Aug 30, 2012

Indahnya cinta

Cip duk rasa berbunga-bunga ni. Syiok khoottt.. Ape yang syok? Hehehehe.. Syok perasaan bercintakan? Angau.. Mabuk kepayang...



Cip tumpang gembira untuk kawan kawan Cip yang finally a step closer to marriage. Terima kasih sebab sudi share kisah percintaan anda pada semua. Best tau bila baca. Mungkin kadang depa rasa macam biasa je. Tapi pada kami yang dah kawin ni baca, ia seolah olah memberi imbasan kembali pada kisah cinta kami hat dulu dulu tu. We actually can feel how you feel. So, sambil baca sambil tersengih sengih mcm kerang busuk.

So far Cip suka kisah cinta di blog Love Roland (boleh buat link ke ni). Tak dilupa juga kisah cinta Arianna dan Kevin by bvlgari girl. Suke sangat sampai sanggup baca post dari mula. Macam tag line dia jugak lah.

Cip doakan hubungan kamu berjaya dan direstui keluarga. Have faith.

P palang s: keep on updating!!
posted from Bloggeroid

Aug 27, 2012

Disposable or washable?



Cip masih mencuba-cuba pelbagai brand bagi nursing pads. So dalam entry ni Cip nak bagi review tentang nursing pad yang Cip udah terai..  So far semua yang Cip pakai, semuanya disposable. Baru baru nih je ade terai washable. 

Memula dulu masa baru deliver, tak tahu akan kepentingan nursing pad. Seriously. So baju tu senantiasa aje lah basah. Susu tengah banyakkan? Cip tak ingat first brand yang Cip pakai sebab hat tu member yang bagi masa kandungan Cip enam bulan. 

First nursing pad yang suami Cip belikan ialah Bebe.

Bebe ni cepat lunyai. Sekiranya susu tu tak berapa nak banyak flow dia leh la pakai kot. Tapi rasa rasa kalau banyak better beli yang lebih better protection dia. Kalau tak habeh baju tetap lencun.

Next husband Cip belikan pulak Bumble Bee.


Cip rasa nursing pad brand Bumble Bee nih paling sesuai dan protection dia lebih better untuk Cip. Susah lah nak bocor walaupun sometime pakai sampai lencun. Plus tak lunyai teruk teruk. Dekat kedai baby yang husband Cip selalu beli barang baby tu, dia buat promotion selalunye beli dua dalam 30 lebey rasanya.


Pernah jugak out of stok so the only brand yang tinggal ialah Farlin. 



Farlin nih pun lebih kurang jugak kualiti dia macam Bebe. Cuma packaging Bebe tu lebih cantik la kot. Cip tak suke jugak guna Farlin. Cepat lunyai. Sekejap je habis. 

Ada sekali tu nak terai la guna washable. Jimat sikit kan bila pakai kat rumah tu. Husband Cip belikan brand Farlin jugak sebab kedai tu takdok brand lain. 

Terai aje la.. Adeehhh... Kadar serapan brand Farlin hat washable punye, amat mendukacitakan. Tak yoh beli lah. Member kata hat Pureen punya bagus. Nanti nanti lah terai hat tu pulak.

Then hari tu kedai tutup so terpaksa la beli Bebe semula.

Baru baru nih Cip terai pulak brand Tollyjoy. Cari Bumble Bee takdok. Cip dah expect yang Tollyjoy punye mungkin tidak akan memuaskan. 

Tekaan Cip salah belaka. Eh, not bad la. Okay la.. Ni pun baru gune for few days.. I love it. 

So in the future kalo ada lagi hat nursing pad lain Cip terai, Cip leh review lagi. Tu pun kalo masih menyusu badan laa..


p palang s: comel la pulak..

Aug 26, 2012

Rumah Saya


Pagi tadi Cip dan suami belek-belek buku yang digunakan oleh Farreal untuk melukis. Suami Cip tanya pada Cip sama ada Cip dah tengok belum lukisan yang Farreal buat bertajuk 'Rumah Saya'? Memang Cip tak tengok lagi. Lalu suami Cip selak-selak la ke muka surat yang menunjukkan hasil lukisan anak kami yang sulung tu. Ini dia..


Ekceli suami Cip yang duk suruh dia melukis, mewarna dalam buku buku yang disediakan bagi mengasah tahap kreativiti dia. Another reason is to not let him play video games all the time. Alhamdulillah, he likes drawing and coloring. 

Meh Cip explain apa yang dia lukiskan. It's kinda funny and sweet at the same time. Well, to me at least.
Here we go... Kite close up kan sikit...



Yang baju hijau tu suami Cip...

Baju purple and nampak macam pakai hooded tu, Cip la.. 

That day masa dia lukis, Cip was wearing purple hijab and long sleeves shirt.


Perasan tak Farreal siap lukis Cip pakai high heels.. Cip jarang pakai heels.. Hehehe.. It was very creative of him to draw me in heels and not slipers. 



Farhad pulak dia lukis tengah duduk dalam stroller. 

Tayar tu dah macam note music pulak. hehehe..



Ini la Farreal. 

Interpretation of himself.

Dalam gambar ni dia pakai baju spiderman warna merah. Tu.. nampak tak lambang spider kat tengah baju dia tu. Comel kan?

Bila suami Cip tanya kenapa mata dia ada satu je? Then Farreal jawab,   

"Ye la. Ues pandang macam ni (Sambil toleh muke ketepi). Mata jadik satu la."

Tergelak gelak Cip dibuatnya..


Hat nih dia tengah pegang topeng Spiderman dia. 

Hari tu masa kami ambik dia, kami bawak sekali baju spiderman untuk dia. Punya suka la..


Terus pakai dan pose ala ala Spiderman sambil membayangkan ada keluar spiderweb dekat tangan tu..


 Ape benda ni?

 Ini basikal.

Yang tengah tu basikal dia.

Sebelah kiri tu, tri-cycle yang Bubu dengan Yayah belikan masa dia berumur dua tahun lebih. 

The other one sebelah kanan tu kereta kecik dia yang ayah belikan masa dia kecik kecik dulu..

Yup, semua masih ada lagi kat rumah ni. Budak budak yang datang memang for sure duk men la kat luar tu. 

As a matter of fact, Farreal masih bermain dengan all of those things. 

Bila Cip tengok balik semula lukisan ni, Cip perasan ada garis garis. Cip wonder kenapa ada garis garis tu? Few second after that Cip get it. Pagar rumah rupenye.. He was picturing it from the outside of the gate. So kene la lukis sekali gate kan...

haish.. Rindu denagn dia..

We wish you well and hapy Farreal.

Ayah, Nde & Farhad loves you very much...

p palang s: Tengok Ues mewarna, Cip pun terjoin sekali mewarna dengan dia...



Aug 25, 2012

Raya dah habes


Macam mana raya?


Cip nak ucapkan takziah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga yang tercinta tatkala orang lain sedang sibuk bergembira menyambut hari raya. Sesungguhnya ajal dan maut iu ketentuan Allah swt. Semoga tabah ye menempuh hari hari yang mendatang ini.

Alhamdulillah, berkesempatan jugak buat open house dalam sibuk sibuk kesana sini beraya. Bak kata kawan suami Cip, "Kalau rumah ang ni tak buat open house, memang rasa macam something wrong somewhere." Seriously tak menang tangan kami.

Open house kali ni semuanya kami urus sendiri. Tahun lepas ada la bantuan daripada sedara mara yang datang. Tahun ni fully managed by us. Kami buat pun masa raya ke 3. Penat beraya dan stucked jam almost 5 hours pun tak habis lagi. Adeh ~ Tapi alhamdulillah semua dah selesai. Terima kasih pada tetamu yang datang. Farreal dan Farhad dapat baaanyaaaakkk duit raya.. Farhad mmg sporting sebab dia suka je bila ada budak budak yang datang nak main dengan dia. Tersengih sengih dia. Farreal dah lama menghilang dalam bilik sebab dia nak tunjuk game kat kawan-kawan dia yang datang.

Family Cip pun datang jugak. Adik beradik Cip sampai masa raya ke 2 daripada KL. Papa Cip sampai malam raya ke 4. Stucked dalam jam dari Kelantan tah berapa jam tah. Best la malam tu kami semua tidur secara berjemaah depan tv kat ruang tamu. 

In the morning sempat la Cip buat breakfast nasi goreng sebelum kami semua pi beraya umah MIL Cip. Then family Cip lunch kat sana sebelum gerak ke Perak pulak kampung papa Cip. Adik-adik pun gerak la sekali. Cip dah pegi dulu dah ke perak masa raya ke 2 tu. On the way balik yg jam teruk.




Yang best bila jumpa dengan family Cip ialah Farreal dan Aqilah yang berkepit aje. Best friend la kemana pun. Henpon Cip jadik mangsa depa dua ni la duk men game.. huu ~ Bila dengan Aqilah, Farreal pandai gurau lembut lembut. Dengan Abg Aqeel pulak, kalau depa men lawan lawan, Abg Aqeel mengaku kalah la cepat sebab Farreal bila pukul mmg sakit. koh koh koh.. 



Insyallah, bertemu kita lagi pada Ramadhan & Sayawal akan datang jika diizinkan Allah swt.

p palang s: Yang mana nak kembali semula bekerja tu, Selamat Bekerja!!

Aug 18, 2012

:)

Cip sekeluarga ingin mengucapkan selamat berhari raya di kampung halaman masing masing. Seperti yang kite tahu di waktu perayaan mcm ni la banyak kemalangan yang berlaku di atas jalan raya. Cip doakan kamu semua selamat dalam perjalanan ke destinasi yang dituju. Banyakkan bersabar ye sbb tak dinafikan mmg ramai umat manusia.

Tolong la jaga kebersihan jalan raya kita, rnr kita juga kereta kita. Kalau singgah mana mana perhentian tu, sama sama la kita jaga kebersihan tandas tu. Kite sendiri pun tak suke 'walk in'
Ke dlm tandas yg kotor kan? Jangan duk buang sampah di luar kenderaan. Sediakan plastik sampah di dalam kereta terlebih dahulu. Nak buang apa apa, buang dlm plastik. Jumpa tong sampah, buang pulak dalam tong sampah. Senang je.

Dalam kita duk celebrate raya ni jugak, jangan kite terlalu meraikan sampai kite lupa diri sehingga berlaku pembaziran, sehingga kite lupa nak buat solat lima waktu. Taknak macam tu ye sahabat sahabat Cip yang dikasihi. Raya, raya jugak. Solat tak buleh miss.

Semoga berakhirnya Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam. Insyallah. Jazakallah.

P palang s: sempat buat entry ni sbb tgh tdokan si farhad.

posted from Bloggeroid

Aug 14, 2012

Semua pemenang, tiada pengkalah


Alhamdulilla.. Menang contest beli dan belah.. Hik hik hik.. tak sangka.. Cip join memang sekadar untuk beronok ronok. terima kasih kartunster buat contest mcm ni. Syiok gak dapat perah otak..

Tak tau Cip cakap pasai apa? click SINI

Dan keputusan pemenang nya DISINI

p palang s: Hidup tak leh serious sangat..

Aug 11, 2012

Yang dinanti


I am now in KL fetch toek bawak balik Kedah untuk beraya bersama kami. Yeayy!! Baju raya dia pun dah ada. Tak sabor nak bagi terai balik umah nanti. Bubu dia awai-awai lagi dah belikan. Eksaited la cucu kesayangan nak balik. Tu belum Yayah dia lagi tu. Tapi ayah dia kata baju tu kecik. Hurmm Cip rasa takde lah kecik pun. Rasa macam ngam ngam je dia pakai. Hoh hoh hoh.. Hopefully just nice la.

Ingat mebi nak singgah ke OU atau mana mana kedai yang tengah buat sale bagi menambahkan baju raya bebudak nih. On the way balik nanti mungkin nak singgah Juru Autocity sat tengok baju bebudak nih lagi kat sana. selalu pun beli kat situ. Memang berbaloi. Seme baju bebudak yang jenih hat juai online nih cuma harga dia mmg lebih murah. For example, pyjamas Farreal last time kami beli baru lima belas hengget. Bukan pyjamas cikai okeyh.. kalo hat online atau yang juai kat mall tu sepasang ada dalam doploh sembilan hengget. Kalo dapat hat murah bakpe kite nak beli hat mahai kan?

Cip nak ucapkan selamat bershopping raya. INGAT berpada pada dalam bershopping tu. Kita beraya atas alasan kita berjaya melaksanakan puasa kita sepanjang bulan Ramadhan kerana Allah swt. Oleh kerana itu kita disuruh bergembira. Selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal lagi beberapa hari je lagi. Chiaww


Aug 10, 2012

Join Bagi & Belah


kartunster

Pernah dengar kartunster? Kalo tak pernah boleh click SINI untuk memantau kegiatan kartunster yang ohsemm .. 

Cip nak try join giveaway yang dikelolakan oleh kartunster nih. Ada bakat ke buat dialog kelakar sampai orang gelak lupa dunia? Susah tak hengat tu. Tapi Cip torai ajolah yoo..


*Yakin je kelakor.Hopefully takde pulak yang terasa dengan dialog tersebut ye. Kalau ada yang terasa saya mohon beribu kemaafan.

Bila kene reject




Ouch.. Sentap. Pedih. Malu.


Okay Cip pernah ada hati pada sorg mamat ni masa dulu dulu (many years ago). Adoii.. (husband Cip pun tau psl dia).. Tak sangka lepas sekolah kami contact each other semula and dari situ jadik close pulak. Not that close pun but whenever Cip have the time to go back home, we'll definitely meet.

Pendekkan cerita Cip finally let him know that I have feelings for him (bila kene desak dgn dia banyak kali what dee?!) and I can see that he is undecided (ada banyak pilihan gamaknye masa tu). All this while he 's been giving me mix signals. Until one day he said to me on the phone that he doesnt feel the same way (after few months baru nak habaq lagu tu. Chett). It was like a slap in the face.

We started of as a friend so Cip taknak because of this terus tak jadik kawan dah. Tu namanya tak ikhlas berkawan. So I keep in touch jugak dgn dia but less than before. Sometime kita hang out together, pegi makan, tgk game dia and what not. Slowly Cip nampak true colors dia. Kadang kala he can be a jerk tapi Cip tengok when it comes to the girl that he is into, he is kinda good guy la (voley laa).

Nak dipendekkan cerita selepas tu kita dua jadi teman untuk bercerita masalah love life masing masing. Bila this crush for him is no longer there its easier for me to be his friend. Masa tu pulak Cip pun bermasalah macam dia cuma situasinya sahaja berbeza (Hahaha.. masa tu mmg best dapat kutuk dia kaw kaw. Masa tgh ada crush tak berani).


Yang tak tahan masa Cip kene reject tu la.. Mmg klakar la moment tu. Pastu tersalah hantar msg kat dia pulak. Demmm! Konfem cerita ni akan Cip cerita pada anak anak Cip one day. Hoh hoh hoh.. Funny life experience what?!


Tapi perasaan tu tak terbanding dgn perasaan yg Cip ada buat suami tercinta. Dia lah racun, dia lah madu. I've definitely never felt this way before towards any guy I know. Dia lah orang pertama yang betul betul dah curi hati Cip.

Edward Cullen kedua la. Hoh hoh hoh..



Kesimpulannya di sini ialah, kalo kene reject sekalipun dont worry too much. Laugh about it. Ada yang lebih baik tersedia dan menunggu masa untuk kita temui.


P palang s: Tadi tengok kat channel starworld program called mobbed: a girl confession. Pompuan nih bg tau kwn dia yg dia suke kat laki tu and in the end lelaki tu tak tau apa yg dia rasa. Kire dia mmg anggap pompuan tu as a friend je la. Tu yg inspired gegeh nak tulih entry kali ni. Hoh hoh hoh..


posted from Bloggeroid

Aug 9, 2012

Jom sahur!



Semakin dekat bulan Syawal, semakin malas rasa nak bangun sahur. Fikirkan kepentingan anak yang masih menyusu badan menjadi 'segamat' (bak kata Johan dlm Karoot Komedia X. Ekceli 'semangat') untuk terus melakukan aktiviti yang menjadi sunah Rasulullah s.a.w.


Masuk aje minggu kedua berpuasa, Cip dah tak ambik nasi masa sahur lagi sebab tak lalu. Cip baca tips pemakanan ibu yang menyusukan, nasi kene makan. Wajib. Tapi seriously tak lalu nak makan sangat. Therefore, pengambilan kurma Cip titik beratkan. Suke tak suke, muak tak muak, you have to eat kurma no matter what.




Ini sahur pagi tadi. Cheese sandwich, tujuh ketul kurma, sebiji tomato, air horlick (3sb serbuk horlick tanpa gula atau susu) & segelas susu full cream milk (tak ade dlm gambar sbb masa tu Cip tgh panaskan atas dapur). Jenuhnya nak menghabiskan tau. Cip distract diri sendiri dgn belek belek henpon android Cip ni sambil makan tu. (Seketul sandwich tu husband Cip tolong makan). Habis je telan semua tu, minum air masak pulak dalam tiga gelas. Phew~ Tak cukup tu tiga gelas. At least kene lapan gelas. Tapi serious dah tak lalu sgt dah. I have to stop before I explode. Hu~hu~hu


Usually, Cip akan makan either one je. Disebabkan insiden pedih ulu hati semalam la yg membuatkan Cip perlu telan lebih banyak keperluan tenaga sebab Cip tak ambik nasi di pagi hari. Nanti tak larat lagi macam semalam. Doa kan Cip tak pedih ulu hati lagi ye.. :D

sumber

posted from Bloggeroid

Aug 7, 2012

Jangan la macam ni



Ade ke patut kosmo buat headline macam ni? Tak patut.. Tak patut.. Ramai yang komplen. Orang lain still bangga even though tak dapat emas, dia dok kecoh pasal habuan jutaan ringgit tu pulak.. Dah kenapa la dengan editor kosmo ni..

By the way, semalam DLCW sempat twitt "I'm sorry" di twitter beliau.. Alahai sedihnye.. 


Kami semua bangga dengan kamu.. 

SUMBER
Sambutan menyambut ketibaan DLCW cukup meriah pagi ini di KLIA. Ada yang bawak banner tak lupa bendera Malaysia.. Happening as if  macam kumpulan k-pop yang datang.

SUMBER

Semoga kesedihan DLCW bakal terubat..

p palang s: Gemuruh jiwa.. Semangat membara..

Aug 6, 2012

Kami Sayang Kamu

Apa perasaan korang lepas tengok final badminton game tadi? Cip pun sedih jugak. Rasa nak nangis tapi takda air mata nak keluar. Tapi nun jauh disudut hati, seperti ada tangisan yang sememangnya tak nampak oleh mata kasar. Rasa kesian sangat dengan DLCW. Cita-cita dia untuk menang dalam game di Olimpik masih tak tercapai. Kalau nak diikutkan umur dia, patut dah bersara dah.

Kalah tu adat permainan namun bila sesuatu yang kita mahukan sangat ditambah dengan segala usaha yang telah dilakukan, masih menemui kegagalan, sudah pasti tahap kecewa juga tinggi. Rasa nak give up terus pun ada. Macam mana perasaan DLCW agaknya ye?


Walau apa pun, sokongan Cip tetap pada DLCW. Kalah mmg tak best. Tapi dia dah lawan sehabis baik. Usaha tu patut diberi penghargaan. You did your best.

posted from Bloggeroid

Aug 4, 2012

Puuaaasaaaaazzzzzzzzzzzzz

Tak tahu nak tulih tajuk ape pasal puasa kali ni. Huhu.. Dah masuk minggu terakhir kedua kita berpuasa kan? Seronok kah anda? Mesti seronok kan makan macam macam neyh.. As for Cip, main concern masa baru nak start berpuasa hari tu ialah takut haus yang teramat since Cip masih breastfeed akan Farhad. Mana taknya. Dihari hari biasa, lepas je bf dia punya lapar dan dahaga tak tertahan tahan rasanya.

So, tanya sana sini termasuk melalui pembacaan Cip, untuk ibu yang masih menyusukan anaknya, kena la ikut beberapa tips pengambilan makanan yang betul bagi mengekalkan tahap ketahanan di bulan puasa. Cip amalkan makab tujuh biji kurma masa sahur. Ada yang kata nasi WAJIB. Tak boleh missed. Alhamdulillah, so far ada je termissed mkn nasi masa sahur but still okay. Yang penting kurma dan air masak. And offcourse bagi mendapatkan flow susu yang mencurah curah, jangan dilupa ho ho horlick.

Apa yang Cip dapati semakin lama kita berpuasa semakin kurang kita makan. Betul tak? Ke Cip dan suami Cip je yang macam tu? Sememangnya kami makan nasik hanya pada wktu berbuka. Sahur, suami Cip tak lalu makan. Minum air pastu makan daging burger ramly tu seketul. That's it.

However, Cip tetap akan makan lebih sikit bagi memastikan Cip tak kelaparan atau kehausan di siang hari. At the same time, rasa macam makin payah nak bangun sahur. Phew~ macam mana pon, Cip KENE bangun. Nanti tak larat nak puasa. Tak voleeyyy.. Insyallah penuh lagi la tahun ni mcm tahun lepas. Amiinnnn..

P palang s: selamat bersahur *wink

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...