Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Sep 25, 2012

Wajik aka pulut kacau


Tengah Cip duk belek belek internet, mulut tetibe aje terasa nak makan mende maneh. Mau makan cake kah? Eskem kah? Cekelat kah? Tapi takdak jawapan. Perasaan nak makan mende maneh tu still ada.

Pikir punye pikir entah macam mana teringat terus pada wajik tok jam di Beruas sana tu. The only time Cip makan wajik ialah kat rumah tok = once a year la. Sekali makan mmg susah nak stop. Dari dua sudu jadi satu mangkuk.

However this year masa pi umah tok, tok kata dah tak larat nak buat dah. Memula tu Cip cuma tanya kuih atas meja tu beli ke ada org bagi. Tok pun habaq, "Hat ni paklong hang bg. Yang ni jiran tu duk bagi. Aku takdak buat apa pon. Nak buat wajik pun aku dah tak laghat.."

Kita faham la kan. Tok bkn kuat lagi dah. Cip dtg pun mmg nak jenguk and tanya khabar tok sebab dah lama sangat tak balik.

Since suami Cip ada bawak balik beras pulut susu yg client dia bagi, Cip pun gigih la nak cube try test buat wajik for the first time in my life (selama ni duk ingat susah sangat nak buat). Then acara googling resepi la. Cip tak tumpu pada satu resepi je semua jenis resepi berkenaan wajik ni Cip baca bagi mencari resepi yg paling mudah sekali untuk first timer macam Cip nih. Ada yang leh pakai rice cooker tapi kebanyakan sume resepi suruh kukus.

Selesai study selama setengah jam Cip pun masak ikut style Cip la (duk tawakal dalam hati menjadik la). Sukatan sume Cip pakai agak agak ikut suke hati aje. So this is what I came up with:

1. Cip kukus almost dua cawan beras pulut susu dgn daun pandan (Bg wangi. Resepi len takdak yang suh letak daun pandan pun. Belasah je la.)

2. Cip kukus dalam 1/2 jam mcm tu. Bila cek beras pulut tu dah masak, Cip letak tepi sat sementara Cip panaskan kuali.

3. Cip tuang dalam kuali tu santan tin (dah bukak syg la nk buang) lebih kurang satu cawan (cawan yang sama Cip gune utk agak beras pulut tadi). Then gula merah satu cawan penuh. Gula putih setengah cawan. Kacau selalu.

*banyak resepi yg kata better pakai santan perah sendiri sbb nak berminyak sikit. Tapi Cip dah ada santan tin yg dh bukak dalam peti ais plus Cip takdak mood nak perah santan. Therefore, santan Tin it is..

4. Bila semua dah cair, masukkan pulut yg telah di kukus dan acara kacau mengacau sampai gula tu likat pun bermula.

Memang pada mulanya agak cair tapi Cip biorkan atas api sampai dia likat. Kacau aje la supaya tak hangit belah bawah. Nearly one hour or maybe lebih agaknye baru la sebati semua adunan. Cip angkat dan letak dlm tupperware. Biar sejuk then baru masuk peti ais. Yummmyyy..


P palang s: Tak tunggu sejuk pun Cip dah jamah bersudu sudu
posted from Bloggeroid

Jul 11, 2011

French Toast with scramble egg.


Hellu... morning.. morning... Dalam bahase omputihnye French Toast. Tapi dalam Bahasa Malaysianye ialah roti telur.. Sangat-sangat senang serta sangat-sangat lazat untuk membuatnya.. 

Telur merupakan bahan yang paling utama. Dua biji telur buleh dapat 6 keping french toast.

Then roti. Ikut suka la nak pakai roti apa sekalipun. If diet, guna roti wholemeal atau wholegrain kay..

Madu dan sedikit susu segar. Mix them all together.

Rendam roti tu then gorengkan dalam non-stick frying pan yang telah di panaskan bersama 1/3 tbs of margarine dengan api yang perlahan yee.. Cook each side lebih kurang 2 1/2 minutes. Then buleh angkat. Terpulang nak makan pakai jem roti ke, maple syrup ke, peanut butter ke. Ikut suke la.. Nak makan pakai susu pekat manis pun boley... 

Selamat menjamu selera..

Jul 10, 2011

Western

This few days, husband Cip duk request nak makan beef steak. Dah jemu makan nasi le tu. Sometimes, Cip pun dah ilang idea nak masak ape. Cip nih makan aje ape yang husband Cip makan. So, laju-laju Cip suruh husband Cip beli barang-barang nak masak beef steak. Hasilnya... Tadaaaa...


Buleh lah kan? Masa dulu-dulu, nak makan gini, kene pi makan kat luar je gayanya. Sekarang banyak masa on hand so belajar pun thru internet. Resepi-resepi banyak Cip ambik dari Mr Google then Cip olah sana-sini mengikut keseleraan Cip. Tapi Cip paling suke try resepi dari AFC. Disebabkan tengok AFC tu la Cip rajin nak try buat makanan western nih. Rupenye, tak la sesusah mana. Ghenyah je la sikit...

So hari ni bila tanya husband Cip nak makan ape, dia kata nak makan spaghetti.. Takkan nak lunch spaghetti je kan? So Cip tambah la a few other food here and there. Hasilnya...


If nak try buat mcm ni, then maybe you can. Cip share la ikut resepi Cip sendiri ek.. Tak perlu ikut sebijik-sebijik pun. kut selera je nak buat mcm mana.. Asalkan jadik and buleh makan cukuplah kan..? Okay so here we go.. Let's start with the ingredient:

Rib eye steak (Daging batang pinang = The juiciest part of a cow.)
*Cip guna Australian beef sebab lebih sedap. Kalau guna local beef, rasa dia biasa-biasa je.


1. Marinate rib eye steak ni dengan black pepper, garam, sos tiram, kicap & black pepper sauce. Biarkan selama 1/2 jam ke satu jam. *Cip guna black pepper sauce brand life.

2. Panaskan non-stick pan & pour 2 tbs of olive oil.*Api kecik je. Hangit pulak nanti.


3. Goreng rib eye tu 3 minutes each side. *Terpulanglah timing tu. Kalau nak lebih well-done maybe leh leave on steak tu lama sikit.

4. Nampak steak dh masak boleh angkat dan letak atas pinggan. 

Gravy steak. Cip serious tak tahu rupenye senang je nak buat gravy.. Dulu la.. Sekarang dah tau.. Lepas goreng steak tadi, jgn basuh dulu non-stick pan tu. Dengan api yang perlahan, campurkan satu sudu besar marjerin bersama 1-2 sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Masukkan stok ayam dalam setengah cawan. Kacau lagi sehingga sebati. Hat nih, terpulang la. Kalau nak banyak, lebihkan lah bahan-bahan tadi. Stok ayam tu Cip guna kiub pati ayam je. Bila dah sebati semuanya, campurkan sedikir black pepper dan black peper sauce. Jangan lupa untuk rasa. Tak cukup, tambah. Jangan tawar, udah le..

Beralih kepada spaghetti pulak.

Masak air dalam periuk besar sehingga air tu mendidih. Sedikit garam, kemudian masukkan spaghetti. Dalam 10min mcm tu the spaghetti should be done. Angkat dan toskan spaghetti tu. Bila dah kering buleh angkat dan letak dalam pinggan.


As for spaghetti sauce, Cip pakai Kimball punya je. Cip tuang dalam periuk, renehkan then Cip masukkan daging kisar yang Cip telah rebus dan cincang-cincang. 



Western food nih tak lengkap kalau tak dek fibre. The only fibre I can get my hands on is corn. Honey corn. Jagung madu nih, makan raw macam tu pun dah sedap. So, Cip sekadar rebus dalam 1 minit je. Rebus lama sangat hilang manis dia. Oh ye jangan lupe letak secubit garam dalam air rebusan tadi.. Baru la kick.

So everything is done.. done.. and done.. Senangan? Now, hidangkan dan hiaskan mengikut citarasa. Jum makan... Bismillah.. Jemput ye.. :D

Jun 7, 2011

(Resepi) Ayam Masak Halia

Sometimes, bila dah bosan tak tahu nak masak ape, google lah akan menjadi medium penyelesaian untuk aku cari menu-menu untuk memasak. This time around, aku jumpa ayam masak halia tapi ada barang yang takda pulak kat rumah ni. Makanya, masak ikut sedap rasa berinspirasikan resepi yang aku jumpa tu. 

Meh la aku share resepi Ayam Masak Halia yang diolah oleh aku mengikut barang yang ada kat rumah pada ketika ini. 
Bahan:

1/2 ekor ayam (aku potong kecik-kecik. Senang nak makan)
4 ulas bawang putih (Ditumbuk)
Halia sebesar ibu jari (dipotong halus)
2 sdb lada hitam (ditumbuk)
5 tangkai cili api ( dipotong dua)
2 cawan air masak (kalau mahu berkuah)
2 biji kentang (dipotong dadu)
3 sdb minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Goreng bawang putih, cili api & lada hitam sehingga kekuningan.
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga kesemua bahan yang digoreng tadi sebati dengan ayam. Tunggu sehingga daiging ayam kelihatan sudah separuh masak.
4. Masukkan air dan kentang. Didihkan dengan api yang sederhana perlahan.
5. Gunakan garfu untuk memastikan kentang sudah lembut.
6. Apabila kentang sudah lembut dan masak, boleh lah diangkat masakan itu dan hidangkan. Makan dengan nasi putih..

Inilah hasilnya. Memang pedas. Kalau tak suke pedas, kurangkan lada hitam atau cili padi tu. Tapi tak kick lah kalau tak pedas kan. Lada hitam tu kan elok untuk panaskan badan.. Farreal terkentut-kentut dan sendawa je, lepas makan. Alhamdulillah..
Serikan hidangan tersebut dengan daun basil.




Sep 20, 2010

Petua : Kurangkan Kolestrol dalam Darah


Yes laaahh.. berat badan dah naik lepas raya???? Hahahahaa.. Same ler kekite nii...

Jom kite try petua orang lama nak kurangkan balik kolestrol dalam badan tersebut. TAPI INGAT!!! Kita bukan boleh depend pada satu cara ni sahaja akan tetapi kite kene la excercise jugak.. Buat brisk walk every morning macam kawan aku sorang ni. Tapi kawan aku ni akan mula bekerja lewat malam, mampu ke dia nak bangun pepagi buat brisk walk???

Anyhow, petuanya seperti dibawah:

1. Ambil beberapa ulas ubi halia.

2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.


Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)


3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.



Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)



p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.

Selamat Mencuba!

Petua ini diambil dari sini



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...