Makin kurang dah batuk Farreal. Alhamdulillah. Lama jugak dia batuk kali ni. Pelbagai cara CikCipPuding & suami buat bagi mengurangkan rasa ketidakselesaan dia. Setiap kali batuknya menyerang, pasti dia akan muntah-muntah kerana itu suatu perkara biasa bagi kanak-kanak yang mempunyai gag-reflex yang sensitif. Yang paling merisaukan kami ialah selera makan Farreal yang menurun bila dia muntah-muntah. Susu pun dia tak lalu nak minum.
Selain daripada rely dengan ubat klinik yang doktor bagi, CikCipPuding dan suami sekarang bagi Farreal makan Scott Emulsion dan Champs C chewable seleas sarapan bagi membantu meningkatkan imunisasi badan Farreal untuk melawan penyakit. Alhamdulillah, walaupun baru je bagi untuk dua minggu, nampak perubahan dimana batuk dia semakin berkurangan dan energy dia juga semakin meningkat. Cuma in the morning je dia batuk sekali sekala bila bangun dari tidur sebab phlegm dia masih ada dalam paru-paru.
Vitamin C 100mg Pack Size: 100 Tablets |
Dulu suami CikCipPuding bagi susu Dumex Dugro pada Farreal. Sekarang kami dah tukar kepada Dutch Lady 123 for Growing Up Milk Chocolate Flavor. Kami tukar susu dia sebab kami terperasan yang susu Dugro tu sudah tak sesuai dengan Farreal. Ada sekali tu, lepas je Farreal minum susu Dugro, dia batuk kering dalam 2-3 minit, then terus muntah. Walhal the previous day, bagi susu Dutchlady, dia okay je sampai malam. Dua tiga kali kami perasan kondisi Farreal selepas dia minum susu Dugro tu. Susu Dugro tu rupanya terlalu panas untuk Farreal.
Masa buat susu dia, CikCipPuding pernah try kurangkan sukatan kepada satu sudu sahaja dan campur sekali dengan susu Dutchlady tu. Farreal tetap batuk. Namun tak seteruk kalau dia minum susu Dugro sahaja.
Bukan setakat bagi supplement dan tukar susu Farreal, tapi pemakanan beliau juga turut kami pantau. Minuman berais, sememangnya kami tak berikan pada Farreal. Ada la sekali sekala sahaja. Kesian pulak bila dah depan mata dan dia pun nak rasa sikit. itu pun kami campurkan sedikit air masak bagi mengurangkan kesejukan air tersebut. But bukan air berais yang ketul tu. Kalau bagi hat tu, konpom even breathing dia pun akan wheezing.
Makanan bergoreng dan berminyak juga kami kurangkan. Kebanyakan makanan yang kami beri berasaskan sup dan kuah. Even telur goreng sekalipun CkCipPuding goreng tanpa minyak dalam non-stick frying pan.
Sebelum tidur, CikCipPuding bagi Farreal makan madu satu sudu besar untuk membasahkan tekak yang kering tu bagi mengurangkan batuk di tengah-tengah malam. Madu tu bukan sahaja bagus untuk kurangkan batuk-batuk ni malah it really good for other things too. Dibawah ni CikCipPuding berikan beberapa penemuan saintifik tentang khasiat madu;
- Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser
- Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
- Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa
- Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
- Boleh merawat penyakit mata
- Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan.
Even hadith Rasulullah saw pun ada terangkan pasal madu.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan meyembuhkannya dari 77 penyakit".
Kita berusaha. Allah jua yang menetukan segalanya.
Alhamdulillah, segala usaha nampak hasilnya sedikit.
- Selera makan Farreal is very good.
- Batuk semakin berkurangan.
- Susu tak pernah miss. Siap mintak lagi sekali kadang-kadang tu.
- Tahap ingatan dia sangat bagus. Contohnya ada suatu hari tu kami lalu depan sebuah sekolah agama dan suami CikCipPuding bertanya pada Farreal sama ada dia mahu ke sekolah kat situ nanti. Dan semalam, sekali lagi kami lalu depan sekolah agama di Baling tu dan tidak semena-mena, Farreal cakap nak bersekolah kat situ. Kami masing-masing angkat kening sebab terkejut dia ingat pasal conversation sekolah tu.. Amazed kami sekejap.
No comments:
Post a Comment