Jarang sekali aku nak stop and stare (pinjam tajuk lagu One Republic sat) drama² Melayu yang ditayangkan kat TV ni. Tapi Alhamdulillah aku tak terlepas tengok Telemovie ni (Itu pun kebetulan sebab aku duk tukar² channel sampai aku sendiri pening).
Sebelum aku bagi pandangan aku, meh sini aku nak story mai synopsis dia sket yang aku plagiarism dari sini.
Synopsis :
Telefilem ini mengisahkan Asmah (Mak Engku) yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah akan dirinya. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul (Zamarul Hisyam), yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Syukri (Roy Azman) suami kepada Sakinah terlalu benci akan sikap yang dipamerkan oleh Badrul & Ramli yang tidak mahu membantu meringankan beban Asmah pula mengongkong Sakinah dari membantu Asmah dari segi wang dan makanan supaya adik beradik lelakinya yang lain sedar bahawa itu adalah tanggungjawab mereka.
Perkara yang pertama sekali buat aku tertarik dan melekat depan kaca tv bila tengok telemovie ni adalah kerana segala dialog dan kata² yang keluar dari mulut Mak engku tu semuanya real dan takda langsung dialog skema. Aku tak tahu sama ada Mak Engku yang improvekan dialog dia ataupun skrip yang dia dapat tu, mmg macam tu.
Sekiranya Mak Engku mmg sekadar baca skrip, penulis skrip tu patut dapat anugerah sebab skrip dia mmg bagus. Tapi kalau Mak Engku yang telah berjaya meng'improve'kan skrip tu, Mak Engku patut dapat anugerah. She's really good. Diakui dia mmg orang seni.
"Ustaz kata kalau tengok muka mak hari-hari, dapat masuk syurga. Betul eh mak?"
Antara dialog yang diucapkan oleh Amirul yang buat hati aku jadik sebak tak hengat. Aku menangis bagai nak rak doe tengok cerita ni sebab Amirul tu duk cakap dia sayang kat mak dia, siap doa tempatkan mak dia kat syurga.. Haiiyyooo.. very tacing wor. Dengan gaya dia sebagai budak autisme yang membuatkan aku lagi sebak dan terharu.
"Abang sayang mak.. Abang sayang mak.."
"Ya Allah.. Abang sayang mak ye. Abang nak mintak Allah tolong tempat kan mak dekat syurga. Tempatkan arwah abah dekat syurga. Abang sayang mak. Abang sayang Mak.. Abang sayang mak.."
No comments:
Post a Comment