Apr 6, 2012

Nak Bersalin Dah?

Kenot believe... Masa kandungan Cip mencecah 6 bulan, rasa macam lambat je lagi nak bersalin. Alih-Alih sekarang tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi ke EDD (Estimation Due Date). Masa pi check kat swasta, depa kata EDD 9 April. Akan tetapi since Cip fully check up dengan gomen hospital, therefore depa suh ikut je EDD yang ditentukan oleh gomen iaitu pada 13 April. Disaat Cip menulis nih baru je 6 April. Husband Cip men teka-teki konon baby akan keluar pada 10 April. Kite tengok ler nanti ek..

Frankly speaking, Cip takut nak menghadapi saat-saat nak bersalin nanti. Sape yang tak takut kan? So, cara Cip mem'prepare'kan mental nih adalah dengan membaca pengalaman bersalin thru google aje. Seriously agak gentar. Maka, dengan membaca pengalaman-pengalaman ibu dalam blog mereka tu mampu memberi Cip gambaran akan hari yang bakal Cip lalui tu supaya tak panik dan yang sewaktu dengannya.

As for now, ramai jugak yang dah wish selamat bersalin dekat FB... Menambahkan lagi kecuakkan Cip nih.. namun kecuakkan tersebut masih terkawal setakat ini.

Sepanjang mengandung (Sejarah)

Sakit

Cip anemic sepanjang tempoh mengandung. 

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Mungkin sebab tu jugaklah berat badan naik sikit sangat. Anemic Cip tak teruk. Setakat letih, tak lalu makan, berdebar-debar dan tak bermaya. Akibatnya berat badan sekadar naik empat kilo semasa kandungan berusia  9 bulan. Tapi bila pi check up, alhamdulillah normal. Baby okay. HB mmg turun sikit la.

Selulit di perut

Kesan regangan di perut Cip sudah ada seawal kandungan berusia dua bulan. Masa pi check up nurse tanya tak gatal ke? Itu yang pelik. Cip kata mmg tak gatal. Tau² je dah ade rekahan² tu. Magic kan? However, perut start gatal masa usia kandungan dari 6 bln nak masuk 7 bulan. Gatal sikit². Timbul macam rashes tu. Ingatkan Cip ada salah makan. Allergic to some food ke ape ke. Duk garuk², kawasan kulit yg dekat dengan pusat jadik merekah sikit. Tiga line (ala² mcm kene cakar dgn kucing.) Ada toek tanya tentang rekahan tang perut tu. Cip jawab kene cakar dengan Wolverine.. hehehe... Sah-sah dia tak percaya. Tapi sebab muke Cip serious, Cip rasa dia terpaksa percaya. Hehee... 

Masuk lapan bulan, amaigaaddd.... Cip mengalami kekeringan kulit yang paling teruk dalam hidup Cip. Sampai Cip kene tukar shower foam kepada hat ph5.5 punye. Tu pun masih tak selesa. Pakai baju rasa miang sangat². Kene pakai cotton. Still miang jugak sampai rasa nak menangis je all the time. Sapu minyak baby oil je sepanjang masa. Tak buleh berpeluh sikit. Habis rashes especially kat bahagian berlipat-lipat tang siku tu. Beli la cocoa butter Cip ingat it helps. But it doesn't in my case. Menghenyam yang teramat sampai lah Cip fall asleep. The next day sambung menghenyam balik. 

Bila dikaji-kaji, kulit Cip sensitive so Cip cari super sensitive punye cream utk kulit yang super dry and irritated. Alhamdulillah.. Berkesan dan menjadi amalan sampai lah sekarang nih. 

Aktiviti semasa mengandung

Cip kan housewife aje so aktiviti yang dilakukan banyak berkisar pada housework chores. Tu pun kene banyak bersyukur sebab bila weekends, husband Cip yang banyak buat semuanya. Sapu sampah, kemas rumah, cuci baju, sidai baju, kemas bilik bercucuk tanam kat belakang rumah dan mana yang dia rasa tak berkenan kat mata dia lah especially susun atur furniture rumah. Tugas Cip ape lagi masak je lah sebabnya suami tak pandai masak. Tambahan dia memang tak berselera langsung makan kat luar. Masak la ape pun as long as masakan tu homemade. Bertuahnya Cip nih.. alhamdulillah...

Bila tak duduk rumah, Cip dan suami akan turun ke KL melawat, menjenguk dan spend masa dengan anak teruna kami; toek. Untuk bulan March sahaja, tiga kali turun KL. Average dua kali je la ke KL setiap bulan. Kalau tak ke KL, setiap hari sabtu atau ahad, Cip akan mengajar subjek English utk student yang akan menduduki SPM & PMR di Seberang Jaya. Tapi masuk je bulan March, Cip dah stop mengajar sebab every week pi KL kan. Kesian pulak budak² tu nanti asyik kene ganti kelas on weekdays. 

Makanan kegemaran

The only makanan yang comes to mind during pregnancy ialah strawberry dan sushi (ada la mkn dua tiga kali je pun). Selain daripada tu, Cip suka makan dessert such as cake, muffin, roti, biskut, chocolate dan yang sewaktu dengannya lah sebab manis. Bosan makan bende manis, Cip beralih pada mende masam pulak. Nasik mmg la tak lalu. Tapi Cip lalukan jugak bila makan dengan suami je. Dah dia yang lalu makan nasik.. At least kite makan berteman la kan..


Yang start lalu makan ni pun, masa usia kandungan sudah mencecah 5 ke 6 bulan mcm tu. Sebelum ni mmg tak lalu nak makan sampai HB jatuh and dokter tambah dosage ubat tambah darah. Kalau dah anemic, mmg tak lalu makan la jawabnya. 


Yang miraclenya, once Cip dah masuk 9 bulan seminggu lebih mcm tu, selera makan terbuka terus, cepat sungguh rasa lapar. Ini baru betul rasa mcm mengandung. Kadang baru setengah jam mkn, Cip dah lapar semula. How cool.. Selalunya kene paksa makan tau. Paksa diri sendiri la. Sehari mkn nasik sekali je pun kire dah memadai dah. Selebihnya banyak munch on biscuit or fruit (mujo lah lalu aje mkn buah)


Jom makan.. Lapar..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...