Finally Cip already got the feelings untuk raya. Lite-lite baru. Macam mana Cip dapat? Hahahaha.. Cip bayangkan all the foods yang bakal ada atas meja nanti... So antara makanan yang Cip looking forward utk makan nanti ialah rendang daging rumah nenek Cip..
Nenek Cip mmg pandai masak. Nasi lemak kukus dia terbaeekkk... Sambal dia.. fuuh lagi la.. Memang mengancam. However, since nenek sakit, tak larat dah nak masak-masak. So makcik Cip take over. Tak sehebat masakan nenek tapi dah ala-ala kire dah cukup bagus.. Nenek Cip still jadi tukang kritik.. Telling whether cukup pedasnya atau pun tak.. masinnya.. rasanya.. semualah..
Kalau dulu-dulu mau sampai 20 kg daging buat rendang.. Everybody akan bawak balik sikit-sikit.. because terlalu sedap.. *in heaven membayangkan aroma rendang daging itu..
Lepas rendang, kuih semprit makuda pulak.. Cip sendiri pun tak pasti ape yang makuda Cip letak dalam semprit dia sampai menjadi kegilaan kami sepupu-sepapat.. Okay anak-anak dia sekali pun.. Sometimes buleh jadi ala-ala 'pop corn' sambil nengok tibi. Makan dari balang terus pulak tu.. (sepupu Cip ye.. Bukan Cip).. Kadang-kadang kene sorokkan sebalang dua takut habes..
Makuda Cip juga memang dikenali sebgai pakar memasak juge.. Orang Johor le katekan.. Kalau datang rumah dia, memang dijamukan dengan makanaan sesaja.. Selalunya sebelum makuda balik ke Muar, Johor, mesti singgah umah nenek di Sepang dulu.. Bagi kuih raya dekat nenek utk jamu tetamu yang datang tapi kebanyakan kami cucu dia yang duk habeskan..
Tahun lepas la bermula new tradition dimana makuda telah memperkenalkan blueberry cheese cake beliau.. amaigaadddd... Silap besar pi terai.. Memang jatuh cinta tak hengat dah.. Anak-anak makuda suka makan cheesecake tu. Makuda buat jugak at the very last minute..
Serious.. lebih sedap daripada Secret Recipe punya. most of us like it very much!! Love it!! Oleh yang demikian, haruslah Cip order daripada makuda.. Hantaran untuk tunang dan nikah last time mmg the blueberry cheese cake homemade from makuda.. *Love for blueberry cheesecake is in the air..
Selepas blueberry cheese cake, makanan yang tak sabar Cip nak makan di pagi raya nanti ialah masak lodeh disulami dengan kuah kacang mak mertua Cip.. Fuuuhhh! The best in the world.. Cip selalu panggey lontong. Tapi mereka orang Johor panggey lodeh ye? Yee... mak mertua Cip nih orang johor juge.. Teror masak.. seriously..
Selepas lodeh aka lontong tadi, last but not least wajiiiikkkk.... Made only by Cip's tok dekat Beruas sana tu.. Every year, without fail mesti buat punye satu loyang besar.. Tahun ni tah larat ke tak lagi.. Tak sabar nak jumpak tok..Lama sangat tak ketemu nih.. Wajik nih mmg Cip tak makan yang duk juai-juai kalau rupanya tidak seperti begini.. Sebab konfem kecewa rasanya tidak semanis, selemak, sesedap macam tok Cip buat..
All those food yang Cip mentioned above, betul-betul membuatkan Cip tak sabar nak raya.. Tak sabar nak menjamu juadah di pagi raya nanti.. It makes me very-very happy thinking all those things..
p palang s: Cip already remind makcik Cip to save me some rendang daging, semprit dahlia & cheese cake since Cip beraya di Kedah dulu..
*NOTE* gambaq makanan-makanan diatas adalah gambaq hiasan yang Cip googled. Gambaq hat yang betui akan Cip cuba nangkap kendian..
No comments:
Post a Comment