Aku tumpang simpati diatas nasib mangsa² tsunami dan gempa bumi di Jepun di kala ini.. Ucapan takziah buat mereka yang terkorban. Dalam keadaan huru hara yang berlaku disana, kekaguman masyarakat dunia terhadap penduduk di Jepun bertambah apabila mereka kelihatan tabah menghadapi bencana ini. Mereka mampu beratur menunggu giliran mengambil makanan. Selain daripada itu, mereka juga masih mampu bersenam di awal pagi. Pencarian mangsa² yang masih tertimbus juga dibuat dalam keadaan yang begitu tenang. Selalunya riot dan crisis pasti berlaku di saat² genting macam ni. Walaubagaimanapun mereka di Jepun tidak berbuat demikian.. *Kagum*
*kredit dari Reuters* Diantara penduduk Sendai yang beratur di farmasi untuk membeli ubat
Aku rasa semua masyarakat dunia perlu mencontohi sikap 'well mannered' orang Jepun ni. Aku cuma punya pengalaman ke Toyokawa, Narita, Tokyo dan beberapa tempat yang berdekatan. Sesungguhnya aku sendiri begitu mengagumi mereka ni. Bukan setakat dekat foreigners sahaja dorang berbudi bahasa malah even dengan penduduk mereka sendiri.. Especially dengan warga tua dan kanak².
Bersama keluarga angkat aku di Toyokawa
Group Program Anak Angkat di Jepun
Lautan manusia di Disneyland (lagi best daripada Disneyland California)
Aku paling suke bila waktu makan..
Lagi waktu makan
makan.. makan.. dan makan
Aku doakan semoga rakyat Jepun akan bangkit semula daripada bencana yang mempunyai seribu satu hikhmah ini..
No comments:
Post a Comment