Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Jul 14, 2012

Rock-a-bye-baby

Tajuk tidak ada kene mengena dengan isi.

Perlu tidur.

Perlu bangun awal esok pagi.

Support rumah merah.

MERAH!! MERAH!! MERAH!!

Tapi pinggang sakit. Aduuhhh..
posted from Bloggeroid

Mar 21, 2012

Rashes

*garuk-garuk*

Gatal dan menghenyam sungguh. Dah few days mcm ni sejak balik dr kl hari tu. Selalunya setakat gatal and tak lama hilang sendiri. But since hr tu, rashes timbul. Kat sendi siku, bahu and other places as well. Kat perut tu tak pelik la sbb tgh mengandung and baby makin bsr so perut tgh stretch. Cip mencuba sedaya upaya control drpd tak garu.

Cip ada beli cocoa butter tu. Nak dijadikan cerita, bertambah gatal pulak lepas sapu kat perut and tgn. So, Cip stop pkai. Cip pakai baby oil aje. It helps but tak kurangkan rasa gatal-gatal tu. OMGeee... Especially bila waktu mlm. Rasa nak nangis pun ada.

So smlm pegi pharmacy Cip beli cream utk sensitive skin punye. Alhamdulillah.. It soothes the skin. Selesa la sket. Gatal pu. Tak seteruk hari yg sebelumnya. Cuma, rashes masih tak hilang. Mungkin kene letak calamine lotion agaknye and makan anti-hestamine, maybe? Therefore Cip akan pego klinim ptg ni and let see ape yg doctor akan ckp.

posted from Bloggeroid

Jan 28, 2012

Baru tau..

Dua tiga hari ni Cip terperasan sesuatu when it comes to food. Tekak Cip no longer tahan dengan makanan pedas anymore. Walaupun tahap kepedasannya sekadar berada di skala 3 out of 10. Langsung potong stim nak makan.

WHY??
I think I know why. Cip was infected with soar throat last week and slowly effect hidung dan telinga. So kesimpulannya flu lah. Just within two days. Pada mulanya sekadar sakit tekak biasa dan apabila mahu menelan, terlalu perit sangat. The next day Cip demam dan terus ke klinik berdekatan.

Alhamdulillah, demam kebah right away but sakit tekak, batuk and selsema remained. Till now, even though dah improve a lot but masih berbaki batuk dan selsema tu. 

Sepanajang sakit tekak dan batuk nih, Cip lebih suke kemam jujubs. Jujubs nih macam gula-gula sakit tekak la. Pada Cip sangat mujarab especially kalau hat jenis sakit tekak tak buleh nak menelan nih. Kalau asyik batuk kering je pun buleh jugak makan sebab mmg kurang la batuknya tu.


Suami Cip mmg terus kene batuk-batuk nih once dia balik daripada outstation hari tu (cuaca panas or berjangkit dengan Cip). Dia pun Cip suruh kemam jujubs nih. Baru makan dua ketul  then dia perasan lidah dia macam pecah pecah. I was wondering sebabkan gula-gula tu ke? Cip makan more than two takdak apa² pun. At one time, even ubat batuk pun tak leh kurangkan batuk nih diwaktu malam. Therefore, Cip kemam jujubs sambil tido. It helps me sleeps sebab tak batuk-batuk tengah malam (sampai meleleh-leleh air mata sambil terbatuk²)


Result daripada makan jujubs tu mungkin membuatkan tekak Cip lebih sensitif. So makan ape je pedas sikit, langsung tak buleh tahan dah. Kat tekak nih rasa tak selesa dia len macam.. I couldn't finish my food. Now Cip understand orang yang tak buleh makan pedas.. Kadang bukan depa pilih makanan but the taste afterwards tu yang tak dapat di kawal. Sangat lah tidak selesa. 

Cip harap cepat lah baik tekak nih seperti sedia kala.. Huuu~

p palang s: been thinking about him..

Jan 21, 2012

Klinik

Badan dh sakit-sakit.. Finally pi klinik jgak.. lps mkn ubt, kebah sket demam ni..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Jan 20, 2012

Not feeling well

Cip br je start rasa sakit dan perit kat tekak ni.. Melihatkan pd phlegm, dah infected.. :*) *but the best part is that suami cip nk balik esuk.. yeay!!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Oct 23, 2011

Suspect with Dengue??

Di saat Cip menaip entry kali ni, mata Cip dah mula rasa nak terkatup secara perlahan-lahan namun kugagahkan jua...Semua pesakit yang tengah tidur dalam bilik ni tadi telah dipaksa rela oleh nurse-nurse utk bangun sebab mereka nak gantikan cadar- cadar katil pesakit.

Cip sekarang berada di KPJ Penang Specialist Hospital kerana menjaga suami Cip yang telah di'admit'kan semalam kerana demam yang berterusan. Baru je dua hari Cip ada kat sini tapi rasa seolah-olah dah 4 hari gayanya.

Suami Cip dah berasa tak sedap badan semenjak hari jumaat yang lepas. Dia mula sakit-sakit di bahagian bahu dan dada. Namun suami Cip tak suspect apa-apa sebabnya sehari sebelum tu, suami Cip ni pegi gym bersenam bersama kawan sekerja dia. Cip sendiri ingatkan sekadar mucsle pain. Tengah harinya suami Cip cakap dia rasa mcm nak demam. Dalam pukul 5 petang, mmg sungguh dia demam. Seperti biasa kalau demam kene basahkan kain dan letak kat dahi la sambil lap-lapkan badan sekali. Itu la yang Cip buat pun. Makan la beberapa biji panadol. Walaubagaimanapun, suhu badan suami cip tak turun jugak. 

Selepas solat Isya' Cip gegas pulak ke keda belikan suami Cip Panadol Actifast dan 100plus bagi nak menggantikan semula garam yang keluar dari badan. Dari baring kat ruang media sampi masuk ke bilik, suhu badan suami Cip tak menentu namun masih dalam kategori tinggi. Cip ada bilang dgn dia petang tu nak bawak pi klinik tapi  suami Cip rasa dia buleh tahan lagi. 

Suami Cip tak lena tido malam tu. Cip sekali sekala terlelap. Sekali sekala bangun basahkan kepala suai Cip yang mmg sangat panas diketika itu. Sampai la jam 2 pagi suami Cip dah tak tertahan dan mintak CIp bawakkan dia ke hospital. Itu pun dia masih ada hesitation. Pagi sangat katanya.. Beberapa minit kemudian, dia mengalah kerana tak tertahan lagi dah. Cip pun gegas bersiap ape yang patut dengan sehelai sepinggang drive membawa suami Cip menyusur jalan yang berkabus ke Perda..

Sampai je kat hospital, kami terus masuk emergency room. Sementara suami Cip dirawat, Cip uruskan pendaftaran dan tak lama lepas tu nurse kat bahagian admin tu cakap suami Cip kene admit jugak...

Setakat ni, blood test suami Cip are negative for dengue. Tapi doctor still suspect dengue. Therefore, doctor akan buat lagi blood test tomorrow morning. 

Ape je yang Cip buat kat sini? Cip habiskan masa dengan membaca buku Breaking Dawn... :D hehehe

Jul 27, 2011

Cover Your Cough & Sneezes


Teruk jugak Cip batuk-batuk malam tadi. Sampai muntah-muntah la. Terus teringat kat toek. Selalunya toek kalau batuk, sampai muntah-muntah sebab bila makan ubat, it helps body to discharge all the mucus yang stuck kat lungs tu. Ubat Cip pulak dah nak abes dah ni.. Terpaksa Cip beli kat kedai dulu ubat batuk woods tu. Bagus juge ye.. Lega bila mengalir ditekak nih. 


Not only that, Cip cuba jugak minum air halia bersama madu. Advisable guna raw ginger dgn madu tu bersama air panas. Tapi lambat la, so Cip try je pakai hat serbuk punya.

Kenapa kita batuk?


Terlalu banyak reason boleh disenaraikan sebab apa kita batuk. Macam - macam. Batuk sebenarnya adalah refleks yang otak kite suruh badan kita buat bukan shj sekadar membantu melindungi badan kita tetapi untuk menyahkan benda asing yang duduk menumpang kat dalam badan nih seperti kuman yang banyak sangat kat udara especially udara yang tak bersih.

Batuk yang biasa-biasa datang bersama selsema dan demam selalunya bertandang tak lebih daripada 2-3 minggu. Tapi kalau simptom batuk tak berkurangan, kemungkinan besar batuk kronik tu.

Batuk berjangkit?

Yup! Ada yang batuk nih berjangkit ada yang tak. Disebabkan kuman nih banyak jenis nye so terpulang pada ketahanan badan individu masing-masing la.

Hat yang berjangkit nih selalunyer yang ada kene mengena dengan sinus, pneumonia or viral upper respiratory infection. Yang tak berjangkit macam asthma, bronchitis, emphysema ataupun allergic pada persekitaran. 



Memang sakit dada nih kalau batuk-batuk kan? Especially bila batuk tu kering ataupun mucusnya terlalu pekat tak boleh nak keluarkan manually perlukan bantuan ubat-ubatan ni la. Kene elakkan daripada merokok atau jadi 2nd hand smoker.. Bau asap rokok pun dah seksa.. Adoi...


Jun 8, 2011

Health is a relationship between you and your body.

Makin kurang dah batuk Farreal. Alhamdulillah. Lama jugak dia batuk kali ni. Pelbagai cara CikCipPuding & suami buat bagi mengurangkan rasa ketidakselesaan dia. Setiap kali batuknya menyerang, pasti dia akan muntah-muntah kerana itu suatu perkara biasa bagi kanak-kanak yang mempunyai gag-reflex yang sensitif. Yang paling merisaukan kami ialah selera makan Farreal yang menurun bila dia muntah-muntah. Susu pun dia tak lalu nak minum.

Kandungan: 
Vitamin A, Vitamin D, Kalsium Hipofosfit, Natrium Hipofosfit, Kalium Sorbat.

Kebaikan:
Untuk pertahanan tubuh, ada DHA - bagus untuk ingatan, mata, tulang dan gigi *terutama untuk anak-anak yang sedang membesar*

Selain daripada rely dengan ubat klinik yang doktor bagi, CikCipPuding dan suami sekarang bagi Farreal makan Scott Emulsion dan Champs C chewable seleas sarapan bagi membantu meningkatkan imunisasi badan Farreal untuk melawan penyakit. Alhamdulillah, walaupun baru je bagi untuk dua minggu, nampak perubahan dimana batuk dia semakin berkurangan dan energy dia juga semakin meningkat. Cuma in the morning je dia batuk sekali sekala bila bangun dari tidur sebab phlegm dia masih ada dalam paru-paru.  

Vitamin C 100mg Pack Size: 100 Tablets

Dulu suami CikCipPuding bagi susu Dumex Dugro pada Farreal. Sekarang kami dah tukar kepada  Dutch Lady 123 for Growing Up Milk Chocolate Flavor. Kami tukar susu dia sebab kami terperasan yang susu Dugro tu sudah tak sesuai dengan Farreal. Ada sekali tu, lepas je Farreal minum susu Dugro, dia batuk kering dalam 2-3 minit, then terus muntah. Walhal the previous day, bagi susu Dutchlady, dia okay je sampai malam. Dua tiga kali kami perasan kondisi Farreal selepas dia minum susu Dugro tu. Susu Dugro tu rupanya terlalu panas untuk Farreal. 

Masa buat susu dia, CikCipPuding pernah try kurangkan sukatan kepada satu sudu sahaja dan campur sekali dengan susu Dutchlady tu. Farreal tetap batuk. Namun tak seteruk kalau dia minum susu Dugro sahaja.

Bukan setakat bagi supplement dan tukar susu Farreal, tapi pemakanan beliau juga turut kami pantau. Minuman berais, sememangnya kami tak berikan pada Farreal. Ada la sekali sekala sahaja. Kesian pulak bila dah depan mata dan dia pun nak rasa sikit. itu pun kami campurkan sedikit air masak bagi mengurangkan kesejukan air tersebut. But bukan air berais yang ketul tu. Kalau bagi hat tu, konpom even breathing dia pun akan wheezing.

Makanan bergoreng dan berminyak juga kami kurangkan. Kebanyakan makanan yang kami beri berasaskan sup dan kuah. Even telur goreng sekalipun CkCipPuding goreng tanpa minyak dalam non-stick frying pan.

Sebelum tidur, CikCipPuding bagi Farreal makan madu satu sudu besar untuk membasahkan tekak yang kering tu bagi mengurangkan batuk di tengah-tengah malam. Madu tu bukan sahaja bagus untuk kurangkan batuk-batuk ni malah it really good for other things too.  Dibawah ni CikCipPuding berikan beberapa penemuan saintifik tentang khasiat madu;


  1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser
  2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
  3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa
  4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
  5. Boleh merawat penyakit mata
  6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan.

 Even hadith Rasulullah saw pun ada terangkan pasal madu.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan meyembuhkannya dari 77 penyakit".


Kita berusaha. Allah jua yang menetukan segalanya.

Alhamdulillah, segala usaha nampak hasilnya sedikit.

  • Selera makan Farreal is very good
  • Batuk semakin berkurangan.
  • Susu tak pernah miss. Siap mintak lagi sekali kadang-kadang tu.
  • Tahap ingatan dia sangat bagus. Contohnya ada suatu hari tu kami lalu depan sebuah sekolah agama dan suami CikCipPuding bertanya pada Farreal sama ada dia mahu ke sekolah kat situ nanti. Dan semalam, sekali lagi kami lalu depan sekolah agama di Baling tu dan tidak semena-mena, Farreal cakap nak bersekolah kat situ. Kami masing-masing angkat kening sebab terkejut dia ingat pasal conversation sekolah tu.. Amazed kami sekejap.
Appointment dengan general surgeon yang akan datang ialah pada bulan November nanti. Kami harap, kesihatan Farreal akan kembali pulih sebetulnya.






May 24, 2011

Antibiotic

Sambil aku menunggu Dr. Saiful yang nak check Ues dalam office dia yang serba sejuk semalam, aku baca-baca la health magazine yang disediakan. Came across this one article about antibiotic. Ye la sebab a day ago baru ambik ubat Ues dekat Pusrawi and this time doctor include antibiotic because two weeks ago, doctor just bagi ubat batok, selsema & cairkan kahak.  

So, what is it about the antibiotic?
Rupenya typical thinking of people is that (termasuk aku le tu)  kalau kene colds or flu, pegi clinic mesti expect ada antibiotic sekali kan? Its a WRONG mind set. Fungsi antibiotik hanyalah untuk membunuh bakteria dan BUKAN virus. Colds or flu; ataupun selsema is caused by viruses. So, if awal-awal doctor terus bagi antibiotik it doesn't cure the flu pun cuma bunuh bakteria je dalam badan. 
Bacteria

Masa aku belajar form 5 dulu, cikgu sains aku kate (aku baca dalam buku rujukan) virus selsema ni banyak jenis. Dalam 3ratus lebih. Kalau dia mati sekali pun dengan adanya ubat yang mampu membunuh dia, dia akan mutate atau ubah sel dia sendiri so that generasi selepas dia akan tetap hidup dan kebal dengan ubat yang membunuh tok nek mak abah dia sebelum tu. Manusia mmg tak boleh lari daripada terkena selsema sebab virus selsema ni terlalu banyak di pasaran. Setiap tahun virus ni akan mutate menjadi much stronger viruses.

Selalunya, kalau kita terkena la virus selsema ni, sekali tu je la kita kene and kite tak kan kene virus yang sama sebab badan kita dah build partial defense terhadap virus yang sebelumnya tu. Akan tetapi the next selsema yang kite akan kene ialah daripada virus selsema yang berlainan.

Flu Virus

Yang hebatnye, Masyallah... virus flu ni akan mengalami perubahan yang sangat besar setiap 10 tahun. Oleh yang demikian, every 10 years or so akan ada ramai orang mengalami jangkitan selsema yang luar biasa mcm kes wabak selsema H1N1 (swine flu). Kalau wabak, hanya affect certain area sahaja. However, dalam kes H1N1 ni, it is more than just a wabak tapi dah jadik pandemic sebab dah spread around the world.

Beberapa fakta yang sangat menarik tentang ANTIBIOTIC.

1. Antibiotic hanya akan terkesan pada bakteria yang replicate sel dia sendiri. Ada jugak bakteria yang tak replicate sel dia so, antibiotic tak akan berkesan untuk bunuh golongan bakteria ini.


2. Dalam badan kita ada bakteria 'so called 'baik' & 'jahat'. Actually, what does it mean is that some bacteria is good for the body and some are just not good for you. Antibiotic tak dapat nak kenal pasti kedua-dua jenis bakteria ni. Makanya, kedua-duanya akan terkorban kalau terjumpa dengan antibiotic..

3. Kenapa kalau dapat prescribe antibiotic nih dekat botol tu mesti tulih PERLU DIHABISKAN?
Selalunya kita makan mesti kita tak habiskan, betul tak? Sebab beberapa sudu pertama yang kita makan, kita dah rasa sihat sikit, kita ingat dah tak payah la nak makan lagi, but we are WRONG. The first few spoons of antibiotic hanya akan bunuh sel bakteria yang paling lemah. Hat kuat-kuat sume survive. Bukan takat survive tapi lepas tu depa boleh berubah dan jadik much more stronger bacteria. Kalau depa jumpak lagi antibiotic tu, antibiotic tu takkan buleh bunuh depa lagi dah.

4. Antibiotic mmg boleh mengganggu perkembangan sistem imunisasi dalam badan. Rupenye pemberian antibiotic kepada budak-budak yang berumur 2 tahun kebawah membuatkan mereka 3 kali lebih cenderung menghidap asma daripada budak-budak yang tidak diberi antibiotic.

5. Sebenarnya penggunaan antibiotic lebih kerap digunakan terhadap haiwan daripada manusia. dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini, penggunaan antibiotic terhadap haiwan meningkat sebanyak 600 peratus. Uuuiii.. banyak tu..

RENUNGAN: Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa gersang. Akhirnya jiwa ini akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di dalamnya.



Oct 20, 2010

Sensitive Gag Reflex

*Ini yang kite panggey gag

Aku tak reti pulak nak translate apa dia Sensitive Gag Reflex tu. Tapi ini la yang Ues alami diperingkat umur dia sekarang. Sensitive Gag Reflex yang terjadi pada kanak² atau bayi yang membesar apabila bayi atau kanak² ini mengalami masalah untuk menelan makanan yang solid. Selalunya kanak² atau bayi yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni hanya mampu menerima makanan yang lembut seperti bubur.

Apakah puncanya?

Kanak² yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni akan terasa seperti mahu muntah apabila makan makanan yang mempunyai tekstur atau solid dan selalunya end up dengan muntah. Refleks untuk mengeluarkan kembali makanan yang baru dimakan sebenarnya adalah untuk membantu badan kita supaya tidak menelan makanan yang dirasakan tidak selamat. Refleks ini tercetus daripada permukaan lidah selalunya.

Sememangnya aku terperasan yang Farreal mengalami sensitive gag reflex ni sejak dia berumur setahun lagi. Akan menjadi teruk bila dia batuk, demam dan selsema.

Oleh kerana gigi ues dah makin rongak, dia mengalami masalah untuk mengunyah makanan dengan lebih lumat supaya perut dapat digest dengan sebetulnya. So, makanan yang ditelan masih dalam keadaan solid dan keras. Dia kan baru je 3 tahun, jadi badan dia bagi signal, makanan yang dia makan tu masih keras dan mungkin tak selamat untuk dia hadamkan. Tu yang dia selalu termuntahkan semula makanan dia even if dia tak batuk atau selsema.

Itu juga sebab kenapa makanan yang terlalu bertekstur dan mengandungi bahan² lain perlu dielakkan. Dalam erti kata lain makanan yang sangat simple macam bubur, nasi goreng cina, biskut mampu membantu secara perlahan² dalam meningkatkan cara pengambilan makanan yang lebih solid.

Walaubagaimanapun still kene la tunggu sampai gigi susu Farreal tu luruh dan tumbuh gigi baru atau sampai hilang sendiri sensitive gag reflex dia tu, then Insyallah ada improvement. Dia mungkin takkan muntah very easily macam sekarang ni.



Solution buat masa ini?
Kalau nak tunggu ni benda ni fade away secara sendiri, it won't do. So ada beberapa cara yang dapat membantu kanak² atau bayi yang mengalami masalah seperti Ues ni. Antaranya ialah:
  • Bila kita bagi makanan yang lembut seperti bubur contohnya boleh ada ayam atau sayur²an tapi kene pastikan ayam dan sayur²an tu dipotong kecil² so that kanak² atau bayi tak terkejut dengan adanya solid food dalam makanan mereka. Lama² dorang akan rasa comfortable then mereka sendiri akan mintak.
  • Oleh kerana Ues ada masalah kerosakan gigi sehingga menganggu proses untuk mengunyah makanan tersebut yang boleh dilakukan ialah dengan memberi makanan yang senang untuk dikunyah dan dihadamkan.
  • Mencuci lidah dan lelangit dia setiap kali sebelum makan atau minum susu juga membantu mengurangkan kesensitifan gag reflex justeru dia mampu menerima makanan yang dimakan tanpa ada rasa prejudis. Sometimes, bau susu tu meloyakan atau bau mulut sendiri juga boleh meloyakan dia. Itu yang buat dia rasa tak nak makan tu. Apetah lagi kalau bau mulut orang lain especially yang isap rokok.
  • Boleh jugak letak makanan dalam pinggan and suruh dia suap sendiri. Itu pun membantu jugak. Tapi kene make sure la makanan tu tak susah untuk dia kunyah dan hadam.
Well, hopefully we will see an improvement dekat Ues.

Moral of the story :


Antara punca mengapa kanak² yang berumur 6 bln kebawah tidak digalakkan memakan² makanan yang solid sehinggalah mereka finally cecah umur 6 bln. Bila bagi makanan yang solid pada bayi yang belum mencecah 6 bln, secara tak langsung kita telah mendevelopkan gag reflex bayi tersebut terlalu awal menyebabkan ia berlarutan sehingga umur mereka meningkat dewasa.

Oct 19, 2010

We are all the same

*Khusyuk tuu...

Sejak ayah dia belikan henpon untuk kegunaan dia ber'entertainment' bersama otomen² dia, setiap kali tu juga lah dia meminta untuk menonton aksi² otomen yang ayahnya download kedalam henpon tersebut. Banyak jugak koleksi otomen dalam henpon dia tu. Ada otomen tiga, kosmos, gaia dan hat len yang aku kurang pasti namanya sebab ini je yang selalu Ues mintak nak nonton.

Ye la kat rumah bukan ada cd otomen pun kecuali bila ada kat rumah papa. Itu pun cd tu dah hancus abang Aqeel buat perkasam dalam bilik. Since dia dah besar, dia melayan Ben10 je. Adik aqilah pulak suke Spongebob Squarepants.

Oleh yang demikian ayah Ues mengambil langkah dengan men'donlod' episod² kegemaran Ues kedalam henpon beliau.

Ues pandai bukak, tapi since tak pandai membaca lagi dia tak reti nak pilih mana satu. Makanya dia akan request dekat aku atau Syam. Ada masa, requestnya mudah sebab dia cakap straight the point.. "Ayah nak otomen tiga." atau "Nde nak otomen gaia". Senang kami nak fulfill terus request dia tu. Akan tetapi, ada masanya dia cakap gini... "Ues nak key nee key nee maaweehhh tuu.." Macam mana tu? Aku tak faham. Ayah dia pun lagi la tak faham. Mujur ayah dia yang donlod dan selalu terdengar mana satu hat dia selalu nonton. Jadik, ayah dia mendapat kesimpulan hat episod mana yang Ues maksudkan.. Ada jugak sekali sekala tersalah pilih... Merengek lah dia sebab tersalah.. Ini lah terjadi bila ada miscommunication.. So, caranya.. kene la bukak satu persatu..

*pose manjew ala² shahir beliau

Disitu lah bermulanya aku mintak Ues ajarkan aku lagu otomen gaia yang dia selalu nonton tu..
key nee key nee maaweehhh.. tamba aa teh....
key nee key nee maaweehhh.. utaa aa teh....
Hat tu je la tau pun... Ada jugak Ues ajar yang lepas tu tapi aku sendiri tak tau nak sebut guane.. Jadi aku give up.. lepas ni kalo dia mintak otomen hat tu.. dah paham le dah..

Ues ni daripada kecik lagi memang seorang yang berani dan kurang makan saman hehehe.. Selalunya bebudak ni sometimes gayat la, takut nak kuar sorang² la.. Tapi Ues ni mmg thak la kann.. *kak junne, pinjam kate² yu.

Yup, he is very brave and very confident. Sampaikan kami yang tolong takutkan untuk dia sebab dia ni dari kecik suke pakai terjah je.. For example bila mandi kolam or mandi kat air terjun. Dia tau dalam tapi dia pedulik apa.. terjun aje especially kalau dia tahu yang ayah dia ada nearby. Tak macam Abg Aqeel. Penakut. Apaa daa.. Abg Aqeel ni ada trust issue sama ni.. Anyway, bebudak ni dari kecik jangan ditakut²kan.. If benda yang dia nak buat tu kita tak bagi sebab merbahayakan diri mereka kene explain & reasoning sampai mereka faham consequencesnya. Jadik la mcm abg aqeel yang penakut tak pasal². Makan ayam pegang sendiri pun geli takut kotor..

Kesimpulan yang cuba aku sampaikan ialah kita sebagai orang yang lebih adult sometime full of ego and rasa diri sendiri betul all the time sampai mereka yang lebih muda ajar sesuatu kat kite pun kita tak mampu terima. Kita ni sampai mati pun akan keep on learning. Tak kisah la siapa jua guru kita. Boleh jadi pengalaman sendiri, anak², budak² sampai la ke orang tua.. So, untuk belajar, jgn jadik bodoh sombong.

*jgn memain. pose akrobatik otomen beliau sangat danjewes..

"Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup kita, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Kita diberikan kesihatan untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih kepada-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya.

Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya."

Oct 5, 2010

Makan makan dan makan




Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.

Khalifah ‘Umar

Last weekend dapat spend time dengan Farreal. Sian dia tak sihat. Tak bermaya dia especially lepas muntah. Makin susut sampai jari-jemari dia nampak sedikit runcing. Ditambah pula dengan tak lalu makan, hidung pun tersumbat, worsen his appetite.



*lebih kurang cenggini la muke Farreal bila kene suap dengan bubur.. Teeheee...

Mujur selera terhadap bubur yang dimasak begitu simple digaul bersama sup ayam, buat dia excited untuk makan. Walaupun dia makan tak banyak seperti biasanya tapi semangkuk dua tu dah kire okay dah tu. Ditambah pula makan sekali bersama adik Aqilah. Hahaha.. makanya, lagi excited dia makan.

Malam tu dah start bagi dia glucose. Nampak perubahan yang ketara. Sebelum ni lepas muntah pasti lembik. Tapi lepas 750ml glucose masuk dalam badan dia, muntah pun dia kekal cergas. Masa tu still bagi dia bubur. Selalunya dia mmg akan lapar semula. Baguih ler macam tu. Kalau tak lalu, lagi susah.



*Ini la yang jadik bila kandungan gula dalam darah berkurangan..

Lagi terkejut aku bila Farreal suh suapkan dia nasik masa pegi open house rumah Dayah.. rasa nak shriek cuz terlalu excited sebab dia sendiri yang request nak nasik. Dapat la limebleh suap. Mungkin penangan ribena tu membantu membuka selera dia sama.. Ahahahaha.. tapi aku tak nafikan nasik minyak kat open house rumah Dayah tu MEMANG SEDAP!!! TERBAEK!!!
*Dayah, if you're reading this, know that I came to your hse okeyhh... The food was awsome la Dayah.. Suke sangat cume tak sempat nak rasa kek yang ko sedang bake masa tu..

*aku pun suke makan biskut ni masa kecik² dulu

The next day, Farreal lebih bersikap terbuka tentang makanan yang disuakan pada dia. Selera makan tu tampak menggalakkan. Biskut gula sampai dua paket dia saje yang makan. Nasi beriani yang Helmie masak pun dia tak tolak. Hehehe.. Ye ke Helmie yang masak? ke pekerja dia? Tapi yang paling best bila makan bubur, mmg tak pernah fail untuk dia habiskan. Aku try bagi kat dia bubur ikan pulak. Memula tu tak tahu sama ada dia suka rasanya atau pun tidak. Alhamdulillah... No problem.

Iklan Tak Berbayar : Mak Dayah buat Katering. Lain dari yang lain lauk-pauknya dan SEDAP!! Itu yang pasti sebab aku dah pernah rasa sendiri. So leh refer Dayah kat sini untuk tanya pasal katering mak dia.


And finally aku berjaya bawak Syam ke satu Restoran Western Cafe di Tmn Bukit Cheras yang mmg terkenal dengan chicken chop dia yang sedap tak hengat tu. Kami sama² mengorder Black Pepper Beef Steak.
Reaksi dia : 1) Angguk tanda sedap, 2) Murahh..
Tapi mmg sedap pun. Sampai tapau dua bungkus chicken chop lagi.. Ish.. mule la rasa lapar nak makan nih..

haiipp....



Sep 20, 2010

Petua : Kurangkan Kolestrol dalam Darah


Yes laaahh.. berat badan dah naik lepas raya???? Hahahahaa.. Same ler kekite nii...

Jom kite try petua orang lama nak kurangkan balik kolestrol dalam badan tersebut. TAPI INGAT!!! Kita bukan boleh depend pada satu cara ni sahaja akan tetapi kite kene la excercise jugak.. Buat brisk walk every morning macam kawan aku sorang ni. Tapi kawan aku ni akan mula bekerja lewat malam, mampu ke dia nak bangun pepagi buat brisk walk???

Anyhow, petuanya seperti dibawah:

1. Ambil beberapa ulas ubi halia.

2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.


Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)


3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.



Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)



p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.

Selamat Mencuba!

Petua ini diambil dari sini



Aug 29, 2010

Headache


Punye sakit kepala malam tadi. Jenuh satu jam aku urut-urut untuk redakan tapi tak berjaya.. Lagi berat kepala ni rasanya.. Jarang pulak nak kene sakit kepala macam gitu sekali.. Bukan setakat attack kepala tapi dari leher sampai ke bahu aku rasa strain. Kat leher la especially.

Sampai tarik-tarik rambut. Tarik ke kiri, tarik ke kanan. Ahh tak lega-lega jugak. Dari baring atas sofa, baring kat lantai, naik balik ke sofa, turun ke lantai.. semuanya serba tak kena. Makin pening aku dibuatnya. Pelik sebab tak surut-surut sakit kepala nih.

Aku give up. Tutup lampu. Tutup tibi. Masuk bilik dan tido.

Alhamdulillah bila bangun sahur, semua sakit kepala hilang macam tak pernah sakit kepala langsung. Jadi aku try la google dan aku jumpa jawapannya..

Aku kene attack dengan Tension Headache rupenye.. Macam mana aku tahu? Tengok gambar tu. Di highlightkan warna merah kawasan yang affected by headache tu. Yang first sekali la aku rasa malam tadi.

Explanation:
Tension Type Headaches ~ A non specific headache. It is caused by a tightening of the muscles at the back of the neck and of the face and scalp. A muscle contraction headache is a steady, mild headache, and is described as having a band like distribution around the head. It can occur occasionally. The episode of a tension headache is often associated with the stresses of life and or fatigue.



Okay.. Okay.. Kite lupakan sekejap pasal sakit kepala. Cube layan video yang awsome ni.. Yup.. aku setuju.. cool jugak pemain American Footballer ni.. Baru aku realize betapa bahayanya game ni untuk pemain-pemain dorang..



Jul 13, 2010

Flu


Akhirnya setelah sekian lama tak sakit... Last friday just after going out for eclipse, aku mula merasakan tekak tak sedap dan hidung mula tak dapat nak hidu ape ape lagi dah.. So tahniah la kirenye buat aku sebab berjaya sakit.. He he he.. lama dah tak MC sebab demam flu nih.. Lagipun sekarang memang musim kan.. musim durian sekali.. sekali makan je durian terusan demam malam tuh.. tapi kebah sekejap je..

Tak kemana pun hari nih.. terperap kat rumah sesaja.. pegi klinik tadi dapat la mc dokter bagi. Dua patient sebelum aku pun mengalami symptom2 yang sama dengan aku. Cuma sorang tu sore dah takde langsung.. cakap keluar hangin je.. tapi tetap senyum bila kakak kat kaunter tu ala-ala buat lawak orang sakit kan..

INsyallah, by tomorrow dah boleh pegi ofis hopefully.. Aku rasa boleh dah.. Dugaan bila nak bangun pagi and hantar ekin laa dalam keadaan tak larat nih..

Kepada anda diluar sana... please do take care of yourself.. banyakkan minum plain water kay.. adhios..


Jun 2, 2010

Bun in the oven

Makin ramai yang sudah berbadan dua.. Alhamdulillah rezeki dorang..




Semalam baru dapat tahu yang KakNur akhirnya dah lekat dan akhir minggu ni, genap la dua bulan. Mak tiri aku pun dah berbadan dua balik untuk anak ketiga dia.. maksudnya adik aku no-8.. hahaha.. best best.. tak sabar.. Syukur, Alhamdulillah.



Ain pulak dah masuk bulan ke-4.

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dorang akhirnya mendapat perkhabaran gembira beberapa bulan kemudian.. Macam Raja Dayana, Nur Rosamima Rosland, Asmarliyana, Sobrina dan mereka yang tak mahu namanya disebut.. :p



Bagi yang baru sahaja lepas 9 bulan mengandungkan anak mereka yang pertama, akhirnya selamat melahirkan satu lagi insan dimuka bumi ni atas izin Allah swt macam kawan-kawan aku yang sangat baik ni Yazreena & Zarina.. (eh same lak bunyi nama korang nih)



Mama Yazreena wit Md Akid Anaqi

Yan "daddy cool" with his most precious akid

Zarina's son, Ammar baru lahir looks like ues masa kecik dulu..

Nah! ini ada Adab Ketika Mengandung & Amalan Untuk Wanita Mengandung yang aku sempat surf kat internet.

ADAB KETIKA MENGANDUNG

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;


  • SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
  • MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
  • MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
  • JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
  • JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
  • JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
  • JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
  • JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
  • Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.

AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG

Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

  • BANYAK BERTAUBAT
  • MENUTUP AURAT
  • BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
  • Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Membaca surah Yassin hingga akhir
  • Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
  • Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
  • Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
  • Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Membaca surah An-Nahl, ayat 78
  • Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
  • MEMBACA DOA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...