Sep 25, 2012

Wajik aka pulut kacau


Tengah Cip duk belek belek internet, mulut tetibe aje terasa nak makan mende maneh. Mau makan cake kah? Eskem kah? Cekelat kah? Tapi takdak jawapan. Perasaan nak makan mende maneh tu still ada.

Pikir punye pikir entah macam mana teringat terus pada wajik tok jam di Beruas sana tu. The only time Cip makan wajik ialah kat rumah tok = once a year la. Sekali makan mmg susah nak stop. Dari dua sudu jadi satu mangkuk.

However this year masa pi umah tok, tok kata dah tak larat nak buat dah. Memula tu Cip cuma tanya kuih atas meja tu beli ke ada org bagi. Tok pun habaq, "Hat ni paklong hang bg. Yang ni jiran tu duk bagi. Aku takdak buat apa pon. Nak buat wajik pun aku dah tak laghat.."

Kita faham la kan. Tok bkn kuat lagi dah. Cip dtg pun mmg nak jenguk and tanya khabar tok sebab dah lama sangat tak balik.

Since suami Cip ada bawak balik beras pulut susu yg client dia bagi, Cip pun gigih la nak cube try test buat wajik for the first time in my life (selama ni duk ingat susah sangat nak buat). Then acara googling resepi la. Cip tak tumpu pada satu resepi je semua jenis resepi berkenaan wajik ni Cip baca bagi mencari resepi yg paling mudah sekali untuk first timer macam Cip nih. Ada yang leh pakai rice cooker tapi kebanyakan sume resepi suruh kukus.

Selesai study selama setengah jam Cip pun masak ikut style Cip la (duk tawakal dalam hati menjadik la). Sukatan sume Cip pakai agak agak ikut suke hati aje. So this is what I came up with:

1. Cip kukus almost dua cawan beras pulut susu dgn daun pandan (Bg wangi. Resepi len takdak yang suh letak daun pandan pun. Belasah je la.)

2. Cip kukus dalam 1/2 jam mcm tu. Bila cek beras pulut tu dah masak, Cip letak tepi sat sementara Cip panaskan kuali.

3. Cip tuang dalam kuali tu santan tin (dah bukak syg la nk buang) lebih kurang satu cawan (cawan yang sama Cip gune utk agak beras pulut tadi). Then gula merah satu cawan penuh. Gula putih setengah cawan. Kacau selalu.

*banyak resepi yg kata better pakai santan perah sendiri sbb nak berminyak sikit. Tapi Cip dah ada santan tin yg dh bukak dalam peti ais plus Cip takdak mood nak perah santan. Therefore, santan Tin it is..

4. Bila semua dah cair, masukkan pulut yg telah di kukus dan acara kacau mengacau sampai gula tu likat pun bermula.

Memang pada mulanya agak cair tapi Cip biorkan atas api sampai dia likat. Kacau aje la supaya tak hangit belah bawah. Nearly one hour or maybe lebih agaknye baru la sebati semua adunan. Cip angkat dan letak dlm tupperware. Biar sejuk then baru masuk peti ais. Yummmyyy..


P palang s: Tak tunggu sejuk pun Cip dah jamah bersudu sudu
posted from Bloggeroid

Sep 19, 2012

Gheti ka cakap utagha?



Cip bukan asal daripada utara tapi family memang asal belah sini especially family papa Cip.. Jom kite prektis jom.. Hehehe...


Ada lagi satu perkataan yang selalu je husband Cip duk kata.. Kemaaaiihhhhh..... :D

Everyday Indulgence




Everyday now nak makan ni.. *melts*

Yummm..

Sedapnye belgian chocolate tu kan?

Kadang tu dah makan satu, rasa takmo dah. Tapi the next day mesti terbayang bayang. 

It all started daripada iklan dia yang selalu ditayangkan tu la.

One day, Cip terasa nak mencuba. Well, sekali gigit, bunyik curnch dia exactly macam dalam iklan. Terus Cip have respect towards the product. They really deliver seperti yang dorang advertise kan.

Bukan ape, kadang tu indah khabar dari rupa. You know what I mean right? Dalam iklan, macam sedap banget.. tapi bila dah try.. hampeehhh... tu yang jadik a bit cynical tu..

Tadi Cip baru je try application Pure Pleasure by Magnum kat facebook.. 

The result?
.
.
.
.



Nak try? Click SINI

Ada dua flavor je yang Cip buleh makan Almond & Choco Cappucino. Chocolate truffle tu mmg muak la kalau makan sebab Cip not into chocolate sangat pun. Coffee nye flavor mmg chantek...


SuperDuperSexylicious!

Sep 17, 2012

We misses you

Rindu sama Ues teruk-teruk la..


Cip ajar Ues if nak tau Farhad lapar susu ke tak, kene letak jari kite kat bibir dia.
Kalau dia macam nak hisap jari kite maksudnya dia ngah lapar la tu.
Tapi Ues selalu end up masukkan jari dia. Pastu gelak gelak sendiri sebab geli. 

Hi my dear Ues.. 

Nde bangun pagi ni tak tahu yang hari ni masih dalam mode cuti. (Nde kan duk umah je. 
Mana la nak keep track bila cuti. "Housewife" bak kata ayah..) 
Kadang Nde confuse. 

Ye la kat sini Jumaat kan public holiday and Friday seriously rasa macam hari Ahad even though 
ayah keje macam biasa. 

While typing this, Nde already made coffee (Nescafe. Guilty. Sekali sekala takpe kot) Sedapnye. 

Farhad sambung tido lepas Nde masukkan dia dalam buai. Hopefully dia tdoq lama la sikit sebab 

malam tadi dia macam restless je. Mujur la nyusu badan. Tak perlu susah susah nak bangkit pi buat susu tengah tengah malam.  hehehe..

Macam yang awak tau, Nde memang paranoid sikitkan bila duk umah dengan Farhad aje? 

Tiap kali Nde lalu depan bilik awak, mesti hujung mata nih ternampak bende putih berdiri depan 

pintu. .. Scarry okeh. Hahahaa.. jangan panik. Bilik awak tak berhantu. 
It was your jubah. Tapi tu la selalu je nak tertipu.   

Anyway, my point is that Nde have been wondering to upgrade your room la Ues. 

Nak cabut all those stickers and put some colors to the wall. 

Give your room personality. Tapi Nde tak sure lagi what color sebab takut awak tak berkenan. 

As usual, Nde suarakan idea Nde pada ayah (sebab ayah la yang kene mengecat. huhuhu..) Photobucket 

Bilanye yang ayah ada masa Nde belum pasti lagi. 

Mengecat tu won't take long tapi figuring out the design of your room with the existing furniture tu yang kene thought deeply so that it wont go wrong.

Nanti buruk langsuk pulak tak jadi macam mana yang kita inginkan. 

Ayah mahir think outside of the box and ayah jugak hebat dalam men'translate' kan macam result yang kite nak. Kadang it gets so much better than what we imagine it will be.





At the same time, Nde will be looking out Photobucket for your fave superhero bedsheet. 

Susah nak carik hat superhero yang awak suke. Superman, batman, and cartoon lain banyak la. 

Guess what Ues, tab nde dah tak boleh charge.. Waaaa.. 

Dah la hari tu button home pun tak boleh gune dah. Bukan takat tu je. Call in and call out pun dah tak boleh. 
Tinggal la texting dgn surfing tenet je. Photobucket 

Nde dah ngadu kat ayah and ayah kate ayah akan bawak pi repair. Mujo la still under warranty. Terus pi hantaq kat center dia. Kire ada harapan la kan?Photobucket  

Tapi harapan nak dapat masa tu jugak hurmmm macam tipis aje.. 

Bende bende warranty ni selalu aje lambat sebab depa nak kene lalui process meng'order' straight from department yang handle returned items nih. 
Sometimes it takes weeks and months. Alasan yang akan dia bagi, "stok takdak". Photobucket 

Takpelah. Kite tengok je lah how it goes bila ayah pi hantaq sok.



Ayah, Nde & Farhad rindu strong strong sama Ues. 

Tak sabar tunggu cuti sekolah nak jumpak awak. ... 

Take care, be safe and keep your head high all the time kay Ues.. 

May Allah be with you always.. Photobucket


Love









Sep 15, 2012

They're just so cute

I used to have a huge crush on Prince William.. Hehehe.. 



P palang s: Bertuah aunty yang pakai baju dan tudung cream tu dpt bergambor dgn William & Kate.. hehehe


Kebanyakan gambar mereka berdua yang Cip tengok kat internet Cip perasan yang Kate lebih menyerlah daripada William. Aura Kate macam leboh kuat nak dibandingkan dengan William. Boleh Cip katakan yang aura dia saling tak tumpah masa late Lady Diana masih hidup dulu.

Cip tertanya-tanya macam mana Kate sentiasa tersenyum dalam banyak gambar. Susah la nak tengok dia tak senyum. Senyuman nampak ikhlas. Bukan ape, kite nih yang orang biasa pun susah nak mengukirkan senyuman kat orang yang kite tak kenal. (Yes I know she's one of the royal family now.) Cip kene contohi Kate. Selalu senyum. Tak la orang kata sombong.

SMILE..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sep 12, 2012

Cekelat

I have so many interesting thing to say but somehow I just couldn't put it into words.. Is this what they call  a writer's block? Hahahaa.. sejak bila jadik writer tah.. So please bear with me until I can convey all of my thoughts into words again.. As for now, let just blew your mind with this delicious chocolate images.. Yumm..








p palang s: terus jadik lapaq cekelat kan? 

Sep 7, 2012

Gelap

Farhad dah tido. Penat berjalan agaknye tadi.

Cip tengah duduk kat tangga.

Dah nak masuk maghrib sat lagi.

Kene bukak lampu dah ni patutnye.

Macam malas nak bukak.

Biar bergelap aje buleh?

Layan perasaan...

P palang s: dah bosan tahap gaban agaknye..

posted from Bloggeroid

EBM - Penyimpanan

Baru je lepas ke blog Nieza. Nieza ada tanya tentang penyimpanan EBM. Hopefully this info will help you out..


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. 

TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

FRIDGE/FREEZER?

Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)
  • bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
  • pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

SOURCE

TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Dapatkan maklumat bergambar DISINI

Sep 4, 2012

Burn baby burn


Macam biasa petang petang dalam pukul lima setengah macam tu, Cip bawak Farhad ronda ronda keliling rumah. Mana buleh dia duk lelama dalam rumah especially waktu petang. Cemuihh..

Strap kan Farhad dekat stroller, pakai kan seat belt, kami pun melangkah keluar. Cip toleh aje ke kanan sekali Cip nampak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Selamba je dia buat pembakaran sebegitu besar kat depan rumah. 
*sigh*
Bagi Cip sangat tak sesuai nak bakor bakor nih. Tengok lah tu betapa tinggi nye api yang membara tu.




Somehow rasa sedih tengok dia buat pembakaran terbuka mcm tu.

*dang*

Setiap kali bawak Farhad ronda mesti akan ada yg tegur...



"Diyaa tidurr kaa tuu?"

"Tidoq ka?"

"Aik? Tidoq dah dia tuu.."

Mana ada dia tidoq. Bila duk kat stroller, Farhad selalu tunduk sebab dia duk gigit strap seat belt dia tu la.



"Tak tidoq haiihhh"

That is what I always tell them.

P palang s: tak productive duk umah petang petang.
posted from Bloggeroid

Sep 2, 2012

Segmen:Mari Berkenalan


Lepas tengok CCI buat entry berkenalan nih, Cip pun nak join jugak le.. Leh berkenalan dengan lebih ramai bloggers di luar sana. Cool jugak.



NAK KENE BUAT APE???

Jawab aje soklan dibawah dengan membuat entry baru di blog anda...



Azrul Azneeta Binti Aziz nama diberi. Kalau tak salah Cip, Azrul tu berkemungkinan besar gabungan nama arwah ibu dengan papa Cip. Azneeta tu atuk Cip yang rekomen sebab Cip cucu perempuan pertama dalam family.. :D


28 tahun dah umur Cip. Kalau ikut kalendar Islam, 29 tahun


Cip berasal dari KL dan membesar di Serdang Selangor. Sekarang dah migrate ke Kedah mengikut suami.


Cip tak pasti la orang tau ke tak tapi Cip dah terikut habit arwah mak Cip, bila lapar Cip akan gigit gigit lidah  macam chewing gum tu pakai gigi geraham . Kire pelik or biasa tu?




Banyak je. sape pun yang update Cip akan konfem baca. Komen dgn tak je.. Tapi Cip selalu sangat singgah kat blog nih..



&




Banyak khot kenangan yang tak dapat lupe. Cip bagi salah satu la ye. Masa tu mungkin Cip berumur 4 - 5 tahun agaknya. Prmbantu rumah Indonesia lari daripada rumah tinggalkan Cip, Abang Cip yang tua setahun dengan adik Cip yang kalau tak salah baru beberapa bulan sahaja umurnya.



Cip start blogging dari umur 18 tahun. Masa tu baru je masuk U. Banyak blog yang Cip dah gune macam wordpress, blogdrive, friendster dan ada satu lagi tapi lupe dah.




Blog Cip basically macam diary yang tak berapa nak private la kot. Semuanya berkisar pasal perkara yang Cip buat di hari hari biasa, pasal anak anak and my deep thought.



Cip suka bercerita. Daya imaginasi Cip tak luas sangat tapi Cip suka menulis agaknya. Dulu masa kecik kecik memang ada pasang cita cita nak jadik journalist. 


  Cip first time singgah di blog rien. Tak sempat baca apa apa pun lagi. Terus dapat link join segmen nak berkenalan ni ha.. nanti Cip ada masa Cip akan singgah lagi. Tapi dari first impression, Cip tengok banyak tajuk tajuk menarik yang Rien buat. Memang menarik nak baca. No wonder ramai followers. Mesti hebat nih.. Paling penting, Cip suke doodles kartun kartun tu semua.. Comel.

p palang s: Segmen ini dikelolakan oleh

SELAMAT BERKENALAN!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...