Oct 29, 2010

Keluarga Impian



"Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT."



Dalam banyak² gambar yang diambil oleh Syam bersama Syamsoul Farreal Dubeus, ini adalah antara gambar yang paling aku suka. Mungkin kerana facial expression dan mood yang begitu bersahaja dan penuh kasih sayang itu berjaya dipotretkan dalam gambar tersebut yang hanya menggunakan tripod terus sahaja dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang menatapnya. Melihatkan gambar tersebut buat aku rasa sejuk nun jauh disudut hati.


Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya.

Tulisan disini bagi membalas tulisan Zero2Hero yang bertajuk 'Harapan Saya'

Impian Saya


1. Ketua Keluarga, Imam
Betapa saya mengimpikan seorang ketua keluarga yang bukan sahaja layak dihormati malah disegani oleh saya sebagai seorang isteri juga anak². Dihormati dan disegani kerana setiap tingkah lakunya terpuji, penuh dengan kasih sayang terutama kepada keluarganya sendiri, ibubapa, isteri & anak², bersopan-santun dan yang paling penting ialah menjaga hubungannya dengan Allah SWT.
2. Suami
Seorang isteri hanya mahukan belaian kasih sayang, perhatian dan bicara yang baik² daripada suaminya. Saya selalu membayangkan apabila berkahwin satu hari nanti saya dilayan oleh suami dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Saya merasakan diri saya hanya untuk suami yang tercinta. Tiada orang lain yang ingin saya bahagiakan selain daripada suami saya sendiri. Alangkah indah sekiranya suami memahami kehendak isteri begitu.
3. Bapa
Saya mahu anak² menghormati bapa mereka sebagai role model yang paling utama dalam kehidupan mereka. Saya tidak mahu anak² lihat kelemahan bapa mereka yang bakal menghilangkan rasa hormat mereka terhadapnya.Seorang bapa yang tahu mendisiplinkan anak²nya dan buat yang terbaik bagi menjadikan anak²nya seseorang yang tahu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka apabila mereka dewasa kelak.
4. Tanggungjawab
Saya menginginkan bakal suami menitik beratkan dan mengambil serious tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga, suami & bapa kerana ini bukanlah perkara yang boleh dgurau sendakan. Ini kerana antara salah satu timbul perasaan hormat pada ketua keluarga oleh isi rumah apabila tanggungjawab yang dipikul dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga atau sekadar tangkap muat.
5. Tempat mengadu
Saya mahu bakal suami mampu menjadi seorang pendengar yang prihatin, mendengar luahan² hati, cerita² ataupun lawak² isterinya walaupun mungkin tidak sekelakar atau se’best mana pun lawak dan cerita tersebut. Bukan seorang yang rasa terbeban apabila perlu mendengar luahan² saya yang bernilai dua sen ini.
6. Keselamatan
Saya mahu berasa keselamatan saya dan anak² dititik beratkan dan menjadi perkara utama supaya kami tahu dengan siapa kami boleh harapkan setiap kali kami berhadapan dengan masalah.
7. Masa
Saya harapkan bakal suami mampu seimbangkan masa bekerja dan kawan² dengan masa bersama keluarga. Semoga kami tidak rasa seperti peminta sedekah meminta² perhatian untuk meluangkan masa yang berkualiti bersamanya.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

60 hengget!!


Akhirnya, setelah hampir setahun aku tak jejakkan kaki kat squash court di dewan MPSJ Serdang tu, malam tadi tercapai jugak impian nak men squash kat situ. Since last year, dewan ni ditutup dan telah dibuka pertengahan tahun ni. Memula katanya bulan dua court squash tu leh guna.. Aleh² sampai ke bulan 4 pun tak buleh lagi. Bila ditanya, mereka pun tak tahu bila akan dibuka sebab masih dalam renovation.

So, kedatangan aku sekeluarga malam tadi tu nak ler tahu jugak ape yang dorang renovatekan sampai tak leh gune langsung kan.. Huh.. hampeh.. Kipas dorang dah cabut. So memang tak da pengudaraan yang selesa dalam tu. Ada glass door yang pecah last time, tak pulak berganti. Boleh la dorang cat dinding tu bagi putih balik. Sampai hilang line merah yang sepatutnya menjadi garisan off-side. Punya canttikkk.. Dan yang paling best sekali ialah harga sewaan court telah dinaikkan kepada 24 hengget. Amboih amboih... bukan ramai pun orang nak menyewa dia nak buat mahal² gitu. Aku sewa untuk dua sesi. Semalam dengan ari sabtu nih.. Just imagine 60 hengget... Ridiculous. Kalo sewa kat Putrajaya tu baru 5 hengget. Kalo malam paling tidak pun 6 hengget. So pas nih mmg thakk la aku nak ke MPSJ tu.. kecuali kalo ramai yang nak men.

*satu raket dah hancur kene hentam dekat dinding. Bebudak laki ni kalo men, belasah je sume.

Sape yang sudi nak join next time, sila lah. Tiada bayaran pun aku nak charge. Saje nak men tuk suke². At least ada la competition. Tambahan, kalau malu nak datang sekalipun sebab tak da raket, tak perlu nak risau. Aku ada. Bola pun ada. Bawak je la diri tu.

Panggilan aku untuk bermain squash disambut baik oleh K-roll yang dah banyak kali suh aku ajak dia. Dia adalah antara orang yang tak putus² tanya aku bila nak men squash. Sampai nek rimas di buatnya.

Apa² pun sabtu ni Insyallah.. Jumpa di sanaaaaa!!!!






Oct 26, 2010

Terbaek dari ladang


Minggu yang agak² bz. Start hari jumaat lagi dah shoot ke Bentong for Anis & Lan nye kenduri kawen. Aku bersama yang lain² stay kat Rest Hse Bentong yang berada diatas bukit. Ala² duk kat Cameron dah gayanya..


*muke penat tak hengat dah tu..

Dengan dua kali lafaz En. Azilan sah bergelar suami kepada Pn. Anis. Jelas terpancar diraut wajah si suami betapa happynya beliau walaupun selepas sahaja akad, air mata beliau berjujuran sambil mendengar akan khutbah yang diberikan... Sesungguhnya si isteri sekadar berjujuran airmata tatkala bapanya masuk bertanyakan persetujuan untuk berkahwin.

After that, everything is history.

Dalam banyak² memori selama berada di Bentong tu, satu je aku tak boleh lupa.. sehinggakan terbawa ke dalam mimpi. Selepas upacara nikah tetamu telah disajikan dengan santapan untuk makan malam dibawah kelolaan kawan² ibu Anis.. Masyallah.... Punye sedap dan terbaekk sekali lauk pauk tersebut.. Serious sampai sekarang kalau duk terbayang mau telan² air liur.

*ini lah bunga kantan yang paling aku suke...

Malam tu yang paling aku tak leh lupa ialah ayam lemak cili api bersama keladi dan bunga kantan.. Owhhh my feveret... marveleesss sungguh.. Kalau tak sedap, takkan aku tambah sampai dua kali. Begitu juga Farah, Dalena, Marlia dan Ira.. Hahahaa.. korang ingat kite tak nampak kew?? Yes laahhh mmg terbaek..

*sekadar gambar hiasan. Aku tak sempat plak tangkap gambar masak lemak mlm tu.. menyesal...

Oct 20, 2010

Sensitive Gag Reflex

*Ini yang kite panggey gag

Aku tak reti pulak nak translate apa dia Sensitive Gag Reflex tu. Tapi ini la yang Ues alami diperingkat umur dia sekarang. Sensitive Gag Reflex yang terjadi pada kanak² atau bayi yang membesar apabila bayi atau kanak² ini mengalami masalah untuk menelan makanan yang solid. Selalunya kanak² atau bayi yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni hanya mampu menerima makanan yang lembut seperti bubur.

Apakah puncanya?

Kanak² yang mengalami Sensitive Gag Reflex ni akan terasa seperti mahu muntah apabila makan makanan yang mempunyai tekstur atau solid dan selalunya end up dengan muntah. Refleks untuk mengeluarkan kembali makanan yang baru dimakan sebenarnya adalah untuk membantu badan kita supaya tidak menelan makanan yang dirasakan tidak selamat. Refleks ini tercetus daripada permukaan lidah selalunya.

Sememangnya aku terperasan yang Farreal mengalami sensitive gag reflex ni sejak dia berumur setahun lagi. Akan menjadi teruk bila dia batuk, demam dan selsema.

Oleh kerana gigi ues dah makin rongak, dia mengalami masalah untuk mengunyah makanan dengan lebih lumat supaya perut dapat digest dengan sebetulnya. So, makanan yang ditelan masih dalam keadaan solid dan keras. Dia kan baru je 3 tahun, jadi badan dia bagi signal, makanan yang dia makan tu masih keras dan mungkin tak selamat untuk dia hadamkan. Tu yang dia selalu termuntahkan semula makanan dia even if dia tak batuk atau selsema.

Itu juga sebab kenapa makanan yang terlalu bertekstur dan mengandungi bahan² lain perlu dielakkan. Dalam erti kata lain makanan yang sangat simple macam bubur, nasi goreng cina, biskut mampu membantu secara perlahan² dalam meningkatkan cara pengambilan makanan yang lebih solid.

Walaubagaimanapun still kene la tunggu sampai gigi susu Farreal tu luruh dan tumbuh gigi baru atau sampai hilang sendiri sensitive gag reflex dia tu, then Insyallah ada improvement. Dia mungkin takkan muntah very easily macam sekarang ni.



Solution buat masa ini?
Kalau nak tunggu ni benda ni fade away secara sendiri, it won't do. So ada beberapa cara yang dapat membantu kanak² atau bayi yang mengalami masalah seperti Ues ni. Antaranya ialah:
  • Bila kita bagi makanan yang lembut seperti bubur contohnya boleh ada ayam atau sayur²an tapi kene pastikan ayam dan sayur²an tu dipotong kecil² so that kanak² atau bayi tak terkejut dengan adanya solid food dalam makanan mereka. Lama² dorang akan rasa comfortable then mereka sendiri akan mintak.
  • Oleh kerana Ues ada masalah kerosakan gigi sehingga menganggu proses untuk mengunyah makanan tersebut yang boleh dilakukan ialah dengan memberi makanan yang senang untuk dikunyah dan dihadamkan.
  • Mencuci lidah dan lelangit dia setiap kali sebelum makan atau minum susu juga membantu mengurangkan kesensitifan gag reflex justeru dia mampu menerima makanan yang dimakan tanpa ada rasa prejudis. Sometimes, bau susu tu meloyakan atau bau mulut sendiri juga boleh meloyakan dia. Itu yang buat dia rasa tak nak makan tu. Apetah lagi kalau bau mulut orang lain especially yang isap rokok.
  • Boleh jugak letak makanan dalam pinggan and suruh dia suap sendiri. Itu pun membantu jugak. Tapi kene make sure la makanan tu tak susah untuk dia kunyah dan hadam.
Well, hopefully we will see an improvement dekat Ues.

Moral of the story :


Antara punca mengapa kanak² yang berumur 6 bln kebawah tidak digalakkan memakan² makanan yang solid sehinggalah mereka finally cecah umur 6 bln. Bila bagi makanan yang solid pada bayi yang belum mencecah 6 bln, secara tak langsung kita telah mendevelopkan gag reflex bayi tersebut terlalu awal menyebabkan ia berlarutan sehingga umur mereka meningkat dewasa.

Oct 19, 2010

We are all the same

*Khusyuk tuu...

Sejak ayah dia belikan henpon untuk kegunaan dia ber'entertainment' bersama otomen² dia, setiap kali tu juga lah dia meminta untuk menonton aksi² otomen yang ayahnya download kedalam henpon tersebut. Banyak jugak koleksi otomen dalam henpon dia tu. Ada otomen tiga, kosmos, gaia dan hat len yang aku kurang pasti namanya sebab ini je yang selalu Ues mintak nak nonton.

Ye la kat rumah bukan ada cd otomen pun kecuali bila ada kat rumah papa. Itu pun cd tu dah hancus abang Aqeel buat perkasam dalam bilik. Since dia dah besar, dia melayan Ben10 je. Adik aqilah pulak suke Spongebob Squarepants.

Oleh yang demikian ayah Ues mengambil langkah dengan men'donlod' episod² kegemaran Ues kedalam henpon beliau.

Ues pandai bukak, tapi since tak pandai membaca lagi dia tak reti nak pilih mana satu. Makanya dia akan request dekat aku atau Syam. Ada masa, requestnya mudah sebab dia cakap straight the point.. "Ayah nak otomen tiga." atau "Nde nak otomen gaia". Senang kami nak fulfill terus request dia tu. Akan tetapi, ada masanya dia cakap gini... "Ues nak key nee key nee maaweehhh tuu.." Macam mana tu? Aku tak faham. Ayah dia pun lagi la tak faham. Mujur ayah dia yang donlod dan selalu terdengar mana satu hat dia selalu nonton. Jadik, ayah dia mendapat kesimpulan hat episod mana yang Ues maksudkan.. Ada jugak sekali sekala tersalah pilih... Merengek lah dia sebab tersalah.. Ini lah terjadi bila ada miscommunication.. So, caranya.. kene la bukak satu persatu..

*pose manjew ala² shahir beliau

Disitu lah bermulanya aku mintak Ues ajarkan aku lagu otomen gaia yang dia selalu nonton tu..
key nee key nee maaweehhh.. tamba aa teh....
key nee key nee maaweehhh.. utaa aa teh....
Hat tu je la tau pun... Ada jugak Ues ajar yang lepas tu tapi aku sendiri tak tau nak sebut guane.. Jadi aku give up.. lepas ni kalo dia mintak otomen hat tu.. dah paham le dah..

Ues ni daripada kecik lagi memang seorang yang berani dan kurang makan saman hehehe.. Selalunya bebudak ni sometimes gayat la, takut nak kuar sorang² la.. Tapi Ues ni mmg thak la kann.. *kak junne, pinjam kate² yu.

Yup, he is very brave and very confident. Sampaikan kami yang tolong takutkan untuk dia sebab dia ni dari kecik suke pakai terjah je.. For example bila mandi kolam or mandi kat air terjun. Dia tau dalam tapi dia pedulik apa.. terjun aje especially kalau dia tahu yang ayah dia ada nearby. Tak macam Abg Aqeel. Penakut. Apaa daa.. Abg Aqeel ni ada trust issue sama ni.. Anyway, bebudak ni dari kecik jangan ditakut²kan.. If benda yang dia nak buat tu kita tak bagi sebab merbahayakan diri mereka kene explain & reasoning sampai mereka faham consequencesnya. Jadik la mcm abg aqeel yang penakut tak pasal². Makan ayam pegang sendiri pun geli takut kotor..

Kesimpulan yang cuba aku sampaikan ialah kita sebagai orang yang lebih adult sometime full of ego and rasa diri sendiri betul all the time sampai mereka yang lebih muda ajar sesuatu kat kite pun kita tak mampu terima. Kita ni sampai mati pun akan keep on learning. Tak kisah la siapa jua guru kita. Boleh jadi pengalaman sendiri, anak², budak² sampai la ke orang tua.. So, untuk belajar, jgn jadik bodoh sombong.

*jgn memain. pose akrobatik otomen beliau sangat danjewes..

"Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup kita, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Kita diberikan kesihatan untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih kepada-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya.

Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya."

Oct 18, 2010

Sad Post

He looked unhappy. I am very concern. Maybe because of the growing up phase. Observing him remind me of Aisyah. He's being co-operative and listen to every instruction but he himself are not present.

Looking at all the pictures of him makes me believe that he's unhappy and he's keeping it all inside but somehow it shows through his eyes.

I wonder what was he thinking while sitting alone by himself?

At times he just looked confuse. But he know what he wants.

Oct 15, 2010

Someone's Watching


Memang agak seram sikit post kali ni. Previous post aku ada cakap pasal perasaan uneasy yang aku rasakan seperti ada orang yang sedang mengintip aku kat ofis nih. Well, cuba teka apa cerita baru yang aku dengar tadi... herrmm.. Ada yang mengadu pada aku selepas aku balik awal semalam dia rasa tak selesa berada di ofis berseorangan (mcm yang aku selalu rasa bila aku tinggal sorang kat ofis). Pengadu tu kata lagi yang as if someone is watching her every move.. Well, aku tak pernah citer kat sape² before. So, this is not just my feelings after all. 'Esah' ni dah pandai main cak² nampaknya...

Creepy weyh...


Oct 14, 2010

Khabar Berita



Aku sometime upset jugak pada kengkawan yang menyepikan diri ni. Tapi bila ada something je baru dengar khabar berita dorang.. Walaubagaimanapun, aku tahu aku tak boleh selfish. Masa sudah berubah dan masing² ada life masing². Manakan mungkin nak meng'hapdet' status all the time.

Disitu lah nampak fungsi FB sebagai medium untuk melihat perkembangan terbaru kawan², sedara-mara, dsbnya..

Namun, aku tak dapat lari daripada menyepikan diri jugak. Aku mintak maaf. Aku mengalami masalah dalaman dimana rejection, cold-shoulder, brush-off, cast-off dan segala yang sama maksud dengannya yang berlaku sebelumn ini, terlalu hebat, membuatkan aku jadi begini. Hanya yang Esa mengerti perasaan tu bagaimana.


Aku tak letak kesalahan itu pada sesiapa tapi lebih kepada diri sendiri. Aku tak berniat nak lukakan hati sesiapa. Aku akui kelemahan itu bila maaf sudah terlaksana akan tetapi ingatan terhadapnya kekal seperti parut lama.

Yang sebetulnya selepas segala macam rejection situation yang aku lalui membuatkan aku takut dan gentar untuk kembali normal, membiarkan segala seperti sediakala. Bak kata Elena :

When You lose someone, it stays with you.
Always reminding you of how easy it is to get hurt.

Usah dihakimi aku yang sebegini kerana aku tetap manusia biasa yang ada cacat-celanya. Cacat dan cela itu jugalah yang cuba aku perbaiki bagi menjadi khalifah Allah swt yang sebenar dimuka bumiNya. Aku juga perlukan persepsi dan tanggapan yang adil dan tidak bias yang hanya berpihak disebelah sahaja.

I couldn't take anymore rejection. Thank you for pointing it out though. I'll be doing the best I can to change the situation. Just be patient and help me out in putting all my pieces back together. And I'll be good as new. In the end all of this will go away as if it never happened.


Oct 12, 2010

Siblings



Nama : Azrul Asyikin Aziz

Nama glamor : Ekin Aziz

Tarkh Lahir : 4 July 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Umur : 16 thn

Suka : LV, High Heels, cotton

Benci : Lipas, Cicak

Masuk dua hari dah Syikin tak pegi sekolah sebab budak² form 3 menduduki PMR. Jadi, dia bermaharajalela dirumah. Alhamdulillah, rajin dia membantu kat rumah.. :D

Bila tahu dia tak sekolah, aku ambik kesempatan ni untuk memberi tugasan² sempena meraikan bebudak yang amek PMR. Aku ngerti Syikin memang tak suka disuruh² bila kene buat kerja rumah. So, aku tulis dalam kertas dan tinggalkan atas meja.

Ushh.. lega hati bila balik keje semalam, dia tengah menyapu sampah..

Dah besar dah.. Makin rajin, makin dengar kata, makin boleh diharap. Hopefully, boleh didik adik yang lain pulak lepas ni.

Pagi ni, tinggalkan lagi nota² tugasan yang dia kena settlekan kat rumah. Kurang sikit dari semalam. Benda² biasa je..


Selama 16 tahun aku jaga dia, aku sendiri pun kadang² tak faham dengan perangai dia yang macam ombak laut. Pasang dan surut.. Yang pastinya, she is very fun to be with... ONLY when her mood is okay... Bila tiba masa tak ok tuu.. habes semua orang kene tempias. Dengan muka yang masam mencuka, pandang orang pun dengan jelingan manjew dia tu.. hish.. disebabkan dah biasa, aku buat² tak reti je.. Never take personal kate omputih.

Dia juga seorang perahsia. Ada la mende dia rahsia kan daripada aku.. *Akak tau ler kyn.. Akak saje buat innocent.. as if tak tahu ape².. Ahaks.. I see yuuu...



Macam baru² ni, kami nye interest terbaru ialah... teng teng teng....

Ian Somerhalder,Vampire Diaries

*Ian Somerhalder.. Sape yang tengok The Vampire Diaries kenai laa..

Parents aku divorce masa Syikin baru 8 thn dan Yana 3 thn. Secara tak langsung mmg ramai sedara-mara aku yang lebih mengasihani mereka sebab kecik² lagi parents dah tak sebulu & bercerai. Aku dengan yang lain kira dah besar. Dorang macam tak risau sangat. Yana la jadi perhatian sebab dia yang paling kecik. Secara tak langsung, Syikin ada sedikit tersisih kerana perhatian lebih banyak diberikan pada Yana.


Yana senang untuk ramah dengan sesiapa sahaja dan disukai oleh sesiapa sahaja. Sikap toleransi dia pun memang tinggi. Bukan itu je, Yana lebih sensitif, penyayang dan matang dari usia sebenar dia. Ini lah yang aku nampak pada Farreal bila dia besar nanti. Memang akan ada personaliti ini dalam diri dia.


As for Syikin, dia ni very moody. Ada masa okay, ada masa tu tak ok. Banyak complain jugak. Tapi tu la it is just so many unsolved issues dalam diri dia antara faktor daripada penceraian parents aku yang mengakibatkan dia sangat susah untuk difahami. I hope this phase will be gone soon.

Aku harap dia dapat jadi someone yang tidak mementingkan diri sendiri. Aku nak dia berjaya dalam hidup dia dan yang paling penting dia boleh berdikari serta tak bergantung hidup dengan family. Aku perlukan dia untuk cepat matured dari segi pemikiran supaya dia lekas² fikir apa yang dia nak buat lepas dia habis sekolah nanti. Aku tak nak dia jadi pemalas dan cepat give up dalam hidup sebab Syikin, once dia dah commit to something, dia akan last till the end.



Antara perkara yang aku paling susah nak buat lepas aku kawin nanti ialah berjauhan dengan adik² aku ni. Sapa nak jaga dorang? sape nak bagi kata² motivasi kat dorang? Dgn sape lagi dorang nak bermanje?

Bertahun² dorang ni dibawah jagaan aku whether I like it or not. Dari aku 6 tahun aku dah start jaga mizi kendian Ekin, then Yana.. Kemana saja mereka ni lah yang aku bawak ke hulu kehilir walaupun masa tu dalam keadaan paksa rela.. Lama² dah jadik pelik kalau aku keluar tanpa dorang.


Sekarang dah ada Abg Aqeel...




Dan Adik Aqilah..





Mereka berdua ni walaupun aku tak jaga tapi sayang tu tetap utuh..

Makin dorang berdua ni membesar, makin dorang rapat dengan aku dengan adik beradik yang lain walaupun kami punyai emak yang berlainan. Sayang tu tak pernah pulak berbeza.. Cuma ada orang 'lain' yang nak membeza²kan dia ni anak sape.. orang tu anak sape.. Pada kami dia tetap adik kami.. No difference and I love them just the same. So stop trying to differentiate us.



Dulu.. Kini.. dan Selamanya...







Oct 9, 2010

Tak puas hati, call customer service mintak explanation.


Maxis oh maxis.. *ini bukan nak promote Maxis tapi menyatakan ketidakpuasan hati yang berlegar dalam diri aku sekarang ni.. Aku bayar bill tel tapi aku tak faham kenapa masih ada lagi tunggakan sampai budak maxis ni asyik call kate aku tak bayar. Siap bayar kat kaunter lagi. Ingat 460 sikit ke?


Aku sememangnya ada register beberapa line dengan Maxis. Baru-baru ni, masa beli BB dari maxis (ekin punye okeyhh.. aku tak mampu) nombor prepaid ekin tu perlu ditukarkan kepada post-paid. Oleh kerana Syikin bawah umur, jadi aku izin untuk dia daftarkan atas nama aku and jadik sub-line aku.


Nombor phone aku sebagai principal. Termasuk nombor ekin, aku ada dua lagi nombor sebagai sub-line. Sepatutnya proses untuk masukkan nombor lain sebagai sub-line tak lah complicated mana. Bila call Customer Service pagi tadi, ini explanation dia ;


Bagi penukaran prepaid kepada post-paid, pihak Maxis ni akan bukak satu akaun baru post-paid la.. Segala charges, dia akan terus charge dekat bill nanti. So at the end of the month la kite bayar kirenye.. Hat ni normal prosedur.

Akan tetapi mcm kes aku ni, aku dah tak nak bukak individual line just for ekin punye bill makanya aku suruh dia terus buat nombor ekin jadi sub-line aku. Senang aku nak control penggunaan phone dia sama.


Tanpa pengetahuan aku, prosedur yang dia buat ialah dia bukak jugak satu akaun individu yang baru (utk SEMENTARA) pehtu dia charge RM360 kat akaun baru tu (UNLIMITED PKG : yang sebenarnya sudah dibayar CASH). Tapi dia kreditkan kat akaun yang lama. Then dia terminate akaun baru yang dia create tu sebab nombor ekin transfer jadi sub-line aku.

This-so-called-pandainye-staff-maxis, tak inform pulak prosedur B.I.J.A.K yang dia buat tu.. So, all this time aku still utang Maxis RM360 walhal aku bayar bill phone aku every month.


Selalunya bila bayar bill pun (kat kaunter), bukan pakai no akaun. Tapi bagi no phone. Boleh pulak budak maxis yang call, mcm tak da manner ni, bckp dgn aku as if aku cuba mengelak nak bayar.. Dia sendiri pun tak tahu ape yang dia cakap. Sekadar tengok statement kat pc dia lepas tu bagi tau ada satu akaun yang aku bukak, then terminate tu masih ada outstanding amount. .. Hah!! memang ko nak kene yelled at la namanya tu.. Aku sendiri pun tak tahu dorang pi bukak satu lagi akaun baru.. sape suruh buat prosedur sendiri semata nak dapat komisyen lebih tanpa bagi tahu customer..


So please be aware la pada pengguna-pengguna di luar sana.. Make sure you know what you pay for.



Oct 8, 2010

Mimpi

Herrmmm... selama tido rumah papa, dah takde mimpi dah cuma tidur yang tak lena je. Tapi for the first time balik ke rumah plaza last night... aiyooo.. episod mimpi²an bermula.. Mimpi yang sama cuma lebih panjang buat aku bangun pagi ni dalam keadaan yang masih mengantuk. Terlambat sket.. *sorry ekin

*Kalau mimpikan Edward I suke uoolsss... sukee saangattttt *Edward, geget leher I. I dun mind..

So pegi office mcm biasa la cuma terlambat sikit and terpaksa parking jauh.

Pernah dalam dua minggu tu aku mcm orang yang tak tidur. Bila bangun pagi aku rasa seolah² aku baru je tidur tadi. Alih² dah pagi.. Ishh... mmg tension.. tapi bangun je la dengan perasaan yang sangat tak puas hati. Bayangkan dua minggu mcm tu. Dengar bunyi main guli la.. Terbayang mcm² la.. End up qada' tido dekat ofis..

*leyh jadik grumpy bila tido tak cukup nih.. Mule nak menyingee tak psl²

Ada jugak bila tido kat ofis sama je perasaan nye tuh.. Tak dinafikan kat ofis bawah nih 'dia' dikenali dengan nama 'Esah'.. Nampak tu tak pernah.. But presence dia tu boleh dirasai.. Nak tinggal sorg² la mcm tak berapa nak syiok.. Bau kapur barus secara tiba² tu perkara biasa. Sometime bau tu tiba² buleh muncul dalam kereta.. Well, ada masa aku dapat bau org len tak bau.. org len bau, aku tak bau ape². Ada masa semua org pun leh bau..

Hehehe.. bila duk ofs sorg² tu, ada jugak terasa as if someone mengintai aku dari pintu bilik yang aku senantiasa bukak. Aku boleh rasa dengan ekor mata. Ofecoz la bila tengok tak da pape.. ~duh~ so anggap je la perasaan je sume tuh.

*Creepy but Haawwttt mcm nie... I sukerr... sukerr gilerr.... *najjah jgn jewles..s ahahhaa..

Well, yang sangat pelik ada this one day kepala aku meremang. Pastu the next day tangan sebelah kanan. Dari bahu sampai ke pergelangan tangan meremang.. bahagian badan lain tak da pape.. berlanjutan la beberapa hari.. Solusinya baca Al-Quran je..

*Oohh... bukan meremang mcm ni okeyhh... *lite² je..

Masa tu insaf la sebab mungkin dah lama tak recite tu yang benda² tak berapa nak keras nih ikut kite balik ke ape ke.. Mereka pun makhluk Tuhan.. If terjadi segala mcm perkara sekalipun, itu semua atas izin Allah swt.. baru la jadik.. Sekiranya Allah swt tak izinkan.. tak jadiknyee..

A reminder from our creator.. Masyallahh... So, lets recite the Quran..


Abu Umamah (May Allah be pleased with him) reported: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "Read the Qur'an, for it will come as an intercessor for its reciters on the Day of Resurrection.''

Oct 7, 2010

Feeling Irritated



Ada masa² tertentu dalam kehidupan seharian kita bilamana perasaan menjengkelkan terhadap segala² yang ada di sekeliling kita, mengahantui diri.


Semua benda pun serba tak kene end up kita lepaskan kemarahan kita pada mereka yang tak sepatutnya. Especially kalau orang tu ada lah 'our loved ones'.. Kan tak adil tu..?

Kenapa perasaan ini hadir secara tiba²?

Bermula dgn pelbagai stress. Lepas tu kita terlupa tentang diri kita sendiri. Yup.. Dalam hidup ni memang kita senantiasa akan cuba 'please other people' dulu rather than do what we think best for ourselves.
Hasilnya? Kita terlupa keperluan diri sendiri. Sampai satu masa, satu perasaan marah dan menjengkelkan membuak² dalam diri. Kita nak marah, tapi kita tak tahu nak marah siapa.

Ape nak buat bila hadir perasaan irritating mcm ni?

Selalunya kita kene pause sekejap dan fikirkan semula siapa diri kita yang sebenarnya..
Tanya diri sendiri, "Aku ke ni?"
Sekiranya blur, just sit it out. Mulakan muhasabah diri.

*Extra shot..

As for me, I would really just stop at everything I do and then I'm gonna go to the place that I fell so at ease. I usually gonna start having my large cup of coffee, reading my books that I bought from the bookstore, sipping my coffee, taking my sweet own time, eating my tiramisu cake, watch movies, hang-out at the largest bookstores, drowning myself with books, watch the rerun of Grey's Anatomy or Glee and so on.. In short, just spend some quality time with yourself because you deserve all the attention sometimes..



*Do the things you love to do to ease the stress
Don't hold to anger, hurt or pain.
They steal your energy and keep you from love.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...