Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Jul 25, 2012

Disturbing movie



Cip mmg tak gemor nak tengok cerita yang berkaitan dengan paranormal ni. It gives me the creeps. Tak suka sebab nanti terbayang bayang. Malam tadi ada pulak keluar cerita After Life kat HBO.. Tertengok. Since husband Cip nak tengok, so okay lah Cip pun tengok.. Disturbingnya ending cerita yang macam tu. Memang la Cip rasa tak puas je dalam hati nih. fuuhhh~

Dia bukan mati pun. Kene tipu ingat dia dah jadi hantu..
Baru tau yang dia tak mati lagi..

Mar 28, 2012

Review: The Help, Colombiana, Contagion, Change Up, Fly Paper, Dolphine Tale, In Time & The Big Year

Tu diaaa tajuk movie.. Ini menunjukkan betapa lama sungguh la Cip tak tengok movie kan. Cip memang penonton movie tegar dipanggung sejak dari zaman anak dara lagi. Seminggu kadang tu sampai tiga kali tengok wayang. By the end of the week dah takda movie nak tengok dah dan tahap kebosanan melanda pada minggu itu. (No wonder la duit banyak habis kat entertainment sahaja last time). Let's start shall we..


Filem nih adalah antara yang terbaik sekali Cip tengok. Mesej yang cuba disampaikan mmg terkesan. Mengisahkan tentang maid African American pada era tahun dimana bereka yang mempunyai kaler kulit yang berlainan di beri layanan double standard gitu. Bukan ada action pun cerita nih. Lebih banyak berkisar tentang kisah sosial di kalangan wanitanya pada ketika itu namun tersemat di hati akan kesan filem tersebut. Makanya, Cip recommend anda diluar sana untuk tidak ketinggalan menonton filem ini. Cip boleh bagi five star for this movie.


Filem nih merupakan filem action dan berkisar tentang seorang budak perempuan yang di train untuk menjadi pembunuh oleh pakcik dia selepas melihat mak bapak dia dibunuh depan mata dia oleh mafia yang digeruni di Columbia. Filem nih mempunyai kekuatan daripada segi kisahnya yang action tu je la. Agak sayang sebab director tak tunjuk saat² Cataleya (pelakon utama) di train menjadi pembunuh. Tau tau dia kire dah terer dah bab² membunuh nih. Dia sorng je buleh menjatuhkan 10 orang sekaligus dengan cara gerila. Waahh gitu.. Cip kurang enjoy tengok cerita nih sebab macam ada something yang missing barangkali dalam cerita nih yang mengurangkan sense filem itu sendiri. Bagi mereka yang suke tengok perempuan belasah lelaki (Girl Power!!) buleh enjoy la kot tengok filem nih. Cip buleh bagi tiga bintang jek. *Zoe Saldana nih dalam Avatar lagi best kot..


Filem nih dibintangi oleh pelakon-pelakon yang kire hebat jugaklah kat Amerika sana tu.. Memula dulu seriously Cip tak perasan pun tapi disebabkan adik Cip kata best citer nih tu yang Cip beli and cube le nak tengok. Filem nih berkisar pada current situation yang pernah berlaku kat dunia berkenaan penyakit pendemic yang pernah melanda seluruh dunia satu waktu dahulu seperti H1N1 juga JE. Ingat lagi tak? Tapi kali nih kirenye ada lagi wabak terbaru yang melanda dunia dan effect ramai penduduk dunia yang lain. Filem nih lebih menjurus kepada penyiasatan punca daripada mana datangnya wabak tersebut. Macam dokumentari pun ada gak. Takda graf turun naik okeyh.. Kene dengar penjelasan dia sume baru leh faham. Ia lebih kepada informasi. Di akhir cerita, kalau kite nih seorang yang berfikiran panjang, kite mesti tahu kenapa agama Islam meletakkan larangan larangan tertentu dalam kehidupan kite. Boleh lah tengok untuk menambahkan lagi tahap kesedaran kita..


Bosan tengok cerita action, kite beralih kepada cerita lawak pulak. Cip mmg tergelak sakan jugak lah tengok filem nih. It reminds me of the movie Freaky Friday. Haa... lebih kurang cerita dia mcm tu la.. Cuma hat nih lelaki yang bertukar kehidupan mereka sebab mereka yang mintak mcm tu. So becareful of what you wish for because you might get it. Cumanya, dalam cerita nih terlalu banyak cursing dan banyak x-rated dipaparkan.. My gosh.. bebudak langsung tak elok tengok.. Nak gelak gelak seronok seronok dgn kawan kawan, leh la tengok..


Filem nih nak kata mengarut pun ada gak. Namanya ada Patrick Dempsey dengan Ashley Judd tapi lawak yang tak berapa nak menjadi.. All the punch line kebanyakan tak jadi.. Fail la cerita nih. Mengarut.. Rugi duit beli dvd, rugi duit pi tengok wayang (mujo tak pi tgk kat wayang pun)


Filem nih not bad la jugak. In the beginning cip tengok dah bersungguh sungguh dah sebab dalam filem nih dia ubah perspektif kita bila duit bukan lagi sebagai mata wang tapi masa yang kite ada utk hidup menjadi currency. Semua orang yang dilahirkan pun expiry date dorang bila sampai umo 25 tahun sahaja lepas daripada tu dorng mati. So kene la keje utk mendapat kan lebih masa utk hidup. Tapi at the end of the movie perspektif masa tu dijadikan currency mula jadik tak masuk dek akal.. Dan bila dah jadik macam tu, mula la kesilapan sikit demi sikit dalam movie tu kite nampak sebagai contoh pelakon pompuan tu berlari beria-ia sambil pakai high heels.. berhari hari berlari pakai heels.. giler arh.. make up tak cair langsung.. tetap nampak cantik. Lipstick secoet pun tak smudge.. pergh... Lagi sekali terasa mcm diperbodohkan pulak bila tgk movie nih..


Mereka yang suke memelihara burung buleh la tengok movie nih. Cip rasa cerita dia not bad tapi utk peminat peminat burung lah especially. Kelakar? Okay lah..


Filem nih mmg Cip duk nanti-nantikan sebab dia inspired based on true story. Selalunya kalau based on true story nih kalau kite tengok sampai buleh menitikkan air mata dan juga mendirikan bulu roma la.. Tapi filem nih gagal buat Cip rasa macam tu.. Cerita The Blind Side is so much better.. And a lot other based on true story nye movie as well.. Nak tengok buleh lah.. tapi agak bosan.. penceritaan agaknye membuatkan Cip rasa bosan.. Tak feel..

P palang s: Cip nak tengok The Help lagi sekali..

Feb 2, 2012

Coming Soon...


Anak Cip Farreal sangat lah suke Iron Man dan Spiderman. Basikal dia, baju dia kebanyakan warnanya adalah influenced daripada warna baju Iron Man dan Spiderman itu sendiri.
Okay Cip cilok gambaq nih dari husband Cip punye blog.. agagaga...
Malaih nak carik dalam external hard disk tu..

Cip just found out in a few months from now akan keluar new movie called The Avengers..  Excited!!! Dia akan suke punye lah.. Oowhhh... Bestnye.. Selalunya dia sekadar main dalam PS2 dia sahaja now dia dah buleh tengok cerita nya pulak.. yeay!!!



Tapikan dalam Avenger punye group nih patutnya ada Spiderman tapi dorang tak includekan lah pulak.. Hurmm konfem dia tanya.. Apa nak jawab ek?



Dec 12, 2011

Movie Review: Ombak Rindu & Twilight Breaking Dawn Part I

Weee.... Finally dapat jugak Cip spent few hours berlibur tengok movie last weekend in Queensbay Mall. That night Cip dan suami ada dinner date dengan sedara-mara sebelah suami Cip yang datang cuti-cuti M'sia di Penang ni. Anyway, this is what I think about the movie.

Twilight Saga: Breaking Dawn Part I


Sebelum movie nih di releasedkan lagi Cip already read the novel for the second time so basically mmg very clear how the story goes in my head after reading it. Yang paling Cip kagum sekali dalam movie Twilight Saga kali ni ialah effect dia. Especially bila Bella berubah jadik sangat cengkung mukanya dan sangat kurus badannya. Betul-betul believable
Bila Bella find out yang dia akan mati melahirkan baby yang dikandungkannya..

Yang paling best, suami Cip loved the movie, even though dia Team Jacob & Cip pulak Team Edward. 

In short, it is worth your money to watch the movie dekat panggung. Worth it sampai Cip rasa buleh je kalau nak pi tengok lagi sekali. But tak sebest kalau tunggu bluray dia kuar nanti sebabnya there's a few important scene yang kene potong bila dalam panggung. Therefore, I'll be waiting for the bluray indeed. 

*Review New Moon & Eclipse

Ombak Rindu


As for Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz ni, I can say that tak worth your money and typical Malay movie la. Yes.. Cip mmg ada baca novel dia masa UNITEN dulu and even bought the novel baru-baru nih (demi nak recall balik macam mana jalan cerita dia). Tak mahal pun RM19.90 je.. 

Suami Cip kata jalan cerita dia mmg bagus tapi penyampaian dia tu tak believable. Kalau pengarah dia Kabir Bhatia, mungkin apa yang disampaikan lebih cantik. Pada Cip watak Izzah yang dibawa Maya Karin menjadi, walaupun loghat dia serta penampilan dia masih tak cukup nampak macam budak kampung.. Watak Hariz yang dibawa oleh Aaron Aziz pulak mungkin tak berapa menjadik. I mean Aaron berlakon mmg bagus tapi sebagai watak Hariz, I just don't believe it entirely. Cakap pasal watak mak Hariz dengan tunang Hariz tu pulak.. Haishhh.. The way they wanted to portray the watak most of the time tak fit with the profile tu. Maksud Cip ialah watak yang dibawa oleh pelakon tak fit dengan profile watak tu sendiri.

"Abang rindu sangat dengan Izzah.."
Namun Cip tak nafikan, yang orang len duk tengok sampai menangis-nangis tu adalah kerana terbawa-bawa dengan watak Seth Tan yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dalam cerita Nora Elena tu. Tambahan ada part Aaron Aziz menangis pulak tu haishh... depa hat peminat Aaron Aziz nih, mau tak menangis sama.. Ada satu scene je yang Cip hampir menangis.. tapi tak mengalir air mata pun.. Selain daripada itu, mereka yang pergi tengok akan rasa best je cerita ombak rindu nih kalau dorang pernah mengalami situasi atau masalah yang lebih kurang sama dengan jalan cerita tu. Konfem terbawa-bawa punye menangis sampai basah shawl yang siap boleh perah lagi. Hahaha...

As for Cip, 10 min before cerita tu habis, Cip tak sabar nak keluar sebab tengkok dh lenguh duk ke kiri.. pastu ke kanan.. Pheww... 

p palang s: Citarasa kita semua berbeza-beza..:D

Jun 29, 2011

REVIEW; Transformers - Dark of the Moon

In Short, I would definitely be waiting for the dvd bluray is on the market...

Ada yang tak berapa puas hati dengan cerita transformers kali ini. Well, from Cip punye perspective, it is maybe because dengan ketiadaan Megan Fox. Hahahaa.. Nak buat macam mana kan. She told the reporter that Michael Bay is like Hitler on the set. So... serve you right lah.. Terusan aje kene fired dengan Steven Spielberg.

Transformers kali ni agak menjurus ke masa hadapan. Therefore, kalau daya imaginasi yang kurang kuat errmmm.. maknanye, agak susah la nak LIKE cerita dia. Tambahan, there's alot of robot Decepticon yang diperkenalkan, sampaikan kelihatan kaum autobot kelihatan sangatlah minor. Kesian autobot.

Regarding pengganti Megan Fox pulak si Rosie Hutingten-Whitely she is so damn hot untuk digandingkan bersama dengan Shia Lebuff.. Mcm a bit weird. She look so much like a model. Dalam movie tu la.. So part tu susah nak percaya...

Yang selebihnya pergaduhan antara autobot dan decepticon, is so damn cool... 2 jam 45 minute pulak tu.. Cool habes...

Jun 14, 2011

Review: X-Men (First Class) & KL GANGSTER

Malam sudah larut dan CikCipPuding masih tak rasa mengantuk. Mata yang asyik berair ni sangat-sangat meng'annoyed'kan CikCipPuding. Panjang betul nak sebut nama CikCipPuding. Okay disebabkan nak sebut CikCipPuding tu panjang sangat sampai berbelit lidah ni duk sebut banyak kali, jadi pendekkan kepada Cip je la eh...

Cip pergi menonton X-Men: First Class tadi bersama suami dan adik ipar. Pada mulanya kami nak tengok KL Gangster. Katanya baru satu hari tayangan, kutipan sudah pun mencecah 1 juta. Betul ke tak betul, Cip tak tahu. Tapi tadi masa nak beli tiket, kesemua sesi sampai tengah malam FULL HOUSE!!! So ada benarnya filem arahan Shamsul kali ni betul-betul memikat penonton Malaysia. Tahniah Syamsul! Ada pulak nak menyaman beliau sebab katenye mendedahkan kebenaran yang berlaku dalam persatuan mereka. Hurrmmm.. Ironiknya, semasa diajukan soalan berkenaan persatuan mereka ini sama ada  mereka ada kene mengena dengan gangsterism atau tidak, mereka manfikannya habis-habisan.. Tibe-tibe mereka nak saman. Does this mean that it was all true??!! Entah lah.. Cip bukan tau ape pun pasal gangsterism di Malaysia ni.. 

Mystique.. Superpower idaman Cip..

Cip rasa cerita X-Men- First Class ni tidak lah sehebat mcm sebelum ni kerana banyak jalan penceritaan serta sejarah tentang watak-watak X-Men yang kite kenal selama ni. Walaubagaimanapun, Cip rasa berpuas hati dengan filem ini. Cip akui yang Cip lambat sikit pickup bila tengok filem ni sebab Cip tak perasan siapa watak X-Men ni sebelum mereka jadi X-men. Dah nak kat habis cerita baru ler tersedor yang Prefessor Xavier tu la Professor X. 

Cip memang suke sangat superhero Mystique tu. Yang boleh tukar-tukar rupe dia tu la. Baur Cip tahu yang dia baik rupenye dulu.. Tapi disebabkan dia dah ikut Magnito, terus jadik jahat macam Magnito jugak. Cip juga menyukai watak Professor X diwaktu muda yang dilakonkan oleh James McAvoy tu. He's so good at acting.. Realistic. Out of 5 star, Cip rasa Cip nak bagi 3.80 bintang.. buleh ke mcm tu? Boleh la...

Salah satu babak dalam KL Gangster
Cip berkesempatan jugak menonton KL Gangster walaupun terlambat masuk panggung 1/2 jam.. Dari pengamatan Cip sendiri, not bad. Berbaloi la tengok kat wayang. sebagus seperti yang dicanang-canangkan oleh org la kirenye.. Suami Cip ada menyuarakan bahawa dia nak cari DVD KL Gangster nanti bila sudah ada di pasaran. Untuk filem ni, Cip rasa hasil kerja Shamsul, dah banyaks angat meningkat daripada cerita dia yang dulu-dulu tu. Semakin bagus. Watak lelaki dalam filem nih pun believable bila bergaduh. Keras.. Pandai lawan. Hehehe.. layak tengok kat wayang banyak kali la kirenye..

Okay, mata nih dah makin mengantuk. Besok Cip kene bangun very early in the morning got things to do.. Good nite folks. Have a sweet dream.. *hugs*

May 29, 2011

Review: Nur Kasih & KungFu Panda 2

Nur Kasih was a very successful drama indeed. Nak kata aku follow everyday, memang thak la.. but I managed to watched almost every episode and could not miss out the film.


Apa yang boleh aku katakan tentang filem Nur Kasih ni:

PENTING - Bak kata Khabir Bhatia, Nur Kasih The Movie adalah utuk peminat-peminat drama bersiri tersebut. Ini kerana kalau tak pernah layan Nur Kasih, korang takkan faham emosi yang dilalui oleh watak-watak tersebut. Mmg dia ada ceritakan semula at the beginning of the movie untuk mereka yang tak pernah menonton Nur Kasih. Therefore, takdala rasa nak nangis. Bagi mereka yang dah pernah follow, paling cikai pun at least mata tu akan berkaca la sikit..

Part Best
1. Reaksi Aidil bila teringat balik akan kenangan-kenangan bersama Alia.
2. Anak Aidil yang sangat memahami perasaan ayahnya.
3. Reaksi Adam bila tak dapat menerima kenyataan bahawa anak yang Nur kandungkan gugur.
4. Keletah Adam bila cuba nak masak untuk Nur.
5. Reaksi Nur Amina bile dia nampak Saif and remembers him. When she hugs him so dearly. *I am so touched

Part Kelakar sampai tergelak
Masa Nur tersedar dari pengsan dalam kemalangan keretapi, sambil panggil nama Adam..

Part tak best
Masa tengok drama Nur Kasih every audience rasa dekat dan kenal rapat dengan watak tu. But kenapa bile tengok The Movie, tak rasa closeness yang sama?  Well, offcourse ada part yang straight away terus taching.. But still ada some part yang kite tak rasa mcm kite kenal watak tu even tho kite tahu jalan cerita setiap watak..

Unexpected
Ending of the movie..


REMARKS - Pi la tengok kalau angpa minat Nur Kasih...



KUNG FU PANDA 2


As expected. Memang kelakar sangat. Gelak-gelak tak sudah. Even Ues pun buleh faham lawak Jack Black as Po tu. It was very refreshing to get to laugh like that with the both of them..

Is it recommended? Offcourse.. So, enjoy the movie!! *like we do.

Apr 8, 2011

Watak Usop Wilcha


Alahai.. Disalah ertikan pula.. Pagi ni dikala membaca Harian Metro (Harian Membiol bak kate Aidid Muaddib), aku terbaca akan ruangan SOSEHSOSEH dimana tajuknya sahaja pasti akan menarik banyak mata untuk membacanya iaitu Usop Wilcha: OKU Kecil Hati. 

Aku yakin 100% Abang Mamat Khalid tidak berniat untuk memerli mereka yang perlu memakai wheelchair ini kerana beberapa hari lepas, Fuh! di TV3 yang dihostkan oleh Awal Ashaari telah menjemput  Scha Al-Yahya dan Syed Mohamad Asrdalam rancangan tersebut. 


Antara soalan yang ditanyakan Awal kepada Syed Mohamad Asri atau dikenali sebagai Uncle Said oleh Scha (anak buah dia ghupenye) juga lebih dikenali sebagai Usop Wilcha, bagaimana watak beliau end up atas kerusi roda tersebut. Nak dijadikan cerita, beliau baru sahaja menjalani pembedahan by-pass beberapa bulan sebelum shooting untuk filem tersebut. Oleh kerana Abang Mamat Khalid nak jugak watak Usop Wilcha ini dilakonkan oleh beliau, maka Abang Mamat Khalid menyediakan wheel chair sekiranya beliau kepenatan dalam pengambaran tersebut.. Itu aje.. Dari situ jugalah watak tersebut di kembangkan.. Ahaii.. 

It isn't a big issue if you ask me. 

P palang s: Nenek aku pun pakai wheel chair..


Aug 19, 2010

Nur Kasih


Bersahur kat PLaza, jarang nak sahur sambil tengok tv. Selalunya dah 6.30 baru bukak tv3 tengok pengacara MHI baca headline² newspaper. Tapi bila sahur dirumah papa, tv mmg switch on punye. Drama Nur Kasih masih ditayangkan. Ini dah Ramdhan kali ke kedua dorang tayang citer arahan Kabir Bhatia ni.

Aku ingat akan bosan, rupenye tak lah. Still enjoy watching it. Mula lah mengutuk² watak Sara yang dilakonkan oleh Umi tu. Punya la real Umi tu bawak watak Sara yang very evil & manipulative towards others, sampai kene kutuk je la dia..

At the same time, Tiz Zaqiyah berjaya membawa watak Nur. Bila tengok kisah percintaan Nur, Adam, Katrina, Aidil (abg Adam lakonan Fiz Fairuz), Alia & Sara dalam cerita ni, buat aku bertanya pada diri sendiri;

Sekiranya ini adalah jalan hidup aku, nasib dari watak² siapakah yang aku lebih rela pilih?


Adakah menjadi Nur? Seorang yang baik hati dan sentiasa redha dengan nasib yang menimpanya? Dalam masa yang sama dia cuba make the best out of everything walaupun dia ditinggalkan gantung tak bertali beberapa tahun. Tapi akhirnya dicintai oleh orang yang menyebabkan kesengsaraan dia.


Atau adakah Alia juga seorang yang baik hati cuma dia berasal dari keluarga berada?


Katrina maybe? Disayangi oleh lelaki yang dia sayang, berkahwin, ada anak tapi tak sempat nak bersalin, anak dalam perut meninggal, jadi gila meroyan kejap tapi finally kembali ke hadrat Illahi dalam keadaan sudah bertaubat?


Atau Sara? Watak jahat yang akan ada dalam mana² cerita in real life atau sekadar drama yang suka memanipulasi keadaan bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya sendiri? Tak kisah sama ada perkara yang dia lakukan tu keji or not..

One more thing, If you could choose these two guy in your life, who would it be? Adam or Aidil?


Anyway, aku rasa mcm teruja bila Kabir Bhatia decide untuk memfilemkan drama Nur Kasih ni.. Aku admire hasil kerja dia.. Cinematografi.. Everything is so amazing making his work a real one and you could actually believe it. Certain story ada yang buat kite nak muntah sebab tak real mcm real life.. ~sigh~


So.. Jom kita reramai pegi pawagam later on bila filem ni dah launch. Aku rasa filem ni filem wajib tonton.

Before aku log off, jom same² tengok ceramah tentang Ujian Buat Wanita yang disampaikan oleh Ustaz Kasim ni. Buat renungan kita bersama.. Amiinnn..


Aug 5, 2010

Masih minat pada Edward Cullen?


Okeh.. this was not intended in the first place. Syikin telah berjaya men'cilok' dvd Remember Me daripada umah papa lakonan Robbert Pattinson bersama heroinnya Emilie de Ravin (Cite tu ada few love scenes so tak elok kalau bebudak tengok). Hari tu masa pegi kedai dvd ada niat nak beli tapi sangat takut tak best so tak beli. End up beli movie lain yang lebih meyakinkan.

Malam tu bermula acara tontonan secara solo. Aku agak happy sebab imej Robbert dalam movie tu saling tak tumpah macam Edward Cullen. (Baru aku realize, betapa rindunya aku pada Edward Cullen).

Filem New Moon & Eclipse yang mengecewakan itu berjaya buat aku tawar hati pada watak Edward walaupun aku tahu novelnya menjanjikan lebih kepuasan. Walaubagaimanapun, terubat rindu melihatkan Robert yang membawa watak Tyler yang seperti jelmaan Edward Cullen versi manusia biasa.

Watak Tyler dan Edward yang dibawa oleh Robbert tak banyak perbezaan. Cara bercakap, cara senyum, cara marah. Mungkin Robbert masih terbawa-bawa dengan watak Edward itu ke dalam filem ini sebab dia lebih banyak memainkan watak Edward itu sendiri daripada watak-watak yang lain.. Pendek kata masih cetek pengalaman terhadap kepelbagaian watak. (Eceh.. macam guru kelas berlakon pulak lagaknya)

Tapi tu la, disebabkan ketiadaan perbezaan watak Tyler dan Edward itu jugak lah dapat aku tatap muke ala-ala Edward itu.. hu hu hu hu.. *pengsan lite lite

Movie Remember Me agak perlahan. Tak meninggalkan impak yang besar. Rasanya lepas tengok citer tu, aku sendiri pun tak ingat macam mana citer dia.. An average movie I guess with an involvement of an A-List Celebs sahaja gimik dia. Mesej yang cuba disampaikan agak lemah. Walaubagaimanapun, mesej sampai di akhir cerita. Ending of the story still not good enough.

Lupakan itu semua.. Meh kita nikmati wajah² si Robbert dalam filem ni.. Layannn...

Dalam Twilight pun dia ada pakai sunglasses hat ni. Mungkin sesuai dengan raut wajah dia agaknya.

Dalam movie ni dia banyak smoking.

Wah cube bayangkan Bella yang duduk sebelah dia tu.. .


Merenung masa depan dia yang tak berapa sebulu dengan ayah dia yang dilakonkan oleh ex-James Bond Hero Pierce Brosnan.

Jul 9, 2010

Indah khabar dari rupe?


Tidak meninggalkan kesan yang sepatutnya macam citer Twilight dulu.. Itu lah yang aku boleh cakap bila habis je tengok Eclipse malam tadi.. Haishh.. Walaubagaimanapun seperti telah aku jangkakan yang aku takkan berpuas hati kerana aku tahu director yang berlainan menyebabkan Eclipse tidak sehebat Twilight.. Haiishhh...


Sequel yang seterusnya; Breaking Dawn, akan dijadikan dua movie. Well Twilight Saga nye produksi telah pun membayar bermillion million dollar pada tiga pelakon ($25mil seorang okeehhh) utama ini bagi dua lagi filem pehtu abeh ler.... Aku betul-betul nak dorang tukar director and ambik balik director twilight dulu tu.. Dorang tak nampak ke perbezaan kualiti filem yang pompuan tu direct dengan lagi dua director tu??

Nak ke aku tengok lagi sekali Eclipse???

Tak nakk!!! Baik aku tengok Kartun Despicable Me or Predators.. Lagi best kot..

Tolong la ambik balik Cartherine Hardwick tu balik untuk direct sequel seterusnya weyyhh!!!

Kat bawah ni merupakan komen yang aku baca daripada salah seorang peminat movie Twilight Saga nih dan aku sangat2 bersetuju dan sependapat denagn beliau..

by glitzypearl (Tue Nov 24 2009 17:08:38)

Catherine is such an incredible director and the focus of all Twilight books is on the emotional rollercoaster that Bella and Edward experience. The excitement, the pain, the fear, the love, the worry, the love!! When you read the books you feel as though your going through what the character is experiencing. When I read New Moon I felt it heart breaking as Bella dealt with life without Edward because it reminded me of previous personal break ups and the emotional anguish one endures.

Twilight the movie captured that power from the book, thanks to Catherine. She felt as passionate about the books as I and many others do and she gave it her all, that was clear. It wasn't rushed. Every seen was carefully crafted, every song was tried and tested until the perfect one slotted into the perfect place in the movie, the actors seemed more at ease and all in all she moulded it into a film that matched the book to as close to possible as she could.

New Moon doesn't convey the spirit of the Twilight books remotely. It is a huge disappointment. Money money money. That was the primary concern of it's makers. Rush it, get it made as quick as possible so it's in the cinema before Christmas. Then we'll make more money money money from New Moon merchandise at Christmas. It is a classic Hollywood blunder.

Those with the loudest voice for the Twilight movies felt their primary goal was to get it made asap, shove in some fancy action sequences etc etc, throw in a bita music here and there and zooooooom in on Bellas face constantly(apparently that's supposed to accurately reflect her emotions).

Thirteen is one of the most powerful films emotionally that I have ever seen. I have watched it about 6 times and I get goosebumps at the end because I am so shaken and affected by the characters emotional anguish. If you saw New moon and havnt seen Thirteen, watch it. It is so so incredible and has given me the up-most respect for Catherine Hardwicke. She has a gift, she is an artist and she passionately creates a film. She would have seen New Moon as a work of art, not a pay cheque.

Please bring Catherine back for Breaking Dawn.
Please.
I have little hope Eclipse will be any good, it was filmed in how little a time period????
Breaking Dawn was my favourite of the Twilight series and I will be devastated if it's treated in the same manner as New Moon. Rush rush rush.

Please bring Catherine back.

I am totally agree with you glitzypearl.. *taken from THIS WEBSITES*

Jul 8, 2010

Teng Teng Teng..



Need all the energy I have for tonight's date with.. who else.. Edward Cullen.. Good Night..

Jul 4, 2010

I've got the ticket!!


Finally... check punye check, ticket wayang untuk Twilight Saga: Eclipse dah boleh beli online.. teng teng teng.. Jadinya, perasaan mengantuk yang mencucuk dari tadi terus hilang begitu sahaja.. Terusan calling calling peminat susah nak mati Twilight si Erin dan Unie tanya whether dorang nak pegi tengok sekali or not... Semua says okay. No problem..


Dengan satu click, ticket itu sudah pun menunggu masa untuk diambil oleh steward malam itu.. Puas hati??? not yet.. Tibe tibe aku risau kalau citer tu tak sebest seperti yang first tu.. Ada kemungkinan.. Mana taknya.. Twilight was direct by this lady yang nama dia aku tak hengat. Then twilight nye production ada masalah dengan dia that is why New Moon director lain pulak.. By the time Eclipse.. director lain lagi.. Director nih terkenal dengan movie horror dia.. (Hmm aku rasa pernah cakap dalam post yang sebelum-sebelum nih kot..) plus... Victoria nye watak pun dah bertukar jugak.. well, di recast kepada pompuan yang pernah berlakon dalam movie M.Night Shayamalan, Lady in the water. Heroin dia la.. Should be lagi gempak la kan?

Bila aku tengok E news hari tu... Ben Lyons pulak macam tak la so fond sangat dengagn Eclipse nih. NAmun dia masih berjaga-jaga dengan komen dia sebab dia takut agaknya peminat -kipas-susah-nak-mati twilight... Apa yang aku boleh cakap ialah citarasa setiap org lain.. pernah jugak aku rely dekat komen movie dari Ben Lyons ni tapi tak sama seperti apa yang dikhabar kan... Bila dia kate movie tu tak best, pada aku best je..

hmm.. Disaat aku menaip post nih, aku duduk betul2 kat depan Studio R kat MV nih. Kat sebelah aku ada sekumpulan budak2 lelaki dan perempuan yang kuar same2 tapi macam kerek je.. hahahhaa.. budak-budak sekolah...

Neway, tak sabar nak tengok eclipse.. Lets go to the zoo...

Jun 28, 2010

Masih Kah Kau Ingat..?


"I supposed it’s a little outdated. Old-fashioned, just like me."



Ahahaa... Eclipse lagi beberapa hari sahaja lagi.. Cant wait.. Dalam kepala otak tengah berkira-kira macam mana strategy aku untuk pergi beli tiket tengok on 8th of July tu. Teringing sangat nak pergi bersama dengan Najjah & Ryn sekali. Tapi dorang macam sangat busy dan tak boleh je. Well, Najjah already bagitau dia tk dapat nak pegi on that day. Hurrmm... Dia memang tak remaja seyh. (maybe I should ask nard?) But I am not sure bout Ryn tho. Ekyn and Yana tak payah tanya dornag memang nak ikut. Only if that movie is PG13 boleh la Yana pegi.. If not, she just has to stay home and wait for the dvd is out.



Kepada semua member-member yang telah mengucapkan congratulation pada aku, terima kasih tidak terhingga. Punya la takut kene sound dengan dorang aku mintak izin dulu kat dorang awal-awal. Tu la dia menunjukkan aku hormat kat dorang sebelum aku buat apa-apa.. kan? kan? kan? Tak lupa juga kepada Hanis (tunjuk ajarku sifu), Uni ( Misz Exclusive), Ryn (Mrs Edward Shahril Cullen), Kak Jon (bf ku kachak) & Sara Spears yang membantu. Thank you very much.. Ofecozz tak dilupa Puan Shairulazila tuu.. And also to everybody.

Jun 17, 2010

Edward Cullen *pengsan pengsan

Twilight
Sudey la kau Robbert Pattinson. Pakai kontek lens je tu.. Sib baik dapat watak Edward.. *pengsan


Aaaarrrrghhhhhh!!!!! (If only you could hear my real scream)... Eclipse is just around the corner so does my roadtax expiration..

Since baca Twilight lagi aku dah jatuh cinta dengan Edward Cullen. Hahahaa.. dan aku jugak advised kengkawan yang suka tengok movie tu untuk baca the novel itself sebab lebih puas hati. And offcourse sudah tentu lebih banyak scene Edward dengan Bella. (OMG!!!!)

Walaupun New Moon menghampakan, tapi aku yakin Eclipse mampu buat come back yang best macam first time aku tengok twilight (praying hard).. Well, from the novel itself memang new moon kureeng sket sebab masa tu Edward tak banyak kecuali at the end la kan.. Sangat sangat boleh die dengan Edward. ~sigh~

Bila dah baca Eclipse, wow! Semangat kembali sebab both of them Edward & Jacob rebutkan Bella tanpa segan silu. They could kill each other actually but they dont do that for Bella sake. Walaumacam mana pun the end of the story tu, memuaskan.




Twilight

*Sebijik cam muke Mija seyh..



Twilight

*ahahaha.. Edward marah sebab Jacob kissed Bella.. uuuuu



Twilight

*Jacob merayu kat BEllah suh pilih dia. In your dreams biskut Jacob!





Twilight

*Edward mem'propose' bella untuk menjadi suri rumah dia



Twilight


*Padah si vampire baru nak lawan dengan team Jacob. Kan dah terbang tak bergaya..

Jun 9, 2010

REVIEW: Lagenda Budak Setan - Movie Night



Novel Asal

Ramai yang kate citer ni sedih. Ada yang kate best. Aku cuba buka minda untuk tengok cerita ni. Aku tahu tak semua muvie Malaysia ni sucks. Especially muvie yang dibintangi dan diarah oleh Abg Afdlin (memang peminat-kipas-susah-nak-mati dia).

Namun, sangkaan aku salah belaka... Walaubagaimanapun cerita nih tak la seteruk cerita Mistik dulu tu.. Kecewa sungguh. Takda kepuasan aku tengok..

Aku kagum dan suka pada watak Azmi yang dibawa oleh Que Haidar tu. Very believable. Memang dia layak dapat anugerah pelakon lelaki terbaik untuk cerita ni. Walaupun dia bawak watak jahat, aku sebagai penonton tak benci dia tapi jatuh hati dengan dia. Bukan sebab watak dia tapi kerana sangat kagum dia bawak watak yang sangat feel macam tu.

Watak Farid Kamil tu boleh abwak lebih lagi aku rasa.. Ada masa pada sesetengah babak, watak Kasya tak believable.. Semua sebab ayat-ayat dan dialog-dialog skema yang seolah olah ditranslate dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Well, Lisa Surihani bawak watak ayu tu seems like stereotype macam watak Maya dari drama Adamaya. Watak Ayu No-2, yang dilakonkan oleh Syikin aku rasa much more better than Lisa sendiri. Cuma aku tak suka time dia sakit and dah hilang ingatan.. Walaubagaimanapun dubbing untuk suara Ayu no1 dan No 2 tepat.. Selalunya boleh nampak mistake bila dubbing ni kan.. Tapi untuk cerita ni, tak nampak langsung..

Sorry to say watak Suzana yang Farah bawak, sungguh fake. Urghhh.. Nampak sangat berlakon.. Aduyai.. Kecewa bila tengok dowh..

Bagi aku, Fazura memang best.

Banyak babak-babak dalam cerita ni skema dan tak rasa real. hmmm.. Kelemahan tang tu la.

Babak yang aku suka ialah babak Ayu kene belasah dengan Azmi & bile Kasyah dapat tahu yang Ayu dah kawin.. Aku rasa babak tu lah babak yang paling terbaik sekali. Music, moments, bunyik gagak, dunia seolah terhenti, semuanya complete and the msg sampai pada penonton...

Kesimpulan: Aku suka lagu OST filem ni. Betul kata hanis. Lagu dia best. Walaubagaimanapun, aku adalah the first person yang keluar dari panggung dan aku dah mula resah 15 minit sebelum movie tu berakhir.. Namun aku akan cuba sokong jugak filem tempatan lagi pasni. *sigh*

-Aku sebagai penonton-



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...