Jul 31, 2011

HARIMAU MALAYA - Success is not forever and failure isn't fatal.

Okay.. Eberibodi masih tak boleh terima kenyataan ke pasukan Malaysia kalah? Redha je la... Kite training lagi kay. Cip tetap menyokong mereka. Cip turun ke Stadium Bukit Jalil bagi menunjukkan sokongan yang jitu terhadap pasukan Harimau Malaya.

Yang paling best tu, Cip dan suami tidak melepaskan peluang untuk bawak sekali toek kesayangan kami.. Seronok sangat-sangat kami dapat bawak dia. His first football match ever okeehh!!! Ues very sporting. Cip bangga dapat bawak dia masa game hari tu. Tak dinafikan dengan selautan manusia.. Dengan kesihatan Cip yang mash tidak mengizinkan.. Ya Allah... dugaan betul. Namun demi Harimau Malaya..


Masa kami tengah sibuk-sibuk mencari pintu masuk violet, kami nampak kelibat sesusuk tubuh yang kami sangat kenal.. Eceehhh.. Fahrin ler... Adik Cip minat sangat ke Fahrin ni. So Cip pun mintak tolong suami Cip panggey kan Fahrin tu sebab kami nak bergambor sekali. Dah nama pun dia retis kan.. Dia tak kisah.. OK jer.. Dia dokong Ues, tapi Ues tak suke.. So gini je la gambo yang kami dapat.. Besor sangat gamaknya badan si Fahrin ni buat Ues takot... Marghahhahahaa...



Finally kami dapat masuk stadium dan carik seat betul-betul sebelah pintu masuk seat atas. Dah lepas game, baru kami tau yang ada tiket clone. No wonder ramai betul orang. Lebih daripada 90k penonton. Cip, suami, Ues kene duduk atas tempat sandar tu sebab dorang pakat ramai-raai duduk depan kami sebab kehabisan tempat duduk. Giler betul.. Walau dalam keadaan macam tu, Ues tetap being a sport melaung-laungkan Malaysia! Malaysia! Malaysia! Walaupun dibasahi peluh.


By 2nd half, Cip dah tak tertanggung lagi sakit punggung. Cip pun keluar dengan Ues duduk dekat dgn abang polisi sambil menghirup udara segar. Lega sikit. Tapi Cip tunggu tak lama. Suami Cip pun keluar dan kire nak balik sebab score pun dah nampak tidak mampu menjadikan Malaysia peserta World cup akan datang. Ekceli ramai yang decide untuk balik lepas 2nd half tu.


Berjalan kaki ke kereta dalam keadaan batuk bertalu-talu menguji stamina Cip. Penat tu tak cume semput sikit. Kereta dekat pulak kan.. Huu... Rasa lega bila dah sampai rumah tu. Kami terpaksa lalu ikut jauh sebab jalan depan Astro jam teruk. Dah sampai rumah tu rasa lega sangat... Cip dah tak bleh blah dah. Terus mandi, makan ubat, terus hanyut. Suami Cip la yang melayan toek makan, tukar baju, tengok tv sat... Cip betul-betul proud dengan toek.. Memang semangat kesukanan beliau tinggi betul.. Lepas nih, kalau ada game cenggini lagi mmg kami nak bawak dia lagi.. Hidup Ues!!! 


Jul 27, 2011

Cover Your Cough & Sneezes


Teruk jugak Cip batuk-batuk malam tadi. Sampai muntah-muntah la. Terus teringat kat toek. Selalunya toek kalau batuk, sampai muntah-muntah sebab bila makan ubat, it helps body to discharge all the mucus yang stuck kat lungs tu. Ubat Cip pulak dah nak abes dah ni.. Terpaksa Cip beli kat kedai dulu ubat batuk woods tu. Bagus juge ye.. Lega bila mengalir ditekak nih. 


Not only that, Cip cuba jugak minum air halia bersama madu. Advisable guna raw ginger dgn madu tu bersama air panas. Tapi lambat la, so Cip try je pakai hat serbuk punya.

Kenapa kita batuk?


Terlalu banyak reason boleh disenaraikan sebab apa kita batuk. Macam - macam. Batuk sebenarnya adalah refleks yang otak kite suruh badan kita buat bukan shj sekadar membantu melindungi badan kita tetapi untuk menyahkan benda asing yang duduk menumpang kat dalam badan nih seperti kuman yang banyak sangat kat udara especially udara yang tak bersih.

Batuk yang biasa-biasa datang bersama selsema dan demam selalunya bertandang tak lebih daripada 2-3 minggu. Tapi kalau simptom batuk tak berkurangan, kemungkinan besar batuk kronik tu.

Batuk berjangkit?

Yup! Ada yang batuk nih berjangkit ada yang tak. Disebabkan kuman nih banyak jenis nye so terpulang pada ketahanan badan individu masing-masing la.

Hat yang berjangkit nih selalunyer yang ada kene mengena dengan sinus, pneumonia or viral upper respiratory infection. Yang tak berjangkit macam asthma, bronchitis, emphysema ataupun allergic pada persekitaran. 



Memang sakit dada nih kalau batuk-batuk kan? Especially bila batuk tu kering ataupun mucusnya terlalu pekat tak boleh nak keluarkan manually perlukan bantuan ubat-ubatan ni la. Kene elakkan daripada merokok atau jadi 2nd hand smoker.. Bau asap rokok pun dah seksa.. Adoi...


Jul 26, 2011

While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.

Happy, glad, overjoyed, ecstatic, blessed, contented, delighted, intoxicated, thrilled, lively... Hah! hamek ko.. Banyak nye.. Ye itu lah perasaan Cip dikala dapat bertemu toek tersayang.. Happy bangat... Sampai terus dukung, lambung-lambung dia before masuk kereta. Lagi la berbunga-bunga riang melihatkan toek mampu tersenyum memperlihat gigi dia yang rongak tu. Cip dapat tau toek tak sihat.. Tapi still boleh senyum dan bersembang as if tak de sakit ape-ape.. Tough and very strong dia..

Ayah dia ada seminar so kami berdua ikut sekali stay dengan ayah dia kat hotel di PJ tu. Nak dijadikan cerita malam tu ayah dia di'ganggu'.. :) Cip taknak lah citer panjang hat tu.. Alhamdulillah takda apa-apa pun. 


Sambil menunggu ayah dia, nampak cermin, macam biasa lah.. dia akan berangan dia atromen.. Kali nih dia dah minat atromen mubeus pulak.. Cip ada bawak dia pegi Amcorp Mall before that saja jalan-jalan sambil tunggu ayah dia. Memula dia dah pilih beg galas spiderman. Nampak je patung atromen, huh... ditinggalkan beg itu terkontang-kanting.. Harus lah beli patung atromen itu..  hehehe...


A day before seminar tu, ayah dia sempat bawak pi trim rambut dia dulu. Cip hanyut sekejap lepas bagi dia breakfast. Tengok-tengok ayah dia dah bawak pi haircut. 

The next day Aqeel & Aqilah datang rumah sebab ingat nak pi swimming. Tapi depa balik dengan perasaan hampa sebab maintenance baru treat pool tu. Baru letak klorin. Kalau terus mandi, leh gatal-gatal. Cip pelik jugak depa nih ari-ari cuti pulak duk treat pool water tu. Tapi masa kat swimming pool UPM dulu, Cip ngan adik-adik pernah mandi masa depa baru taruk klorin tu. Mmg gatai-gatai kulit kat badan nih. Kalau kulit hat sensitif tu, lagi teruk la kot..

Malam berdinner dengan Mr. Aziz and family pulak kat BSC. Lama jugak Cip tak jejak kaki kat BSC. Masa nih la Cip dah rasa sengal-sengal badan, batuk lite-lite... Malam tu balik rumah mmg temperature Cip naik mendadak sampai suami Cip yang tolong lap-lap kan badan sebab terlalu panas. Lama jugak Cip tak sakit mcm ni. Sekali kalau kene, teruk jugak. Alhamdulillah lepas pegi KPMC check up, makan ubat, terus beransur pulih. Tinggal batuk je yang datang menjengah sekali sekala. 

Seronok betul dapat ber'hanging out' macam ni. Terubat rindu pada si toek.. already missing you. gud nite toek.. 
*Ayah dgn Nde.. Sayang Ues.. ♥ ♥ ♥



Jul 17, 2011

You're on our mind all the time


Hello there Farreal.. Awak buat ape tewww....?? Ni meh Nde nak ceghite sket ke awak nih. Ayah awak memang dah rindu ke awak sesangat dah. Kenapa Nde cakap gitu? Sebabnya this few days, ayah melalak-lalak dalam kereta juga sempat berkaraoke di rumah lagu-lagu yang mengingatkan ayah pada awak. Huu... Nde tak pasan pulak kalau dia ada mengalirkan air mata rindu ke apa.. Tapi dua-tiga hari nih Ayah duk nyanyi lagu My All, lagu-lagu Maher Zain, termasuk lah lagu My Baby You.. Lagu Mark Anthony tu la lagu utama ayah bila ayah ingat ke awak. Sampai serak-serak serta berlari-lari pitching suara ayah, baru ayah stop nyanyi.

Insyallah, this week kami nak pi jenguk awak kat sana.. Buleh le kite hang out sesama :) Ayah kata, dia ada surprise untuk awak. Tunggu eh..

Nde ada kelas esuk nih, tapi tak prepare lagi material. Huu ~ Ayah Ngah pi bukak pulak cite Karak. Hadoi.. Nde nih dah la penakut tak hengat.. Tension sungguh Nde tengok cerita mcm tu. Now, Nde paham perasaan everytime raksase kuda berkaki labah-labah tu kuar dalam game botak awak tu. Punye la awak takut kat raksase tu sampai suruh Nde atau Ayah yang lawan.. Huu~

Oklah sayang.. Nde ndak prepare all the things yang nak bawak pi kelas esuk nih. Gudnite.. Sleep well. Allahhumma bismika amuthu wa ahya.. 

p palang s: Ayah dengan Nde.. sayang Ues...


love with lots of hugs & kisses

Nde

Jul 15, 2011

Aziz STYLE...

Aik? Kenapa tetiba je Aziz Style nih?? ahahhaaa.. Kalau mention kat adik beradik Cip nih, depa tau la pasai pa.. Actually it is some sort like signature dish buat papa Cip. There this one restaurant area Serdang Raya (dekat belakang rumah arwah ibu Cip je) yang Papa Cip selalu pi tau. Hang out kat situ sebab owner dia  one of papa's friend. 

So, disebabkan dah selalu sangat pi kat sana sampai kami dah tak tau nak makan apa dah. Semua makanan kami dah try. Therefore, bila dah bosan duk makan mende yang sama, one day kami order la nasi goreng ja. Adik-adik Cip nih pulak mmg tak suke sayur. Jadi bila order tu, dorang nih mention la "takmo sayur, takmo bawang, pedas." First time makan tu, mmg pedas habis. Bila the next time kami order, kami suh la tukang masak tu taruk kicap lebih sikit and WALLAHHHH!!! Jadilah nasik goreng yang gelap warnanya. Some people may not want to eat it I guess.. Tapi mmg sedap. Secara tak sengaja, papa Cip pun dah ter'fall-in-love' dengan dih tersebut.

Disebabkan itulah, everytime family Cip pi makan kat restaurant tu, dorang akan order nasik goreng lagu tu.. Since nasik oreng tu tak dak dalam menu and the only person yang order ialah papa Cip, melekatla nama Nasi Goreng Aziz Style.. Anak-anak dia pun rajin ngorder. 

Ape kene mengena?

Hehehe.. This morning Cip masak meehun goreng  Aziz STYLE! teeheehehe...


p palang s: Papa, Happy Father's Day?!! heee...

Terciptanya diriku untukmu

Cip rasa inspired untuk tulis post nih bila membaca akan hikmah disebalik creation of Adam and Hawa.

Disaat Allah swt jadikan Hawa itu tatkala Adam as sedang tidur. Ini kerana sekiranya lelaki yang berada dalam kesakitan, dia akan membenci. Wanita pulak, vice versa.

Lumrah seorang wanita apabila berada di dalam kesakitan, sayang dan cintanya semakin bertambah.. Seandainya kejadian Hawa itu disaat Adam as terjaga, mesti Adam akan berasa sakit apabila Hawa dikeluarkan daripada tulang sulbinya and a very high posibility Adam akan membenci Hawa. Therefore, Hawa dijadikan masa Adam tengah tidur so that Adam tak rasa kesakitan tu and tak membenci Hawa. Imagine tatkala wanita itu melahirkan seorang anak di saat dia sedang berjaga, makes her love and cherish her baby even more. More than her life itself.

Kenapa kejadian Hawa itu daripada tulang rusuk yang bengkok di sebelah kiri?

Sebabnya tulang rusuk yang bengkok tu functionnya to protect the heart. Therefore, tugas hawa itu adalah melindungi hati atau qalbu. Tu pasai wanita nih suka bermain dengan perasaan. Macam-macam rasa dia ada. Membuatkan wanita itu menjadi seorang ibu yang pengasih penyayang, companion yang attentive, juga sebagai seorang isteri yang taat dan setia pada suaminya. Adam pula diciptakan daripada tanah kerana beliau akan menjadi petani, tukang besi, tukang batu dan tukang kayu.. semua tu terdiri daripada kerja-kerja yang berat secara fizikalnya.

Oleh yang demikian, Adam, jangan lah underestimate atau memperlekeh-lekehkan perasaan kaum Hawa nih sebab itu adalah lumrah kejadian mereka. Allah create supaya mereka beremosi sebegitu. Sometimes bila wanita nih depa kata depa sedih tapi depa tak menangis. Believe me that they are crying.. But on the inside.

Jazakallah..

Jul 14, 2011

Mac-a-what?

Macaron.. Itu sebutannya dalam bahasa Perancis.. waahhh hebat gitu Cip dah pandai cakap Perancis.. *err.. Perancis je la yang Cip pandai..  in Englishnye macaroon. wah wah.. mentang-mentang lah baru je dapat macaron semalam, terusan aje tulis post pasal macaron.. tehehee.. Kalau tak salah Cip, Cafe yang berjaya memfeymes kan macaron nih  ialah Ladurée. Merupakan salah satu cafe yang sangat feymes buat macaron-lover di Paris. *Cip ingatkan Paris tu terkenal dengan 'City of Love' nye je..






Ada yang kata buat macaron nih senang je. However katanya lagi, since macaron baru nak feymes kat Malaysia nih, ramai yang ambik kesempatan juai mahal². Hurmm.. Terpulang pada masing² punya selera. Kalau dia rasa dia mampu buat daripada beli, silakan. Tapi Cip pun tak pernah buat. Mengikut kata Cikmin, ghenyah macaron nih especially dalam keadaan humid Malaysia nih.. Cikmin pun kene keringkan macaron pakai ekon. Dalam duk buat tu pun still lagi ada yang jadik macaWrong.. so tingin gak nak tengok mereka kate mudah tu buat.. Agak² jadik cenggini tak..?


Pierre Hermé's limited edition ispahan macaron.
Apa yang Cip paling suka pasal macaron nih?

Macaron by Cikmin
 C O L O R S.. The first thing yang Cip berkenan ialah colornya yang sangat ceria dan warna-warni especially the one with pastel colors. *Toek pun suke tau macaron nih.. ehehehe...

F I L L I N G S.. Intinya yang sangat deep and lucious tu..

C R I S P Y.. kerangupannya... perghhh... *geget lidah..

Rights & Wrongs


Macaron yang menjadik dan macaron yang jadik macawrong...

This would be the 2nd time Cip order macaron daripada Cikmin. Disebabkan takmo rase kempunan lagi, Cip order 2 box terus untuk dishare bersama seisi sekeluarga.. Ok lah tu kan.. Kalau toek ada nih, konpem dia pun suke jugak mcm Cip.. Takpelah. Next time beli tuk toek pulak.. 


Kali ni, Cip order macaron berfilling kan mocca, salted caramel, bluberry, oreo & dulce le leche.. Perghh name dia.. hampir je terbelit-belit lidah ney..


Terliurkan?? Hehehe..


Jom makan!!!

Jul 13, 2011

COFFEE LOVER

Cip sangat gemarkan coffee. Tapi bukan lah setakat coffee biasa-biasa ni. Dalam keadaan yang very stressful, Cip boleh order triple shot of espresso. Yang biasa cuma double shot je. Dengan adanya Davidoff Espresso ni di rumah, hurmmm... rasanya addiction Cip to coffee makin teruk tak?? 



Local Coffee yang sedap?

Cip tak try semua local coffee but the best one yang berkenan di hati Cip ialah kopi Hang Tuah & kopi cap Tupai. Both yang kasar.



Kopi Hang Tuah ni dah established sejak tahun 1958. Sejak setahun kite merdeka lagi. Just imagine berapa lama ia berada di pasaran. Packaging dia tak pernah berubah. Macam tu la dari dulu. Cuma past few years je dia buat packaging baru mcm dalam gambar tu. Kenapa Cip kata Kopi Hang Tuah ni bagus? Sebab kopi ni pure koko yang di'roast'kan dengan mentega. Takda campuran bahan chemicals lain macam kopi-kopi yang ada sekarang nih. 

Yes, most of kopi dipasaran (especially yang murah-murah tu) sekarang banyak sangat campuran dengan chemicals yang bila diminum selalu akan bagi long-term effect kat badan kita. 

Nak tau coffee tu ada banyak bahan chemicals or not? Ada satu cara. Kalau lepas kite minum kopi tu dan bau yang terhasil bila kite buang air kecil terlalu kuat, maksudnya kopi tu banyak sangat campuran chemicals.

From experience Cip sendiri, kopi Tongkat Ali Power Root la yang banyak sangat chemicals. Tak caya boleh cuba buat experiment sendiri. 

Nescaffe ok ke?

Nescaffe Cip minum jugak tapi Cip dah stop sebab setiap kali minum Cip akan kene gastrics dan angin satu badan yang sangat melampau especially kalau tak isi perut dengan sebarang makanan. 
Cip tak berapa pasti pasal Nescaffe nih tapi last time masa Cip bawak arwah ibu Cip pergi berubat di Beranang, Ustaz tu pesan dalam tempoh berubat dgn dia, kene berpantang dari minum nescaffe. Kalau minum je nescaffe, terus kene start berubat dari mula balik.

Most probably sebab caffeine level dalam Nescaffe terlampau tinggi sehinggakan orang yang ada high-blood pressure dilarang sama sekali minum nescaffe nih. Well, bende nih mmg tak boleh diambil sambil lewa sebab orang yang ada darah tinggi nih kalau terlalu tinggi sangat blood pressure dorang can caused fatalities. This is because it could rupture the blood vessel. One of the reason jugak kenapa ibu yang mengandung tidak digalakkan minum coffee.. 

Ada jugak yang kate:

"If everything is in moderation should be no problem.  I only drink one small cup per day.  Okay je.  Orang yang minum bergelas-gelas yang akan mengalami problems - palpitations, headaches (even migraines)."
Therefore, terpulanglah ye...

Apa yang Cip tau pasal kopi?


Untuk pengetahuan semua, koko bahan asal kopi tu mahal tau. So, how come ada manufacture kopi yang boleh jual kopi tersangatlah murah dalam kuantiti yang banyak? Ada sebab kenapa kopi kat Starbuck, Coffee Bean or even San Fransisco Coffee tu mahal. Sebab kopi dorang berkualiti dan pure kopi. Tak dak campuran bahan lain. 

Yang Cip tau ada di antara manufacture kopi nih, campur kopi dorang dengan tempurung kelapa yang telah dikisar dan di'roast' bersama kopi untuk menambahkan berat kuantiti kopi tersebut dalam packaging mereka. Dalam jangka masa panjang, boleh effect kidney seseorang tu. Ini kerana kidney duk tapis things that cannot be digested oleh perut manusia. Nak lagi best, detection untuk penyakit buah pinggang hanyalah apabila buah pinggang tu kemungkinan dah tak boleh function lagi.. Sebab buah pinggang nih selagi tak sampai stage paling teruk sekali, mmg susah sangat nak detect. 

Lepas Cip tau pasal nih, Cip lebih memilih kopi yang Cip minum. Bukan sengaja atau suka-suka Cip minum Starbuck or Coffee Bean tu, tapi sebab rasa dan kualiti yang Cip dapat. *Gune JCard dekat Startbuck dapat 10% less. 

Am gonna enjoy my coffee now... cheers.. :D





Jul 12, 2011

Teringatkan arwah..

This few nights, Cip berada dalam keadaan 'down' gitew.. Everytime Cip nak tido Cip teringat akan arwah ibu Cip. hurmm...Setakat ni, Cip boleh dah terima hakikat arwah dah tak da lagi. Cuma ada masa-masa yang tertentu buat Cip terkenang kenang akan arwah.. Macam tak percaya arwah dah takda. Almost 3 years now. 

Disebabkan arwah dulu keje shift dan Cip jarang dapat jumpa arwah dihari-hari biasa, maka terbawak-bawak sampai sekarang. Sebab adakalanya Cip rasa arwah bukan tak da lagi dalam dunia ni tapi arwah pegi kerja. Bila teringatkan arwah, macam tu la yang Cip rasa.. 

Lepas tu ingatan Cip akan kembali kepada hari dimana arwah dikebumikan. Sumpah demi Allah, Tiada setitik air mata yang jatuh daripada pertama kali mendengar akan pemergiaan arwah sehinggalah selepas arwah dikebumikan. Hari yang kedua, Cip dan adik-adik kembali ke rumah arwah sebab kami buntu tak tahu nak buat ape di kampung. Jadi kami balik kerumah arwah. Masa tu lah baru Cip sentap. Bila Cip duduk berseorangan dalam bilik depan, baru Cip menangis sebab Cip baru realize yang Cip dah takda ibu lagi. Cip dan adik-adik officially anak-anak yatim. 

So, perasaan ini lah yang datang menghantui every once in a year pada Cip. No wonder. Bulan nih, merupakan bulan arwah pergi menghadap Illahi. 

Waahhh.. bertambah sedih ni nampaknya. Al-fatihah untuk arwah.. Cip teringat kat arwah.. Mcm mana nak gambar kan perasaan ketiadaan seorang yang dipanggil ibu tu, tak tahu Cip nak describekan.. Bila dia dah tak da, baru kite tahu kesedihannya bagaimana.. 

Jul 11, 2011

French Toast with scramble egg.


Hellu... morning.. morning... Dalam bahase omputihnye French Toast. Tapi dalam Bahasa Malaysianye ialah roti telur.. Sangat-sangat senang serta sangat-sangat lazat untuk membuatnya.. 

Telur merupakan bahan yang paling utama. Dua biji telur buleh dapat 6 keping french toast.

Then roti. Ikut suka la nak pakai roti apa sekalipun. If diet, guna roti wholemeal atau wholegrain kay..

Madu dan sedikit susu segar. Mix them all together.

Rendam roti tu then gorengkan dalam non-stick frying pan yang telah di panaskan bersama 1/3 tbs of margarine dengan api yang perlahan yee.. Cook each side lebih kurang 2 1/2 minutes. Then buleh angkat. Terpulang nak makan pakai jem roti ke, maple syrup ke, peanut butter ke. Ikut suke la.. Nak makan pakai susu pekat manis pun boley... 

Selamat menjamu selera..

Jul 10, 2011

Western

This few days, husband Cip duk request nak makan beef steak. Dah jemu makan nasi le tu. Sometimes, Cip pun dah ilang idea nak masak ape. Cip nih makan aje ape yang husband Cip makan. So, laju-laju Cip suruh husband Cip beli barang-barang nak masak beef steak. Hasilnya... Tadaaaa...


Buleh lah kan? Masa dulu-dulu, nak makan gini, kene pi makan kat luar je gayanya. Sekarang banyak masa on hand so belajar pun thru internet. Resepi-resepi banyak Cip ambik dari Mr Google then Cip olah sana-sini mengikut keseleraan Cip. Tapi Cip paling suke try resepi dari AFC. Disebabkan tengok AFC tu la Cip rajin nak try buat makanan western nih. Rupenye, tak la sesusah mana. Ghenyah je la sikit...

So hari ni bila tanya husband Cip nak makan ape, dia kata nak makan spaghetti.. Takkan nak lunch spaghetti je kan? So Cip tambah la a few other food here and there. Hasilnya...


If nak try buat mcm ni, then maybe you can. Cip share la ikut resepi Cip sendiri ek.. Tak perlu ikut sebijik-sebijik pun. kut selera je nak buat mcm mana.. Asalkan jadik and buleh makan cukuplah kan..? Okay so here we go.. Let's start with the ingredient:

Rib eye steak (Daging batang pinang = The juiciest part of a cow.)
*Cip guna Australian beef sebab lebih sedap. Kalau guna local beef, rasa dia biasa-biasa je.


1. Marinate rib eye steak ni dengan black pepper, garam, sos tiram, kicap & black pepper sauce. Biarkan selama 1/2 jam ke satu jam. *Cip guna black pepper sauce brand life.

2. Panaskan non-stick pan & pour 2 tbs of olive oil.*Api kecik je. Hangit pulak nanti.


3. Goreng rib eye tu 3 minutes each side. *Terpulanglah timing tu. Kalau nak lebih well-done maybe leh leave on steak tu lama sikit.

4. Nampak steak dh masak boleh angkat dan letak atas pinggan. 

Gravy steak. Cip serious tak tahu rupenye senang je nak buat gravy.. Dulu la.. Sekarang dah tau.. Lepas goreng steak tadi, jgn basuh dulu non-stick pan tu. Dengan api yang perlahan, campurkan satu sudu besar marjerin bersama 1-2 sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Masukkan stok ayam dalam setengah cawan. Kacau lagi sehingga sebati. Hat nih, terpulang la. Kalau nak banyak, lebihkan lah bahan-bahan tadi. Stok ayam tu Cip guna kiub pati ayam je. Bila dah sebati semuanya, campurkan sedikir black pepper dan black peper sauce. Jangan lupa untuk rasa. Tak cukup, tambah. Jangan tawar, udah le..

Beralih kepada spaghetti pulak.

Masak air dalam periuk besar sehingga air tu mendidih. Sedikit garam, kemudian masukkan spaghetti. Dalam 10min mcm tu the spaghetti should be done. Angkat dan toskan spaghetti tu. Bila dah kering buleh angkat dan letak dalam pinggan.


As for spaghetti sauce, Cip pakai Kimball punya je. Cip tuang dalam periuk, renehkan then Cip masukkan daging kisar yang Cip telah rebus dan cincang-cincang. 



Western food nih tak lengkap kalau tak dek fibre. The only fibre I can get my hands on is corn. Honey corn. Jagung madu nih, makan raw macam tu pun dah sedap. So, Cip sekadar rebus dalam 1 minit je. Rebus lama sangat hilang manis dia. Oh ye jangan lupe letak secubit garam dalam air rebusan tadi.. Baru la kick.

So everything is done.. done.. and done.. Senangan? Now, hidangkan dan hiaskan mengikut citarasa. Jum makan... Bismillah.. Jemput ye.. :D

Jul 9, 2011

Life like this


Have you ever had one of those days where you feel so dark inside and you don't want to get out of bed or practically just have to drag yourself out of your gloomy senses? Well, guess what? I'm having one. Right now.


It is not 'bout being lazy but it is something like having one big heavy rock, strapped on your back and you can't get up. Even if you're trying the best you can. It seems like it's pulling and pulling you into the dark.. ~big sigh~

Maybe it is because of hormone or whatever. I don't know. All I know is that I just want to stay in bed till I can feel myself wanting to get up.


I've felt this way before but I don't remember when. A long time ago I guess. This remind me of what I usually do to cheer myself up. I will go and get myself one big giant of ToffeeNut Latte at Starbucks. I was craving it for years and I always bought it whenever I felt like this (by always, I mean everyday). However, this drinks only available during the Xmas month. Since last year, it doesn't taste the same as I tasted it a couple of years ago. 


I keep on asking myself "What do I want?" whenever I felt like this and the only think I can think of at this very moment is... I want to get away. Out of Malaysia if I can.. 

Well, all of that is the gloomy me. I am okay now. I feel much more better. No. I feel great. I feel so alive. This morning was a battle for me to even step out of the house but when I finally done with my class, I can see that I am doing so much better. So, whenever you are feeling the way I feel this morning, getting away may not be the ONLY solution you see..Sharing the knowledge you have with others, helps you to feel much better about yourself.. Today's class was awesome. Even though most of the student didn't come but the class went great. The best thing is that I enjoyed myself. 

My day doesn't end there.. It makes the day so much better when me and my husband went to Ayah's kebun. Such a refreshing feeling. We cleaned all the dried leaves and the kebun now is so serene if you ask me.. We're planning to make a homestay out of the house in that kebun. It is still in the planning. 

What a day for me..  

Life isn't about finding yourself but creating yourself.

Jul 7, 2011

Love what you do...

Dah lama Cip tak make-upkan someone. Gian tau. So, Cip sekadar make-up diri sendiri. Student pun pelik lah tengok cikgu depa nih bergaya semacam.. Malu pulak Cip kengkadang tu bila masuk kelas.. 

However a month ago, Cip dapat msg daripada client Cip yang kawin early this year. Dia bilang yang adik dia nak kawin end of this month and dia mintak Cip make-upkan adik dia. Berpikir panjang jugak Cip sebab dia tak tahu yang Cip dah pindah Kedah.. So Cip mintak dia bagi Cip few days untuk fikir plus nak bincang dengan suami Cip. Cip suruh dia carik other people jugak at the same time sebab in case Cip kata tak boleh ke ape ke kan.. 

Suami Cip bagi support untuk go and do it. Cip pulak serba salah sebab Cip takut tetiba je Cip ada urusan lain on that day. But since Suami dah bagi green light, so Cip pun said Yes pada dia. Therefore, end of this month Cip will be in KL doing her sister's make up. 

Client Cip hat ni is very special to me. I don't know why. But Cip sangat suka berurusan dengan dia and because of that Cip tak sampai hati nak charge dia extra even tho Cip is coming all the way from Kedah. 
Smokey eyes - Feymes...

Few weeks ago, ada this one person email Cip tanya pasal price untuk make-up nikah. So Cip pun habaq la kat dia price nye begitu dan begini... Dia reply satu je "mahal".. Aiyooo... Kalau macam tu pun mahal, make up sendiri ler. Tak keluar duit satu sen pun. Harga yang Cip bagi tu pun actually standard price dah tu plus Cip tak charge transport. Walhal dia duk all the way in Butterworth. Cip tak kisah lah nak turun even ke Penang Island sekalipun because this is what I love to do. 

Cip bukan takat make up then blah. Cip jaga pengantin ni sometimes sebab ada di kalangan mereka yang tak dak sapa tolong teman. Pengapit pun tak dak. So at times, secara tak langsung Cip pulak yang jadik pengapit bidan terjun. Punya kesian kat pengantin kengkadang tu. Kita tolong pegang kain depa, pakaikan kasut depa, ingatkan depa senyum, tolong tangkapkan gambaq depa dengan kengawan.. The funny thing is that, ada pernah sekali tu Cip follow client Cip pi masjid sekali masa dia nikah, family dia buleh lupa bawak barang-barang hantaran. The best part is, family dia buleh ingat Cip yang bawak barang-barang hantaran tu.. Pelik kan?? I am nobody.. Huhuhu... Lawak betul.

So, this coming make-up event sangat-sangat mengujakan Cip. Weeeheee... *Not just that. we'll be seeing our toek.. Wouuhuuuu!!!
Natural

If you love what you do, there are no difficult tasks, only interesting ones.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...