Jan 19, 2011

Onde onde

Sedapnye.. *mouth watering*

Selesai solat Asar, aku dengan Syam layan Spanish movie sambil landing-landing depan tv. Tetiba mulut ni nak ngunyah makan mende manis di petang hari. Ingat kot Syam balik keje dia bawak balik Big Apple.. Hampa.


owh.. daun pandan yang sangat wangi.

So, aku dapat idea untuk buat onde-onde aje. Mudah pun mudah. Cumanya kat rumah kami yang masih baru ni takda tepung pulut, kelapa, daun pandan dgn gula melaka aje..



Jadi aku bagi task pada Syam untuk ke kedai berdekatan (kat kawasan perumahan kami ni, tu aje kedai runcit yang ada pun. Tesco masih dalam proses untuk dibangunkan). Berbekalkan vespa ayah yang very the veteren dan bunyinya yang kalau sebatu lagi dah boleh dengar tu, Syam menunggang dengan khusyuknya mencari barang-barang yang aku sedia tuleh dalam kertas (takut dia lupa).

Sekembalinya dia daripada kedai, tengok dalam plastik cuma ada kelapa dan tepung pulut. Belum sempat aku bersuara, Syam bersuara dulu.

"Orang kene gelakkan je dengan uncle kat kedai tu masa mintak daun pandan."

"Lor kenapa? Daun pandan takde ke?"

"Dia kata tak pernah lagi dia jual daun pandan kat sini. Kebanyakan orang semua tanam kat belakang rumah dorang. Serai tu buleh lagi usaha. Bila orang tanya gula Melaka dia kata, bang, kat sini hari raya je jual gula Melaka.."

Aku tergelak dengar cerita Syam. Aku sendiri pun lupa sini bukan macam kat KL. Orang bandor je yang beli daun pandan, bunge kantan, daun kunyit sume tu.. So, kami berdua telah memasang niat untuk menanam beberapa sayur-sayuran dibelakang rumah berbekalkan benih-benih serta pucuk-pucuk yang akan disupplykan oleh ibu. :D Setakat ni, kami hanya berjaya membela lalang sehingga ia berbungga..

In the end, onde-onde tak buat pun. Ibu yang kata akan datang rumah bawak daun pandan dgn gula melaka tu. Aku ingat nak je keluar pegi ke pekan Kulim.. Alahai tapi jauh. Macam tak worth it. Jadi makan es-kim sumi je la sambil layan The Kardashian.


4 comments:

ZERO VENDETTA said...

best 2x!
buat minum petang utk suami esp. sgt seronok & puas hati. suka :) biasanya ahad sy buat gk mcm bubur caca, bubur pulut hitam fav im & badak berendam. hurmmm yummy...

** sy suka cara kak azrol :)

Cik Cip Puding said...

Memang best.. Dapat pujijan ppulak tu dari suami.. triple best..

Btw, bubur pulut itam juga feveret saya hehehe...

Cahaya said...

saya lak suke bubur kacang hijau.. cik suami sgt kalo dpt jemput2.. hehe... pengalaman yg best kn..

Soul D'sign said...

i like spaghetti goreng...
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...