Assalammua'laikum and a very good morning. Cip masih lagi berada di hospital di kala ini. Suami Cip agak restless malam tadi. Katenye tak selesa. Rupanya suhu badan dia naik kembali seperti semalam. Ada juga ketikanya dia menggigil. Suhu badannya turun naik mengikut pemberian ubat. Tapi Cip perasan temperature naik semula very early in the morning around 5 o'clock mcm tu.
Pukul 5 pagi sekiranya di rumah, sememangnya Cip masih enak dibuai mimpi. Tapi dekat hospital ni, 5.30 Cip sudah pun bergegas ke surau menunaikan solat subuh kemudian terus bersihkan diri sendiri sebab segan la nak mandi bila ada patient yang dah bangun.
Berbeza dengan malam yang sebelumnya di hospital ini, Cip agak annoyed malam tadi bila nurse-nurse bagi shift malam tadi seolah tiada perasaan hormat pada pesakit yang telah pun tidur. Tengah-tengah malam tadi mereka boleh pulak bersembang dan bergelak ketawa sakan seolah-olah mereka nih berada di majlis kahwin pulak gayanya. Satu hall buleh dengar sebab semua pesakit dah tido so there's no other noise. Bilik Suami Cip nih mmg berdekatan dengan kaunter nurse-nurse tu. So whatever yang dorang bersembang kuat-kuat depan tu, mmg buleh dengar sampai ke bilik.
Nurse-nurse shift yang sebelumnya, takdalah sebising mereka. Buat kerja pun very smooth je. Sampaikan every now and then bila mereka datang ambil temperature dan BP suami Cip pun Cip tak perasan. Ini tak. Nurse-nurse malam tadi, nak ambik temperature dan BP pun sempat bersembang lagi. Cip tak faham le pulak ape deme bncangkan. dah tu bukan bahasa ibunda kita ataupun bahasa kedua kan. Kalau dengar ape yang depa duk sembangkan, Cip rasa cam pening pulak. Pening sebab tak paham.
Cip doa semoga cepat lah suami Cip sihat. Cepat sikit discharge dari hospital nih. Tak sabar nak balik rumah. Rindu dah kat rumah yang telah ditinggalkan selama dua hari tu.
Ini bukan rumah ai kay.. sekadar gambar hiasan.. |
No comments:
Post a Comment