Alhamdulillah.. Hari ni, genap lah sudah setahun usia perkahwinan Cip dan suami. Melihatkan pada angka '1' tu macam sikit je kan? (At least to me) Dan Cip sudah membayangkan another 10 years lagi. Angka satu bukan lah bermakna apa pun pada Cip namun menjadi satu titik kepada tahun-tahun yang akan bakal mendatang Insyallah..
Ini merupakan perkhabaran yang hampir setahun lamanya. Tajuk post Cip hari ni ada kene mengena dengan apa yang hendak Cip ceritakan. Setahun yang lepas Cip berkesempatan melibatkan diri dalam satu kursus untuk kanak-kanak (perempuan) yang berumur 10-13 tahun. Kursus ini lebih kepada bengkel yang dipanggil Bengkel Akil Baligh Melangkah Ke Alam Dewasa di organizekan oleh Khalifah Institute.
Program untuk tahun ini |
Apa dia Bengkel Akil Baligh ni?
Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh serta hubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.
Bukan senang nak explain pada anak-anak kite yang sudah hampir mencapai umur akil baligh tentang tanggungjawab mereka apabila mereka sudah baligh di kemudian hari terutamanya perbincangan tentang seks serta apa dia yang dikatakan harrasment, molest dan rape.
Cip akui yang anak Cip bukan la nak akil baligh dalam masa terdekat ni tapi Cip masih ada adik adik yang nak baligh tak lama lagi. Selain daripada tu Cip involvekan diri kerana Cip nak mempersediakan diri sendiri and get the picture macam mana nak cakap dengan anak-anak yang akan masuk ke alam akil baligh ni nanti.
Bengkel ni untuk perempuan je ke?
No lah.. Untuk perempuan dan lelaki tetapi sesinya dilakukan berasingan.
Apa aktiviti dalam bengkel tu?
Penceramah?
- Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku “Ibu Dibelai Anak Dibuai”)
- Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
- Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)
Apa yang Cip buat sepanjang bengkel berlangsung?
Sepanjang ceramah dijalankan, kami para ibu dan penjaga ada duduk dibelakang sekali. Kami pun turut serta mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah tersebut. Begitu juga dengan waktu makan dan solat.
Cuma pada sesi aktiviti dalam kumpulan, para ibu dan penjaga (Cip sorang je bukan dikalangan ibu) berkumpul dalam dewan dan kami ada melakukan usrah tentang masalah² yang dialami oleh para ibu ini dengan anak perempuan mereka. Perbincangan ini sedikit sebanyak membantu kerana ada pandangan² bernas yang diberikan oleh para ibu yang lain bagi masalah yang sedang mereka hadapi.
Apa yang Cip dapat out of this bengkel?
Yang paling utama ialah pengetahuan. It opened my eyes to alot of things. Cara berkomunikasi dengan anak², cara approach mereka the right way and also cara untuk menegur kesilapan mereka.
Masa dalam perbincangan bersama para ibu tu, ada seorang ibu yang meluahkan betapa fed-up dia dengan anak perempuan dia yang asyik involved dengan budak sekolah menengah (don't get me wrong). Bukan fed up ape pun. Macam² cara dia dah buat termasuklah pergi ke segala macam kursus motivasi untuk ibubapa tapi anak dia still lagi nak involve dengan budak lelaki (jiran dia) yang umurnya baru masuk 13 tahun. Dia sangat risau sampaikan dia siap buat gazebo depan rumah untuk anak perempuan dia nih belajar dengan kawan² dekat rumah sendiri instead of pergi belajar kat rumah kawan yang lain. Bila dia rampas handphone anak dia, anak dia finds a way to beli handphone baru with her own pocket money. Itu pun kantoi.. So end up she doesn't know what to do anymore.. dan ape yang Cip nampak dekat ibu nih is she's confused on how her daughter end up like that sebab kata dia lagi, masa dia sekolah dulu tak pernah ada boifren. Even masa dia dah pegi further study oversea sekalipun takda boifren. All she did was study and study.. So she doesn't understand ape salah dia sampai anak dia tak macam dia. By the look of her face, she is so frustrated with herself sebab tak dapat jadik good parent but tempias dia nampak macam dia benci anak dia.
Therefore Cip pun bersuara la. Apa yang Cip offer to her was a view or perspective me as a daughter and what parents might not see and understand sometimes. Trust me she doesn't even like to hear it (boleh nampak thru her expression yang dia tak suke sangat²). Alhamdulillah Cip punye point of view di sokong oleh Dr. Alini herself konsultan kepada Khalifah Institute juga merupakan salah seorang mentor Cip masa Cip menghadirkan kursus Khalifah beberapa tahun sebelumnya.
However, Cip fall in love dengan this one ibu nih on her way of communicating dengan anak dia. She told us stories macam mana hubungan dia dengan anak perempuan dia nih..
The way she talks to her.. Dia selalu travel pergi oversea atas urursan kerja so memang selalu terpaksa tinggalkan anak dia but somehow she finds away to keep on communicating (skyping) and at the same time managed to be friend dengan anak dia sampaikan anak dia tak keep any secrets at all dengan dia. Even tell her about the guy she likes and things yang anak² jarang nak share dengan parents.
Untuk ibubapa ataupun bakal ibubapa diluar sana, marilah kita bersama-sama menambah baik ilmu yang kita ada supaya dapat diturunkan pada anak-anak kita. Kelak mereka inilah yang akan menjadi pelapis bagi masyarakat yang akan datang. Segala-galanya bermula dengan diri kita sendiri. Jazakallah..
No comments:
Post a Comment