Aug 24, 2011

A must hari raya cuisine!

Finally Cip already got the feelings untuk raya. Lite-lite baru. Macam mana Cip dapat? Hahahaha.. Cip bayangkan all the foods yang bakal ada atas meja nanti... So antara makanan yang Cip looking forward utk makan nanti ialah rendang daging rumah nenek Cip.. 


Nenek Cip mmg pandai masak. Nasi lemak kukus dia terbaeekkk... Sambal dia.. fuuh  lagi la.. Memang mengancam. However, since nenek sakit, tak larat dah nak masak-masak. So makcik Cip take over. Tak sehebat masakan nenek tapi dah ala-ala kire dah cukup bagus.. Nenek Cip still jadi tukang kritik.. Telling whether cukup pedasnya atau pun tak.. masinnya.. rasanya.. semualah..

Kalau dulu-dulu mau sampai 20 kg daging buat rendang.. Everybody akan bawak balik sikit-sikit.. because terlalu sedap.. *in heaven membayangkan aroma rendang daging itu..

Lepas rendang, kuih semprit makuda pulak.. Cip sendiri pun tak pasti ape yang makuda Cip letak dalam semprit dia sampai menjadi kegilaan kami sepupu-sepapat.. Okay anak-anak dia sekali pun.. Sometimes buleh jadi ala-ala 'pop corn' sambil nengok tibi. Makan dari balang terus pulak tu.. (sepupu Cip ye.. Bukan Cip).. Kadang-kadang kene sorokkan sebalang dua takut habes.. 


Makuda Cip juga memang dikenali sebgai pakar memasak juge.. Orang Johor le katekan.. Kalau datang rumah dia, memang dijamukan dengan makanaan sesaja.. Selalunya sebelum makuda balik ke Muar, Johor, mesti singgah umah nenek di Sepang dulu.. Bagi kuih raya dekat nenek utk jamu tetamu yang datang tapi kebanyakan kami cucu dia yang duk habeskan.. 

Tahun lepas la bermula new tradition dimana makuda telah memperkenalkan blueberry cheese cake beliau.. amaigaadddd... Silap besar pi terai.. Memang jatuh cinta tak hengat dah.. Anak-anak makuda suka makan cheesecake tu. Makuda buat jugak at the very last minute..


Serious.. lebih sedap daripada Secret Recipe punya. most of us like it very much!! Love it!! Oleh yang demikian, haruslah Cip order daripada makuda.. Hantaran untuk tunang dan nikah last time mmg the blueberry cheese cake homemade from makuda.. *Love for blueberry cheesecake is in the air..

Selepas blueberry cheese cake, makanan yang tak sabar Cip nak makan di pagi raya nanti ialah masak lodeh disulami dengan kuah kacang mak mertua Cip.. Fuuuhhh! The best in the world.. Cip selalu panggey lontong. Tapi mereka orang Johor panggey lodeh ye? Yee... mak mertua Cip nih orang johor juge.. Teror masak.. seriously.. 

Selepas lodeh aka lontong tadi, last but not least wajiiiikkkk.... Made only by Cip's tok dekat Beruas sana tu.. Every year, without fail mesti buat punye satu loyang besar.. Tahun ni tah larat ke tak lagi.. Tak sabar nak jumpak tok..Lama sangat tak ketemu nih.. Wajik nih mmg Cip tak makan yang duk juai-juai kalau rupanya tidak seperti begini.. Sebab konfem kecewa rasanya tidak semanis, selemak, sesedap macam tok Cip buat.. 


All those food yang Cip mentioned above, betul-betul membuatkan Cip tak sabar nak raya.. Tak sabar nak menjamu juadah di pagi raya nanti.. It makes me very-very happy thinking all those things..

p palang s: Cip already remind makcik Cip to save me some rendang daging, semprit dahlia & cheese cake since Cip beraya di Kedah dulu.. 

*NOTE* gambaq makanan-makanan diatas adalah gambaq hiasan yang Cip googled. Gambaq hat yang betui akan Cip cuba nangkap kendian.. 

Aug 22, 2011

Sayu dan rindu..

Sayu... hati ini makin sayu...

Pagi-pagi lagi dah layan syahdu.. Hurmm.. Cip still couldn't get the feeling of raya just yet. Duk pasang lagu raya jugak nih. The happy ones. Still I don't feel anything at all. 

Usually lepas solat, Cip terus naik ke bilik untuk tido. Suami Cip bukan reti tido awal-awal nih. Cip kene bangun awal untuk prepare sahur so Cip ambik langkah proaktif kalau tak melepas sahur. Bukan sahur ape pun. Setakat air suam, Nesvita ke, megi goreng ke, biskut cicah teh ke.. 15 hari pertama puasa dulu,, mmg sahur makan nasik and all. Dah nak sampai ke penghujung nih, nak minum air pun tak lalu dah. Tapi pakse jugak. 

Sebelum tido, Cip akan do a bit of reading sampai la rasa mata nih tak mampu nak bukak lagi. Tapi malam tadi, mengantuk terus. Tak membaca ape pun. Mengantuk sangat agaknya.. Tapi masa suami Cip masuk bilik, Cip terjaga. Sebab Cip nih light sleeper. Senang nak terjaga. Suami Cip baring je dia terus cakap "Rindu dekat Farreal..." Meruntun hati Cip ni. Cip tau dia benar-benar rindukan Farreal. Sebelum kami terlelap, kami sempat sembang pasal toek. Tak lama pun. Masing-masing pun hanyut. Dalam hati Cip bisik as if macam toek mampu dengar.. "Kami rindu dekat awak.."

Aug 19, 2011

Tak lama dah..

Alahai.. nak raya dah.. Frankly speaking, Cip mmg takda persediaan pun untuk raya nih. Baju raya lagi la takda.. Sama la suami Cip pun. Kami sambut raya ala kadar sahaja ataupun mungkin last minute nanti baru la beli apa yang patut.. 

Cuma Cip tak sabar nak balik ke Sepang jumpak nenek dan atok Cip. Nak makan rendang nenek (walaupun bukan nenek yang masak). Mesti nenek dan atuk ternanti-nantikan kepulangan Cip, suami, Ues dan adik-adik sebab tahun ni adik-adik semua balik ke Perak dulu. 2nd raya papa Cip dah shoot nak balik ke Kelantan pulak. Entahlah Cip pun tak tahu planning papa Cip tu macam mana sebab habis je that week, Yana dah UPSR. 

Part yang paling sedih should be masa nak melawat kubur arwah ibu la.. Hurmm memikiorkannye pun buleh menitis ayor mate nih.. Huuu... Arwah ibu kalau order kuih raya pun banyak jugak tu.. If kami kene raya Perak dulu, mesti dia akan bagi Cip duit singgit² suh bagi kat Tok Jam utk bebudak yang nak datang beraya tu.. Kat mama (kakak papa) pulak dia bagi duit suh buat biskut milo utk kami.. Sebab kami adik-beradik suke bebenor makan biskut milo tu, mama buat banyak-banyak sampai kami lebam makan itu je.. 

Haish.. banyak sungguh memori nih. Hurmm mujur la dah few years kami beraya mcm gini.. Since arwah ibu ada lagi. Kene gilir-gilir la beraya dengan keluarga baru masing-masing. Kalau time ebraya dengan arwah ibu pulak, ada masa kami shoot balik Penang. Beraya kat sana ada la sekali dua kot masa 1st raya.. Kelantan, no experience lagi.. Mana nak tahu raya-raya akan datang kan. Kene tanya suami Cip ler..

Okay.. Raya dah dekat jer tapi belum sampai lagi.. Masih ada pelunag untuk mempertingkatkan ibadat kite.. So, Cip seru semua orang untuk dabel dan tripel kan amal ibadat kite semua.. Selamat Berjaya..

Aug 17, 2011

Books - Calling Romeo

The latest book by Alexandra Potter. Cip masih lagi tak habis baca. Rasanya last month kot beli. Bukan sebab tak best tapi bertangguh-tangguh. Setiap kali nak masuk tido, Cip baca sikit. Adakalanya, mengantuk tak hengat. So tak sempat nak baca even the first line terus je tido.


The first book Alexandra Potter yang Cip suke dan terus hooked ialah Becareful of What You Wish For.. Enjoy betul baca buku tu.

Ada lagi tajuk tajuk lain selepas tu. Well, tidak sebest BWYWF nih. Cip rasa pada mereka yang suka membaca chick flicknovel, boleh try sendiri baca hasil tulisan Potter ni.:D


Aug 12, 2011

Macs lagi for the 3rd time

Macaron dah sampai.. Yeay!! Haruslah makan masa sahur sat lagi... Tengah menapekan ia dalam freezer at this moment. 

A million thanks to Cikmin Macaron sebab siap bagi surprise lagik.. You are just so sweet gitew.. Terharu tau. As if like dapat birthday present macam tu gembiranya.. :D

Masa bukak-bukak kotak yang memprotectkan macaron tersebut, terusan Cip teringat sama Toek. Masa first time order macaron last time, Toek was here and he loves macaron so much. Aduuii.. Pilu pulak ati nih.. Tapi masa tu just because nak rasa so tak order banyak. Ada 15 pieces je. Cepat le abehnye.. Bila Toek ternampak gambar macaron tu dalam lappy, dia tanye Cip "Nde, nak makan yang itu.." Alahai... Kesian Toek. Cip kate la "Dah habes la Ues.. Nanti Nde beli lagi ye.." As a parent ape yang diminta oleh anak-anak nih, mmg kita nak bagi je. Kite pulak yang hampa lebih bila tak dapat nak tunaikan permintaan mereka. Kalau Cip save kan macaron ni macam mana? Mampukah macaron in bertahan sampai toek balik kesini nanti? *bunyik cengkerik

Dah nampak macaron yang berbalut dalam kotak tu, Cip terus simpan dalam freezer sebab ia lebih sedap lepas di freezekan at least 24 hours. Rupenye ada macaron extra Cikmin bagi sekali tapi letak dalam small plastic wrapping berwarna blue turqoise and white.  

Since Cikmin kata suruh inform kalau dah dapat, so Cip terus keluarkan hat dua ketui extra tu and shoot-shoot so that buleh upload kat FB and tag Cikmin just to let her know that her macs has arrived safely.

Cip ada mentioned dalam post sebelum ni yang bertajuk Mac-a-what kenapa Cip suke no ngan macs nih.. Well baru tiga kali je beli.. tergolong dalam golongan suke ke?? Hurmm.. buleh la khot ye.. Suke more than lite-lite bolay..?? *In love khot rasenye sebab susah nak dapat..
Dah bukak wrapping hat dalam box nanti, Cip nangkap lagik gambor macs yng sexy mexy serta menggiurkan tu.. Itupun kalau ler teman ghajin ye yeop.. assalammua'laikum.. Selamat bersahur..

Aug 11, 2011

Cinta Hati Kami Untuk Selamanya

Adik rindu kat ibu... 
Dah nak raya tak lama lagi bu.. 
Tahun ketiga beraya tanpa ibu.. 
Offcourse la sedih ibu tak ade masa pagi raya..
Sometimes I just pretend that you are working just like masa dulu-dulu.
Kan ibu selalu keje shift pagi raya pertama tu..
Kami semua tunggu kat rumah atok ngan nenek..
Tunggu ibu balik pukul 10 pagi tu, to celebrate raya together.. 


Adik rasa, beraya kat rumah atok ngan nenek agak sebak dan pilu..
I don't think it is just me but everybody...
Atok, nenek, your sister, brother, sisters & brother in-laws..
Apetah lagi Yana, Ekin, Abg Wan, Kak Fatimah...
Masing-masing tak tunjuk..
Tapi whenever kami melawat kubur ibu..
Tak dinafikan air mata ni mengalir jua..

Adik tak tahu how Abg Wan, Mizi, Yana and Ekin accept the fact of losing you...
Adik tak tahu bila mereka sedih dan rindu pada ibu..
Mungkin dikala adik tengah rindu dekat ibu nih..
Dorang pun duk rindu kat ibu sama..


Kebanyakan memori yang adik ingat pasal ibu..
Banyak masa ibu tengah menahan sakit pinggang yang teramat dekat rumah Plaza...
Ibu suruh adik tolong sapukan minyak angin dekat pinggang sebab ibu kate lenguh..
Pernah sekali tu masa ibu on the way balik dari hospital..
Ibu datang singgah ofis.. Settlekan pasal cheque..
Ibu tak sihat jugak masa tu.. 
Ibu berpeluh sejuk..
Adik nampak tangan ibu menggeletar... Ibu menggigil..
Ibu patut rest kat rumah masa tu..
But you act like you are okay...


Rindu nak tengok ibu senyum..
Rindu nak dengar ibu buat lawak yang tak berapa kami nak faham kadang-kadang..
Sebab sense of humor ibu tinggi sangat.. :)
Rindu nak sembang dalam phone dengan ibu..
Rindu nak berbuka puasa dengan ibu..
Rindu pergi shopping dengan ibu and the girls..
Rindu nak pi hang out and minum Starbuck dengan ibu
Rindu nak pi vacation dengan ibu..
Rindu bu.. Rindu sangat-sangat..
Thank you ibu for everything yang ibu buatkan untuk kami..
Insyallah kami takkan pernah lupa untuk sedekah Al-Fatihah buat ibu di sana...

Baru tiga tahun..
Lama-lama nanti okay la khot ye bu..?
Lama-lama nanti kami tak de la sedih-sedih lagi kan?
Lama-lama nanti kami akan get used dengan these feelings of missing you kan?
Ibu cinta hati kami.. 
Ibu... semoga ibu tenang di sana...

"Ya Allah, ampunkan segala dosa ibu kami dan tempatkan ibu kami ini di dalam golongan orang beriman."







When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.




It is kind of BIG thing bila one of our football player and BIG personality host just canceled off their engagement recently. Since both of them called of the engagement at almost the same time, so it got everybody's attention including la Cip. 

Kalau dah berpisah ni, sape yang tak sedih kan? Especially kalau hubungan tu dah lama sangat terjalin dan sebenarnya jauh disudut hati masih timbul rasa sayang. But disebabkan keegooan masing-masing, makanya hubungan tu lah jadi mangsa. Putus lah sudah kasih sayang...

Cip tahu, ada kawan-kawan juga mereka di luar sana, yang hatinya sedang terluka dek kerana putus cinta. Sabar lah ye.. Kebahagian akan hadir jua. Kamu perlu ada kepercayaan yang saat sedih ni akan berlalu. There's still a lot of people who loves you just as you are. So be strong and have faith..

Cip sebenarnya nak komen tentang lagu baru Stacy tu yang bertajuk Kisah Dongeng, Sekali dengar dan Cip terus jatuh cinta dengan melodi lagu tu. Melodi yang memang sedih. Cuma Pertama kali Cip dengar, Cip rasa lagu tu mungkin kurang sesuai denga nsuara Stacy. Dan pada masa itu jugak, Salma Mentor terlintas di benak Cip. Kalau Salma Mentor bawak la lagu Kisah Dongeng ni, huiishhh.. mau sedih tak hingat lagi..

Lagu Aku Permata yang merupakan lagu Salma dalam Mentor Final hari tu pun sedap di dengar jugak. First time dengar, mmg Cip tak tahu penyanyi nye Salma. Tapi bila dia tarik-tarik sore dia, rasa cam familiar je.



Haiishhh.. pendek kata, bila dah dengar dua-dua lagu nih terus je rasa sedih especially bila terkenangkan mereka-mereka yang baru je putus tunang, putus cinta dan terkecewa diluar sana...


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. 
Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Aug 10, 2011

Erti Ramadhan & Syawal

Welcoming Ramadhan Al - Mubarak
Syukur ke hadrat Illahi Cip masih lagi sempat menyambut Ramadhan pada tahun ini. Setiap kali masuk bulan Ramadhan, perkara pertama yang terlintas di dalam benak Cip ialah "Will this be my last Ramadhan?".. Maka, Cip akan sungguh sungguh menikmati saat-saat Ramadhan tu.. 

Memang Cip suka suasana di bulan Ramadhan ni. If dekat KL la Cip sekarang nih, everyday papa ajak berbuka kat rumah dia. Macam last year. Seminggu je Cip dgn Ekin berbuka dan bersahur di rumah. Selebihnya papa panggil suruh stay rumah dia. :D 


Bila dah pindah ke Kedah ni, Cip rasa a bit kelainan bilamana Cip yang the one masak everyday... :D Best tau.. Cip rajin nengok AFC dengan TLC. How I love all the dessert that they've been making.. So delicious!! 
Trifle - The simplest dessert

So bila Ramadhan berakhir nanti, Cip akan rasa sedih sangat sebab perasaan happy dan tenang yang Cip rasa tu, hanya bila tibanya Ramadhan.. 

However, 1st Syawal lah yang best sekali.. Masa malam pengumuman raya tu. Pagi raya.. The next day tu Cip rasa biasa je. Hopefully dapat la buat puasa enam awal sikit kan..? Cepat buat, cepat habis..
Ada seakan satu perasaan seronok yang sukar digambarkan apabila mendengar pengumuman nak puasa ataupun nak raya.

Apa yang Cip cuba sampaikan ialah betapa gembiranya Cip apabila melalui bulan Ramadhan. Kegembiraan yang amat sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Cip harap kome pun rasa apa yang Cip rasa ni.. :D Selamat menunaikan ibadah puasa ye..
Mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?

Aug 8, 2011

Make The Best Out Of Everything

Cepat betul dah nak masuk hari ke 9 puasa.. Baru je feeling-feeling aman damai menyambut Ramadhan.. Alhamdulillah.. So far berbuka puasa di rumah dan masak sendiri.. Puas hati sebenarnya masak sendiri ni.. Baru sekali berbuka di rumah mertua dan sekali di luar. Itupun sebab lepas mengajar, Cip rasa macam tak sempat nak masak since barang-barang dapur banyak yang dah berkurangan. 

Makanya Cip ajak suami berbuka di luar. Cip tak kondifen memula tu sebab suami Cip prefer makan dirumah. Tapi dia 'okay'kan aje permintaan Cip. Agak buntu juga kami nak berbuka dimana dalam keadaan last minute mcm tu. Sempat jugak kami meng'usha' tempat-tempat makan di Kuala Juru yang feymes dengan ikan bakarnya. Sebabnya, Kuala Juru ni Kampung Nelayan. Tapi round punye round kami akhirnya decide untuk ke Juru Autocity aje. Booked tempat, order makanan dan bayar. Pastu kami berdua berjalan-jalan kat area situ..

Cip rasa seronok sekali sekala dapat hang out dengan suami macam ni sambil menunggu masa untuk berbuka. Tapi hari tu mungkin sebab Cip mengajar, ditambah pula dengan tekak Cip yang dah serak kerana terlalu kering dan batuk yang belum sembuh adalah puncanya, membuatkan Cip rasa dahaga yang teramat sangat.. Sampaikan tengok air fountain kat situ buat Cip sampai tertelan-telan air liur. Setiap 5 minit Cip tanya suami dah pukul berapa.. Serious.. selama berpuasa nih, ini lah hari yang paling mendahagakan..

Tengok iklan macam gini pun jadik terliur..
Masa berbuka, 3 gelas air Cip minum.. Sungguh-sungguh dahaga namanya.. 

Cakap pasal dahaga, air yang Cip sangat suka minum waktu bulan puasa nih ialah air soya.. Tapi tu pun kalau makan makanan yang tak cepat kenyang.. Kalau Cip nak makan heavy meals, selalu Cip buat air sirap limau atau pun teh 'o' limau.. Uuii.. sgt sedap. 

'TING!!' Okay suddenly Cip teringat ada eskem asam boi dalam freezer. Tadi ibu bagi masa Cip datang umah sebab suami Cip nak bawak moto baru Cip balik. 
Gambar Hiasan

Hehehe... Moto nih Suami Cip beli sempena birthday Cip hari tu.. Dia kata senang Cip nak pegi kedai kat depan sana.. sayang kan suami Cip dekat Cip.. :D Lepas nih nak pegi mandi air terjun pun senang.. Kami berdua suka ronda-ronda naik motor.. 
Termasuklah Toek.. Seronok betul dia kalau dapat naik moto. Haish.. moto nih akan jadi milik dia la tak lama lagi..
Gambar Hiasan

Amacam?? Cool kan Demak DX90 nih.. Hahaha... Classic nih.. Cip teringat dulu Arwah Tok Wan Cip nye moto cenggini ler cume warna itam. Moto tu la dia duk bawak pi noreh.. Lepas nih Cip jadik minah rempit ler.. Vrrooommm.. Vrooommm... *peccuuuttttt...

Aug 5, 2011

Genap 3 tahun

Hari ni, genaplah 3 tahun pemergian arwah ibu Cip disebabkan oleh Cervical Cancer. Allah punya kuasa.. Jodoh dan kematian itu ditangan-Nya. Yang lain sebagai asbab sahaja.. 

Memang lain rasanya bila tidak ber'emak' nih. Tapi life must go on. Kita yang hidup, perlu teruskan hidup. Mereka yang telah tiada dah selamat berada di alam barzaqh, menunggu hari qiamat. Kita yang masih hidup ni macam kat waiting area. Menunggu masa. Yang pastinya each and every one of us will face death. Terdapat 99 sebab kematian dan sebab yang terakhir sekali ialah kerana tua. Kita cuma masih berpeluang untuk menentukan dimana kita akan end up. Syurga atau neraka.. 

Cip nih kira mmg ada gens untuk kene Cervical cancer sebab nenek Cip sendiri ada Cervical Cancer last time but caught in early stage.  She is still here with us. 

However, as arwah ibu Cip ni, dah kene diagnosed lama dah. Rasanya dalam tahun 2003. So she's on meds and everything (without any of her kids knowing. Cip tau ni pun lepas baca medical report dia.) and the cancer tu hilang. However, bila pegi routine check up balik, rupenye cancer tu datang balik and this time around dia spread quite fast. 

Menambahkan lagi risiko tu bila doctor suruh dia buang rahim and dia tak nak sebab dia intend untuk dapat baby lagi dengan 2nd marriage dia. Well, it became worse and doctor gave her 5 years to live masa tu (mengikut kata bapak tiri Cip la masa tu). 2 months before she passed away, mmg dia dah suruh Cip benti keje and keje dengan dia. Masa tu genap setahun Cip kerja dengan company lain. Dan masa tu Cip already know pasal cancer dia but she didn't share with us the cancer stage. So Cip ada hantar sekali sekala dia pi chemo but she never let me wait for her. Dia kata sekejap je. Dia suh tunggu dalam kereta. Masa tu Chemo dia buat dekat Damansara Specialist. The same doctor yang merawat Azean Irdawaty.

A month later, dia masuk ICU and katenye kidney dia shut down sekejap (Seriously masa tu mmg tak tahu menahu pasal cancer serviks nih). But yang Cip dan adik-adik dapat tau ialah sebenarnya dianye cancer tu kire advance and dah spread sampai ke kidney and kidney dia fail to function.   

A few times jugak Cip teman dia buat hemodialysis dekat Hospital Pantai. Kenangan semua tu. Masa tu pun Cip tak tahu betapa seriousnye bila kidney dah fail to function sebab arwah cakap kidney tu shut down sekejap je. Nanti dia okay balik. Macam mana lah Cip percaya je bulat-bulat kan? 

Ada jugak buat rawatan secara tradisional kat Beranang (suami Cip recommend. Masa tu kawan lagi.) Arwah ibu Cip ada la pegi few times. Cip pergi dengan dia sekali je. Masa first time ke sana tu la. Lepas-lepas tu, arwah ibu pegi sendiri dengan step-dad Cip.

So, sebulan yang terakhir, kami adik beradik memang stay dekat rumah dia the first 2 weeks tu. The last 2 weeks, kami semua kat rumah papa Cip. Dua hari sebelum dia meninggal dia call suruh jenguk dia. So Papa Cip pun setuju. Kami semua pi jenguk dia kat rumah plaza. Was very weird and awkward sebab selama arwah ibu Cip dah kawen lain and papa Cip pun kawen lain, tak pernah lagi the four of them(including my step mom & dad)  sit together as if nothing had happened. After that kami pun balik. 

Two days later, Allah swt ambil nyawa dia. Berakhir hidup dia sebagai khalifah Allah swt kat muka bumi nih. That is at the end of her life yang Cip remember.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. 
"Ya Allah, tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman"
Al Fatihah

Aug 4, 2011

Ahkak - 'Sorry jejari I tak runcing uollsss'

Cip baru je terbaca akan satu blog nih. Dia menggelarkan diri dia sebagai 'Ahkak'. Kelas deq Ahkak ni.. Blog dia pulak namanye 'Sorry jejari I tak runcing uollss'. Bukan blog jejariruncing ex-tunang kepada KFCM tu ye.. Ahkak ni turut meletakkan tujuan blog ini diadakan iaitu:


Salam 1 Malaysia. Tujuan belog ini di buat bukan untuk kejar glamour atau ambil kesempatan terhadap mana-mana pihak. Tapi sebagai manusia yang tidak ada kaitan antara mereka berdua, ahkak cuma mahu si Hering mintak maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah dihina, dimaki, dicerca dan sebagainya oleh beliau. beliau lah punca segalanya. beliau lah yg memburukkan keadaan yg sedia buruk. gitewwww statement ahkak! 

Boleh melawat dan baca sendiri la post-post yang ditulis oleh Ahkak ni. Cip baca, buat Cip tergelak je. Kelakar Ahkak nih. Ada juga benarnya msg-msg yang cuba disampaikan oleh Ahkak. Hambek yang baik je ye.. :D

Blog Button

Waahh.. pandainyeewww..... *kembang-kembang.. Ape yang pandai nih??!! Selama satu hari semalam (okay, bukan la 24 hours precisely tapi berejam jugak le) Cip belajo daripada internet nih mcm mana nak buat button untuk blog kita. Buleh letak kat sidebar. Kire mcm special la sikit blog kita tu.. Nampak customizenya.. Dan hasil paling simple yang Cip dapat buat ialah.. tadaaaa...







<center><a href="http://cikcippuding.blogspot.com"/><img src="http://i1106.photobucket.com/albums/h363/azrulazneeta/Artwork/BCCP.jpg"></a></center>


Cun tak? cun tak? Ehehehe... Pada Cip simple habis la dah tu.. Bercinta nak buat.. Nama pun first time buat kan?

Macam mana nak buat? Okay.. No worries.. TUTORIALnya disini...>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...