Oct 14, 2010

Khabar Berita



Aku sometime upset jugak pada kengkawan yang menyepikan diri ni. Tapi bila ada something je baru dengar khabar berita dorang.. Walaubagaimanapun, aku tahu aku tak boleh selfish. Masa sudah berubah dan masing² ada life masing². Manakan mungkin nak meng'hapdet' status all the time.

Disitu lah nampak fungsi FB sebagai medium untuk melihat perkembangan terbaru kawan², sedara-mara, dsbnya..

Namun, aku tak dapat lari daripada menyepikan diri jugak. Aku mintak maaf. Aku mengalami masalah dalaman dimana rejection, cold-shoulder, brush-off, cast-off dan segala yang sama maksud dengannya yang berlaku sebelumn ini, terlalu hebat, membuatkan aku jadi begini. Hanya yang Esa mengerti perasaan tu bagaimana.


Aku tak letak kesalahan itu pada sesiapa tapi lebih kepada diri sendiri. Aku tak berniat nak lukakan hati sesiapa. Aku akui kelemahan itu bila maaf sudah terlaksana akan tetapi ingatan terhadapnya kekal seperti parut lama.

Yang sebetulnya selepas segala macam rejection situation yang aku lalui membuatkan aku takut dan gentar untuk kembali normal, membiarkan segala seperti sediakala. Bak kata Elena :

When You lose someone, it stays with you.
Always reminding you of how easy it is to get hurt.

Usah dihakimi aku yang sebegini kerana aku tetap manusia biasa yang ada cacat-celanya. Cacat dan cela itu jugalah yang cuba aku perbaiki bagi menjadi khalifah Allah swt yang sebenar dimuka bumiNya. Aku juga perlukan persepsi dan tanggapan yang adil dan tidak bias yang hanya berpihak disebelah sahaja.

I couldn't take anymore rejection. Thank you for pointing it out though. I'll be doing the best I can to change the situation. Just be patient and help me out in putting all my pieces back together. And I'll be good as new. In the end all of this will go away as if it never happened.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...