Aug 8, 2011

Make The Best Out Of Everything

Cepat betul dah nak masuk hari ke 9 puasa.. Baru je feeling-feeling aman damai menyambut Ramadhan.. Alhamdulillah.. So far berbuka puasa di rumah dan masak sendiri.. Puas hati sebenarnya masak sendiri ni.. Baru sekali berbuka di rumah mertua dan sekali di luar. Itupun sebab lepas mengajar, Cip rasa macam tak sempat nak masak since barang-barang dapur banyak yang dah berkurangan. 

Makanya Cip ajak suami berbuka di luar. Cip tak kondifen memula tu sebab suami Cip prefer makan dirumah. Tapi dia 'okay'kan aje permintaan Cip. Agak buntu juga kami nak berbuka dimana dalam keadaan last minute mcm tu. Sempat jugak kami meng'usha' tempat-tempat makan di Kuala Juru yang feymes dengan ikan bakarnya. Sebabnya, Kuala Juru ni Kampung Nelayan. Tapi round punye round kami akhirnya decide untuk ke Juru Autocity aje. Booked tempat, order makanan dan bayar. Pastu kami berdua berjalan-jalan kat area situ..

Cip rasa seronok sekali sekala dapat hang out dengan suami macam ni sambil menunggu masa untuk berbuka. Tapi hari tu mungkin sebab Cip mengajar, ditambah pula dengan tekak Cip yang dah serak kerana terlalu kering dan batuk yang belum sembuh adalah puncanya, membuatkan Cip rasa dahaga yang teramat sangat.. Sampaikan tengok air fountain kat situ buat Cip sampai tertelan-telan air liur. Setiap 5 minit Cip tanya suami dah pukul berapa.. Serious.. selama berpuasa nih, ini lah hari yang paling mendahagakan..

Tengok iklan macam gini pun jadik terliur..
Masa berbuka, 3 gelas air Cip minum.. Sungguh-sungguh dahaga namanya.. 

Cakap pasal dahaga, air yang Cip sangat suka minum waktu bulan puasa nih ialah air soya.. Tapi tu pun kalau makan makanan yang tak cepat kenyang.. Kalau Cip nak makan heavy meals, selalu Cip buat air sirap limau atau pun teh 'o' limau.. Uuii.. sgt sedap. 

'TING!!' Okay suddenly Cip teringat ada eskem asam boi dalam freezer. Tadi ibu bagi masa Cip datang umah sebab suami Cip nak bawak moto baru Cip balik. 
Gambar Hiasan

Hehehe... Moto nih Suami Cip beli sempena birthday Cip hari tu.. Dia kata senang Cip nak pegi kedai kat depan sana.. sayang kan suami Cip dekat Cip.. :D Lepas nih nak pegi mandi air terjun pun senang.. Kami berdua suka ronda-ronda naik motor.. 
Termasuklah Toek.. Seronok betul dia kalau dapat naik moto. Haish.. moto nih akan jadi milik dia la tak lama lagi..
Gambar Hiasan

Amacam?? Cool kan Demak DX90 nih.. Hahaha... Classic nih.. Cip teringat dulu Arwah Tok Wan Cip nye moto cenggini ler cume warna itam. Moto tu la dia duk bawak pi noreh.. Lepas nih Cip jadik minah rempit ler.. Vrrooommm.. Vrooommm... *peccuuuttttt...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...