Aku bangun awal pagi ni sebab Ekyn bangun awal. Aku takut dia beleter lagi sebab dia lambat ke sekolah. Seawal 5.00 pagi. Semalam tak sempat nak gosok baju terus tertidur kat sofa depan.
"Nak breakfast sosej tak?" aku tanya Ekin.
"Tak nak. Masak pasta je lah kak," kata Ekin.
"Ko biar betik pepagi nak makan pasta?"
"Ye lah.. takpe.."
Pelik betul dengan Ekin ni. Selalu tak mo breakfast.
So, aku dengan tekunnya buat apa yang dipinta...
Rebus pasta then aku toskan dan letak tepi untuk disejukkan.
Lepas tu panaskan je kuah pasta itu di dalam microwave selama 3min..
Aku seorang yang multitasking dan aku yakin ramai perempuan diluar sana pun multitasking.
Jadi sambil menunggu pasta siap dimasak aku sempat gosok baju, mandi, solat subuh, pakai baju, pakai contacts, pakai tudung dan kemaskan barang-barang dalam beg galas untuk dibawa ke ofis. By that time, Ekin masih lagi duk kemas barang-barang dia.
Aku letak pasta dalam container kemudian aku tuangkan kuah pasta tadi diatas pasta tersebut.. Bau harum cheese berserta herbs menusuk ke hidung.. garnishkan sahaja pasta itu bersama parsley. SIAP!
*Lebih kurang gini le ghupenye..
No comments:
Post a Comment