Showing posts with label Emotion. Show all posts
Showing posts with label Emotion. Show all posts

Jan 23, 2012

Jul 9, 2011

Life like this


Have you ever had one of those days where you feel so dark inside and you don't want to get out of bed or practically just have to drag yourself out of your gloomy senses? Well, guess what? I'm having one. Right now.


It is not 'bout being lazy but it is something like having one big heavy rock, strapped on your back and you can't get up. Even if you're trying the best you can. It seems like it's pulling and pulling you into the dark.. ~big sigh~

Maybe it is because of hormone or whatever. I don't know. All I know is that I just want to stay in bed till I can feel myself wanting to get up.


I've felt this way before but I don't remember when. A long time ago I guess. This remind me of what I usually do to cheer myself up. I will go and get myself one big giant of ToffeeNut Latte at Starbucks. I was craving it for years and I always bought it whenever I felt like this (by always, I mean everyday). However, this drinks only available during the Xmas month. Since last year, it doesn't taste the same as I tasted it a couple of years ago. 


I keep on asking myself "What do I want?" whenever I felt like this and the only think I can think of at this very moment is... I want to get away. Out of Malaysia if I can.. 

Well, all of that is the gloomy me. I am okay now. I feel much more better. No. I feel great. I feel so alive. This morning was a battle for me to even step out of the house but when I finally done with my class, I can see that I am doing so much better. So, whenever you are feeling the way I feel this morning, getting away may not be the ONLY solution you see..Sharing the knowledge you have with others, helps you to feel much better about yourself.. Today's class was awesome. Even though most of the student didn't come but the class went great. The best thing is that I enjoyed myself. 

My day doesn't end there.. It makes the day so much better when me and my husband went to Ayah's kebun. Such a refreshing feeling. We cleaned all the dried leaves and the kebun now is so serene if you ask me.. We're planning to make a homestay out of the house in that kebun. It is still in the planning. 

What a day for me..  

Life isn't about finding yourself but creating yourself.

Oct 9, 2010

Tak puas hati, call customer service mintak explanation.


Maxis oh maxis.. *ini bukan nak promote Maxis tapi menyatakan ketidakpuasan hati yang berlegar dalam diri aku sekarang ni.. Aku bayar bill tel tapi aku tak faham kenapa masih ada lagi tunggakan sampai budak maxis ni asyik call kate aku tak bayar. Siap bayar kat kaunter lagi. Ingat 460 sikit ke?


Aku sememangnya ada register beberapa line dengan Maxis. Baru-baru ni, masa beli BB dari maxis (ekin punye okeyhh.. aku tak mampu) nombor prepaid ekin tu perlu ditukarkan kepada post-paid. Oleh kerana Syikin bawah umur, jadi aku izin untuk dia daftarkan atas nama aku and jadik sub-line aku.


Nombor phone aku sebagai principal. Termasuk nombor ekin, aku ada dua lagi nombor sebagai sub-line. Sepatutnya proses untuk masukkan nombor lain sebagai sub-line tak lah complicated mana. Bila call Customer Service pagi tadi, ini explanation dia ;


Bagi penukaran prepaid kepada post-paid, pihak Maxis ni akan bukak satu akaun baru post-paid la.. Segala charges, dia akan terus charge dekat bill nanti. So at the end of the month la kite bayar kirenye.. Hat ni normal prosedur.

Akan tetapi mcm kes aku ni, aku dah tak nak bukak individual line just for ekin punye bill makanya aku suruh dia terus buat nombor ekin jadi sub-line aku. Senang aku nak control penggunaan phone dia sama.


Tanpa pengetahuan aku, prosedur yang dia buat ialah dia bukak jugak satu akaun individu yang baru (utk SEMENTARA) pehtu dia charge RM360 kat akaun baru tu (UNLIMITED PKG : yang sebenarnya sudah dibayar CASH). Tapi dia kreditkan kat akaun yang lama. Then dia terminate akaun baru yang dia create tu sebab nombor ekin transfer jadi sub-line aku.

This-so-called-pandainye-staff-maxis, tak inform pulak prosedur B.I.J.A.K yang dia buat tu.. So, all this time aku still utang Maxis RM360 walhal aku bayar bill phone aku every month.


Selalunya bila bayar bill pun (kat kaunter), bukan pakai no akaun. Tapi bagi no phone. Boleh pulak budak maxis yang call, mcm tak da manner ni, bckp dgn aku as if aku cuba mengelak nak bayar.. Dia sendiri pun tak tahu ape yang dia cakap. Sekadar tengok statement kat pc dia lepas tu bagi tau ada satu akaun yang aku bukak, then terminate tu masih ada outstanding amount. .. Hah!! memang ko nak kene yelled at la namanya tu.. Aku sendiri pun tak tahu dorang pi bukak satu lagi akaun baru.. sape suruh buat prosedur sendiri semata nak dapat komisyen lebih tanpa bagi tahu customer..


So please be aware la pada pengguna-pengguna di luar sana.. Make sure you know what you pay for.



Oct 7, 2010

Feeling Irritated



Ada masa² tertentu dalam kehidupan seharian kita bilamana perasaan menjengkelkan terhadap segala² yang ada di sekeliling kita, mengahantui diri.


Semua benda pun serba tak kene end up kita lepaskan kemarahan kita pada mereka yang tak sepatutnya. Especially kalau orang tu ada lah 'our loved ones'.. Kan tak adil tu..?

Kenapa perasaan ini hadir secara tiba²?

Bermula dgn pelbagai stress. Lepas tu kita terlupa tentang diri kita sendiri. Yup.. Dalam hidup ni memang kita senantiasa akan cuba 'please other people' dulu rather than do what we think best for ourselves.
Hasilnya? Kita terlupa keperluan diri sendiri. Sampai satu masa, satu perasaan marah dan menjengkelkan membuak² dalam diri. Kita nak marah, tapi kita tak tahu nak marah siapa.

Ape nak buat bila hadir perasaan irritating mcm ni?

Selalunya kita kene pause sekejap dan fikirkan semula siapa diri kita yang sebenarnya..
Tanya diri sendiri, "Aku ke ni?"
Sekiranya blur, just sit it out. Mulakan muhasabah diri.

*Extra shot..

As for me, I would really just stop at everything I do and then I'm gonna go to the place that I fell so at ease. I usually gonna start having my large cup of coffee, reading my books that I bought from the bookstore, sipping my coffee, taking my sweet own time, eating my tiramisu cake, watch movies, hang-out at the largest bookstores, drowning myself with books, watch the rerun of Grey's Anatomy or Glee and so on.. In short, just spend some quality time with yourself because you deserve all the attention sometimes..



*Do the things you love to do to ease the stress
Don't hold to anger, hurt or pain.
They steal your energy and keep you from love.





Sep 2, 2010

Nak ataupun tak nak..


Raya
is just around the corner. Tak tahu la kenapa resah betul nak raya kali ni.. Apa yang sedih sangat pun aku tak tahu.. Dalam dada ni macam hujan ribut tapi aku tak reti nak luah macam mana. Susah jugak macam ni bila orang tak faham dan tak cuba untuk faham. Bukan aku mintak rasa macam ni..

Memang before ni aku tak ready nak dengar lagu raya. Tapi sejak beberapa hari yang lepas aku sedar yang masa raya ke-2 nanti nak kene drive balik Perak. Cd player tak leyh guna dah sebab Ues masukkan duit doploh sen hari tu sebab dia ingat tu tabung.. hehehe.. Mulanya nak ajar dia menabung. Alih² dia tengok sume yang bentuk leper gitu tabung gamaknya.. So ofecoz kene dengar radio yang sudah tentu memainkan lagu raya setiap masa.. Kene mula terima la dari sekarang.. Hurmm.. dengar lagu raya yang happy² pun rasa nak nanges. Cemana tu..? Mau berjujuran la air mata sepanjang perjalanan tu nanti..

Tah la.. Aku nak explain pun susah.. Tak jumpa lagi nama emosi ni. Tak dek pulak dalam kamus. One day semua orang pun akan rasa apa yang aku rasa ni.









Aug 30, 2010

I am not ready.


Dua hari lepas, siaran-siaran radio kat Malaysia ni dah mula mendendangkan lagu-lagu raya. Tinggal dua minggu lagi je kan nak raya? ~sigh~

Malangnya aku tak bersedia untuk dengar lagu raya ni lagi, lalu aku tukar siaran lain.. Oppss... masih keluar lagu raya.. Tukar lagi.. Lagi lagu raya.
Sorry telinga aku tak tahan lalu aku tutup terus radio.. Aku biarkan suasana jadi senyap sunyi. Yang kedengaran bunyi air cond, kenderaan diluar dan bunyi angin.

Disaat ini aku rasa cemburu pada mereka yang dah tak sabar nak raya.. Cemburu sebab aku tak da perasaan nak raya lagi.. Suasana sekarang
just nice. Aman dan tenang walaupun terlalu banyak perkara yang difikirkan.

This morning, aku rasa tak sedap. Rasa nervous pun ada, perut rasa semak, dada rasa sebu.. Usah ditanya mengapa sebab aku sendiri kurang mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin sebab bila bangun je satu hari dah lepas.. berganti pulak dengan hari lain. ~sigh~


Macam mana nak buat ni?


Aug 26, 2010

Overwhelming


Terlalu banyak perkara dan emosi yang sedang bermain dalam diri aku sekarang ni. Perkara yang aku tak tahu mana nak tackle dulu. Rasa overwhelmed. Macam biasa it involves around money and other obligation that comes with it.

There's a lot of other options & alternatives I'm considering but I could not make up my mind just yet. Aku pun tka tahu ape yang aku duk tunggu sekarang ni. Persoalan demi persoalan. Boleh ke? Macam ni ok ke? Ke macam tu lebih baik? Haish stress out bila indecisive ni.

Patutnya makin dekat nak raya, makin seronok. Ini tak. Makin serabut.. adesss...


Aug 23, 2010

The best part

The best part of life is when you finally be able to survive the challenges of life itself. Risen up to be a much better person without any judgement of what had happened.

Last weekend agak hectic. Friday dah fetch Zikri. Rupanya dia demam & flu sket. Tapi lagak macam tak demam dalam keadaan yang panas-la-jugak. Macam yang Abgwan & Kak Fatimah cakap, "Badan dia panas waktu malam je."

Niat nak pergi Subang jenguk Ibu, Ayah yang turun dari utara sana tak kesampaian bila Zikri tak nak berenggang langsung. Asyik merengek² je. Sian dia.. Dia jarang nak dependent macam ni. Selalunya dia buat hal dia sendiri.

The next day baru sempat jumpe Farreal. Itu pun Ibu, Ayah & Iela dah bertolak balik semula sebab Ayah & Iela tak da cuti. Ikut kan mereka memang nak stay lagi lama. Apakan daya, dah komitmen kerja.

This month tak bawa Farreal kemana pun. Habiskan banyak masa dekat rumah since that lil guy pun tak berapa nak sihat. Badan pun dah turun semula. Lemah je. Sekali je pun kami keluar itu pun ke bazaar Ramadhan di Putrajaya. Tengok² jambatan dan bangunan² yang tersergam indah menjadi kebanggaan penduduk Putrajaya.

Plan balik kampung sempena raya ni agak merisaukan sebab this month kereta dah kene major service. Sekali dah service kalu, mana nak cekau $$$ lepas tu? Salary habeh gitu je. Papa balik Kelantan dulu. That means kami raya di rumah nenek, 2nd raya baru ke Perak rumah Tok.

Excited? Entah la.. Tak rasa apa lagi so far. Sekadar memenuhi jadual yang dah sedia maklum sejak few years back..

Sometimes I do feel like giving up and just do my own thing. Get out of this country and travel to all of the interesting places in the world. How exciting it would be.. I have me.. But I choose this. Whatever it is, it is worth fighting for.



Aug 10, 2010

Escapism



Adakala hari hari yang dilalui seakan mendung, kelabu dan tak ceria. Ini agaknya yang dikatakan stress barangkali. Dalam masa yang sama kerisauan melanda diri. Risau dengan masalah-masalah duniawi yang tak akan pernah ada sudahnya. Kita semakin risau dan semakin susah hati.

Akhirnya tiada satu kerja pun yang berjalan lancar. Serba ada yang tak kena.

Mula aku mencari cari sesuatu bagi mengaburi perasaan yang tidak enak seperti ini. Bukan untuk melupakan terus dari memikirkanya tetapi sekadar mahu melapangkan fikiran yang berat dengan masalah harian.

Aku dapati (bukan capati yee) membaca mampu buat aku lupa sebentar tentang permasalahan yang ditanggung buat seketika. Membaca juga membantu aku meningkatkan daya imaginasi bagi menghayati pembacaan yang dipilih. Selalunya bila aku membaca aku mampu berehat dan otak ni dengan automaticnye mencari jalan keluar bagi permasalahan semasa yang dialami itu.

Keterujaan singgah di kedai buku terpancar di wajah tatkala mata melihat segala macam buku yang tersusun rapi di rak-rak mereka. Mula lah aku membayangkan alangkah bestnya sekiranya aku miliki perpustakaan untuk diri aku sendiri di rumah sebesar kedai ini.

Lawatan aku ke kedai buku selalunya lama. 2 ke 3 jam atau lebih kadang-kadang tu. Memilih buku yang terbaik supaya dapat dibaca sekembali di rumah.

Selalunya aku akan singgah di seksyen novel fiksyen, chick flick, self-motivation, psychology, pre-teen, new arrival, relationships, majalah & autobiography. Aku akan pusing² sampai pening. Rasa macam nak bawak semua buku tu balik.

Sekiranya ada duit lebih, ada sampai RM200 jugak belanja untuk beli buku sahaja. Dah balik rumah baru la tepuk dahi.

Salah satu cara aku meng'escape'kan diri dari realiti untuk seketika.

*Edward pun baca buku.. ouww..

Jul 30, 2010

Scamp!!!


These few days things are pretty discontented. Everything seems difficult. My bad mood ain't making everything smooth either. I just felt like I'm gonna explode anytime. Feel so angry to alot of things. I am angry with someone and I just can't let it out. Trying so hard to make sense of everything that they did. At the same time waiting what more is coming for me.

Thought I've already wary to these kind of people but nobody can be immune to them I guess.. There's a lot of these kinda people out there waiting to just take advantage of you and you'll go beserk when you finally found out the truth..

*composing myself to be much more calmer.


Jul 21, 2010

Bila yang tidak diingini terjadi




Semalam aku tido agak lewat dari biasa. Lagi beberapa minit lagi pukul 3pagi. Bahana minum Caramel Hazzelnut Latte. Balik je rumah mmg tak mampu nak lelap kan mata terus. Lepas solat, aku gosok baju, cuci pinggan mangkuk, update journal sebelum aku bertukar kepada sleep attire.


Novel "The Last Song" masih kemas terselit antara bantal menjadi bahan bacaan sebelum aku tido untuk minggu ni. Kalau ikutkan hati memang perlu aku habiskan baca tapi terlalu lewat memaksa aku untuk berhenti dan sambung esok malam. Mungkin disebabkan latte tu otak aku semacam belum bersedia untuk di shut-down. I can even hear my own thoughts argue & discussing. Don't even bother what they're really talking about.~sigh~

Aku faham perasaan dia sekarang yang tengah gundah gulana, serabut, kecewa, tak percaya & tak bermaya. Dia kata dia tak akan menangis dan dia pun tak nak peduli lagi pasal that guy after what he'd done to her, betraying her trust like that.. Hurmm.. Aku sendiri pun tak sangka this kinda thing happened to her. Maybe somehow Allah swt wants show her something. To give her experience to a lot of feelings that have been hidden beneath her all this while.


Aku risau jugak kalau dia suddenly break down kat tempat keje.. She seems strong. But you never know kan. Benda benda macam ni you takkan boleh expect bila dia hit. You think you have become strong enough but it is just not that easy. That is why I am there. Helping her to get through this very difficult times of her life..

Tak da sapa dalam dunia ni mintak dipermainkan perasaan mereka ataupun melayan mereka seperti mereka tak bermakna apa-apa.. Tapi sekiranya kita bertemu dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri macam ni, banyakkan lah bersabar...

Jul 16, 2010

Luka Seribu Rindu


Malam ni bermalam dekat rumah papa. Was planning to go to a movie but was canceled. Haishhh.. Apa nak buat nih?? Macam nak terus tido je but its still very early. Duk habiskan masa main psp dengan yana. hmm.. menguji IQ memasing dalam game brain teaser. It appears that Yana's IQ is much higher than me.. hehehehe...

Balik keje tadi singgah dekat Big Apple. Suddenly rasa nak makan donut sebab tengah hari tadi tak makan ape pun. Plain water pun jarang minum lately. Kulit jadik makin kering. Sampai rumah, ekin tengah meleleh leleh air mata tengok finale Grey's Anatomy season 6.. Reti rupanya ekin ni menangis.. Ingat dia bionic woman. Aku pun menangis beria hari tu bila terjaga dari mimpi masa temperature badan tengah high. Aku nampak arwah mak aku. Aku mimpi kan arwah ibu. She was right in front of me but she didn't even look at me. Aku boleh nampak dia dari tepi. Tak sampai beberapa saat aku tatap muka dia, aku terus terjaga dan diserang perasaan sedih yang teramat. Aku broke down in tears tanpa aku sedari. 5 minutes passed and still I could feel the sadness in my heart. A sad feeling that you could never explain it to anybody. I felt really sad. Zikri was quite concern then..

Aku rasa aku dah boleh terima hakikat yang dia dah tak ada lagi dalam dunia ni. Tapi adakalanya tanpa dipinta perasaan sedih yang secara tiba-tiba datang dan suddenly aku akan tanya diri sendiri tah keberapa kali aku pun tak ingat.. "Ibu dah tak ada?". For example masa aku tengah drive balik dari kerja and keluar lagu fotograf. Ada satu lagu fotograf tu lagu fave arwah ibu. Teringatkan satu masa dulu masa aku baru je 8 tahun dan aku dah mula ada crush dengan vocalist kumpulan fotograf tu Sharmin kot kalo tak salah nama dia. Arwah ibu nyakat aku bila aku cakap vocalist tu hensem. Dari situ arwah ibu pun memang cakap dia suka lagu fotograf tu.. Just because of that song dimainkan kat radio aku terus sedih dan menangis teresak2.. So, kesimpulannya adakala memori tu datang dan buat kita sedar sama ada kita dah terima atau tidak sesuatu hakikat dalam hidup kita tu..






Jul 15, 2010

Oh what a happy day...


I know I shouldn't be mad or so damn pissed but it does hurt when you think you know someone and help them when they are in need and even be there when they were in trouble (even if it is not all the time) but you were there get through the difficult times with them and enjoy some of the best memories with them and it ended up they don't even think the same way you did. Well, you are not important enough in their lives I supposed.


Well, I maybe done something to deserve this. Thank you. For what ever it is reason is still a reason.

Jul 6, 2010

Roadtax oh Roadtax


Petang semalam aku dapat call daripada this delivery guy from Myeg. Sembang dalam 30 saat dengan dia then dia cakap dia ada kat sekolah convent di Kajang. NICEee.... Padahal alamat yang diberikan ialah Bandar Tasik Selatan... Then dia cakap, "ni tak dapat nak hantar hari ni.."

*senyap*

Kalau ikutkan hati memang si Fakhrul nak kene lecture dengan aku.. Namun tiada kata-kata yang mampu aku luahkan kerana terlalu dan teramat kecewa. Fine!! Aku suruh budak delivery tu call si Fakhrul and deal dengan dia sendiri. Aku memang malas nak pikir dah..

Oleh kerana itu, aku terusan sahaja email kepada Fakhrul:

Assalammua'laikum... Dear Fakhrul, I am very dissapointed with your service. First of all, you didn't even bother to call and inform me that my roadtax will only be sent today and I was the one who had to call you and asked bout it.. My first dissapointment. Secondly, I just got a call from that delivery guy (Salihin - 0173032575)who is supposed to sent my roadtax over to my office in Bandar Tasik Selatan but he said that roadtax is all the way in Kajang and he wouldn't be able to send it by today..So I may be getting it by tomorrow. Second dissapointment. I dont wanna hear any more excuses and more reasons. All I know now is that I want my roadtax to be handed to me ASAP! With all due respect, you really have destroyed my trust thank you very much.

Dan tak berapa lama lepas tu dia call aku tapi aku malas nak cakap dengan dia so aku ignore dan dia buat missed call sebanyak 3 kali semuanya.

Bila check email;


Salam kak, Saya memohon maaf diatas segala apa yang terjadi , Kesilapan berlaku di pihak saya dan saya cuba menghubungi akak sebentar tadi namun tiada jawapan.. Mohon maaf di atas kekecewaan akak. TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MYEG Fakhrul Myeg


Well, hari ni aku tetap akan menunggu dengan penuh setia untuk roadtax aku sampai ke tangan ini.. Semmoga tiada lagi kesilapan teknikal.. Buat aku rasa tak nak lagi gune Myeg lepas nih. Well, the first time gune pun, aku sendiri yang willing collect dekat budak Myeg. Bukan dekat. Nuu kat OU sana.. just because ofis dorang pun kat sana.. Well, what can I say masa tu desperate and time is limited.. nak tak nak terpaksa jugak...

Tak disangka, ada lagi email daripada Fakhrul.


Selamat Petang Cik Azrul Azneeta ,
Pertama sekali ingin saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang Cik Azrul hadapi setelah menggunakan Myeg. Untuk Pengetahuan cik dari pihak saya , saya sememangnya merasa kesal di atas segala kesilapan dan kesulitan yang telah Cik Azrul hadapi. Untuk pengetahuan cik saya juga telah cuba untuk menghubungi cik pada hari ni namun tiada jawapan.
2. Untuk makluman Cik Azrul juga saya telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan Cik Azrul memperolehi road tax pada hari yang telah dijanjikan, namun terdapat kesilapan dan saya juga tersilap kerana tidak menyemak seawal kedatangan saya ke pejabat pada hari nie. Namun setelah Cik Azrul memaklumkan kepada saya barulah saya menyedari yang Road tax Cik Azrul masih lagi belum sampai. Tindakan telah di ambil untuk membolehkan Cik Azrulmendapat cukai jalan Cik Azrul pada petang ini namun masih lagi mendatangkan kesilapan yang mana pihak saya telah tersalah mengisi alamat walaupun saya telah menyatakan alamat yang sebenar.
Segala kekesalan terhadap perkara yang terjadi dan saya juga merasa bersalah kerana Cik Azrul menghadapi masalah sebegini pada awal percubaan Cik Azrul ketika cuba menggunakan perkhidmatan kami. Bukan memberikan alasan,namun ingin saya memohon maaf yang tak terhingga di atas apa yang telah terjadi dan semoga Cik azrul masih memberikan peluang dan kepercayaan kepada Pihak Myeg dan juga saya jika masih mempunyai peluang.
Akhir kata , saya memohon Maaf di atas segala kesulitan yang telah berlaku.
Yang Benar,
Fakhrul Sani

**Things already done and there's nothing more you can do about it kan?**

Semoga anda tidak ditimpa nasib seperti saya.. Good Luck!!!

Jul 5, 2010

Paying my bills


Ingat nak pegi office lambat sikit this morning, then macam tak yakin pulak rasanye.. Why?? because roadtax mati and that MYeg guy (Fakhrul) so goooooddd tak reti nak inform awal2 yang he can't send over the roadtax last week. How nice kan? To me he just doesnt take his job seriously. Just because I am not so formal with him doesn't mean he can take advantage like that over situation like this.. I am so dissapointed with him. So, end up I am the one that have to be calling him this morning and asked for the status of my roadtax. And what does he said over this matter???

"Sorry wak.. Saya lupa nak bagitahu yang tak dapat nak deliver on that day.."

Me as a customer, I dont really care what ever it is the reason you 're facing. Yang aku tahu apa yang aku nak dapat. Tapi tu la.. Aku pun tak sampai hati jugak nak make scene nih.. Hmm.. So dia cakap dapat hari ni.. I've already expect that.

Seterusnya, aku jumpe pulak dengan management Standpoint Villa ni. Masa last sekali aku datang untuk bayar service charge (RM281) suddenly dia kata ada last month punye aku masih tak bayar lagi.. ish ish ish... kalo lah aku nih berdarah panas menggelegak macam my-so-called-ex-step-father-tu.. mau pekak telinga dia kene lecture.. Hmm... Since aku tak bawak ape2 evedence menunjukkan yang aku dah pun bayar aku cume promise dengan dia yang aku akan datang semula and bawak receipt. At the same time risau jugak. takut receipt tu aku tak simpan...

Sampai je rumah aku terus carik. Alhamdulillah. The receipt is kept nicely in the billing file. Betapa aku bersyukur aku simpan semua bills.

Cuma setelah 2 minggu kot berlalu, baru aku berkesempatan jumpe dengan management and tunjuk receipt tu and dorang kate dorang akan buat adjustment.. Yeay!!! bulan ni tak yah dah bayar Service Charge tu. Therefore, aku cume bayar water charges (RM41) & INsurance (RM96).

Then aku gi pulak bayar Bil letrik kat TNB. Usually bayar online jer.. but since ada cash terusan je bayar. And terjumpa pulak dengan this one pakcik yang memang overly peramah denagn semua orang.. HE would like tegur everything about you then again dia akan cakap macam ni, "Jangan marah ye.. Gurau-gurau..."
Bila cakap kite tak marah then dia jawab, "Ye la orang muda ni cepat terasa. PAkcik pun pernah muda dulu"..

Owh dikala itu aku tunduk kalau boleh tak nak bagi dia nampak aku sebab nanti dia strike up a conversation yang sampai bila-bila pun takkan habis.. Pastu kata dia bergurau... huh?? like what?? Tak genuine langsung. Even budak yang kat dalam kaunter TNB tu pun macma menganjing dia.. He's weird though..Mujur dia tak nampak aku.. tapi malangnya ada sorang vudak pompuan kat belakang aku telah ditegur oleh pakcik itu dan dengan muka ala-ala tak faham dan konpius, budak pompuan tu layan aje.. HAr har har...

Finally... everything is done! done! and done!!!

Jul 1, 2010

Geram



Its so crazy.. Aku rasa nak dekat satu jam aku tunggu TAC no dihantar ke handphone aku (setiap kali nak buat transaction online). Aku tak tau kenapa makan masa yang terlalu lama. Tak faham sungguh.. Padahal setiap kali online, automatically akan ter'log off' bila 5 min idle. Till now TAC no tak dapat2 lagi.. What happen ek?


This morning macam biasa at the end of the month, aku check bill maxis dan sangat mengejut berukkan bila Bill Ekin berjumla RM310. Itu baru Syikin. Overall bill bulan ni ialah RM551. Botak weyh botak.. Maka dengan itu tanpa menunggu lagi, aku terus call maxis customer service dan mintak clarification tentang value plan yang dia bagi dekat syikin ni.


Sebelum aku setuju syikin masuk nombor dia bawah aku as principal, aku dah tanya everything pada budak yang jual handphone tu (beli dari maxis centre okehh) all the charges daripada maxis nih. Dah la beli cash tanpa apa-apa commitment sampai dua ribu lebey then end up bila tanya sendiri kat customer service baru terang dan jelas penjelasan dorang.

Well, Syikin ambik BIS plan yang Unlimited. Usah terpedaya. Unlimited tu, up to 3GB SAHAJA!!!! RM120 sebulan. Sekiranya dalam bulan tu gune lebey dari 3GB, dia akan charge RM0.005/kb. CAll charges tetap macam biasa.

Yang best sales person yang keje Maxis tu cakap bayar BIS RM360 for one whole year. Then tak payah bayar pape lagi dah... What the heck!!! Aku memang rasa nak mengamuk sakan dengan budak sales tu.

Aku nasihatkan pada mereka diluar sana yang kepingin nak pakai BB, tak payah beli dengan maxis atau mana2 telecomunication provider yang offer that commitment tu. Beli je dekat luar then you just apply untuk BIS tu. Sama sahaja...


Aku sangat geram...


Apr 27, 2010

:(



Pagi-pagi lagi aku dirundung rasa sedih. Nak marah pun ada.


Sedih: Orang suka nak salah anggap, salah faham dan tersalah erti dengan tindakan aku.

Marah: Aku tak bersalah tapi kenapa aku yang dihukum? Aku yang tak ada mak ni dan tak punyai apa-apa yang istimewa ni yang nak didengki & iri hati.

Aku tak da apa-apa laa.. Kenapa perlu nak anggap aku musuh? Kenapa nak buat muka tak puas hati..? Kenapa nak kene perli-perli aku? Sedih ar.. Aku tau tunggu masa je aku nak kene tiaw ni..

*Terima kasih sebab aniaya aku sebegini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...