Aug 19, 2011

Tak lama dah..

Alahai.. nak raya dah.. Frankly speaking, Cip mmg takda persediaan pun untuk raya nih. Baju raya lagi la takda.. Sama la suami Cip pun. Kami sambut raya ala kadar sahaja ataupun mungkin last minute nanti baru la beli apa yang patut.. 

Cuma Cip tak sabar nak balik ke Sepang jumpak nenek dan atok Cip. Nak makan rendang nenek (walaupun bukan nenek yang masak). Mesti nenek dan atuk ternanti-nantikan kepulangan Cip, suami, Ues dan adik-adik sebab tahun ni adik-adik semua balik ke Perak dulu. 2nd raya papa Cip dah shoot nak balik ke Kelantan pulak. Entahlah Cip pun tak tahu planning papa Cip tu macam mana sebab habis je that week, Yana dah UPSR. 

Part yang paling sedih should be masa nak melawat kubur arwah ibu la.. Hurmm memikiorkannye pun buleh menitis ayor mate nih.. Huuu... Arwah ibu kalau order kuih raya pun banyak jugak tu.. If kami kene raya Perak dulu, mesti dia akan bagi Cip duit singgit² suh bagi kat Tok Jam utk bebudak yang nak datang beraya tu.. Kat mama (kakak papa) pulak dia bagi duit suh buat biskut milo utk kami.. Sebab kami adik-beradik suke bebenor makan biskut milo tu, mama buat banyak-banyak sampai kami lebam makan itu je.. 

Haish.. banyak sungguh memori nih. Hurmm mujur la dah few years kami beraya mcm gini.. Since arwah ibu ada lagi. Kene gilir-gilir la beraya dengan keluarga baru masing-masing. Kalau time ebraya dengan arwah ibu pulak, ada masa kami shoot balik Penang. Beraya kat sana ada la sekali dua kot masa 1st raya.. Kelantan, no experience lagi.. Mana nak tahu raya-raya akan datang kan. Kene tanya suami Cip ler..

Okay.. Raya dah dekat jer tapi belum sampai lagi.. Masih ada pelunag untuk mempertingkatkan ibadat kite.. So, Cip seru semua orang untuk dabel dan tripel kan amal ibadat kite semua.. Selamat Berjaya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...