Dec 7, 2010

Awal & Akhir




Alhamdulillah... Syukur yang tidak terhingga kita semua dah melangkah ke tahun 1432 Hijrah. Syukur ke hadrat Illahi jugak sebab pada tahun ni, Alhamdulillah aku berkesempatan mengikuti doa akhir & awal tahun. Syukur yang teramat sangat. Satu permulaan tahun baru yang sangat menenangkan. Ditambahkan lagi beberapa hari je lagi aku nak melangkah ke alam rumahtangga. Insyallah.


Berdebar?


Masa hari tu la tetiba macam sesak napas sikit. Aku pegi Semua House. Jalan² la kat dalam tu. Bila duk nampak baju² pengantin tu tetibe je macam nak terkene anxiety attack. Hu hu hu... Kelakar betul. Tapi as for now, Alhamdulillah. Tak ada. Cuma aku agak risau kat Syam tu takut dia yang nebes bagai nak rak esuk sebab Insyallah, bapak aku sendiri yang akan menikahkan kami. yeaahhuuu!!! *oppsss terlebey suda..



*sekadar gambar hiasan

Persiapan Kenduri?
Since aku buat kat dewan, there's nothing much pun dalam preparation ni. Sekadar doorgift, then attire untuk family. Baju aku sume pun ambik kat bridal house. Hantaran pun sama. Aku upah mak andam buatkan. Cuma busy dalam penghantaran kad² aje la. Tak nak ada yang tertinggal.




Harapan?
Aku seronok nak jumpe family dua² belah pihak, family arwah mak aku, sebelah bapak aku, family bakal mertua, kawan² arwah mak aku, tak dilupa kawan², sahabat, teman² sepersekolahan juga se'uniten'. I really can't wait to see all of them. Happy khoot dapat berkumpul dengan semua orang and share the happiness all around kan?

Selain daripada itu aku dah pasang azam untuk diri sendiri supaya dapat jadi wanita, isteri & anak solehah pada family. Wanita² yang aku pandang tinggi dan aku jadikan contoh sebagai guidance untuk diri aku sendiri, tidak mengetahui bahawa mereka ini adalah sebenarnya wanita yang perlu dikagumi. Aku nak jadi macam mereka.


Akhir kata selamat menyambut tahun baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...