Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Jul 11, 2012

Wow

Pagi tadi Cip tersedar dari tidur agak awal daripada malam- malam biasa dan ini bukan kerana Farhad nak menyusu. 

Cip tersedar daripada mimpi.

Dalam keadaan mamai tu, Cip cuba untuk kembali ke alam nyata. 
Cuba ingatkan semula apa mimpi Cip tadi. 
Within seconds, I recollect the dreams I dreamed.

It was arwah ibu...

Cip termimpikan arwah ibu...

Wow... 

Dah lama tak mimpikan  arwah ibu. Ini mungkin kali kedua after couple of years.

Wow.. 

Cip amazed sekejap..

Dalam mimpi tu, Cip macam terlupa langsung yang Ibu dah takda. Apa yang Cip rasa ialah Cip dah lama tak jumpa dia and there's a lot of things yang Cip nak cerita and adukan pada dia. So I did just that. Cip ada mengadu 'something' pada dia. (Tak boleh cakap pasal apa bcuz ada yang terasa nanti). Cip bersungguh sangat cerita pada dia. Masa tu dia makan bubur. So, she was listening while eating the porridge. Sambil mengiyakan apa yang Cip cakap. Yang Cip dengar dia cuma cakap "ermmm..." pada setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Cip. Then dia angguk-angguk kepala dia tanda dia faham cerita Cip. She was just listening to me yang bercerita siap tak bernafas lagi because there were a lot of things to tell her membuatkan Cip keep on talking non-stop.

At one point, Cip rasa penat bercerita and wondered to myself "Kenapa aku bercerita macam aku dah lama tak jumpe ibu ni?". Then I felt some kind of weirdness. Mula la satu persatu soalan menerpa dalam kepala ni. "Eh lama la dah tak jumpa ibu. Patutla rasa mcm tak puas nak cerita. Eh, ibu pergi mana yang lama sangat tak jumpe ni?"

Still I can't recall that Ibu is already passed away. 

By the time Cip realized yang Cip dah lama tak jumpa ibu sebab ibu dah tak ada, terus Cip tersedar. 

Wow...

Semoga roh ibu tenang di sana. Al - Fatihah




Aug 11, 2011

Cinta Hati Kami Untuk Selamanya

Adik rindu kat ibu... 
Dah nak raya tak lama lagi bu.. 
Tahun ketiga beraya tanpa ibu.. 
Offcourse la sedih ibu tak ade masa pagi raya..
Sometimes I just pretend that you are working just like masa dulu-dulu.
Kan ibu selalu keje shift pagi raya pertama tu..
Kami semua tunggu kat rumah atok ngan nenek..
Tunggu ibu balik pukul 10 pagi tu, to celebrate raya together.. 


Adik rasa, beraya kat rumah atok ngan nenek agak sebak dan pilu..
I don't think it is just me but everybody...
Atok, nenek, your sister, brother, sisters & brother in-laws..
Apetah lagi Yana, Ekin, Abg Wan, Kak Fatimah...
Masing-masing tak tunjuk..
Tapi whenever kami melawat kubur ibu..
Tak dinafikan air mata ni mengalir jua..

Adik tak tahu how Abg Wan, Mizi, Yana and Ekin accept the fact of losing you...
Adik tak tahu bila mereka sedih dan rindu pada ibu..
Mungkin dikala adik tengah rindu dekat ibu nih..
Dorang pun duk rindu kat ibu sama..


Kebanyakan memori yang adik ingat pasal ibu..
Banyak masa ibu tengah menahan sakit pinggang yang teramat dekat rumah Plaza...
Ibu suruh adik tolong sapukan minyak angin dekat pinggang sebab ibu kate lenguh..
Pernah sekali tu masa ibu on the way balik dari hospital..
Ibu datang singgah ofis.. Settlekan pasal cheque..
Ibu tak sihat jugak masa tu.. 
Ibu berpeluh sejuk..
Adik nampak tangan ibu menggeletar... Ibu menggigil..
Ibu patut rest kat rumah masa tu..
But you act like you are okay...


Rindu nak tengok ibu senyum..
Rindu nak dengar ibu buat lawak yang tak berapa kami nak faham kadang-kadang..
Sebab sense of humor ibu tinggi sangat.. :)
Rindu nak sembang dalam phone dengan ibu..
Rindu nak berbuka puasa dengan ibu..
Rindu pergi shopping dengan ibu and the girls..
Rindu nak pi hang out and minum Starbuck dengan ibu
Rindu nak pi vacation dengan ibu..
Rindu bu.. Rindu sangat-sangat..
Thank you ibu for everything yang ibu buatkan untuk kami..
Insyallah kami takkan pernah lupa untuk sedekah Al-Fatihah buat ibu di sana...

Baru tiga tahun..
Lama-lama nanti okay la khot ye bu..?
Lama-lama nanti kami tak de la sedih-sedih lagi kan?
Lama-lama nanti kami akan get used dengan these feelings of missing you kan?
Ibu cinta hati kami.. 
Ibu... semoga ibu tenang di sana...

"Ya Allah, ampunkan segala dosa ibu kami dan tempatkan ibu kami ini di dalam golongan orang beriman."







Aug 5, 2011

Genap 3 tahun

Hari ni, genaplah 3 tahun pemergian arwah ibu Cip disebabkan oleh Cervical Cancer. Allah punya kuasa.. Jodoh dan kematian itu ditangan-Nya. Yang lain sebagai asbab sahaja.. 

Memang lain rasanya bila tidak ber'emak' nih. Tapi life must go on. Kita yang hidup, perlu teruskan hidup. Mereka yang telah tiada dah selamat berada di alam barzaqh, menunggu hari qiamat. Kita yang masih hidup ni macam kat waiting area. Menunggu masa. Yang pastinya each and every one of us will face death. Terdapat 99 sebab kematian dan sebab yang terakhir sekali ialah kerana tua. Kita cuma masih berpeluang untuk menentukan dimana kita akan end up. Syurga atau neraka.. 

Cip nih kira mmg ada gens untuk kene Cervical cancer sebab nenek Cip sendiri ada Cervical Cancer last time but caught in early stage.  She is still here with us. 

However, as arwah ibu Cip ni, dah kene diagnosed lama dah. Rasanya dalam tahun 2003. So she's on meds and everything (without any of her kids knowing. Cip tau ni pun lepas baca medical report dia.) and the cancer tu hilang. However, bila pegi routine check up balik, rupenye cancer tu datang balik and this time around dia spread quite fast. 

Menambahkan lagi risiko tu bila doctor suruh dia buang rahim and dia tak nak sebab dia intend untuk dapat baby lagi dengan 2nd marriage dia. Well, it became worse and doctor gave her 5 years to live masa tu (mengikut kata bapak tiri Cip la masa tu). 2 months before she passed away, mmg dia dah suruh Cip benti keje and keje dengan dia. Masa tu genap setahun Cip kerja dengan company lain. Dan masa tu Cip already know pasal cancer dia but she didn't share with us the cancer stage. So Cip ada hantar sekali sekala dia pi chemo but she never let me wait for her. Dia kata sekejap je. Dia suh tunggu dalam kereta. Masa tu Chemo dia buat dekat Damansara Specialist. The same doctor yang merawat Azean Irdawaty.

A month later, dia masuk ICU and katenye kidney dia shut down sekejap (Seriously masa tu mmg tak tahu menahu pasal cancer serviks nih). But yang Cip dan adik-adik dapat tau ialah sebenarnya dianye cancer tu kire advance and dah spread sampai ke kidney and kidney dia fail to function.   

A few times jugak Cip teman dia buat hemodialysis dekat Hospital Pantai. Kenangan semua tu. Masa tu pun Cip tak tahu betapa seriousnye bila kidney dah fail to function sebab arwah cakap kidney tu shut down sekejap je. Nanti dia okay balik. Macam mana lah Cip percaya je bulat-bulat kan? 

Ada jugak buat rawatan secara tradisional kat Beranang (suami Cip recommend. Masa tu kawan lagi.) Arwah ibu Cip ada la pegi few times. Cip pergi dengan dia sekali je. Masa first time ke sana tu la. Lepas-lepas tu, arwah ibu pegi sendiri dengan step-dad Cip.

So, sebulan yang terakhir, kami adik beradik memang stay dekat rumah dia the first 2 weeks tu. The last 2 weeks, kami semua kat rumah papa Cip. Dua hari sebelum dia meninggal dia call suruh jenguk dia. So Papa Cip pun setuju. Kami semua pi jenguk dia kat rumah plaza. Was very weird and awkward sebab selama arwah ibu Cip dah kawen lain and papa Cip pun kawen lain, tak pernah lagi the four of them(including my step mom & dad)  sit together as if nothing had happened. After that kami pun balik. 

Two days later, Allah swt ambil nyawa dia. Berakhir hidup dia sebagai khalifah Allah swt kat muka bumi nih. That is at the end of her life yang Cip remember.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. 
"Ya Allah, tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman"
Al Fatihah

Jul 12, 2011

Teringatkan arwah..

This few nights, Cip berada dalam keadaan 'down' gitew.. Everytime Cip nak tido Cip teringat akan arwah ibu Cip. hurmm...Setakat ni, Cip boleh dah terima hakikat arwah dah tak da lagi. Cuma ada masa-masa yang tertentu buat Cip terkenang kenang akan arwah.. Macam tak percaya arwah dah takda. Almost 3 years now. 

Disebabkan arwah dulu keje shift dan Cip jarang dapat jumpa arwah dihari-hari biasa, maka terbawak-bawak sampai sekarang. Sebab adakalanya Cip rasa arwah bukan tak da lagi dalam dunia ni tapi arwah pegi kerja. Bila teringatkan arwah, macam tu la yang Cip rasa.. 

Lepas tu ingatan Cip akan kembali kepada hari dimana arwah dikebumikan. Sumpah demi Allah, Tiada setitik air mata yang jatuh daripada pertama kali mendengar akan pemergiaan arwah sehinggalah selepas arwah dikebumikan. Hari yang kedua, Cip dan adik-adik kembali ke rumah arwah sebab kami buntu tak tahu nak buat ape di kampung. Jadi kami balik kerumah arwah. Masa tu lah baru Cip sentap. Bila Cip duduk berseorangan dalam bilik depan, baru Cip menangis sebab Cip baru realize yang Cip dah takda ibu lagi. Cip dan adik-adik officially anak-anak yatim. 

So, perasaan ini lah yang datang menghantui every once in a year pada Cip. No wonder. Bulan nih, merupakan bulan arwah pergi menghadap Illahi. 

Waahhh.. bertambah sedih ni nampaknya. Al-fatihah untuk arwah.. Cip teringat kat arwah.. Mcm mana nak gambar kan perasaan ketiadaan seorang yang dipanggil ibu tu, tak tahu Cip nak describekan.. Bila dia dah tak da, baru kite tahu kesedihannya bagaimana.. 

Feb 22, 2011

Air Mata


"Kakak, jaga adik-adik."

Ramai yang pesan the same thing all over again pada aku. There are moments in my life yang aku cukup kuat untuk menerima akan kepergian seorang wanita yang pernah aku panggil ibu itu. Namun, aku bukan selamanya terus kuat. Sampai dikala masanya aku terkenang akan arwah, membuatkan aku rasa, aku lah insan yang paling lemah sekali dimuka bumi Allah swt ini. Allahuakhbar..

Air mata tanpa diundang mengalir dipipi begitu sahaja. Baru aku tahu betul-betul apa itu erti fragile dan vulnerable. Sayu hati bertambah bila mengenangkan nasib adik-adik. Alhamdulillah kami masih mampu berdiri tatkala ada lagi kanak-kanak yang kehilangan kedua orang tua mereka tiada lagi tempat bergantung dan menumpang kasih.

Acapkali terjaga dari tidur, perkara pertama yang terlintas ialah IBU. Tapi aku tangkis cepat-cepat dengan menyatakan bahawa yang pergi takkan kembali. Yang hidup perlu teruskan kehidupan ini. Tapi siapa aku untuk menipu diri sendiri apabila sesekali tersedar akan kenyataan bahawa "Ibu dah takda dah..". Tanpa dipinta air mata menjadi peneman dikala rindu itu menusuk-nusuk didalam sanubari ini.

I'd like to remember all those happy moments with her... but it always end up with me crying.. How bout that..?

Macam mana pulak agaknya perasaan adik-adik yang lain? Yana especially yang paling kecik sekali.. Sometimes tak boleh grab yang dia tu dah standard 6. Manje nye still sama like she was 6 years old.

Syikin on the other hand is growing up to be a lady, I hope. I know she's kinda keeping her feelings within herself, so its kinda hard sometimes to read and to understand her at the same time. I can only be there for her Insyallah through her ups and downs.

Mizi and Abang Wan?? They are guys. Mizi tu memang la dari kecik aku yang jadi babysitter dia. Melekat dengan aku macam kembar siam. Now, bila dah besar some things he does comes to me and discuss it with me. Even though he may not like some of my suggestions. Ah~ I hope he's goin' to make a good and right decisions in his life and Insyallah his future family. As for Abang Wan, he's a very interesting person. His birthday is coming up on 25th February and he actually will be turning 28.. Wow.. approaching 30. A good brother.
Happy Birthday Big Brother..

Ibu,
Adik doakan ibu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Tanpa ibu disisi bukan mudah bu.
Tapi kami belajar untuk adapt dengan perkara disekeliling kami.
Kami rindu ibu. Terbayang-bayang senyuman ibu.
Tiap kali tengok Ice Age for sure teringat kat ibu. You find the tupai so funny.
The way you wear you're tudung...
The way you bite you're tongue..
The moment we sent you to ERL to catch your train to work..
We love you ibu.. misses you so much.. it hurts.

Ya Allah ya tuhanku.. tempatkan ibu kami dikalangan orang-orang yang beriman.
Amiinnn..




Aug 9, 2010

Ketenangan menuju jalan yang benar...


Alhamdulillah semakin hampir Ramadhan, semakin teruja aku sebab dalam setahun ini lah antara bulan yang paling tenang pernah aku rasakan.. Nak buat baik tak susah macam selalu.. Nak bangun solat sunat pun tak payah.. Senang aje bila dah pasang niat..

Tertanya-tanya jugak macam mana agaknya berpuasa kali ni? Dulu, masa kecik-kecik, puasa tu rasa lama bebenor. Tapi dah meningkat dewasa ni, puasa terasa sekejap sangat. Oopss.. maksud aku, bulan Ramadhan terasa cepat je berlalu. Memang sekejap pun. Mana taknya. 30 hari je kot.. Pejam celik pejam celik.. dah raya..

Semalam masa pegi round-round kat dalam Ampang Park, terdengar akan lagu
Satu Hari Di Hari Raya dendangan M.Nasir.. Aduii... spoil sungguh.. Ade ke patut puasa tu tak mula lagi dah bukak lagu raya.. chet!!

Pemergian arwah Ibu tahun lepas, buat raya aidilfitri tak bermakna macam tahun-tahun yang sebelum ni. Aku dengan adik beradik macam biasa la travel kami-kami je.. Dah besar bawak hala tuju sendiri. Balik Sepang dan lepas tu balik Perak le. Then kembali ke KL semula dan hopefully dapat puasa enam.. Insyallah..

Dari dua tahun lepas aku berniat nak qatamkan Quran masa dalam bulan Ramadhan.. Hehehe.. tak lepas lepas. Selalu sampai tang tengah je.. Tetibe dah raya.. Adeh.. Tahun ni, Insyalah.. lepaih kan lagi setengah tu.

Baru dua hari lepas aku mendapat khabar berta yang mengejutkan dimana Luthfi yang bekerja kat ofis atas, accident kat jalan ke Seremban. Umur arwah tak panjang. Arwah meninggal di tempat kejadian.. Aku tak berapa kenal Luthfi tu. Tapi ada la sekali sekala nampak dia lalu depan aku masa ngah makan kat kedai bala dan bila kawan-kawan ofis dia bercerita tentang dia.. Sangat bagus. Senantiasa puasa dan tak pernah pandang perempuan. selalu jalan pun tunduk aje.. Boleh dikatakan kebanyakan mereka akan bercakap benda yang baik-baik tentang Luthfi. Mungkin itu sebabnya Allah ambik dia dulu sebab Allah lebih sayangkan dia.. Yang masih tinggal kat muka bumi ni pun Allah sayang tu sebab Allah bagi lagi kita masa untuk memperbaiki diri sendiri dan amalan kita yang tak seberapa ni.

Sesungguhnya berita tentang kemalangan Luthfi membuatkan ramai yang terkejut dan insaf aku rasa. Termasuk lah aku ni. Betapa sekejap je Allah nak tarik nyawa seseorang tu..

Bila lagi kita nak insaf dan menuju ke jalan yang benar sebelum terlambat?

Jul 22, 2010

Memory that last forever



pg td aku termimpi kan arwah ibu....aku berjalan sambil kejar2 adik aku di dlm hutan.. aku terserempak dgn ibu...ibu hanya merenung pd ku...dan dia terus berjalan menuju ke sebuah rumah,aku berlari padanya..dia hanya merenung ku smbil tersenyum..barangkali aku rasa mungkin dia marah padaku akibat xsembahyang dan sebagainya..


Mizi nye status tadi buatkan air mata aku bergenangan teringatkan arwah ibu yang tak terasa pun macam setahun lebih dah pergi menghadap Illahi. Semuanya fresh sangat seolah macam baru tadi je terjadi. Even the smells pun masih boleh terasa walaupun macam sayup-sayup je bau dia. Bila teringat semula disaat arwah ibu terbaring lesu tak bermaya dalam bilik emergency room tu, seolah-olah aku relive semula that moment. Segala-gala di sekeliling aku senyap dan apa yang aku dapat bayangkan ialah bila aku berdiri melihat tubuh arwah ibu kaku terbaring disitu... and knowing the time comes and there's nothing you can do about it. Hanya mampu melihat muka dan raut wajah arwah ibu. She looked as if like she was sleeping at peace.

Teringat semula dikala pertama kali aku mendapat berita yang ibu takkan hidup lama. Hmm.. sujud dan berdoa aku kepada yang Maha Esa agar diperkuatkan iman, ditabahkan hati sekiranya hari yang diperkatakan tiba. Berlinang air mata dikala itu mengingat akan hari-hari yang bakal dilalui oleh ibu. Alhamdulillah, bila hari itu menjelma, as unreal as it seems aku mampu mengawal emosi dan yang penting pada masa itu jenazah diuruskan dengan sempurna.

Arwah ibu hadir dalam mimpi aku, Yana, Ekin, jugak pada ahli keluarga yang lain... Arwah ibu halang kami nak ikut dia. Dia kata kat adik-adik aku suruh ikut aku sebab dia nak pegi tempat lain. "Ikut kakak.. Ikut kakak.. Jangan Ikut ibu.."

Whatever we have yesterday, you may lost it today. Appreciate the things you have today. The people you love... Never put on hold when you wanna say you love them couze you will regret it later in life when the chance is already gone and you keep on wondering "what if?"... Destroy your ego when it only makes yourself proud & selfish.

Jul 16, 2010

Luka Seribu Rindu


Malam ni bermalam dekat rumah papa. Was planning to go to a movie but was canceled. Haishhh.. Apa nak buat nih?? Macam nak terus tido je but its still very early. Duk habiskan masa main psp dengan yana. hmm.. menguji IQ memasing dalam game brain teaser. It appears that Yana's IQ is much higher than me.. hehehehe...

Balik keje tadi singgah dekat Big Apple. Suddenly rasa nak makan donut sebab tengah hari tadi tak makan ape pun. Plain water pun jarang minum lately. Kulit jadik makin kering. Sampai rumah, ekin tengah meleleh leleh air mata tengok finale Grey's Anatomy season 6.. Reti rupanya ekin ni menangis.. Ingat dia bionic woman. Aku pun menangis beria hari tu bila terjaga dari mimpi masa temperature badan tengah high. Aku nampak arwah mak aku. Aku mimpi kan arwah ibu. She was right in front of me but she didn't even look at me. Aku boleh nampak dia dari tepi. Tak sampai beberapa saat aku tatap muka dia, aku terus terjaga dan diserang perasaan sedih yang teramat. Aku broke down in tears tanpa aku sedari. 5 minutes passed and still I could feel the sadness in my heart. A sad feeling that you could never explain it to anybody. I felt really sad. Zikri was quite concern then..

Aku rasa aku dah boleh terima hakikat yang dia dah tak ada lagi dalam dunia ni. Tapi adakalanya tanpa dipinta perasaan sedih yang secara tiba-tiba datang dan suddenly aku akan tanya diri sendiri tah keberapa kali aku pun tak ingat.. "Ibu dah tak ada?". For example masa aku tengah drive balik dari kerja and keluar lagu fotograf. Ada satu lagu fotograf tu lagu fave arwah ibu. Teringatkan satu masa dulu masa aku baru je 8 tahun dan aku dah mula ada crush dengan vocalist kumpulan fotograf tu Sharmin kot kalo tak salah nama dia. Arwah ibu nyakat aku bila aku cakap vocalist tu hensem. Dari situ arwah ibu pun memang cakap dia suka lagu fotograf tu.. Just because of that song dimainkan kat radio aku terus sedih dan menangis teresak2.. So, kesimpulannya adakala memori tu datang dan buat kita sedar sama ada kita dah terima atau tidak sesuatu hakikat dalam hidup kita tu..






May 10, 2010

Ibu saya

Sempena hari ibu, aku ingin sekali memperingati apa sahaja yang ibu pernah pesan pada aku satu ketika dahulu.

Ibu aku adalah seorang yang sangat pandai buat business. Memang tak dapat nak disangkal lagi sejak aku kecik memang aku lahir dalam family yang buat business. Kecik-kecik je pun.

Dulu arwah ibu dengan papa pernah bukak stall dekat R&R Nilai jual Yong Tau Fu. Lepas tu yang aku ingat ibu start jual Tupperware. Lama ibu jual Tupperware. Dengan jual Tupperware tu la dia merasa pergi merata-rata tempat dekat dalam dunia ni. Dia pergi Turki, Bangkok, Beijing, China, USA dan tah mana-mana tempat lagi dalam dunia ni aku pun tak ingat. Mana je party Tupperware dia buat, aku kene ikut sekali. Mungkin dia cuba nak dedahkan aku supaya lebih social ke ape ke aku pun tak paham. Tapi deep down inside, aku tak pernah suka berada dalam crowded crowded places macam tu. Rimas & bising. Tak dinafikan ada games, lucky draw but I never liked it.

Ibu cukup pantang kalau ada makanan berplastik dekat rumah yang dibuka lepas tu ikat pakai getah ataupun pakai bekas plastik biasa tu.. Dia akan membebel2 dengan aku dan adikberadik aku supaya simpan dalam tupperware so that tak masuk angin. Tiap kali ibu membebel, tiap kali tu jugak la kami buat muka. Aku tak pernah ikut pun selalunya.. Ikat jugak pakai getah kadang2 tu.. Tapi sekarang ni, baru aku nampak kenapa ibu suruh buat macam tu. Aku mengakui betapa bagusnya bekas2 tupperware tu sekarang. Ahahaha..

Pasal business, aku memang kalah. Aku bukan business minded. Aku lebih macam papa. Tak sampai hati. Bukan tak pernah try buat business. Pernah jugak dulu. Jual perfume masa time belajar dulu. Hmm.. Tak sampai hati aku nak charge member2 yang beli perfume aku jual tu. Tak tergamak aku nak makan profit dari duit dorang.. Apetah lagi kalau dorang tawar menawar dengan aku.. Lagi aku tak sampai hati.. kalau boleh aku nak bagi free je trus. Maka, bagi mengelakkan daripada kerugian yang melampau aku berenti menjual.. Aku yang beli tak pe. Teehehehe.. Sorry la bu. Adik lemah tang buat business ni.

Salah satu perkara yang aku sangat kagum dengan ibu ialah dia tak kedekut. Dia sangat generous. Sangat-sangat. Aku kagum dengan sifat generous dia tu. Ada sekali tu kami ke Queensbay Mall jalan-jalan. Yana nak makan Baskin Robbins. So ibu teman and belikan untuk dia. Agaknya ada satu group budak2 sekolah rendah, pakai baju sukan warna warni tengah duduk menunggu dekat kawasan berdekatan dengan stall Baskin tu. Sampai je aku kat Baskin tu aku nampak semua budak2 tu tengah makan ice cream baskin sambil cikgu dia cakap terima kasih kat ibu. Ibu senyum je. Then baru Yana cerita kata ibu belikan ice cream kat budak sekolah rendah tu sebab kesian.. tak sampai hati tengok dorang duduk duduk kat situ nampak macam lapar.

Tak lupa jugak sorang budak yatim yang ibu terjumpa dekat Melaka. Dia duduk kat rumah anak yatim. Mak dia tak mampu nak bela dia. Selalu jugak dia telefon ibu tanya bila nak datang jumpe dia lagi.. Masa tu ibu tengah makan kat stall tepi jalan nampak dia pergi jalan sorang2 ke pasar malam. Kecik lagi. Ibu kesian agaknya tengok dia so ibu tanya dia pegi mana sorang2 mlm2. Dia kata nak pegi pasar beli satay kot. Dari situ la ibu kenal dia.. Tak pasti ibu pegi melawat dia ke tak lepas tu. Tapi dia ada call ibu sekali sekala. So ibu call rumah kebajikan tu and tanya pasal dia. Orang yang kat rumah kebajikan tu cerita yang budak tu memang peramah. Dia still ada mak tapi mak dia orang susah..

Walaupun ibu dengan papa dah berpisah, tapi setiap kali ke Penang (hari raya ke ape ke) ibu tak pernah lupa singgah Beruas untuk jenguk Tok Jam, Mama & Mak Ngah. Macam biasa ibu akan bagi duit kat mama untuk buat biskut jawa.. At the same time ibu bagi lebih sikit untuk buat belanja sebab tahu mama bukan senang. Tak lupa bagi kat tok jam jugak and mak ngah. Hari raya lagi la.. Ibu selalu akan kerja on first raya. If giliran kami adik beradik balik ke Perak dulu, Ibu akan kirimkan duit seringgit2 untuk diberi pada budak-budak yang datang beraya dekat tok jam.. Siap pesan dengan begitu keras lagi, "jgn lupa bagi pada tok jam!".. Hubungan ibu dengan bekas mertua and ipar duai dia tak pernah putus. Tetap macam biasa. Ibu buat muka selamba je.. hehehe.. Kadang-kadang aku yang lari dulu bila papa, aunty, bekas bpk tiri and ibu suddenly duduk semeja breakfast kat rumah tok.. ahahahaha... cool kan ibu aku?

Ish.. banyak lagi cerita pasal ibu ni. Ada yang aku tahu ada yang aku sendiri tak tahu sebab ibu aku sangat secretive. Sedangkan penyakit dia pun dia tak nak bagitau.. Hmmm aku yang korek sendiri. Even doctor cakap kat dia dia hanya ada dua minggu lagi pun, dia rahsiakan everything. Keluar dari ICU lepas kidney failure, still continue vacation plan ke Indonesia. Cuma aku tak ikut masa tu. Ekin and yana je ikut dengan bekas bpk tiri dengan nenek tiri aku. Ibu tak pernah bagitau yang kidney dia dah fail to function. Dia bagi explanation lain. Dia kata kidney shut down sekejap je.. tapi dah ok balik. Semua orang tak bagi dia pegi Indonesia masa tu tapi dia berkeras nak pegi jugak2 sebab dah plan dengan adik adik aku.

Masa kat sana dia ada call aku.

"Ibu baru habis shopping ni.."

"Aii.. sakit-sakit pun boleh shopping lagi?"

"Ish... shopping je terus hilang sakit.."

"Ha'ah.. ye la tu.."

Aku tau dia tipu.. Sepanjang flight kat sana, dia tak mampu duduk sebab lenguh teramat sangat pinggang dia. Dia kene berdiri. Dia duduk sekejap2 je. Have to sapu minyak angin all the time..

**Ibu, Insyallah adik takkan lupa doa untuk ibu kat sana... Adik takkan lupa bu.. Insyallah... you can count on me.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...