Oct 20, 2010

Sensitive Gag Reflex

*Ini yang kite panggey gag

Aku tak reti pulak nak translate apa dia Sensitive Gag Reflex tu. Tapi ini la yang Ues alami diperingkat umur dia sekarang. Sensitive Gag Reflex yang terjadi pada kanak² atau bayi yang membesar apabila bayi atau kanak² ini mengalami masalah untuk menelan makanan yang solid. Selalunya kanak² atau bayi yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni hanya mampu menerima makanan yang lembut seperti bubur.

Apakah puncanya?

Kanak² yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni akan terasa seperti mahu muntah apabila makan makanan yang mempunyai tekstur atau solid dan selalunya end up dengan muntah. Refleks untuk mengeluarkan kembali makanan yang baru dimakan sebenarnya adalah untuk membantu badan kita supaya tidak menelan makanan yang dirasakan tidak selamat. Refleks ini tercetus daripada permukaan lidah selalunya.

Sememangnya aku terperasan yang Farreal mengalami sensitive gag reflex ni sejak dia berumur setahun lagi. Akan menjadi teruk bila dia batuk, demam dan selsema.

Oleh kerana gigi ues dah makin rongak, dia mengalami masalah untuk mengunyah makanan dengan lebih lumat supaya perut dapat digest dengan sebetulnya. So, makanan yang ditelan masih dalam keadaan solid dan keras. Dia kan baru je 3 tahun, jadi badan dia bagi signal, makanan yang dia makan tu masih keras dan mungkin tak selamat untuk dia hadamkan. Tu yang dia selalu termuntahkan semula makanan dia even if dia tak batuk atau selsema.

Itu juga sebab kenapa makanan yang terlalu bertekstur dan mengandungi bahan² lain perlu dielakkan. Dalam erti kata lain makanan yang sangat simple macam bubur, nasi goreng cina, biskut mampu membantu secara perlahan² dalam meningkatkan cara pengambilan makanan yang lebih solid.

Walaubagaimanapun still kene la tunggu sampai gigi susu Farreal tu luruh dan tumbuh gigi baru atau sampai hilang sendiri sensitive gag reflex dia tu, then Insyallah ada improvement. Dia mungkin takkan muntah very easily macam sekarang ni.



Solution buat masa ini?
Kalau nak tunggu ni benda ni fade away secara sendiri, it won't do. So ada beberapa cara yang dapat membantu kanak² atau bayi yang mengalami masalah seperti Ues ni. Antaranya ialah:
  • Bila kita bagi makanan yang lembut seperti bubur contohnya boleh ada ayam atau sayur²an tapi kene pastikan ayam dan sayur²an tu dipotong kecil² so that kanak² atau bayi tak terkejut dengan adanya solid food dalam makanan mereka. Lama² dorang akan rasa comfortable then mereka sendiri akan mintak.
  • Oleh kerana Ues ada masalah kerosakan gigi sehingga menganggu proses untuk mengunyah makanan tersebut yang boleh dilakukan ialah dengan memberi makanan yang senang untuk dikunyah dan dihadamkan.
  • Mencuci lidah dan lelangit dia setiap kali sebelum makan atau minum susu juga membantu mengurangkan kesensitifan gag reflex justeru dia mampu menerima makanan yang dimakan tanpa ada rasa prejudis. Sometimes, bau susu tu meloyakan atau bau mulut sendiri juga boleh meloyakan dia. Itu yang buat dia rasa tak nak makan tu. Apetah lagi kalau bau mulut orang lain especially yang isap rokok.
  • Boleh jugak letak makanan dalam pinggan and suruh dia suap sendiri. Itu pun membantu jugak. Tapi kene make sure la makanan tu tak susah untuk dia kunyah dan hadam.
Well, hopefully we will see an improvement dekat Ues.

Moral of the story :


Antara punca mengapa kanak² yang berumur 6 bln kebawah tidak digalakkan memakan² makanan yang solid sehinggalah mereka finally cecah umur 6 bln. Bila bagi makanan yang solid pada bayi yang belum mencecah 6 bln, secara tak langsung kita telah mendevelopkan gag reflex bayi tersebut terlalu awal menyebabkan ia berlarutan sehingga umur mereka meningkat dewasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...