Jun 29, 2011

REVIEW; Transformers - Dark of the Moon

In Short, I would definitely be waiting for the dvd bluray is on the market...

Ada yang tak berapa puas hati dengan cerita transformers kali ini. Well, from Cip punye perspective, it is maybe because dengan ketiadaan Megan Fox. Hahahaa.. Nak buat macam mana kan. She told the reporter that Michael Bay is like Hitler on the set. So... serve you right lah.. Terusan aje kene fired dengan Steven Spielberg.

Transformers kali ni agak menjurus ke masa hadapan. Therefore, kalau daya imaginasi yang kurang kuat errmmm.. maknanye, agak susah la nak LIKE cerita dia. Tambahan, there's alot of robot Decepticon yang diperkenalkan, sampaikan kelihatan kaum autobot kelihatan sangatlah minor. Kesian autobot.

Regarding pengganti Megan Fox pulak si Rosie Hutingten-Whitely she is so damn hot untuk digandingkan bersama dengan Shia Lebuff.. Mcm a bit weird. She look so much like a model. Dalam movie tu la.. So part tu susah nak percaya...

Yang selebihnya pergaduhan antara autobot dan decepticon, is so damn cool... 2 jam 45 minute pulak tu.. Cool habes...

Jun 24, 2011

Yeay!!! Sudah ampat tauunn!!


Hari ni umur Ues genap 4 tahun. Yeay!! Ayah dgn Nde gembira untuk Ues sebab Ues dah makin besar. Everyone here in Kedah semua wish Happy Birthday dekat Ues... Ayah dgn Nde tak dapat nak pegi jumpa Ues sebab Nde ade class. Baru 2nd class so Nde tak boleh nak cancel. Sorry sangat. 

Kita kan dah buat pre-celebration masa hari tu.. Ingat lagi tak? Hehehe..

Tak lupa jugak kat Zikri kan? Zikri pun share the same birth date dengan Ues. Happy birthday to both of you. Make your daddys and your mommas proud.. 

You are the most important thing in this world. You are the reason we live.. We love you Ues.. So much.. 
Happy 4th Birthday!!


Jun 23, 2011

Pencurik tertangkap??!!

Few weeks ago rumah Cip kene masuk dengan pencurik. Yang bestnye Cip dan suami tak tahu pun rumah kene masuk dengan pencuri sampailah bila suami Cip naik tingkat atas nak solat. Dia perasan PS2 dengan games dah hilang. Cip terkejut sangat. Ye lah.. ini first time kami kene macam ni. Suami Cip agak bengang la. 

The next two days, lagi sekali kami terperasan yang external hard disk dan Ipod nano Cip yang connected to dvd player pun hilang. By that time, kami realized yang pencuri tu dah turun tingkat bawah and took those things.  Kami memang tak perasan langsung. Masa nak guna barang tu baru la perasan dah tak da.. Lepas tu barulah kami mencari all those little things yang maybe pencuri tu ambik. Pelik jugak sebab external hard disk yang dekat komputer ada. Then again Cip perasan Iphone adik Cip yang rosak dalam display cabinet pun hilang jugak. Handphone chaplang hat len dalam display cabinet tu, tak da pulak dia ambik. 

Cip dan suami tak terkata apa-apa dah. Kami dah seakan-akan redha je.. Bila dah tau banyak benda yang hilang, baru la nak pi report kat polis. Pegi je report, rupanya polis dah buat tangkapan. Pencurik tu budak lagi. Baru 19 tahun umonye.. Anak orang kaya pulak tu. Polis cakap lagi yang mencurik tu hobby dia sahaja.. Wow... hobby.. Dassyyaaattt... Barang-barang yang dia curik tu pun masih ada pada dia. So, at this very moment suami Cip dipanggil untuk buat pengecaman barang tersebut. Hopefully dapat la semula barang-barang tersebut.. Insyallah..

Sebagai renungan bersama:

‎"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" - ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik. *Masih ada yang SALAH FAHAM bahawa kalimah istirja' ini disebut bila ada orang meninggal dunia sahaja. Kalimah istirja' ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah.

Jun 16, 2011

GIVE AWAY FREE STUFF!!

Assalammua'laikum...

Dah lama dah Cip nak buat give away ni. Finally, sekarang baru berkemampuan. Okay, post yang kali ni adalah bersempena birthday Cip dan SuperHero kesayangan Cip pada bulan Jun ini. Bulan ni la.. So, Cip nak distribute beberapa barangan buat anda diluar sana. FREE okeh!! Ye.. Cip nak bagi barang FREE nih kat anda di luar sana...

Buat pengetahuan anda semua, barangan ni masih baru ye.. Takkan la Cip nak bagi barang yang dah gune khoott... Agak-agak la pun.. Free Give Away nya adalah seperti dibawah:

Sling Bag


















1. Sling Bag - Ada 3 warna dan kesemuanya berlainan walaupun berada dalam kategori warna hijau. Dalam gambar tu warna dia ialah hijau pucuk pisang. Kecik aje sling bag ni. Nak letak handphone, kunci, buku nota yang small sizenye boleh la.. Very cute over small girls Cip rasa.

Carry Bag
2. Carry Bag - Hat nih besar la sikit. Boleh dibuat letak telekung ke, Al-Quran nak pi mengaji ke.. tak kisah la. Yang ini ada 2 warna.. Dalam gambar ni fall under warna purple kekelabuan sikit. Lagi satu tu Cip tak ingat pulak warna ape. Kalau tak salah warna purple jugak but a bit pinkish than this one.

Tote Bag
3. Tote Bag - Luar dia diperbuat dari fabric Denim. Hat nih sederhana aje besar nye. Boleh letak telekung jugak. Kan dah nak masuk bulan Ramadhan ni. So, boleh la bawak beg ni masa nak pegi solat tarawikh nanti kan? Yang ni Cip ada 2 je. Sebelah kanan tu ialah rupa dalaman bag tersebut. Ada tiga compartments dalam beg ni dan salah satunya (tengah) berzip.

Voucher from NZ Wheels
Lastly,

4. Voucher - Ada dua voucher actually. Satu Voucher RM100 dari NZ Wheels dan satu lagi ialah voucher RM5 daripada brand Blackmores. Dua-dua Cip dapat bersempena birthday Cip.

Ape-ape pun sila baca dulu terma & syarat yang begitu simple seperti berikut:

1. Bayaran penghantaran perkhidmatan kurier sebanyak RM10, perlu ditanggung sendiri oleh penerima ye.

2. Tawaran ini untuk siapa cepat, dia dapat. Tak boleh booking-booking okeh. Sorang boleh satu barang SAHAJA.

3. Email kan details anda seperti Nama, No Tel, email, alamat penghantaran serta FREE STUFF yang menjadi pilihan kepada cip.puding@gmail.com.

4. Cip hanya akan respond pada mereka yang membuat pembayaran bagi perkhidmatan kurier terlebih dahulu.

5. Tawaran ini akan berakhir pada 30 Jun 2011.

So, apa tunggu lagi?? Email me as soon as possible.

Sharing the love all around
~CIP~

Jun 15, 2011

Syukran Ya Allah


Di pagi yang hening dan sejuk ini aku berasa sangat bersyukur dan tenang serta aman damai.. Sungguh bersyukur dengan segala perkara yang telah Allah swt kurniakan buat aku sekeluarga. Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menambah baikkan diri kita sendiri.

Boleh lah Download "penyejuk halwa telinga" ni. Moga ia mampu memberi keinsafan dan manfaat secara tidak langsung pada kalian..


Dua Hal Yang Mesti di lupakan : 
1. Kesalahan Orang Lain pada ku 2. Kebaikan ku pada Orang lain  


Dua Hal yang Mesti di Ingat : 
1. Kesalahan ku pada Orang lain 2. Kebaikan Orang lain pada ku.



Jun 14, 2011

Review: X-Men (First Class) & KL GANGSTER

Malam sudah larut dan CikCipPuding masih tak rasa mengantuk. Mata yang asyik berair ni sangat-sangat meng'annoyed'kan CikCipPuding. Panjang betul nak sebut nama CikCipPuding. Okay disebabkan nak sebut CikCipPuding tu panjang sangat sampai berbelit lidah ni duk sebut banyak kali, jadi pendekkan kepada Cip je la eh...

Cip pergi menonton X-Men: First Class tadi bersama suami dan adik ipar. Pada mulanya kami nak tengok KL Gangster. Katanya baru satu hari tayangan, kutipan sudah pun mencecah 1 juta. Betul ke tak betul, Cip tak tahu. Tapi tadi masa nak beli tiket, kesemua sesi sampai tengah malam FULL HOUSE!!! So ada benarnya filem arahan Shamsul kali ni betul-betul memikat penonton Malaysia. Tahniah Syamsul! Ada pulak nak menyaman beliau sebab katenye mendedahkan kebenaran yang berlaku dalam persatuan mereka. Hurrmmm.. Ironiknya, semasa diajukan soalan berkenaan persatuan mereka ini sama ada  mereka ada kene mengena dengan gangsterism atau tidak, mereka manfikannya habis-habisan.. Tibe-tibe mereka nak saman. Does this mean that it was all true??!! Entah lah.. Cip bukan tau ape pun pasal gangsterism di Malaysia ni.. 

Mystique.. Superpower idaman Cip..

Cip rasa cerita X-Men- First Class ni tidak lah sehebat mcm sebelum ni kerana banyak jalan penceritaan serta sejarah tentang watak-watak X-Men yang kite kenal selama ni. Walaubagaimanapun, Cip rasa berpuas hati dengan filem ini. Cip akui yang Cip lambat sikit pickup bila tengok filem ni sebab Cip tak perasan siapa watak X-Men ni sebelum mereka jadi X-men. Dah nak kat habis cerita baru ler tersedor yang Prefessor Xavier tu la Professor X. 

Cip memang suke sangat superhero Mystique tu. Yang boleh tukar-tukar rupe dia tu la. Baur Cip tahu yang dia baik rupenye dulu.. Tapi disebabkan dia dah ikut Magnito, terus jadik jahat macam Magnito jugak. Cip juga menyukai watak Professor X diwaktu muda yang dilakonkan oleh James McAvoy tu. He's so good at acting.. Realistic. Out of 5 star, Cip rasa Cip nak bagi 3.80 bintang.. buleh ke mcm tu? Boleh la...

Salah satu babak dalam KL Gangster
Cip berkesempatan jugak menonton KL Gangster walaupun terlambat masuk panggung 1/2 jam.. Dari pengamatan Cip sendiri, not bad. Berbaloi la tengok kat wayang. sebagus seperti yang dicanang-canangkan oleh org la kirenye.. Suami Cip ada menyuarakan bahawa dia nak cari DVD KL Gangster nanti bila sudah ada di pasaran. Untuk filem ni, Cip rasa hasil kerja Shamsul, dah banyaks angat meningkat daripada cerita dia yang dulu-dulu tu. Semakin bagus. Watak lelaki dalam filem nih pun believable bila bergaduh. Keras.. Pandai lawan. Hehehe.. layak tengok kat wayang banyak kali la kirenye..

Okay, mata nih dah makin mengantuk. Besok Cip kene bangun very early in the morning got things to do.. Good nite folks. Have a sweet dream.. *hugs*

Jun 8, 2011

Health is a relationship between you and your body.

Makin kurang dah batuk Farreal. Alhamdulillah. Lama jugak dia batuk kali ni. Pelbagai cara CikCipPuding & suami buat bagi mengurangkan rasa ketidakselesaan dia. Setiap kali batuknya menyerang, pasti dia akan muntah-muntah kerana itu suatu perkara biasa bagi kanak-kanak yang mempunyai gag-reflex yang sensitif. Yang paling merisaukan kami ialah selera makan Farreal yang menurun bila dia muntah-muntah. Susu pun dia tak lalu nak minum.

Kandungan: 
Vitamin A, Vitamin D, Kalsium Hipofosfit, Natrium Hipofosfit, Kalium Sorbat.

Kebaikan:
Untuk pertahanan tubuh, ada DHA - bagus untuk ingatan, mata, tulang dan gigi *terutama untuk anak-anak yang sedang membesar*

Selain daripada rely dengan ubat klinik yang doktor bagi, CikCipPuding dan suami sekarang bagi Farreal makan Scott Emulsion dan Champs C chewable seleas sarapan bagi membantu meningkatkan imunisasi badan Farreal untuk melawan penyakit. Alhamdulillah, walaupun baru je bagi untuk dua minggu, nampak perubahan dimana batuk dia semakin berkurangan dan energy dia juga semakin meningkat. Cuma in the morning je dia batuk sekali sekala bila bangun dari tidur sebab phlegm dia masih ada dalam paru-paru.  

Vitamin C 100mg Pack Size: 100 Tablets

Dulu suami CikCipPuding bagi susu Dumex Dugro pada Farreal. Sekarang kami dah tukar kepada  Dutch Lady 123 for Growing Up Milk Chocolate Flavor. Kami tukar susu dia sebab kami terperasan yang susu Dugro tu sudah tak sesuai dengan Farreal. Ada sekali tu, lepas je Farreal minum susu Dugro, dia batuk kering dalam 2-3 minit, then terus muntah. Walhal the previous day, bagi susu Dutchlady, dia okay je sampai malam. Dua tiga kali kami perasan kondisi Farreal selepas dia minum susu Dugro tu. Susu Dugro tu rupanya terlalu panas untuk Farreal. 

Masa buat susu dia, CikCipPuding pernah try kurangkan sukatan kepada satu sudu sahaja dan campur sekali dengan susu Dutchlady tu. Farreal tetap batuk. Namun tak seteruk kalau dia minum susu Dugro sahaja.

Bukan setakat bagi supplement dan tukar susu Farreal, tapi pemakanan beliau juga turut kami pantau. Minuman berais, sememangnya kami tak berikan pada Farreal. Ada la sekali sekala sahaja. Kesian pulak bila dah depan mata dan dia pun nak rasa sikit. itu pun kami campurkan sedikit air masak bagi mengurangkan kesejukan air tersebut. But bukan air berais yang ketul tu. Kalau bagi hat tu, konpom even breathing dia pun akan wheezing.

Makanan bergoreng dan berminyak juga kami kurangkan. Kebanyakan makanan yang kami beri berasaskan sup dan kuah. Even telur goreng sekalipun CkCipPuding goreng tanpa minyak dalam non-stick frying pan.

Sebelum tidur, CikCipPuding bagi Farreal makan madu satu sudu besar untuk membasahkan tekak yang kering tu bagi mengurangkan batuk di tengah-tengah malam. Madu tu bukan sahaja bagus untuk kurangkan batuk-batuk ni malah it really good for other things too.  Dibawah ni CikCipPuding berikan beberapa penemuan saintifik tentang khasiat madu;


  1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser
  2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
  3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa
  4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
  5. Boleh merawat penyakit mata
  6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan.

 Even hadith Rasulullah saw pun ada terangkan pasal madu.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan meyembuhkannya dari 77 penyakit".


Kita berusaha. Allah jua yang menetukan segalanya.

Alhamdulillah, segala usaha nampak hasilnya sedikit.

  • Selera makan Farreal is very good
  • Batuk semakin berkurangan.
  • Susu tak pernah miss. Siap mintak lagi sekali kadang-kadang tu.
  • Tahap ingatan dia sangat bagus. Contohnya ada suatu hari tu kami lalu depan sebuah sekolah agama dan suami CikCipPuding bertanya pada Farreal sama ada dia mahu ke sekolah kat situ nanti. Dan semalam, sekali lagi kami lalu depan sekolah agama di Baling tu dan tidak semena-mena, Farreal cakap nak bersekolah kat situ. Kami masing-masing angkat kening sebab terkejut dia ingat pasal conversation sekolah tu.. Amazed kami sekejap.
Appointment dengan general surgeon yang akan datang ialah pada bulan November nanti. Kami harap, kesihatan Farreal akan kembali pulih sebetulnya.






Jun 7, 2011

(Resepi) Ayam Masak Halia

Sometimes, bila dah bosan tak tahu nak masak ape, google lah akan menjadi medium penyelesaian untuk aku cari menu-menu untuk memasak. This time around, aku jumpa ayam masak halia tapi ada barang yang takda pulak kat rumah ni. Makanya, masak ikut sedap rasa berinspirasikan resepi yang aku jumpa tu. 

Meh la aku share resepi Ayam Masak Halia yang diolah oleh aku mengikut barang yang ada kat rumah pada ketika ini. 
Bahan:

1/2 ekor ayam (aku potong kecik-kecik. Senang nak makan)
4 ulas bawang putih (Ditumbuk)
Halia sebesar ibu jari (dipotong halus)
2 sdb lada hitam (ditumbuk)
5 tangkai cili api ( dipotong dua)
2 cawan air masak (kalau mahu berkuah)
2 biji kentang (dipotong dadu)
3 sdb minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Goreng bawang putih, cili api & lada hitam sehingga kekuningan.
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga kesemua bahan yang digoreng tadi sebati dengan ayam. Tunggu sehingga daiging ayam kelihatan sudah separuh masak.
4. Masukkan air dan kentang. Didihkan dengan api yang sederhana perlahan.
5. Gunakan garfu untuk memastikan kentang sudah lembut.
6. Apabila kentang sudah lembut dan masak, boleh lah diangkat masakan itu dan hidangkan. Makan dengan nasi putih..

Inilah hasilnya. Memang pedas. Kalau tak suke pedas, kurangkan lada hitam atau cili padi tu. Tapi tak kick lah kalau tak pedas kan. Lada hitam tu kan elok untuk panaskan badan.. Farreal terkentut-kentut dan sendawa je, lepas makan. Alhamdulillah..
Serikan hidangan tersebut dengan daun basil.




Jun 1, 2011

Cupcakes Surprise


"You can't look at a cupcake without smiling"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...