Dec 23, 2011

Groceries


Between Cip dan suami, yang selalu pegi shopping untuk barang-barang rumah ialah suami Cip sendiri. Kalau nak diikutkan, suami Cip lebih cerewet daripada Cip dalam membeli barang-barang rumah ni. He'll take forever bila memilih barang yang hendak dibeli. Even pilihan pencuci baju, shower foam dan yang sewaktu dengannya. Therefore, it explain why suami Cip yang end up beli groceries seorang diri. Selain daripada tu, Tesco, Carefour dan Jusco berdekatan dengan office dia. It's easier for him as well. Tak perlu nak patah balik bila dah balik ke rumah.


So semalam before suami Cip balik keje dia call and asked what are the things that needed to be bought.. Kalau dah kene tanya directly macam tu mana lah ingat kan sebab the list can go on and on and on. Dua bende je yang Cip ingat sebab dah habis. Minyak dengan beras. Untuk pertambahan barang pesanan tu, selalunya Cip will just email je dekat dia the list

Dia tanya lagi, 

"Awak ada teringin nak makan apa-apa tak?"

Wahhh.. soalan cepu emas tu.. Tapi belum sempat nak jawab dia dah bagi T&C pulak..

"Jgn kata nak makan Big Apple pulak. That is all the way kat Perda sana. I am here in Tesco."

Tak terpikir pun nak Big Apple tapi bila dah husband kata dia dekat Tesco je, Cip pun blur tak tahu nak pesan apa suh bawak balik untuk kudap-kudap. So Cip pun cakap,

"Err.. tak tahu lah nak makan ape. Tekak pun agak kurang sedap nih. You just buy the beras and minyak. Tu yang penting."

And the conversation ended.

Then after that baru la Cip teringat macam nak makan chocolate. So Cip msg suami beli kan chocolate sekali. Dalam kepala tu mmg nak suruh dia beli black forest punye chocolate tapi kang takut dia dah kuar pulak daripada Tesco. Jenuh pulak dia nak mencari chocolate jenih hat tu.. Kire redha je la chocolate ape pun yang suami Cip akan beli nanti. 

Setiba je suami Cip dirumah, angkut-angkut all the groceries yang dia beli, Cip ternampak chocolate. And believe it or not, dia belikan Cip chocolate black forrest yang popped dalam mind Cip masa pesan kat dia tu. Macam ter'amazed' sekejap that he knew what I would choose
Kalo ues nih, instead of chocolate, dia akan tersasul cakap choleket.. hehehe..
Okay, dah lama kenai takkan tak tahu lagi kan citarasa spouse memasing, people would asked. :D hehehe.. The thing is Cip does not fond of chocolate sangat pun. Beli pun bila drive long journey to KL or back to Kedah. itu pun sekali sekala bila teringin nak makan.

My point is that, when the person you love know the things you like and bought them for you without having to ask for it, you;d definitely felt appreciated deep inside and that makes you love them so much more.


P palang s: Bee, thank you for the lovely gesture... I am so happy. :D

Dec 19, 2011

Melangkah ke dunia Akil Baligh


Alhamdulillah.. Hari ni, genap lah sudah setahun usia perkahwinan Cip dan suami. Melihatkan pada angka '1' tu macam sikit je kan? (At least to me) Dan Cip sudah membayangkan another 10 years lagi. Angka satu bukan lah bermakna apa pun pada Cip namun menjadi satu titik kepada tahun-tahun yang akan bakal mendatang Insyallah..

Ini merupakan perkhabaran yang hampir setahun lamanya. Tajuk post Cip hari ni ada kene mengena dengan apa yang hendak Cip ceritakan. Setahun yang lepas Cip berkesempatan melibatkan diri dalam satu kursus untuk kanak-kanak (perempuan) yang berumur 10-13 tahun. Kursus ini lebih kepada bengkel yang dipanggil Bengkel Akil Baligh Melangkah Ke Alam Dewasa di organizekan oleh Khalifah Institute.

Program untuk tahun ini

Apa dia Bengkel Akil Baligh ni?

Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh serta hubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat. 

Bukan senang nak explain pada anak-anak kite yang sudah hampir mencapai umur akil baligh tentang tanggungjawab mereka apabila mereka sudah baligh di kemudian hari terutamanya perbincangan tentang seks serta apa dia yang dikatakan harrasment, molest dan rape

Cip akui yang anak Cip bukan la nak akil baligh dalam masa terdekat ni tapi Cip masih ada adik adik yang nak baligh tak lama lagi. Selain daripada tu Cip involvekan diri kerana Cip nak mempersediakan diri sendiri and get the picture macam mana nak cakap dengan anak-anak yang akan masuk ke alam akil baligh ni nanti.


Bengkel ni untuk perempuan je ke?

No lah.. Untuk perempuan dan lelaki tetapi sesinya dilakukan berasingan. 

Apa aktiviti dalam bengkel tu? 



Penceramah?

  • Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku “Ibu Dibelai Anak Dibuai”)
  • Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
  • Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)
Apa yang Cip buat sepanjang bengkel berlangsung?

Sepanjang ceramah dijalankan, kami para ibu dan penjaga ada duduk dibelakang sekali. Kami pun turut serta mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah tersebut. Begitu juga dengan waktu makan dan solat.

Cuma pada sesi aktiviti dalam kumpulan, para ibu dan penjaga (Cip sorang je bukan dikalangan ibu) berkumpul dalam dewan dan kami ada melakukan usrah tentang masalah² yang dialami oleh para ibu ini dengan anak perempuan mereka. Perbincangan ini sedikit sebanyak membantu kerana ada pandangan² bernas yang diberikan oleh para ibu yang lain bagi masalah yang sedang mereka hadapi.

Apa yang Cip dapat out of this bengkel?

Yang paling utama ialah pengetahuan. It opened my eyes to alot of things. Cara berkomunikasi dengan anak², cara approach mereka the right way and also cara untuk menegur kesilapan mereka. 


Masa dalam perbincangan bersama para ibu tu, ada seorang ibu yang meluahkan betapa fed-up dia dengan anak perempuan dia yang asyik involved dengan budak sekolah menengah (don't get me wrong). Bukan fed up ape pun. Macam² cara dia dah buat termasuklah pergi ke segala macam kursus motivasi untuk ibubapa tapi anak dia still lagi nak involve dengan budak lelaki (jiran dia) yang umurnya baru masuk 13 tahun. Dia sangat risau sampaikan dia siap buat gazebo depan rumah untuk anak perempuan dia nih belajar dengan kawan² dekat rumah sendiri instead of pergi belajar kat rumah kawan yang lain. Bila dia rampas handphone anak dia, anak dia finds a way to beli handphone baru with her own pocket money. Itu pun kantoi.. So end up she doesn't know what to do anymore.. dan ape yang Cip nampak dekat ibu nih is she's confused on how her daughter end up like that sebab kata dia lagi, masa dia sekolah dulu tak pernah ada boifren. Even masa dia dah pegi further study oversea sekalipun takda boifren. All she did was study and study.. So she doesn't understand ape salah dia sampai anak dia tak macam dia. By the look of her face, she is so frustrated with herself sebab tak dapat jadik good parent but tempias dia nampak macam dia benci anak dia. 

Therefore Cip pun bersuara la. Apa yang Cip offer to her was a view or perspective me as a daughter and what parents might not see and understand sometimes. Trust me she doesn't even like to hear it (boleh nampak thru her expression yang dia tak suke sangat²). Alhamdulillah Cip punye point of view di sokong oleh Dr. Alini herself konsultan kepada Khalifah Institute juga merupakan salah seorang mentor Cip masa Cip menghadirkan kursus Khalifah beberapa tahun sebelumnya.

However, Cip fall in love dengan this one ibu nih on her way of communicating dengan anak dia. She told us stories macam mana hubungan dia dengan anak perempuan dia nih.. 
The way she talks to her.. Dia selalu travel pergi oversea atas urursan kerja so memang selalu terpaksa tinggalkan anak dia but somehow she finds away to keep on communicating (skyping) and at the same time managed to be friend dengan anak dia sampaikan anak dia tak keep any secrets at all dengan dia. Even tell her about the guy she likes and things yang anak² jarang nak share dengan parents.

Untuk ibubapa ataupun bakal ibubapa diluar sana, marilah kita bersama-sama menambah baik ilmu yang kita ada supaya dapat diturunkan pada anak-anak kita. Kelak mereka inilah yang akan menjadi pelapis bagi masyarakat yang akan datang. Segala-galanya bermula dengan diri kita sendiri. Jazakallah..

Dec 12, 2011

Movie Review: Ombak Rindu & Twilight Breaking Dawn Part I

Weee.... Finally dapat jugak Cip spent few hours berlibur tengok movie last weekend in Queensbay Mall. That night Cip dan suami ada dinner date dengan sedara-mara sebelah suami Cip yang datang cuti-cuti M'sia di Penang ni. Anyway, this is what I think about the movie.

Twilight Saga: Breaking Dawn Part I


Sebelum movie nih di releasedkan lagi Cip already read the novel for the second time so basically mmg very clear how the story goes in my head after reading it. Yang paling Cip kagum sekali dalam movie Twilight Saga kali ni ialah effect dia. Especially bila Bella berubah jadik sangat cengkung mukanya dan sangat kurus badannya. Betul-betul believable
Bila Bella find out yang dia akan mati melahirkan baby yang dikandungkannya..

Yang paling best, suami Cip loved the movie, even though dia Team Jacob & Cip pulak Team Edward. 

In short, it is worth your money to watch the movie dekat panggung. Worth it sampai Cip rasa buleh je kalau nak pi tengok lagi sekali. But tak sebest kalau tunggu bluray dia kuar nanti sebabnya there's a few important scene yang kene potong bila dalam panggung. Therefore, I'll be waiting for the bluray indeed. 

*Review New Moon & Eclipse

Ombak Rindu


As for Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz ni, I can say that tak worth your money and typical Malay movie la. Yes.. Cip mmg ada baca novel dia masa UNITEN dulu and even bought the novel baru-baru nih (demi nak recall balik macam mana jalan cerita dia). Tak mahal pun RM19.90 je.. 

Suami Cip kata jalan cerita dia mmg bagus tapi penyampaian dia tu tak believable. Kalau pengarah dia Kabir Bhatia, mungkin apa yang disampaikan lebih cantik. Pada Cip watak Izzah yang dibawa Maya Karin menjadi, walaupun loghat dia serta penampilan dia masih tak cukup nampak macam budak kampung.. Watak Hariz yang dibawa oleh Aaron Aziz pulak mungkin tak berapa menjadik. I mean Aaron berlakon mmg bagus tapi sebagai watak Hariz, I just don't believe it entirely. Cakap pasal watak mak Hariz dengan tunang Hariz tu pulak.. Haishhh.. The way they wanted to portray the watak most of the time tak fit with the profile tu. Maksud Cip ialah watak yang dibawa oleh pelakon tak fit dengan profile watak tu sendiri.

"Abang rindu sangat dengan Izzah.."
Namun Cip tak nafikan, yang orang len duk tengok sampai menangis-nangis tu adalah kerana terbawa-bawa dengan watak Seth Tan yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dalam cerita Nora Elena tu. Tambahan ada part Aaron Aziz menangis pulak tu haishh... depa hat peminat Aaron Aziz nih, mau tak menangis sama.. Ada satu scene je yang Cip hampir menangis.. tapi tak mengalir air mata pun.. Selain daripada itu, mereka yang pergi tengok akan rasa best je cerita ombak rindu nih kalau dorang pernah mengalami situasi atau masalah yang lebih kurang sama dengan jalan cerita tu. Konfem terbawa-bawa punye menangis sampai basah shawl yang siap boleh perah lagi. Hahaha...

As for Cip, 10 min before cerita tu habis, Cip tak sabar nak keluar sebab tengkok dh lenguh duk ke kiri.. pastu ke kanan.. Pheww... 

p palang s: Citarasa kita semua berbeza-beza..:D

Dec 9, 2011

Tauhu Goreng Pedas

My favourite!! *WARNING!! Sangat sangat pedas*

Buleh je kalau nak try. Resepinya seperti dibawah:

Bahan-bahan:


  1. Tauhu *selalu Cip beli 5 ketul
  2. Bawang merah *Mayang halus 
  3. Bawang putih *Mayang halus
  4. Halia
  5. Cili api
  6. 3 sb Sos tiram
  7. 5 sb kicap manis *ikut pada kepekatan yang disukai
  8. Gula dan garam *cukupkan rasa


Potong tauhu kepada empat bahagian.


Gorengkan sehingga kekuning-kuningan

Letak ditepi kemudian buleh ditumiskan bahan bahan hirisan lain.


Cili api.
Jangan terkejut. Cip mmg sangat suke buat pedas-pedas.


Bawang putih

Halia

Selalunya Cip tumiskan cili api didalam minyak supaya ia masak terlebih dahulu.

Agak² nak dekat garing cili api tadi masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.


Apabila kesemua bahan bahan tadi nampak garing, masukkan sos tiram.
Kemudian masukkan kicap. Kacau sehingga sebati.

Siramkan keatas tauhu goreng tadi.
Ready to be eaten with nasik..
Or you can just eat it like that.. Perghhh... Berdesing pedas dia..

Dec 8, 2011

Cuti-cuti pi Krabi

Murah rezeki husband Cip sebab dapat bawa Cip, toek, ibu dan ayah mertua Cip disertai oleh dua buah family lagi. Cip pun tak tahu mana datang idea suami Cip tu nak ke Krabi dengan berkonvoi menaiki kereta. Tapi mcm tu lah. Kita merancang, tuhan menentukan segalanya. 

Kami semua berjumpa di stesen minyak Shell di Seberang Jaya (mengikut perjanjian pukul 10 dah gerak alih² gerak pukul 12) dan daripada situ kami bergerak ke Imigrasi Bukit Kayu hitam yang memakan masa satu jam (dah kata pun berkonvoi bawak anak² kecil sekali.). Tapi dalam perjalanan ke Bukit Kayu hitam tak la pulak rasa lama. Kire tak jauh la pun daripada rumah Cip. 

Keluar daripada Bukit Kayu Hitam kami terus parking kereta dan berjalan kaki bagi memasuki border Thailand pulak. Termasuk perlu mengisi declaration form untuk kereta yang hendak dibawa (insurans telah pun kami beli masa on the way ke Bukit kayu Hitam tu). Lepas je border Thailand kami terus tiba di bandar Dannok. Dalam pukul dua petang rasanya masa tu. 


Daripada Dannok kami terus bergerak ke Krabi berlandaskan GPS yang dibawa. Perjalanan mengambil masa 6 jam termasuklah berhenti di beberapa buah tempat untuk menyahut panggilan alam (Buang ayaq), beli redbull (kat M'sia sebotol 2.80 tapi kat Thailand sebotoi singgit aje), makan eskem, beli langsat dan yang sewaktu dengannya..


Setiba di Krabi sudah pun pukul 8 malam. Resort kami dikelilingi hutan dan bersebelahan bukit batu kapur. Dua tiga kali jugak lalu lang kat jalan besar baru jumpa tempatnya.


Selepas check in dan unpacked barang daripada dalam kereta, suami Cip keluar bersama kawan yang lain untuk menyewa motor bagi tujuan beronda² disekeliling Krabi keesokannya harinya.


The next day, kami mulakan aktiviti island hoping iaitu ke Hong Island. Betapa indahnya tak terluah dengan kata². 'This would be the happiest day of my life' kata Cip dalam hati.



Air laut yang jernih dan bersih, pasir pantai yang sangat halus, langit cerah tanpa awan... Masyallah.. Keterujaan nak mandi bukan berada di mata toek sahaja. Malah Cip juga dah tak sabar² nak terjun. Nak hitam ke ape ke, tu perkara terakhir dalam fikiran Cip.


Kami juga melawat beberapa pulau yang berdekatan. Spend masa dalam sejam lebih di setiap pulau.





Sebelum melangkah pulang ke resort masing², kami dibawa ke tempat untuk bersnorkelling.. Weee!!! Ikan²nya yang sangat friendly..



Punye penat la hai... Balik daripada island hoping mmg badan dah sangat letih..Berehat seketika kemudian kami keluar meronda naik motor dan singgah makan malam di Adam Bungalow. Salah satu restoran muslim di Krabi. 

Hari yang seterusnya, aktiviti menaiki gajah pula dilakukan.. Selepas breakfast, kami semua menunggu tour guide yang bertanggungjawab membawa kami menaiki tuk tuk untuk ke taman gajah berkenaan. Bukan murah naik gajah tau. RM80 (800 baht) satu kepala. Tapi disebabkan rombongan kami nih ramai dan kami menggunakan khidmat tourist guide, setiap orang hanya di caj 600 Baht iaitu 60 hengget selama satu jam.

Sempat bagi gajah makan..
Balik daripada naik gajah, kami semua singgah di Adam Bungalow untuk makan tengah hari. Selesai makan tengah hari kami teruskan aktiviti bershopping.. Tapi Cip dan toek balik semula ke resort sebab kami nak mandi pool pulak.. swimming pool di resort kami sangat lah cantik. Rugi tak spend masa berenang² dalam keindahan dikelilingi hutan macam tu.


Balik semula ke bilik kami semua kepenatan dan terus je tertidur sampai keesokan paginya.

The next day, bila dah packing² barang letak dalam kereta, check out sume, kami berjalan² meronda Krabi buat kali terakhir sebelum motor yang disewa dikembalikan semula.


Perjalanan kami tidak berakhir disitu apabila ada yang mencadangkan untuk bermalam di Hatyai malam itu. Jadinya malam tu mujo ler masih ada hotel yang available untuk kami diami untuk melepaskan penat dan lelah duduk dalam kereta berejam.

Keesokan harinya baru lah kami shoot ke Dannok, shopping sikit dan terus keluar dari bumi Thailand dan masuk semula ke tanah tumpah darahku, Malaysia.

Sepanjang perjalanan balik tu, bila Cip bayangkan semula percutian kami kali nih.. Cip tersenyum sorang sorang sebab Cip sangat happy bila memikirkan pulau-pulau dan air laut yang cantik tu.. Puasnya hati bercuti macam nih..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...