Dec 22, 2010

TERIMA KASIH


Assalammua'laikum... Alhamdulillah. Selesai sudah majlis resepsi aku hujung minggu lepas. Insyallah tak da aral yang lintang pukang, sebelah Syam dalam bulan depan.

Aku sangat berbangga dengan Encik Aziz kerana telah berjaya menikahkan sendiri anaknya. Diatas permintaan aku lepas confirm tarikh nak nikah hari tu.

HANTARAN



Aku buat hantaran dekat Bandar Tasik Selatan. Blok belakang ofis aku je. Ambik hantaran pun malam sebelum nikah. Huuu.. Aku agak kecewa sikit la dengan mutu yang kakak tu buat ekceli. Macam tak da effort langsung. Mengeluh panjang jugak aku masa tu (dalam hati la tapi). Memang member aku ada warning sebelum ni. Kakak tu cakap je besar tapi bila buat hampeh. Namun diatas pengalaman melihat sendiri hasil yang dilakukan semasa pertunangan member aku, aku yakin dan percaya dengan kemampuan beliau tu. Akan tetapi tidak begitu. Kesian kan..

Namun begitu, Hanis to the rescue datang kat rumah papa pagi tu sebelum berangkat nak pi nikah. Hanis bersama Uni, Kak Jun, Ryn, Syikin, Ijam, Yana berganding bahu men'tachap' kembali hantaran tersebut bagi ia kelihatan lebih anggun dan bergaya. (Thank you Hanis & the gang).. Bila di interview, hanis kata pagi tu dia dah tertido balik dah lepas subuh tapi suddenly terdengar suara aku kejutkan dia cakap "Hanis, bangun! Datang sekarang jugak!"

NIKAH TIME

Sebelum nak nikah hari tu aku memang takut sangat aku akan menangis berjujuran air mata tatkala selepas nikah sebab aku takut aku bersedih di hari bahagia aku bila mengenangkan arwah ibu tiada disisi.

Alhamdulillah, aku tenang dan gembira tanpa setitik air mata kerana semuanya berjalan lancar. Mungkin tidak pada Syam kerana gementar yang teramat, beliau terpaksa mengulang sebanyak 4 kali. Mujur abah ada dibelakang usap dan bagi semangat kat dia. He he he...

Dari umah papa sampai lah ke masjid, lepas tu sambut rombongan lelaki, kebanyakannya dialkukan oleh kawan² & adik beradik aku sendiri. Aku memang terkejut dan terharu sangat kawan² aku boleh take charge. Sebelum ketibaan rombongan lelaki, aku dah duduk mengadap kadi. Hantaran pun dah ada. Tinggal sebelah lelaki je. Mula² aku nampak kawan² semua kat tepi aku tetiba bila aku pusing nak pandang dorang, sume ilang. Tinggal Yana je kot teman aku. Pelik aku tetiba sume hilang lesap. Aku nampak sume ngah berbaris kat luar. Ingat dorang nak tangkap gambar. Rupanya Hanis dah bagi instruction suruh dorang sume berbaris & sambut rombongan lelaki. *Bergenang airmata*

Seriously aku memang dah nak nanges dah masa tu.. Air mata dah bergenangan kerana terlalu terharu dengan dorang sume. Buat aku realize betapa sayangnya aku kat diaorang semua.. Sayang sangat.. I love you all very much!!!



RECEPTION

Selesai je nikah aku dan Syam bergegas ke Homestay dan bersiap di sana. Kami lambat sikit daripada jadual. Sikit jew... takpe la sekali sekala tunggu pengantin. Nama pun raja sehari.
Semua orang yang mengikut rombongan lelaki, berkumpul selepas exit tol Bangi diiringi oleh budak² motor Kawasaki a.k.a kawan² miji. (Thanks Mizi for doing this..)

Well, the rest is history la kan.. Sape yang datang hari tu dapat saksikan semuanya. Takda la ape yang special pun. Cuma kami bersanding dengan Ues sekali.. Potong kek pun bersama. Teeheehee.. tak leh berpisah dengan ayah.. Anak ayah la katakan..

Diatas permintaan ramai (eheemm.. eheemm) aku & Syam menyumbangkan sebuah lagu buat tetamu yang berbaki lagi tiga, empat buah meja.. Masa tu je pun yang sempat. Selebihnye bergambar dan mengiringi tetamu balik.

Ucapan Terima Kasih

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih pada Papa & Aunty, Syikin, Miji, Aqeel, Aqilah, Yana, Abang Wan, Kak Fatima, serta family aku yang terlibat dalam menjayakan semuanya.

Secondly pada makngah, daddy, Elin, Ijam, GG & Nayli yang banyak menyumbangkan masa & tenaga mereka bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Thirdly kepada pakcik aku yang menjadi sleeping sponsor juga pada doorgift² buat tetamu.

Unie & Fairuz thank you for every single thing that you've done for me.. Jasa korang memang Allah je yang mampu balas. Korang memang best giler!!

Sara Shahimi, ko pun memang kawan yang terhebat dipasaran. Rugi sape yang tak berkawan dengan ko. Ko hebat dimata kite!!


Kak Jun, Terima kasih tidak terhingga buat masamu yang sangat precious itu. *James memang jeles*

Hanis, tanpamu hantaranku tidak akan berseri² seperti bulan yang menyinari macam malam tadi.


Niny & Pijan korang ni kawan hidup & mati betul. Kami tak janji, tapi kami akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi 120% time korang kawen pulak.

Cik Zu, terima kasih kerana sudi menjadi pengapit saya ye..

Encik Azwan, anda seorang pengapit yang sangat berkaliber.

Kak Ngah Intan, thank you banyak². Tanpa Kak Ngah Intan, majlis saya tidak akan jadi gilang-gemilang seperti majlis Siti & Dato' K. Ahakss..

Kalau ada sesiapa yang saya terlepas nak ucapkan terima kasih, saya mintak maaf. Terima kasih ye..



Buat TETAMU

Terima kasih buat rakan² & taulan (Sekolah rendah, sekolah menengah, UNITEN), sahabat handai arwah ibu (aunty Su, aunty Ray, etc), sahabat handai serta jiran tetangga yang sudi hadir bersama rakan² lain atau ahli keluarga masing² atau seorang diri. Kehadiran kalian semestinya memberi seribu makna pada kami sekeluarga.

Hadiah serta sumbangan yang kalian berikan begitu berharga. Saya, suami & keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian semua. Terima Kasih... Terima Kasih.. Terima Kasih..





Dec 13, 2010

My Fave

All the cheese making me bloated. This past few days, I've been stuffing myself with comfort foods. Terus je badan rasa dah gebu lite². Sedapnye tapi.... ~sigh~ Should be pegi fitting baju lagi couple of days. Mau kene marah ngan mak andam aku. Punye ler dia suh aku berdiet sebulan nih. Tapi nak wat cane kan. Rezeki dah depan mata. Arwah mak aku pesan kalau rezeki dah depan mata, tak baik tolak. Especially kalau makanan. At least kene jamah walau sekenyang mana sekalipun. Al-kisahnya aku tengah lapar. So kire makan secara paksa rela la ni.

Hari tu bapak aku ajak pi Bangsar Shopping Centre sebab nak jumpe caterer untuk wedding reception aku nanti. Nak confirmkan a few last detail before they proceed. Pegi dengan angkatan tentera la sekali.


Papa suh aku tanya budak² nak makan kat mana then leh jumpe kat situ aje. adik² aku sume dah kempunan nak makan chillies. So masa kat sana kami order our fave dish and that would be..


Beef Fajitas *fave aku.. terliur la plak.


Nachos with Beef quesso dip. Harus order ni. *huuu.. heaven khoott..

Dan yang lain² tu jadik history la sebab aku kene balik lekas² cuz ada swimming class pulak. Tapi on the way balik tu the traffic was so bad sampai aku kene cancel class and trus pi hantar Aqeel ke Vital Years. *Dia tak mo pegi. Jenuh ber'reasoning' dengan dia.

So swimming class re-schedule for the next day. Papa & family datang rumah lepas aku and bebudak ni sume habis swimming sebab tumpang solat Asar. Disuruh pulak order Dominoes Pizza.. Mmg saje tau.


Untuk bulan December aku ada coupon 2 extra-large NY Crust Pizza hanya berharga RM65 ringgit. Gile besar khoot. Tambah sikit ala-carte yang lain, baru RM95.20. Kire jimat la. Selalunya untuk dua regular Dominoes pizza pun dah 60 hengget.
Lepas swimming sememangnye kelaparan tak hengat macam orang tak makan seminggu. Itu pun berlebih. Malamnya hantar makngah & family pulak ke KL Sentral.

Lagi cerita the next day lepak dekat Starbuck bantainya muffin Chocolate cherry.. Weyh.. tapi muffin ni mmg sedap dari muffin dorang yang hat besa tu.



Talking about all these foods making me hungry..

Dec 9, 2010

Telemovie: Tempatkan Dia Di Syurga


Korang berkesempatan tak tengok telemovie yang dipaparkan kat TV3, pukul 10mlm dua hari lepas bersempena sambutan Maal-Hijrah? Tak sempat? Sempat? Rugi jugak pada sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok tu sebab it was a very good telemovie.

Jarang sekali aku nak stop and stare (pinjam tajuk lagu One Republic sat) drama² Melayu yang ditayangkan kat TV ni. Tapi Alhamdulillah aku tak terlepas tengok Telemovie ni (Itu pun kebetulan sebab aku duk tukar² channel sampai aku sendiri pening).

Sebelum aku bagi pandangan aku, meh sini aku nak story mai synopsis dia sket yang aku plagiarism dari sini.

Synopsis :

Telefilem ini mengisahkan Asmah (Mak Engku) yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah akan dirinya. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul (Zamarul Hisyam), yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Syukri (Roy Azman) suami kepada Sakinah terlalu benci akan sikap yang dipamerkan oleh Badrul & Ramli yang tidak mahu membantu meringankan beban Asmah pula mengongkong Sakinah dari membantu Asmah dari segi wang dan makanan supaya adik beradik lelakinya yang lain sedar bahawa itu adalah tanggungjawab mereka.

Perkara yang pertama sekali buat aku tertarik dan melekat depan kaca tv bila tengok telemovie ni adalah kerana segala dialog dan kata² yang keluar dari mulut Mak engku tu semuanya real dan takda langsung dialog skema. Aku tak tahu sama ada Mak Engku yang improvekan dialog dia ataupun skrip yang dia dapat tu, mmg macam tu.


Sekiranya Mak Engku mmg sekadar baca skrip, penulis skrip tu patut dapat anugerah sebab skrip dia mmg bagus. Tapi kalau Mak Engku yang telah berjaya meng'improve'kan skrip tu, Mak Engku patut dapat anugerah. She's really good. Diakui dia mmg orang seni.


"Ustaz kata kalau tengok muka mak hari-hari, dapat masuk syurga. Betul eh mak?"

Antara dialog yang diucapkan oleh Amirul yang buat hati aku jadik sebak tak hengat. Aku menangis bagai nak rak doe tengok cerita ni sebab Amirul tu duk cakap dia sayang kat mak dia, siap doa tempatkan mak dia kat syurga.. Haiiyyooo.. very tacing wor. Dengan gaya dia sebagai budak autisme yang membuatkan aku lagi sebak dan terharu.


"Abang sayang mak.. Abang sayang mak.."


"Ya Allah.. Abang sayang mak ye. Abang nak mintak Allah tolong tempat kan mak dekat syurga. Tempatkan arwah abah dekat syurga. Abang sayang mak. Abang sayang Mak.. Abang sayang mak.."




Dec 7, 2010

Awal & Akhir




Alhamdulillah... Syukur yang tidak terhingga kita semua dah melangkah ke tahun 1432 Hijrah. Syukur ke hadrat Illahi jugak sebab pada tahun ni, Alhamdulillah aku berkesempatan mengikuti doa akhir & awal tahun. Syukur yang teramat sangat. Satu permulaan tahun baru yang sangat menenangkan. Ditambahkan lagi beberapa hari je lagi aku nak melangkah ke alam rumahtangga. Insyallah.


Berdebar?


Masa hari tu la tetiba macam sesak napas sikit. Aku pegi Semua House. Jalan² la kat dalam tu. Bila duk nampak baju² pengantin tu tetibe je macam nak terkene anxiety attack. Hu hu hu... Kelakar betul. Tapi as for now, Alhamdulillah. Tak ada. Cuma aku agak risau kat Syam tu takut dia yang nebes bagai nak rak esuk sebab Insyallah, bapak aku sendiri yang akan menikahkan kami. yeaahhuuu!!! *oppsss terlebey suda..



*sekadar gambar hiasan

Persiapan Kenduri?
Since aku buat kat dewan, there's nothing much pun dalam preparation ni. Sekadar doorgift, then attire untuk family. Baju aku sume pun ambik kat bridal house. Hantaran pun sama. Aku upah mak andam buatkan. Cuma busy dalam penghantaran kad² aje la. Tak nak ada yang tertinggal.




Harapan?
Aku seronok nak jumpe family dua² belah pihak, family arwah mak aku, sebelah bapak aku, family bakal mertua, kawan² arwah mak aku, tak dilupa kawan², sahabat, teman² sepersekolahan juga se'uniten'. I really can't wait to see all of them. Happy khoot dapat berkumpul dengan semua orang and share the happiness all around kan?

Selain daripada itu aku dah pasang azam untuk diri sendiri supaya dapat jadi wanita, isteri & anak solehah pada family. Wanita² yang aku pandang tinggi dan aku jadikan contoh sebagai guidance untuk diri aku sendiri, tidak mengetahui bahawa mereka ini adalah sebenarnya wanita yang perlu dikagumi. Aku nak jadi macam mereka.


Akhir kata selamat menyambut tahun baru.

Dec 3, 2010

Bring them to work


*Aqilah bagi tabik hormat lepas dapat se'plastik' gule² dari mizi

Bibik balik Indonesia two days ago. Semalam papa mintak tolong jaga Aqilah. In the end, bawak dorang sume datang office. Hari ni Aqilah turut serta. Yesterday sekadar bawak Yana, Ekin & Aqeel je. Kebetulan Nayli pun ada sekali kat office. Hasilnyaa... dorang buat sukaneka sendiri..
*Para peserta terdiri daripada Yana, Aqeel & Nayli.

Antara acara² yang dipertandingkan ialah "bawak batu dalam sudu".

*Yana memberi arahan dan tunjuk ajar bagaimana acara ini dimainkan.

Acara ini bagi menguji ketereran keseimbangan badan.

*Nayli menunjukkan skill beliau dalam acara bawak batu dalam sudu kedai bala.

Tidak dilupakan acara paling best. "Kutip batu pakai kaki".

*Sekali lagi Nayli menunjukkan skill beliau dalam acara kutip batu pakai kaki.

Acara ini bagi mengetahui kaki sape paling kuat (mengikut kata Yana la..)

Diikuti oleh peserta² lain setelah diberikan taklimat.

Setakat ini, masih lagi tidak diketahui sape pemenangnye kerana kebanyakan mereka terang-terangan main ngelat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...