Buleh je kalau nak try. Resepinya seperti dibawah:
Bahan-bahan:
- Tauhu *selalu Cip beli 5 ketul
- Bawang merah *Mayang halus
- Bawang putih *Mayang halus
- Halia
- Cili api
- 3 sb Sos tiram
- 5 sb kicap manis *ikut pada kepekatan yang disukai
- Gula dan garam *cukupkan rasa
Potong tauhu kepada empat bahagian. |
Gorengkan sehingga kekuning-kuningan |
Letak ditepi kemudian buleh ditumiskan bahan bahan hirisan lain. |
Cili api. Jangan terkejut. Cip mmg sangat suke buat pedas-pedas. |
Bawang putih |
Halia |
Selalunya Cip tumiskan cili api didalam minyak supaya ia masak terlebih dahulu. |
Agak² nak dekat garing cili api tadi masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. |
Apabila kesemua bahan bahan tadi nampak garing, masukkan sos tiram. Kemudian masukkan kicap. Kacau sehingga sebati. |
Siramkan keatas tauhu goreng tadi. Ready to be eaten with nasik.. Or you can just eat it like that.. Perghhh... Berdesing pedas dia.. |
No comments:
Post a Comment