Jan 12, 2010

Tanda-Tanda Awal Kanser


Ramai yang masih kurang aware berkenaan penyakit kanser ni. So, aku nak share tentang tanda-tanda awal sekiranya anda diserang penyakit ini

*ini merupakan simptom-simptom secara umum. Sekiranya terdapat tanda-tanda tersebut pada diri anda, sila lakukan check-up di klinik atau hospital terdekat.

  1. Kanser Pangkal Rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser Payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  3. Kanser Usus Besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser Paru-Paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan
  5. Kanser Perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walau makan sedikit.
  6. Kanser Limpa - sakit dibahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser Ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
  9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
  10. Kanser Darah (Leukemia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan.
  11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan ditekak, sukar menelan dna kelenjar membengkak di leher.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...