Jun 23, 2011

Pencurik tertangkap??!!

Few weeks ago rumah Cip kene masuk dengan pencurik. Yang bestnye Cip dan suami tak tahu pun rumah kene masuk dengan pencuri sampailah bila suami Cip naik tingkat atas nak solat. Dia perasan PS2 dengan games dah hilang. Cip terkejut sangat. Ye lah.. ini first time kami kene macam ni. Suami Cip agak bengang la. 

The next two days, lagi sekali kami terperasan yang external hard disk dan Ipod nano Cip yang connected to dvd player pun hilang. By that time, kami realized yang pencuri tu dah turun tingkat bawah and took those things.  Kami memang tak perasan langsung. Masa nak guna barang tu baru la perasan dah tak da.. Lepas tu barulah kami mencari all those little things yang maybe pencuri tu ambik. Pelik jugak sebab external hard disk yang dekat komputer ada. Then again Cip perasan Iphone adik Cip yang rosak dalam display cabinet pun hilang jugak. Handphone chaplang hat len dalam display cabinet tu, tak da pulak dia ambik. 

Cip dan suami tak terkata apa-apa dah. Kami dah seakan-akan redha je.. Bila dah tau banyak benda yang hilang, baru la nak pi report kat polis. Pegi je report, rupanya polis dah buat tangkapan. Pencurik tu budak lagi. Baru 19 tahun umonye.. Anak orang kaya pulak tu. Polis cakap lagi yang mencurik tu hobby dia sahaja.. Wow... hobby.. Dassyyaaattt... Barang-barang yang dia curik tu pun masih ada pada dia. So, at this very moment suami Cip dipanggil untuk buat pengecaman barang tersebut. Hopefully dapat la semula barang-barang tersebut.. Insyallah..

Sebagai renungan bersama:

‎"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" - ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik. *Masih ada yang SALAH FAHAM bahawa kalimah istirja' ini disebut bila ada orang meninggal dunia sahaja. Kalimah istirja' ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...