Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Sep 2, 2012

Segmen:Mari Berkenalan


Lepas tengok CCI buat entry berkenalan nih, Cip pun nak join jugak le.. Leh berkenalan dengan lebih ramai bloggers di luar sana. Cool jugak.



NAK KENE BUAT APE???

Jawab aje soklan dibawah dengan membuat entry baru di blog anda...



Azrul Azneeta Binti Aziz nama diberi. Kalau tak salah Cip, Azrul tu berkemungkinan besar gabungan nama arwah ibu dengan papa Cip. Azneeta tu atuk Cip yang rekomen sebab Cip cucu perempuan pertama dalam family.. :D


28 tahun dah umur Cip. Kalau ikut kalendar Islam, 29 tahun


Cip berasal dari KL dan membesar di Serdang Selangor. Sekarang dah migrate ke Kedah mengikut suami.


Cip tak pasti la orang tau ke tak tapi Cip dah terikut habit arwah mak Cip, bila lapar Cip akan gigit gigit lidah  macam chewing gum tu pakai gigi geraham . Kire pelik or biasa tu?




Banyak je. sape pun yang update Cip akan konfem baca. Komen dgn tak je.. Tapi Cip selalu sangat singgah kat blog nih..



&




Banyak khot kenangan yang tak dapat lupe. Cip bagi salah satu la ye. Masa tu mungkin Cip berumur 4 - 5 tahun agaknya. Prmbantu rumah Indonesia lari daripada rumah tinggalkan Cip, Abang Cip yang tua setahun dengan adik Cip yang kalau tak salah baru beberapa bulan sahaja umurnya.



Cip start blogging dari umur 18 tahun. Masa tu baru je masuk U. Banyak blog yang Cip dah gune macam wordpress, blogdrive, friendster dan ada satu lagi tapi lupe dah.




Blog Cip basically macam diary yang tak berapa nak private la kot. Semuanya berkisar pasal perkara yang Cip buat di hari hari biasa, pasal anak anak and my deep thought.



Cip suka bercerita. Daya imaginasi Cip tak luas sangat tapi Cip suka menulis agaknya. Dulu masa kecik kecik memang ada pasang cita cita nak jadik journalist. 


  Cip first time singgah di blog rien. Tak sempat baca apa apa pun lagi. Terus dapat link join segmen nak berkenalan ni ha.. nanti Cip ada masa Cip akan singgah lagi. Tapi dari first impression, Cip tengok banyak tajuk tajuk menarik yang Rien buat. Memang menarik nak baca. No wonder ramai followers. Mesti hebat nih.. Paling penting, Cip suke doodles kartun kartun tu semua.. Comel.

p palang s: Segmen ini dikelolakan oleh

SELAMAT BERKENALAN!!!

Bila dah start masak...


Masa raya ketiga hari tu husband Cip mmg dah habaq awai awai kata nak buat open house. Few days jugak brain storming nak masak ape. Tahun lepas Cip masak meehun sup. Ke soto eh? Kalau tak salah Cip ada buat bergedil sekali. Alamak lupe la pulak. Lebih kurang la. Sup ayam yg pastinye. So this year jenuh jugak la memikir sebabnya sudah ada anak kecil maaa.. Manakan nak motong bahan, nak masak, nak breastfeed.. Makanya perlu come up dgn menu yang simple. Iaitu mudah. Yeee.. Simple mudah, pimple jerawat. Ada beza ye..

Kalau ngikutkan husband Cip dia suh repeat ja menu tahun lepas. Malu la Cip. Kang depa kata duk buat menu sama ja every year kan? Ye la.. Cip pun bukan terer mana nak jamu ramai orang nih. Seriously.. Bukan lah pandai masak pun. Setakat makan sendiri sendiri ni, ate teman buleh le buat. Resepi pun teman ngikut resepi internet.

Brain storm punye brain storm, Cip bajet nak masak nasi impit, kuah kacang and lontong. Kan senang lontong tu. Campak campak aje. Lagipun Cip pernah buat lontong tu. Kire kondifen la sket. Cume kuah kacang je. Pernah buat tapi tak jadi. Adehhh~ mmg  tak kondifen langsung. So, Cip pun suarakan la menu tersebut pada MIL (kire nak dapatkan approval la nih sbb MIL Cip terer masak) tapi dia kata better la buat laksa Johor aje. Terbeliak jap bijik mate nih sebab Cip tak pernah buat. Memasak nih, kalau dah tak confident mmg susah nak jadik sedap. Laksa Johor pulak tu. Orang Johor yang makan mmg cerewet. Tapi tu la setelah Cip usha usha resepi di internet dan rasa ia lebih mudah daripada menu asal, keputusan sebulat suara ialah Laksa Johor.

Again Cip nak stresskan yang Cip mmg tak reti nak agak agak utk masak yang menjamu ramai orang ni. So kire mcm pegi berperang tanpa preparation yg rapi la ni.Husband Cip kata takpe, mlm dia nk buat bbq. Kire kalo lauk abes, ayam bbq lima ekor masih ada.

Gambaq hiasan SUMBER

Cip start masak dlm pukul 8 pagi dan settle sumenye tepat pukul 1.46 ptg. Sukatan bahan bahan, Cip tak ikut pun resepi. Pakai bedal je ikut hati dalam berharap menjadi la kuah laksa Johor ni. Mmg tawakal habes dah ni. Husband Cip pun tak bagi specific berapa orang yang nak datang. Anggaran dalam doploh org. (More than 20 people turned up okeyh..) Orang Johor kire approved la laksa Johor first time Cip tu. Alhamdulillah. Jadik jugak.

Dipendekkan cerita, laksa Johor tu memang tak cukup. Ngam ngam dah petang nak kat maghrib masa tu.  Nak masak lagi tak sempat derr ngan Farhad yang dah restless sbb kurang perhatian daripada Nde dia. Ayam pulak tak sempat nak marinate lagi. Pergh.. Tak tau la rasa panik masa tu mcm mana. Mmg tak menang tangan langsung. Lepas marinate ayam, kelam kabut husband Cip take over pulak bakor ayam. Kire tugas Cip dah selesai. Kesian la kat husband Cip. Non stop bakor ayam. Sekali kawan sekelas dia datang haaaambekkk. Kalau tak salah almost 7 family yang datang. Masing masing anak anak dah dua orang. Ues dah menghilangkan diri dah dalam bilik dia. Kawan kawan ramai. Ape lagi ajak men game la. Bayangkan kat luar rumah member yang bujang ada la dalam empat orang. Kat dalam rumah sahaja almost dua puluh orang. Hahahahaa..(dengaq macam ramai tapi campoq bebudak same la) Cip pun tak sempat nak bersembang dengan semua sebab Farhad dah restless tahap gaban sebab mengantuk sangat. Terpaksa la bawak dia baik atas. By 11o clock sume tetamu dah balik. Tahun lepas sampai pukul 1pg. fuh~  Post mortem malam tu membuatkan kami decide, next year kene masak lebih banyak.

Raya kelima ada lagi kawan kawan husband Cip kata nak datang beraya sebab masa open house depa tak sempat nak mai. Malas nak pikir menu lain, masak lagi laksa Johor. Kalau tak salah yang datang satu family je tapi Cip dah masak satu periuk sederhana besar. Kire utk 20 org makan la. Dah habaq dah kat depa kalau nak mai sebelum pukui 5 sbb kami nak pi open hse rumah kawan husband Cip pulak. End up kami bawak sume lauk pauk ke rumah MIL. So, sape nak mai beraya tu, depa kene datang rumah family husband Cip. Pukui 9 malam tu, kawan kawan rapat husband Cip pun datang. Ada la kot dalam 6 family. Fuuhh~ happening sungguh. Memula satu family ja kata nak mai tapi disebabkan rumah MIL lebih dekat daripada rumah kami, depa pakat pakat buat reunion teruih.

Ibu-Ibuku gangster
This week, husband Cip bilang member ofis daripada KL pulak nak mai beraya. Cip decide utk masak mee kari. Dua hari sebelum tu Cip dah test masak. Okay la tapi tak sesedap meekari yang pernah Cip makan (mcm biasa cari resepi dr internet). Finally jumpak resepi mee kari ala cina yang Cip meyakini kesedapannya. Mudah mmg mudah tapi preparation tu yang ghenyah. Mula nak masak gune sekor ayam je tapi husband Cip takut ramai yang turn up so end up tiga ekor ayam terkorban.


Kami takut lauk tak cukup macam hari tu therefore mmg kali ni kene buat lebih. Bukan takat ofismate husband Cip yang datang beraya, tapi geng motor dia (tak ramai 15 biji motor je.. he he he.. ) pun mai jugak. Tanpa disangka classmate Cip mase kat U dulu pun mai. Dia duk dekat area Kulim ni ja pun rupenye. Al kisah... Selesai sume almost 12 malam. Fuh~~

Settle open house untuk minggu ni. Cip tak tau lagi hujung minggu depan macam mana pulak. Kalau ade resepi mudah nak bagi pada Cip, silakan lah ye.. Cip amat mengalu-alukan resepi anda.. 

Iklan

Tak pernah rasa lagi tapi dah lama teringin..

Pavlova La Min Sweet Craving

Red Velvet
 Cikmin dah bukak order utk kedai bergerak dia.. Sape yang ada area KL leh la order.. 


p palang s: Bila la nak dapat rasa red velvet cake cikmin nih?



posted from Bloggeroid

Aug 30, 2012

Indahnya cinta

Cip duk rasa berbunga-bunga ni. Syiok khoottt.. Ape yang syok? Hehehehe.. Syok perasaan bercintakan? Angau.. Mabuk kepayang...



Cip tumpang gembira untuk kawan kawan Cip yang finally a step closer to marriage. Terima kasih sebab sudi share kisah percintaan anda pada semua. Best tau bila baca. Mungkin kadang depa rasa macam biasa je. Tapi pada kami yang dah kawin ni baca, ia seolah olah memberi imbasan kembali pada kisah cinta kami hat dulu dulu tu. We actually can feel how you feel. So, sambil baca sambil tersengih sengih mcm kerang busuk.

So far Cip suka kisah cinta di blog Love Roland (boleh buat link ke ni). Tak dilupa juga kisah cinta Arianna dan Kevin by bvlgari girl. Suke sangat sampai sanggup baca post dari mula. Macam tag line dia jugak lah.

Cip doakan hubungan kamu berjaya dan direstui keluarga. Have faith.

P palang s: keep on updating!!
posted from Bloggeroid

Jun 28, 2012

Adorable Aurora

Cip baru je men'surf' ke blog baru kawan Cip ni since dia ada jual beg online. Wah dah jadi business women dah dia.. Good for her. 


Berkenan pulak hat ni

Ada juge niat di hati nak beli beg baru. Beg yang Cip pakai sekarang ni mcm berat je nak bawak ke hulur kehilir. Bukan ada duit pun. Nak beli beg baru supaya mudah nak bawak pampers n other baby stuff but still look elegant gitu. Ni Cip duk bawak barang barang baby pakai beg Anmum yang dapat free masa pi scan lapan bulan kat Klinik Singapore last time. BTW, mmg murah khot scan kat situ. 25hengget je. Siap dapat print out and free beg. Masa pi scan nam bulan, ape pun tak dapat. Sekali scan 35 ke 30 hengget tah..


Okay berbalik kepada blog Adorable Aurora ni.. Selain daripada beg, mereka juga ada menjual Korean style tops dan tak dilupa brooch bertatahkan mutiara daripada Sabah..

So kalau nak tengok what she have to offer, please do visit Adorable Aurora 

Oct 19, 2011

Friends Forever


Never make me so much happier than to see my friend is happy with her life.. Alhamdulillah.. my very good friend Niny finally married  her long time boyfriend Pijan.. Wah wah wah.. Speaking khauu... Okeh.. okeh.. Bukan ape tetibe aje nak terkeluar cenggitu.. Anyway, Cip mmg berasa tersangat lah happy apabila akhirnya kawan baik Cip a.k.a ex-hsemate Cip bertukar status kepada isteri orang minggu lepas. Well, husbandnye pun kawan Cip juga.. 

Kenduri sebelah perempuan diadakan di Taman Temiang Jaya, Negeri Sembilan. Since Cip dah berpindah ke Kedah, sepanjang tempoh persediaan perkahwinan Niny nih, Cip tak da contribute ape ape pun. Rasa bersalah sangat bila kawan sendiri datang tolong masa kenduri kawin kita tapi kita tak dapat do the same thing for her.. Mujur la Niny faham dengan situasi Cip yang duduk jauh ni. 

Walaubagaimanapun, bagi tidak menghampakan pengantin Cip mengoffer diri untuk membantu apa yang patut during the reception and Niny mintak Cip make up kan adik beradik dia si Nabeela, Ita, Uli dan Nana.. It was so last minute. Cip pun sampai agak lambat. Pengantin patutnya bersanding 1.30. Tapi Cip sampai rumah Niny pun dah pukul 12 lebeh.. Pecah rekod Cip berjaya make upkan 4 orang dalam masa satu setengah jam.. Sampai menggigil² tangan Cip nak finishkan sorang demi sorang. The best thing is that, all of them puas hati.. Itu yang penting. At least ada jugak contribution Cip untuk kawan baik Cip nih..

Cip doakan mereka bahagia sehingga ke akhir hayat serta hubungan kawan baik ini takkan pernah putus malah akan lebih berkembang menjadi satu hubungan yang jujur dan ikhlas.. Insyallah..

P palang s: Owh tak lupa, my very own bodyguard yang sekarang dah togel kepalanya.. How handsome.. :D

Apr 8, 2011

more and more

Alhamdulillah.. Syukur dua tiga hari ni hujan. Best betul. Tido pun nyenyak dan selesa bersama quilt. ~aahhh~


Hari ni aku akan kelam kabut sedikit depend pukul berapa nenek akan ambik darah. Semuanya bertumpu pada timing tersebut.. Sekiranyalah lambat, memang nampaknye rushing la hai.. Macam mana petang ni? Masih tidak mendapat jawapan yang pasti gitu..


Semalam Sara tak msg pulak aku. Selama dia dia tanah suci Mekah, mmg everyday dia msg. Mengupdate akan kesejahteraannya.. Seronoknya.. Aku doakan dia selamat pegi dan selamat balik.


A lot of things on my mind right now. A decision need to be make. Not an easy one.. But someone told me to be selfish for a while. Killed or be killed aight? Ynag penting insyallah minggu depan penentu segalanya.. I need to do this right..

~owh fenin la.. fenin la.. fenin la..~

Apr 3, 2011

I am so proud of you!


A very calm and peaceful sunday morning. Walaupun terlewat sikit bangun (malam tadi tido pukul 3) pagi ni, but still, aku decide untuk tak nak tido balik demi mengecapi kenikmatan waktu pagi yang serba mendamaikan ini. 


Finally, blog Lil Choms telah di launchkan with new logo and a lot of other promotion items menandakan sebulan existence Lil Choms.. Yeay!!! Semalam charm bracelet yang aku order pun sampai.. Thank you Sobby.. My sister love it so much.. Well, let's have a visit there.. Just click HERE

Sobby, I am so proud of you.. I wish all your hard work, pays off real good.. 

Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that,but the really great ones make you feel that you too, can become great.  - Mark Twain

You are gonna do just great!! 

Hari ni juga menandakan kawan baik aku Sara Spears (nick from school), akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Aku sangat bangga dengan dia. This past few months have been hard on her sejak pemergian bonda tercinta. Aku terasa seolah-olah dia membawa jiwa aku pergi bersama dia. Aku sangat sangat happy untuk dia. Aku dah pesan supaya dia catatkan segala pengalaman dan moment-moment sepanjang dia disana. Belum pun lagi naik flight, aku sudah pun ternanti-nantikan dia pulang semula ke tanah air..  
*Sara, selamat pegi selamat balik..

Adik-adik aku dah memulakan sesi baru bagi pengajian Al-Quran. Yana dah tak baca Iqra' or muqadam lagi.. Abang Aqeel baru nak start Iqra' and adik Aqilah? ehehee.. tak start baca lagi cume salam je.. Bila disuruh baca, dia senyap..Pemalu adik Aqilah ni.. Baby Asyraf kene tunggu lagi few years la.. Sekarang nih berkepit dengan mama aje.. Seronok noo bau ketiak mama tuu.. 
yana

Aqeel

Aqilah

Asyraf


Senang hati aku melihatkan adik-adik yang semakin memesar. Tak sabar nak ajak dorang pegi travel jauh-jauh.. For the moment, tak buleh lagi la. Abang dengan imunisasi badan yang kurang kuat. Cepat aje kene jangkitan. Adik pulak masih dependent dengan mama. Tapi sekadar keluar dekat-dekat, boleh la.. Baby Asyraf lagi ler.. 


Ya Allah, thank you for this proud feeling that I have for them all.. 

*I miss my two lovely hero... 



Dengar suara anak, agar suaramu didengari mereka.
Izinkan anak memberi pandangan, agar pandanganmu diambil kira.
Belajar menerima teguran anak-anak, agar teguranmu diterima.
Mulakan dengan diri sendiri, anak-anak lahir untuk mematuhi…




Mar 29, 2011

Fashionista & Shopaholic

*credit from Lil Choms FB Page.

New stuff! New Stuff!

Okay.. Okay.. I know it ain't much but would like to share 'bout this one accessories line created by my very dear friend Sobby. You can check her line out HERE. She named it Lil Choms because that is what she'd always call her lil Farish since he was in her tummy. During her pregnancy, she's already mentioned Farish and update almost everything about him to her FB friends like all the time. She'll update his development through out her pregnancy and with his special name Lil Choms. Time fly so fast huh.. Well Farish is 6 months old now.. Yeay!! So she developed a new hobby, making jeweleries and other accessories. Gotta tell ya, it is so so cool and awsome! Just check it out yourself. Click HERE.

I've already booked one for my liltle sister, Yana. Woohuuu!

The first time she post this design, I am automatically fall in love with it, PM her and ordered right away.

*credit from Lil Choms FB Page.

It is not just about the design but what you think of it the first time you saw it. I mean, for any jeweleries itself, you're buying it because it remind you of something that you really like. So this one, reminds me of the Shopaholic Novels by Sophie Kinsella. Not saying I've read all of it but I do got the chance of reading a few myself. If you'd like, you can read it too. Have a nice day!!




Mar 9, 2011

Baby baru


I am so proud of Abby & Kay.. Alhamdulillah Abby dah selamat deliver baby boy semalam. Syafriel Mikhael Naufal nama diberi.. Baby besar therefore, operate la jawabnye.. Aku rasa macam bermimpi je Abby dah jadik ibu.. Tahniah Abby.. Tahniah Kay.. Insyallah this week will be seeing you guys since just got make-up appointment di Ipoh.. Tak sabar nak pi tengok Mikhael. :)

*Farreal, ibu dah dapat baby..

This morning aku dapat cerita yang tak berapa nak best. Still in shocked of what I get to know.. Kawan aku tu.. Kenapa dia jadi macam tu?

~ sigh ~

Penat balik dari bercuti hari tu masih berbaki. Sampai KL pun dah subuh. Pergi kerja half day sebab qada' tido. Semalam sebelum dia gerak balik ke Kedah, kami singgah Sogo sat. Shopping baju aku.. Thank you bee.. Berbaju baru jugak akhirnya. Jenuh la pi sampai S'pore hari tu carik jugak baju tapi tak kesempatan nak beli ape pun. Sesambil join deme aku tumpang jadik photographer tak bertauliah..




*my love

*Isteri Abang Zul yang fotogenik pada pendapat aku..

*Isteri & anak Abg Zul

*The group yang menghadirkan diri hari tu..

*Suke gambar Kak Eja hat nih..


P palang s: missing Farreal..

Dec 22, 2010

TERIMA KASIH


Assalammua'laikum... Alhamdulillah. Selesai sudah majlis resepsi aku hujung minggu lepas. Insyallah tak da aral yang lintang pukang, sebelah Syam dalam bulan depan.

Aku sangat berbangga dengan Encik Aziz kerana telah berjaya menikahkan sendiri anaknya. Diatas permintaan aku lepas confirm tarikh nak nikah hari tu.

HANTARAN



Aku buat hantaran dekat Bandar Tasik Selatan. Blok belakang ofis aku je. Ambik hantaran pun malam sebelum nikah. Huuu.. Aku agak kecewa sikit la dengan mutu yang kakak tu buat ekceli. Macam tak da effort langsung. Mengeluh panjang jugak aku masa tu (dalam hati la tapi). Memang member aku ada warning sebelum ni. Kakak tu cakap je besar tapi bila buat hampeh. Namun diatas pengalaman melihat sendiri hasil yang dilakukan semasa pertunangan member aku, aku yakin dan percaya dengan kemampuan beliau tu. Akan tetapi tidak begitu. Kesian kan..

Namun begitu, Hanis to the rescue datang kat rumah papa pagi tu sebelum berangkat nak pi nikah. Hanis bersama Uni, Kak Jun, Ryn, Syikin, Ijam, Yana berganding bahu men'tachap' kembali hantaran tersebut bagi ia kelihatan lebih anggun dan bergaya. (Thank you Hanis & the gang).. Bila di interview, hanis kata pagi tu dia dah tertido balik dah lepas subuh tapi suddenly terdengar suara aku kejutkan dia cakap "Hanis, bangun! Datang sekarang jugak!"

NIKAH TIME

Sebelum nak nikah hari tu aku memang takut sangat aku akan menangis berjujuran air mata tatkala selepas nikah sebab aku takut aku bersedih di hari bahagia aku bila mengenangkan arwah ibu tiada disisi.

Alhamdulillah, aku tenang dan gembira tanpa setitik air mata kerana semuanya berjalan lancar. Mungkin tidak pada Syam kerana gementar yang teramat, beliau terpaksa mengulang sebanyak 4 kali. Mujur abah ada dibelakang usap dan bagi semangat kat dia. He he he...

Dari umah papa sampai lah ke masjid, lepas tu sambut rombongan lelaki, kebanyakannya dialkukan oleh kawan² & adik beradik aku sendiri. Aku memang terkejut dan terharu sangat kawan² aku boleh take charge. Sebelum ketibaan rombongan lelaki, aku dah duduk mengadap kadi. Hantaran pun dah ada. Tinggal sebelah lelaki je. Mula² aku nampak kawan² semua kat tepi aku tetiba bila aku pusing nak pandang dorang, sume ilang. Tinggal Yana je kot teman aku. Pelik aku tetiba sume hilang lesap. Aku nampak sume ngah berbaris kat luar. Ingat dorang nak tangkap gambar. Rupanya Hanis dah bagi instruction suruh dorang sume berbaris & sambut rombongan lelaki. *Bergenang airmata*

Seriously aku memang dah nak nanges dah masa tu.. Air mata dah bergenangan kerana terlalu terharu dengan dorang sume. Buat aku realize betapa sayangnya aku kat diaorang semua.. Sayang sangat.. I love you all very much!!!



RECEPTION

Selesai je nikah aku dan Syam bergegas ke Homestay dan bersiap di sana. Kami lambat sikit daripada jadual. Sikit jew... takpe la sekali sekala tunggu pengantin. Nama pun raja sehari.
Semua orang yang mengikut rombongan lelaki, berkumpul selepas exit tol Bangi diiringi oleh budak² motor Kawasaki a.k.a kawan² miji. (Thanks Mizi for doing this..)

Well, the rest is history la kan.. Sape yang datang hari tu dapat saksikan semuanya. Takda la ape yang special pun. Cuma kami bersanding dengan Ues sekali.. Potong kek pun bersama. Teeheehee.. tak leh berpisah dengan ayah.. Anak ayah la katakan..

Diatas permintaan ramai (eheemm.. eheemm) aku & Syam menyumbangkan sebuah lagu buat tetamu yang berbaki lagi tiga, empat buah meja.. Masa tu je pun yang sempat. Selebihnye bergambar dan mengiringi tetamu balik.

Ucapan Terima Kasih

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih pada Papa & Aunty, Syikin, Miji, Aqeel, Aqilah, Yana, Abang Wan, Kak Fatima, serta family aku yang terlibat dalam menjayakan semuanya.

Secondly pada makngah, daddy, Elin, Ijam, GG & Nayli yang banyak menyumbangkan masa & tenaga mereka bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Thirdly kepada pakcik aku yang menjadi sleeping sponsor juga pada doorgift² buat tetamu.

Unie & Fairuz thank you for every single thing that you've done for me.. Jasa korang memang Allah je yang mampu balas. Korang memang best giler!!

Sara Shahimi, ko pun memang kawan yang terhebat dipasaran. Rugi sape yang tak berkawan dengan ko. Ko hebat dimata kite!!


Kak Jun, Terima kasih tidak terhingga buat masamu yang sangat precious itu. *James memang jeles*

Hanis, tanpamu hantaranku tidak akan berseri² seperti bulan yang menyinari macam malam tadi.


Niny & Pijan korang ni kawan hidup & mati betul. Kami tak janji, tapi kami akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi 120% time korang kawen pulak.

Cik Zu, terima kasih kerana sudi menjadi pengapit saya ye..

Encik Azwan, anda seorang pengapit yang sangat berkaliber.

Kak Ngah Intan, thank you banyak². Tanpa Kak Ngah Intan, majlis saya tidak akan jadi gilang-gemilang seperti majlis Siti & Dato' K. Ahakss..

Kalau ada sesiapa yang saya terlepas nak ucapkan terima kasih, saya mintak maaf. Terima kasih ye..



Buat TETAMU

Terima kasih buat rakan² & taulan (Sekolah rendah, sekolah menengah, UNITEN), sahabat handai arwah ibu (aunty Su, aunty Ray, etc), sahabat handai serta jiran tetangga yang sudi hadir bersama rakan² lain atau ahli keluarga masing² atau seorang diri. Kehadiran kalian semestinya memberi seribu makna pada kami sekeluarga.

Hadiah serta sumbangan yang kalian berikan begitu berharga. Saya, suami & keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian semua. Terima Kasih... Terima Kasih.. Terima Kasih..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...