Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Aug 10, 2012

Bila kene reject




Ouch.. Sentap. Pedih. Malu.


Okay Cip pernah ada hati pada sorg mamat ni masa dulu dulu (many years ago). Adoii.. (husband Cip pun tau psl dia).. Tak sangka lepas sekolah kami contact each other semula and dari situ jadik close pulak. Not that close pun but whenever Cip have the time to go back home, we'll definitely meet.

Pendekkan cerita Cip finally let him know that I have feelings for him (bila kene desak dgn dia banyak kali what dee?!) and I can see that he is undecided (ada banyak pilihan gamaknye masa tu). All this while he 's been giving me mix signals. Until one day he said to me on the phone that he doesnt feel the same way (after few months baru nak habaq lagu tu. Chett). It was like a slap in the face.

We started of as a friend so Cip taknak because of this terus tak jadik kawan dah. Tu namanya tak ikhlas berkawan. So I keep in touch jugak dgn dia but less than before. Sometime kita hang out together, pegi makan, tgk game dia and what not. Slowly Cip nampak true colors dia. Kadang kala he can be a jerk tapi Cip tengok when it comes to the girl that he is into, he is kinda good guy la (voley laa).

Nak dipendekkan cerita selepas tu kita dua jadi teman untuk bercerita masalah love life masing masing. Bila this crush for him is no longer there its easier for me to be his friend. Masa tu pulak Cip pun bermasalah macam dia cuma situasinya sahaja berbeza (Hahaha.. masa tu mmg best dapat kutuk dia kaw kaw. Masa tgh ada crush tak berani).


Yang tak tahan masa Cip kene reject tu la.. Mmg klakar la moment tu. Pastu tersalah hantar msg kat dia pulak. Demmm! Konfem cerita ni akan Cip cerita pada anak anak Cip one day. Hoh hoh hoh.. Funny life experience what?!


Tapi perasaan tu tak terbanding dgn perasaan yg Cip ada buat suami tercinta. Dia lah racun, dia lah madu. I've definitely never felt this way before towards any guy I know. Dia lah orang pertama yang betul betul dah curi hati Cip.

Edward Cullen kedua la. Hoh hoh hoh..



Kesimpulannya di sini ialah, kalo kene reject sekalipun dont worry too much. Laugh about it. Ada yang lebih baik tersedia dan menunggu masa untuk kita temui.


P palang s: Tadi tengok kat channel starworld program called mobbed: a girl confession. Pompuan nih bg tau kwn dia yg dia suke kat laki tu and in the end lelaki tu tak tau apa yg dia rasa. Kire dia mmg anggap pompuan tu as a friend je la. Tu yg inspired gegeh nak tulih entry kali ni. Hoh hoh hoh..


posted from Bloggeroid

Jul 1, 2012

Shallots

Nih memang betul tengah tengah malam nih. Farhad dah tidoq. Seharian dia tidoq tidoq ayam. Finally sebelas lebih tadi tidoq hat betui betui punya. Cip memang nak tidoq sangat dah tadi tapi belakang Cip terlalu lenguh. Mintak tolong suami Cip urutkan sikit tang urat belikat tu but still tak kurang jugak. :( Tak selesa sangat nih. Angin dah masuk badan. Mungkin sebab minum air sejuk tadi agaknya masa dinner. huu~


Jadinya Cip pun turun bawah buat ayaq milo makan dengan biskut munchy. Sedap betul minum ayaq panaih panaih ni. Very soothing. 

Hari ni Cip try masak rendang ayam. First time okeehh.. Alhamdulillah jadik cuma ada kurang la sikit. Kurang pedas. Pedas tu pedas dah tapi perlu lebih pedas lagi baru menyengat. Insyallah raya nanti dah buleh masak sendiri dah.. Ibu pun cakap tadi dia tak payah masak dah. Bior anak dengan anak menantu dia pulak take over masak. Betui la dia kata tu.. Kami seme dah besaq besaq belaka. Tapi kadang kala tu bukan apa, saja nak bermanja kan.. Kalau mak kite yang masak tu kan sedap aje..

Masa Cip tengah kupas bawang tadi, Cip mengelamun teringat zaman kecik dulu dulu masa Cip kene duduk dekat Sepang during cuti sekolah and tolong nenek dengan atuk yang meniaga nasi lemak setiap pagi. Kalau tak dek kerana nenk Cip paksa suh kupas bawang la, kupas kulit telor la, mesin kelapa la (hat nih Cip yg insist. Luka tangan okeyh. Curious sgt mcm mana org mesin kelapa tu.), siang sotong, blend cili kering.. Ish banyak lah.. Setiap kali masak, mmg Cip teringat first time Cip duk buat sume ni. Bersyukur la Cip walaupun tak suke buat kadang kadang tu sebab rasa lebih syiok layan tgk drama mandrin, kene paksa jugak buat. Dah  besar mcm ni baru berterima kasih pada nenek dan arwah ibu akan ilmu ilmu yg diturunkan secara tak sengaja tu.

Cip pandai buat teh tarik style kat kedai tu pun berkat ajaran daripada atok. Sebab bila meniaga, atok yang buat air. Daripada gerai kecik tepi jalan sampai kedai besar la jadi restoran.. Bila dah besar duk pikir balik, jadik pengalaman manis betul. 

Paling best bila duk tolong atok dgn nenek meniaga ni, Cip akan paw atok Cip nak beli majalah atau buku. Cip pun tak berapa pasti majalah jenis apa Cip suka beli dulu. kadang atok tak bagi. Tension masa tu. Sebab the only time Cip tak boring ialah masa membaca. terasa cepat sikit masa tu berjalan. 

Semua memori ni hadir hanya dengan mengupas bawang hat kecik tu. (Cip usually guna bawang besar sebab lebih mudah nak masak.) Tapi disebabkan nak masak rendang bagi sedap, haruslah berair-air mata ngupas bawang merah tu tadi. Sampai Farhad yang duk nyenyak tidoq dalam buai pun merengek rengek. Cip tau konfem dia berasa pedih hidung ngan mata tu. Apa lagi, ayah dia la bawak naik atas sooth kan dia sambil bagi fresh EBM. 


p palang s: Belajar memasak tu sangat penting untuk kaum wanita. Sama ada mereka suka ataupun tidak, kene didik anak anak perempuan daripada kecik memasak. Tak memasak, at least ajar siang ikan, siang sotong, kupas bawang, hat basic basic tu pun jadilah.. umoq mereka dah nak masuk 30's sok baru depa sedaq.. (mcm Cip la tu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...