Nov 12, 2011

7 lawan 1

Ada seseorang daripada masa silam Cip yang Cip memang tak berkenan untuk menjalin sebarang hubungan baik lagi. Sekiranya bertemu dimana-mana sekalipun, kalau dapat get away and run, lebih baik begitu. Same goes dengan adik-beradik Cip.

Sikap pentingkan diri sendiri dia, memakan diri akhirnya. Tak payah tunggu lama. Allah swt tu tunjuk depan mata bagaimana dalam sekelip mata daripada memiliki segala-galanya kepada hilang semuanya yang dia rasa kepunyaan dia tanpa mengira soal halal atau haram.

Namun masih ada lagi urusan yang mengaitkan kami. Mahu tidak mahu, Cip tetap berurusan dengan hati yang sangat berat dan menyampah atas dasar mahu menyelesaikan perkara yang sepatutnya sudah selesai. 

Pada Cip, disebabkan dia jugaklah urusan begini jadi sangat lambat. Daripada senang jadi complicated. Dulu masa dia rasa apa yang dia buat tu betul, yang disekeliling dia nih dia pandang sebelah mata sahaja. Yang dia nampak harta, harta dan harta. Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia inginkan. 

Akibatnya sekarang apabila dia sudah dilanda masalah dan dia memerlukan KAMI, pijak semut tak mati. Merayu bagai ... Masa dulu dia tak fikir sedemikian.. Dia rasa diri dia dah lepas dah. 

Bukanlah mahu membalas dendam namun Cip dan adik-beradik masih geram dengan tingkah-lakunya yang dulu. I doubt that he already change for good

Dia adalah seorang manusia yang sangat manipulative. Cip cuba untuk ingat kebaikan dia.. But I cannot remember any. Disebabkan mulut celupar dia jugaklah Cip pernah diusir dari rumah satu ketika dahulu. 


Cip dan adik-beradik masih tak sukakan dia. Semoga Allah swt jauhkan kami sekeluarga daripada manusia-manusia yang sebegini sifatnya. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...