Nov 24, 2011

Berkhatan

Peristiwa bersejarah pada 19 Nov 2011 baru baru ni, anak teruna Cip, Ues telah selamat dikhatankan. Alhamdulillah.. Memang salute Cip dengan dia sebab berani sangat hari tu. Cip dan suami dah explain dekat dia beberapa minggu sebelum dia berkhatan akan proses berkhatan tersebut. Banyak juga soalan yang diajukan. Kami sedaya upaya menjawab setiap soalan supaya dia faham. Cip kira, Ues merupakan kanak-kanak yang paling kecil bagi appointment berkhatan untuk hari itu. Umurnya baru menjangkau 4 tahun 4 bulan 26 hari. Tahniah Syamsoul Farreal Dubeus!!! Nde & Ayah sangat sangat bangga degan Ues!

Suami Cip dah aim macam-macam benda yang dia nak belikan untuk Ues sempena dia nak berkhatan antaranya suit IronMan yang sangat diminati Ues, basikal, PSP dan apatah lagi yang Cip sendiri pun dah tak ingat. Tapi yang berjaya kami dapatkan ialah basikal dan IronMan. Suit IronMan memang dah takda stock lagi dah. Kilang pun tak buat dah. Jenuh merata kami mencari IronMan nih. Akhirnya sekadar kami beli patung IronMan hat kecik tu je. Sekarang dah ada tiga dah patung tu. PSP suami Cip canceled nak beli sebab PS2 sudah ada dirumah begitu juga dengan PS3. Suami Cip juga nak Ues berpeluh maka, dibelikan basikal supaya Ues leh jadi fit sikit daripada sekadar duduk dalam rumah dan main game all the time

Satu jam sebelum dikhatankan
Waktu nak berkhatan tu, suami Cip la orang paling risau sekali. Macam orang sasau gayanya. Tak senang duduk pun ada. Proses berkhatan nih kami pilih secara laser sebab lukanya lebih cepat sembuh. Dokter bagi injection untuk hilangkan rasa sakit pada mulanya. Masa injection tu yang sakit actually. 5 - 6 kali dokter inject . Kali ke-3 inject la baru Ues menangis sakit. Sambil menangis sambil baca Bismillah.. Walaupun inject tu sekejap aje, tapi Cip rasa macam lama aje. Sambil sabarkan Ues, Cip hampir nak menangis meraung sekali dengan Ues. Tapi hati ditetapkan jua. Kang tak pasal-pasal dokter suruh keluar. Beberapa minit selepas tu dia dah tak rasa ape-ape dah. Dokter teruskan prosedur sambil sembang-sembang dengan Ues lagi. Dokter pesan "Orang lelaki kena kuat." Ues pulak tanya, "Perempuan?" Dokter jawab lagi, "Orang perempuan pun kene kuat jugak tapi orang lelaki lagi kene LEBIH kuat.."

Alhamdulillah... Prosedur berjalan lancar dan Ues keluar daripada bilik operation dengan senyuman.

Men game, mewarna pastu menulih kat buku-buku dia.
Ini je yang buleh buat dalam tempoh nak baik...
Hari pertama bersunat tu la dia menangis sakit. Malam pun kami suami isteri tak tido sangat menjaga dia. Takut dia lasak masa tido. Bentan pulak nanti. Hari kedua dia dah buleh berjalan. Kami larang dia turun naik tangga dan bergerak kesana-kesini. Apa-apa dia nak suruh panggil aje. 

Sepanjang tempoh bersunat nih, Ues hanya pantang makan telur dan seafood (consult doctor). Ada juga yang Cip dengar, ayam pun tak buleh makan. Tapi dokter kata takda masalah pun. Buleh jer. Ni dah masuk hari ke-5 luka dah kering cuma nak tunggu betul-betul baik sahaja. Yang penting, ubat yang diberikan dokter tu perlu dihabiskan especially antibiotik. 

Selalunya kalau bersunat pada umur yang masih muda macam Ues nih, it takes 7 - 10 days untuk betul-betul recover. Walaupun Ues dah buleh ke toilet dan berjalan dengan yakinnya tapi Cip masih risau dan masih melarang Ues daripada bergerak banyak sangat. Ada dia mintak nak pakai seluar, tapi Cip tak yakin. Takut sangat terkena tote dia tu. Biarlah sampai dia betul-betul baik baru Cip bagi dia pakai seluar. 

Pagi tadi lepas breakfast, sambil Ues tengok cerita IronMan dia (tak tahu dah kali keberapa) dia pun bersuara..

"Nde... Ada bulu ni.."

Kelam kabut Cip sekejap sebabnya yang dikatakan bulu tu ialah ikatan jahitan yang dokter buat. Selalunya jahitan tu akan dissolve sendiri. 

"Eh.. eh.. Jangan tarik. Tu bukan bulu. Tu benang yang dokter jahit hari tu... Biarkan.. takmo usik.."

"Kalo tarik?"

"Kalo tarik, berdarah lah tote Ues tu.."

Lepas tu dia tak tanya dah. Sambung pulak tengok IronMan dia.


Semoga Ues menjadi anak yang soleh, yang mengingati, menghormati dan mendoakan kedua ibubapanya. Jadi anak yang beriman semoga selamat dunia akhirat, diberi kesihatan yang berpanjangan, dilindungi serta mendapat keredhaan Allah swt. Amiinnn...

p palang s: Kepada mereka yang merancang untuk mengkhatankan anak-anak lelaki ni, umur yang paling sesuai untuk berkhatan ialah 6 - 10 tahun. Namun ia terpulang kepada preferences dan keyakinan ibubapa. Kita merancang, sesungguhnya Allah swt penentu segalanya. Kebanyakan berpendapat elok dikhatankan seawal satu hari selepas kelahiran (macam adik Cip si Aqeel). Namun ini merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan Cip sekeluarga.

2 comments:

Unknown said...

hai azrul...i've been looking around for your blog like ages kot...ni baru jumpa...hahahha...

Cik Cip Puding said...

Same here.. tak tahu pun ana ada blog.. mujoq dah jumpak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...