May 10, 2010

Ibu saya

Sempena hari ibu, aku ingin sekali memperingati apa sahaja yang ibu pernah pesan pada aku satu ketika dahulu.

Ibu aku adalah seorang yang sangat pandai buat business. Memang tak dapat nak disangkal lagi sejak aku kecik memang aku lahir dalam family yang buat business. Kecik-kecik je pun.

Dulu arwah ibu dengan papa pernah bukak stall dekat R&R Nilai jual Yong Tau Fu. Lepas tu yang aku ingat ibu start jual Tupperware. Lama ibu jual Tupperware. Dengan jual Tupperware tu la dia merasa pergi merata-rata tempat dekat dalam dunia ni. Dia pergi Turki, Bangkok, Beijing, China, USA dan tah mana-mana tempat lagi dalam dunia ni aku pun tak ingat. Mana je party Tupperware dia buat, aku kene ikut sekali. Mungkin dia cuba nak dedahkan aku supaya lebih social ke ape ke aku pun tak paham. Tapi deep down inside, aku tak pernah suka berada dalam crowded crowded places macam tu. Rimas & bising. Tak dinafikan ada games, lucky draw but I never liked it.

Ibu cukup pantang kalau ada makanan berplastik dekat rumah yang dibuka lepas tu ikat pakai getah ataupun pakai bekas plastik biasa tu.. Dia akan membebel2 dengan aku dan adikberadik aku supaya simpan dalam tupperware so that tak masuk angin. Tiap kali ibu membebel, tiap kali tu jugak la kami buat muka. Aku tak pernah ikut pun selalunya.. Ikat jugak pakai getah kadang2 tu.. Tapi sekarang ni, baru aku nampak kenapa ibu suruh buat macam tu. Aku mengakui betapa bagusnya bekas2 tupperware tu sekarang. Ahahaha..

Pasal business, aku memang kalah. Aku bukan business minded. Aku lebih macam papa. Tak sampai hati. Bukan tak pernah try buat business. Pernah jugak dulu. Jual perfume masa time belajar dulu. Hmm.. Tak sampai hati aku nak charge member2 yang beli perfume aku jual tu. Tak tergamak aku nak makan profit dari duit dorang.. Apetah lagi kalau dorang tawar menawar dengan aku.. Lagi aku tak sampai hati.. kalau boleh aku nak bagi free je trus. Maka, bagi mengelakkan daripada kerugian yang melampau aku berenti menjual.. Aku yang beli tak pe. Teehehehe.. Sorry la bu. Adik lemah tang buat business ni.

Salah satu perkara yang aku sangat kagum dengan ibu ialah dia tak kedekut. Dia sangat generous. Sangat-sangat. Aku kagum dengan sifat generous dia tu. Ada sekali tu kami ke Queensbay Mall jalan-jalan. Yana nak makan Baskin Robbins. So ibu teman and belikan untuk dia. Agaknya ada satu group budak2 sekolah rendah, pakai baju sukan warna warni tengah duduk menunggu dekat kawasan berdekatan dengan stall Baskin tu. Sampai je aku kat Baskin tu aku nampak semua budak2 tu tengah makan ice cream baskin sambil cikgu dia cakap terima kasih kat ibu. Ibu senyum je. Then baru Yana cerita kata ibu belikan ice cream kat budak sekolah rendah tu sebab kesian.. tak sampai hati tengok dorang duduk duduk kat situ nampak macam lapar.

Tak lupa jugak sorang budak yatim yang ibu terjumpa dekat Melaka. Dia duduk kat rumah anak yatim. Mak dia tak mampu nak bela dia. Selalu jugak dia telefon ibu tanya bila nak datang jumpe dia lagi.. Masa tu ibu tengah makan kat stall tepi jalan nampak dia pergi jalan sorang2 ke pasar malam. Kecik lagi. Ibu kesian agaknya tengok dia so ibu tanya dia pegi mana sorang2 mlm2. Dia kata nak pegi pasar beli satay kot. Dari situ la ibu kenal dia.. Tak pasti ibu pegi melawat dia ke tak lepas tu. Tapi dia ada call ibu sekali sekala. So ibu call rumah kebajikan tu and tanya pasal dia. Orang yang kat rumah kebajikan tu cerita yang budak tu memang peramah. Dia still ada mak tapi mak dia orang susah..

Walaupun ibu dengan papa dah berpisah, tapi setiap kali ke Penang (hari raya ke ape ke) ibu tak pernah lupa singgah Beruas untuk jenguk Tok Jam, Mama & Mak Ngah. Macam biasa ibu akan bagi duit kat mama untuk buat biskut jawa.. At the same time ibu bagi lebih sikit untuk buat belanja sebab tahu mama bukan senang. Tak lupa bagi kat tok jam jugak and mak ngah. Hari raya lagi la.. Ibu selalu akan kerja on first raya. If giliran kami adik beradik balik ke Perak dulu, Ibu akan kirimkan duit seringgit2 untuk diberi pada budak-budak yang datang beraya dekat tok jam.. Siap pesan dengan begitu keras lagi, "jgn lupa bagi pada tok jam!".. Hubungan ibu dengan bekas mertua and ipar duai dia tak pernah putus. Tetap macam biasa. Ibu buat muka selamba je.. hehehe.. Kadang-kadang aku yang lari dulu bila papa, aunty, bekas bpk tiri and ibu suddenly duduk semeja breakfast kat rumah tok.. ahahahaha... cool kan ibu aku?

Ish.. banyak lagi cerita pasal ibu ni. Ada yang aku tahu ada yang aku sendiri tak tahu sebab ibu aku sangat secretive. Sedangkan penyakit dia pun dia tak nak bagitau.. Hmmm aku yang korek sendiri. Even doctor cakap kat dia dia hanya ada dua minggu lagi pun, dia rahsiakan everything. Keluar dari ICU lepas kidney failure, still continue vacation plan ke Indonesia. Cuma aku tak ikut masa tu. Ekin and yana je ikut dengan bekas bpk tiri dengan nenek tiri aku. Ibu tak pernah bagitau yang kidney dia dah fail to function. Dia bagi explanation lain. Dia kata kidney shut down sekejap je.. tapi dah ok balik. Semua orang tak bagi dia pegi Indonesia masa tu tapi dia berkeras nak pegi jugak2 sebab dah plan dengan adik adik aku.

Masa kat sana dia ada call aku.

"Ibu baru habis shopping ni.."

"Aii.. sakit-sakit pun boleh shopping lagi?"

"Ish... shopping je terus hilang sakit.."

"Ha'ah.. ye la tu.."

Aku tau dia tipu.. Sepanjang flight kat sana, dia tak mampu duduk sebab lenguh teramat sangat pinggang dia. Dia kene berdiri. Dia duduk sekejap2 je. Have to sapu minyak angin all the time..

**Ibu, Insyallah adik takkan lupa doa untuk ibu kat sana... Adik takkan lupa bu.. Insyallah... you can count on me.







2 comments:

Gusti Putera Fauzan Al-Attas said...

wah..bestnya baca pasal ibu akak...al-fatihah...

Cik Cip Puding said...

Thank You TPF... Appreciate it alot..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...