Sometimes, bila dah bosan tak tahu nak masak ape, google lah akan menjadi medium penyelesaian untuk aku cari menu-menu untuk memasak. This time around, aku jumpa ayam masak halia tapi ada barang yang takda pulak kat rumah ni. Makanya, masak ikut sedap rasa berinspirasikan resepi yang aku jumpa tu.
Meh la aku share resepi Ayam Masak Halia yang diolah oleh aku mengikut barang yang ada kat rumah pada ketika ini.
Bahan:
1/2 ekor ayam (aku potong kecik-kecik. Senang nak makan)
4 ulas bawang putih (Ditumbuk)
Halia sebesar ibu jari (dipotong halus)
2 sdb lada hitam (ditumbuk)
5 tangkai cili api ( dipotong dua)
2 cawan air masak (kalau mahu berkuah)
2 biji kentang (dipotong dadu)
3 sdb minyak masak
Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Goreng bawang putih, cili api & lada hitam sehingga kekuningan.
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga kesemua bahan yang digoreng tadi sebati dengan ayam. Tunggu sehingga daiging ayam kelihatan sudah separuh masak.
4. Masukkan air dan kentang. Didihkan dengan api yang sederhana perlahan.
5. Gunakan garfu untuk memastikan kentang sudah lembut.
6. Apabila kentang sudah lembut dan masak, boleh lah diangkat masakan itu dan hidangkan. Makan dengan nasi putih..
Inilah hasilnya. Memang pedas. Kalau tak suke pedas, kurangkan lada hitam atau cili padi tu. Tapi tak kick lah kalau tak pedas kan. Lada hitam tu kan elok untuk panaskan badan.. Farreal terkentut-kentut dan sendawa je, lepas makan. Alhamdulillah..
Serikan hidangan tersebut dengan daun basil. |
No comments:
Post a Comment