"Decisions.. Decisions.. Decisions.."
*Kalau siapa kipas susah nak mati Twilight, ofecoz tahu which scene I am talking about.
Aku dah pun sampai bukit jalil untuk ambik Ekin dari sekolah bila telefon berbunyi. Tertera panggilan dibuat daripada rumah papa.
Aku pick up.
"Hello. Assalammua'laikum..."
"Wa'laikumsalam. Akakkk..."
"Ye.. Napa Yana?"
"Akak kat mana?"
Yana ni selalu call mesti ada something especially bila dia tanya aku kat mana. Tak dapat aku nak agak ape yang dia bakal request daripada aku.
"Akak dalam kete ni. Nak ambik kak uda..."
"Oh.. Ni Yana nak tanya pendapat akak ni.."
Pendapat??? Serious ni. Muka aku dah mula berubah ke posisi yang lebih serious. Telinga mula tajam menandakan persediaan aku untuk mendengar dengan lebih khusyuk sambil mata aku fokus ke jalan menuju ke Sekolah Menengah Bukit Jalil.
"Haa.. tanya la.. Nape?"
"Akak rasa Yana patut balik Kelantan tak?"
Haahhh? Pasal balik Kelantan ke... lahaaaiii... Memang papa nak balik Kelantan untuk mengambil isteri tersayang yang telah berada disana selama dua minggu lamanya bertujuan melalui proses berpantang selepas selamat melahirkan Muhammad Asyraf Iman pada 11.1.2011. Ehehehe.. cantik noo tarikh diaaa...
Aku jawab, "Yana tak nak balik ke?"
"Hurrmmmm.. Tak tahu lah.. Papa ajak ikut dia..."
"Yana rasa Yana nak pegi ke tak?"
"Entah laa... Tak tau..."
"Hurrmmmm..."
"Kalau tak tau tu... dah jadi tak nak sebenarnya.. Papa kate cane?
"Suh ikut teman dia. Yana kate la Yana ada exam. Cane nak belajar..Papa suh bawak sekali buku. Baju ape pun Yana tak kemas lagi."
"Baju nak kemas sekejap je. Papa nk pegi bila?"
"Ni papa nak pegi la ni. Ngah bersiap."
"Selalunya bila kita ni banyak bagi bagi alasan, maksudnya kita tak nak la tu. If Yana nak ikut, you won't be asking me about my oppinion whether you should go or not. Mesti Yana pegi aje. Kenapa Yana tak nak balik Kelantan?"
Yana tergelak aku cakap macam tu. Mungkin ada betulnya dimana-mana.
"Yana ada exam hari Isnin nanti.. Yana takut kalau Yana ikut, Yana tak buleh belajar."
"Yana boleh bawak buku kan sekali.. Study kat sana.."
"Memang la.. Tapiii...."
"Hurrmm.. Akak rasakan, Yana sebenarnya memang tak nak ikut koott.. Sebab kalau Yana nak ikut, mesti takda masalah untuk Yana nak bawak buku dan cari masa jugak untuk belajar walaumacam manapun. For example, katekan lah akak ajak Yana pegi Genting, jalan-jalan, kite hang out kat sana.. Yana rasa, Yana nak pegi tak?"
"Nak la.."
"Walaupun ada exam?"
"A'ah.."
"So, I really believe that you would find the time no matter what to study even if you are going to have fun, betul?"
Aku dengar dia mengia-iakan apa yang aku cakap. Hopefully, contoh yang aku bagi ni membantu. aku memang fail bila nak bagi contoh.
"Okay, now let put ourselves in papa shoe pulak. Papa ajak Yana sebab dia bosan kalau dia balik dengan abang je kan. Mesti dia nak ada someone teman dia, buleh sembang-sembang dengan dia. If you don't wanna go just say so to papa. I don't think you have to give reason kan.. Just be honest. Memang la it hurts but its the truth. Tapi if papa say that you have to go and teman dia, then go la. You kene dengar. Cuma you just imagine la papa kene balik berdua je dengan abang, mesti bosan gilerr... Kesian papa..."
"A'ah, memang bosan pun. Abang tu asyik main psp je lepas tu tido..."
"I don't really mind if you wanna go or not. It just that if you don't wanna go, just say so. Don't give reasons and reasons. So make a wise decision kay.. Yana faham ke apa yang akak cakap ni?"
Aku perasan terbanyak pulak speaking dengan dia. Takut tak sampai pulak message yang cuba disampaikan..
"Fahaammm... Okeehh.."
"So, Yana.. Does my answer helps you in anyway in makin your decision whether to go or not?"
"Yes it helps.. Thank you akak.."
Senyum..
"So? What's the decision?"
"Yana pegi lah.."
"Alright.."
"Okay kak. Thank you.. Bye."
"Bye Assalammua'laikum.."
"Wa'alaikumsalam."
Talian dimatikan.
By the time aku hang up, kereta aku sudah pun memasuki kawasan sekolah. Aku nampak Syikin mula berjalan ke arah kereta dari pondok menunggu bas. Kelihatan masih ramai budak-budak sekolah yang masih berkeliaran menunggu ibu bapa, tokey bus, van untuk mengambil dan menghantar mereka ke rumah masing-masing.
Pintu kereta dibuka. Syikin masuk ke perut kereta.
"Akak cakap kat Renee 'bye Iqbal'.."
Aku bukak cermin kereta.
"Bye Iqbal...."
Renee tu one of Syikin nye close friend yang sama tiga suku macam dia. Tiap kali kalau aku ambik dia, mcm tu la dia suruh aku nyakat si Renee..
Renee bangun dari bangku dan menunjukkan penumbuk sambil tersengih sengih kerang busuk. Mungkin Iqbal tu budak yang dia minat agaknya..
Kami berdua menuju ke Plaza sambil Syikin bercerita akan perihalnya disekolah tadi..
2 comments:
suka sgt tgk kak azrol, so sweet!!! igtkan ps kawin ni tak ada lg rutin² sebegini. good job :)
* nmpk sgt adik² akak sgt memerlukan akak. cth tgk yana cal w/p utk tanya pg / tdk je
Ini sikit je ayu.. sok you and doter will be having this kinda moments la.. hahahaa..good luck..
Post a Comment