Showing posts with label Nursing. Show all posts
Showing posts with label Nursing. Show all posts

Sep 7, 2012

EBM - Penyimpanan

Baru je lepas ke blog Nieza. Nieza ada tanya tentang penyimpanan EBM. Hopefully this info will help you out..


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. 

TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

FRIDGE/FREEZER?

Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)
  • bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
  • pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

SOURCE

TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Dapatkan maklumat bergambar DISINI

Aug 27, 2012

Disposable or washable?



Cip masih mencuba-cuba pelbagai brand bagi nursing pads. So dalam entry ni Cip nak bagi review tentang nursing pad yang Cip udah terai..  So far semua yang Cip pakai, semuanya disposable. Baru baru nih je ade terai washable. 

Memula dulu masa baru deliver, tak tahu akan kepentingan nursing pad. Seriously. So baju tu senantiasa aje lah basah. Susu tengah banyakkan? Cip tak ingat first brand yang Cip pakai sebab hat tu member yang bagi masa kandungan Cip enam bulan. 

First nursing pad yang suami Cip belikan ialah Bebe.

Bebe ni cepat lunyai. Sekiranya susu tu tak berapa nak banyak flow dia leh la pakai kot. Tapi rasa rasa kalau banyak better beli yang lebih better protection dia. Kalau tak habeh baju tetap lencun.

Next husband Cip belikan pulak Bumble Bee.


Cip rasa nursing pad brand Bumble Bee nih paling sesuai dan protection dia lebih better untuk Cip. Susah lah nak bocor walaupun sometime pakai sampai lencun. Plus tak lunyai teruk teruk. Dekat kedai baby yang husband Cip selalu beli barang baby tu, dia buat promotion selalunye beli dua dalam 30 lebey rasanya.


Pernah jugak out of stok so the only brand yang tinggal ialah Farlin. 



Farlin nih pun lebih kurang jugak kualiti dia macam Bebe. Cuma packaging Bebe tu lebih cantik la kot. Cip tak suke jugak guna Farlin. Cepat lunyai. Sekejap je habis. 

Ada sekali tu nak terai la guna washable. Jimat sikit kan bila pakai kat rumah tu. Husband Cip belikan brand Farlin jugak sebab kedai tu takdok brand lain. 

Terai aje la.. Adeehhh... Kadar serapan brand Farlin hat washable punye, amat mendukacitakan. Tak yoh beli lah. Member kata hat Pureen punya bagus. Nanti nanti lah terai hat tu pulak.

Then hari tu kedai tutup so terpaksa la beli Bebe semula.

Baru baru nih Cip terai pulak brand Tollyjoy. Cari Bumble Bee takdok. Cip dah expect yang Tollyjoy punye mungkin tidak akan memuaskan. 

Tekaan Cip salah belaka. Eh, not bad la. Okay la.. Ni pun baru gune for few days.. I love it. 

So in the future kalo ada lagi hat nursing pad lain Cip terai, Cip leh review lagi. Tu pun kalo masih menyusu badan laa..


p palang s: comel la pulak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...