yang kita sentiasa ingat Allah supaya Allah sentiasa ingat pada kita. Supaya dapat petunjuk pada setiap kesusahan. Insyallah...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...