May 30, 2012

Support each other..


I was touched. Really. Ramai kawan-kawan Cip yang bagi support for breast feeding nih. Siap includekan Cip in one of their breast feeding group just so I can get all the info and also to ask any questions. How sweet of them. 


Being a first time mother yang fully breast feed, banyak tips yang boleh diikut. Kalau betul caranya, Insyallah banyak la susu badan tu. I never knew that motivation utk breast feed ni is very important. Ingatkan as long as ada anak, susu sentiasa ada no matter in what condition state you are. Tak macam tu rupenye. Kalau stress, tak happy mmg takde la susu tu. Ada tu ada tapi tak banyak. Tu yang ramai end up kata "Susu saya tak banyak".. Therefore bagi la susu formula. 


Mujor la since pregnant lagi mmg Cip dah pasang niat nak fully breast feed baby. So, kalau dah pasang niat dihati tu, kite akan berusaha lah macam mana pun to make it work.


Cip nak berterima kasih kat kawan-kawan yang tak jemu² bagi dorongan yang positive pada Cip untuk keep on bagi fully breast feed pada si kecik. Secara tak langsung, Cip akan jadi supportive jugak pada new mothers yang lain supaya diaorang pun bagi fully breast feed kat anak deme.. I am so lucky to have good friends around me.. Praise to Allah.. Alhamdulillah.

May 24, 2012

Makin banyak?


Alhamdulillah. For the first time sekali pump terus dpt 4oz. Mcm terbangga sat dgn diri sendiri. Selalunye kalu pump sekadar dpt 2oz. Paling bnyk 3oz. I must have done something right in my diet. Hehehe.. Hopefully makin bertambah rezeki buat si toek legam nih.

P palang s: mommies yg breastfeed out there, keep it up.. Give the best to our child.

posted from Bloggeroid

May 22, 2012

Buaian

Bertungkus lumus suami Cip siapkan buaian utk Farhad once Cip habaq kat dia kata Farhad tdoq xlama. Tdoq sat pastu dia jaga. Mula mula dia gerudi dinding and letak kat tepi tangga. Dekat dgn dapoq. Mudah bila Cip nk masak. Tapi bila mlm takkan nk tdoq kat bawah kot kan? Suami Cip tambah buai lagi satu dkat tingkat atas. So skarang buaian Farhad, ada dua.

Banyak for one baby? Eh, takdelah. Adik ipar Cip rajin gak dtg umah. Kalo anak dia nak tdoq, kire tak gaduh la. Sorg leh dok ataih, sorg duk bwh. Mana mana pun boleh.

Tp bila dh ada buai, nak duduk membuai tu la pulak. Kadang lama si Farhad baru mau tdoq. Jadinya suami Cip beli pulak hat elektrik punye tu. Tak payah nak tunggu lama sambil enjut. Biaq enjut sendiri ja.



Baguih sungguh la suami Cip ni. Bertuah Cip ni dpt suami lagu ni. Sayang tak hengat nii..

P palang s: Cip masih xtdoq dr pukul 3.30pg td sbb Farhad ajak nyembang dgn dia sampai pukui 8pg. Fuhhh~

posted from Bloggeroid

Pantang mana dan je..

Hari ni adalah hari yang ke 36. Maksudnya Cip masih dalam tempoh berpantang. Nama je berpantang tapi Cip rasa macam tak pantang lagi dah ni. Tambah dah settle down kat rumah sendiri. Tu pasai jadi pantang mana dan je. Phew~

Hari minggu yang lepas, Cip dan suami attend satu majlis house warming. Actually jiran MIL Cip pindah rumah baru mereka. Bila jumpa jiran tetangga yang makcik-makcik nih duk tanya Cip umoq Farhad. Cip habaq la 33 hari. So depa macam agak terkejut sebab masih dalam pantang. Tapi yang tak tahan tu bila depa kata "eh, sekejap je.. Dulu kita nih tunggu 44 hari tu punya la lama.." 

Sekejap? Ish tak lah sekejap sangat pun. almost two weeks masa Cip duk umah bapak Cip pun rasa lama bebenor dah ini kan pulak 44 hari.. Ish lama.. Cumanya sebab banyak masa Cip spent kat dalam hospital campoq dengan time berjalan-jalan ke KL (bkn bersuka ria tapi atas urusan). 

Seminggu pertama selepas melahirkan Farhad, Cip admitted di hospital. Bukan Cip sakit pun tapi sebab Farhad demam kuning. 4 hari Cip di hospital gomen. Then discharged balik kerumah MIL. The next day check darah Farhad, kuning naik, admitted di swasta pulak. Alhamdulillah masa di hospital swasta Cip dapat rehat yang sepatutnya. Di hospital Cip makan apa yang disediakan oleh hospital. Selain daripada tu kalau lapar, Cip ada bawak bekal roti, milo 3 in 1 dan biskut. Bila waktu melawat, MIL akan bawakkan nasi serta sup ayam. Pun Cip bedal jugak. Kenyang sungguh. The same goes di hospital swasta. 

Minggu kedua banyak dihabiskan di rumah MIL tapi dua hari terakhir Cip balik ke rumah Desa Aman sebab suami Cip perlu berkemas utk ke Mekah bagi tujuan melakukan umrah. Jadual penerbangan jatuh pada hari ahad. Di rumah MIL, adik cip serta adik ipar banyak membantu MIL yang patah tangannya semasa mengerjakan umrah sebelum itu. Masak memasak di monitor oleh MIL le.. Lauk yang Cip makan hanya sayur seperti sup kuchai dan sawi serta sup ayam. Bila balik rumah sendiri, adik Cip la yang tolong masakkan lauk utk Cip. Tapi Cip pun dah start pegi dapur jugak masa ni sediakan makanan yang simple simple. 

Selepas hantar suami Cip dilapangan terbang, Cip beralih pula ke rumah bapak  Cip bagi tujuan berpantang. Baru la Cip berurut selama tiga hari berturut-turut. Baru lah berparam, berpilis, pakai bengkung, girder sume lah.. Tahan je la telinga masa kene bebel dengan bapak Cip sebab lambat sangat start berurut. Nak buat macam mana. Hectic sangat minggu yg sebelumnya tu. 

Tukang urut Cip, Cik Ani yang perkenalkan set bersalin Air Mancur pada Cip. Sebelum nih ingat nak beli hat NR punye sebab ramai yang rekemen kata bagus. Sampai akhir tak beli. Bila dah berurut, Cik Ani kata pakai je Air Mancur punye sebab mmg turun temurun kat Indonesia, Air Mancur la paling feymes. Semua la dah ada dalam tu. Untuk mandian pulak terdiri daripada herba yang dibungkus dalam bunjut. Kene rebus campoq dgn limau purut. Okay truth be told, Cip guna mandian bunjut nih baru empat kali je. Guilty.. Bukan tak mau. Tak sempat la hai bila nak mandi je baru nak rebuskan. Mana nak jaga baby lagi kan.. So Insyallah dalam masa terdekat nih mandi lagi gune hat rebusan dia tu. 

Dua minggu kat rumah bapak Cip kire okay lah jugak sebab bibik pun ada. Nak apa-apa suruh dia buatkan aje. 2nd day Cip dah start mandikan Farhad every morning. Makan-makan, haruslah bibik yg masak. Adik Cip pun ada tolong masakkan jugak. Sebabkan Cip nak elakkan demam kuning Farhad berlarutan, Cip tak makan halia dan lada hitam buat sementara. Even jamu pun Cip tak makan. 

Langgar pantang? Ade je.. Siap mkn mcd dgn dominos lagi. (kuantiti sedikit okeyh).. Angin la sket. jenuh sapu minyak panas kat badan bagi kuar angin. Padan dengan muka kan? Gedik sangat nak jamah jugak pasai pa.. Mujur tak affect sgt ke Farhad. Dia menten lagu tu jugak la.. makan tido makan tido je. Keluar rumah tak payah cakap la. Belum habis pantang Cip dah siap pegi KLIA, pi pasar lagi.. Pening dan penat la sket walaupun  duduk aje. (jangan dibuat okeyh). 

Pada yang membaca, jangan la ditiru apa yang Cip buat nih. Cip bikan sengaja pun. keadaan memaksa. :D Okay start hari ni dah leh makan jamu.. 

P palang s: semalam timbang berat. Berat Cip turun. Sebelum pregnant ritu berat Cip ada la dalam 70 - 72kg mcm tu. Sekarang nih 66kg. Muarghahahaa... Takde rahsia okay.. Cip pun tak tahu cane leh turun sangat nih.. 




May 21, 2012

Tidoq

Cip kerap tegur Farhad tentang routine tido dia nih. Siang elok je dia tidoq dengan nyenyak walaupun ada banyak bunyik di sekeliling dia. Still dia buleh tido. Somehow bila waktu malam, sat-sat je dia tidoq. Kadang dah tertidoq lepas menyusu, Cip letak la dia kat bawah, terus bukak mata dia. waktu siang, no problem what so ever kalau letak kat bawah sekalipun. Even kalau bedung pun, takde nak mengamuk teruk teruk.. 

Bila dah balik ke rumah sendiri di Desa Aman nih, still routine dia begitu and I find it, it is very convenient for me actually. This is because waktu siang la Cip nak masak, mandi, buat air, dan segala house chores yang lain lah. Baru lah Cip nampak. Kalu tak duk komplen siang tdoq, mlm dia ssh nak tdoq. Ape lah Cip nih..

Therefore, sekarang Cip buat cenggini. By 10 or 11 o'clock bila Farhad dah start tdoq, Cip pun terus masuk tdoq sama dgn dia. Confirm by 2 o 'clock dia akan bangun. so tak lah Cip ngantuk sangat. Buleh lah breastfeed dia sambil layan Astro mcm pagi tadi.. Ahaha... Sip leh makan roti, cicah biskut dgn kopi lagi.. Dia tdoq semula, Cip pun bantai tdoq sekali dengan dia.. Kite tidoq ikut timing dia la..

tengok cakap je pasai dia, dia pun bangun.. Allright.. Chiaww..

May 18, 2012

Susu Badan

Alhamdulillah.. Genap sudah umoq Farhad sebulan. Kuning pun slowly dah takdek. Sekarang Cip tengah giat bagi susu badan sepenuhnya pada Farhad. Masa lepas bersalin hari tu, banyak betul yang Cip belajar especially bila Farhad admitted kat wad jaundice di hospital. Walaupun agak tensi berada di dalam hospital terlalu lah lama (empat hari je tp rasa mcm lama sangat) tapi at the end of the day, bila muhasabah diri and Cip do a lot of thinking I finally can see the good that came out of it. Cip admit, Cip learned a lesson. Tanpa pengalaman-pengalaman macam ni, mungkin Cip akan spoilt dalam membesarkan si Toek II yg legam nih.

Tak dinafikan memang ada Cip bagi susu top up masa kat hospital tu pada Farhad sebab he keeps on rejecting being on the baby cot. Nak berkepit dengan Cip. So one of the staff nurse bgtahu yg baby lapar. So nak tak nak, Cip bagi la susu top up tu. After that baru la dia mau tido dalam baby cot tu bawah lampu ungu. 

Doctor mmg suruh bagi susu badan aje senantiasa so that baby buleh berak dan kencing bagi mengurangkan kuning. Tapi masalah lain yang timbul ialah bila Cip angkat Farhad nak susukan, dia terus senyap dan tido. Takmo hisap pun. Kejutlah mcm mana pun, dia tetap akan tido dan itu merupakan lumrah buat bayi yang menghidap demam kuning. Mereka akan tido aje. Tugas kite kene kejutkan. Trust me, dia takmo bangun. So macam mana Cip nak breastfeed when he doesn't even wanna suck? Walhal Cip difahamkan yang salah satu cara nak baikkan demam kuning is by breastfeeding. Ada kakak sorg nih sempat bagi kat anak dia dua cup je susu top up then terus breastfeed sampai lah hari ketiga dia buleh discharged. 

Banyak betul informasi pasal breastfeed yang Cip tak tahu. So sekarang bila Cip dah slowly belajar and gain knowledge pasal breastfeed nih, baru la bersungguh sikit. Moh kite bagi yang terbaik buat si kecil.. Jangan pernah putus asa..



May 13, 2012

Toek II

Almost 5.30 in the morning. Hujan lagi. Memang kalau tido nih syok habis. Farhad berjaga since 2.30 tadi. Alhamdulillah suami Cip sudah kembali ke Malaysia setelah hampir dua minggu ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Cip dah mengantuk dah tadi. Jadinya suami Cip la la melayan si Farhad bersembang. Dalam 4.30 mcm tu, Cip pulak take over. Kesian suami Cip. Masih jet lag. Take times sikit nak kembali ke zon masa Malaysia.

Lepas dah tidurkan si Farhad, Cip pulak yang tak buleh nak sambung tido semula. Sepatutnya, time dia tido, kite tido sekali. Tak la mengantuk. Tapi Cip tak risau sangat sebab konfem Farhad tidoq lama sket sebab dia berjaga pun lama jugak. Biasalah bayi baru lahir ni, time tidoq dia waktu siang, malam berjaga. slowly lah Cip nak ngajor dia tdoq malam, siang berjaga.

Tinggai lagi empat hari sahaja lagi menandakan sebulan Cip berada dalam tempoh berpantang. (Pantang lah sangat). Pantang lah jugak sikit sikit mana termampu.

oh.. have to stop.. Toek II bangun..

May 7, 2012

Hangin

Bibik kene tengking tadi dgn Cip. I couldn't stand the way she complained about certain things in the house that is not making sense at all to me. Mungkin dah sampai kemuncak agaknye membuatkan Cip tak berdiam diri dan terus give it to her in her face.

Sometimes she forget that she is working here. Takkan lah pinggan penuh dlm sinki nk complain? And alot of other stuff too. Kalau berdepan, pandai pulak bodek. Kat belakang, mengutuk bagai nak rak. Macam macam yg dia tak puas hati. Tu pun she has her own phone siap buleh gune bila bila masa lg. Masih tak bersyukur ke?

Cip paling tak boleh blah sekali peel dia bwk cerita, jaja kat org, jadi batu api, suke menjawab, bila disuruh take times, bagi alasan, last but not least suke made up stories yg very clearly she got it from some where else. For example last time masa arwah Din Beramboi meninggal and dlm news kata punca dia ialah kencing tikus, tetibe je the next day bibik nih buleh cerita kat Cip and adik beradik Cip kononnya anak dia pun kene kencing tikus. Hah?? Wth?

Entah kenapa mood Cip terus duk hangin je lps Cip tegur bibik tadi. Geram je dlm hati ni. Maybe it was triggered by what had happened yesterday? I think so. Phew~

posted from Bloggeroid

May 5, 2012

Bosan?

Baru aje seminggu melepak kat rumah bapak Cip sementara menanti suami Cip selesai menunaikan umrah, Cip dh merasa akan kebosanannya. Ahahahaa.. Nak keluar tak buleh. Tak konfiden lg rasanya. Tak sampai sebulan lg. Gilo nak keluar keluar nih.

Walaubagaimanapun, dgn adanya free channel drpd Astro nih, mmg syiokla melayan tibi. Especially bila terjaga pukul ampat pg sbb Farhad lapar. Kalau bfeed dia dlm bilik, alaamtnye mau tertido samala.

Xsabarnye nak cepat baik..

posted from Bloggeroid

May 4, 2012

17 Days old.


Umoq dia dah tujuh belas hari pada hari ini. Apa yang Cip belajar so far is that dia dah pandai mengamuk. Kalau dia mengantuk sgt bagi susu badan pun mengamuk. Mujo suara Farhad ni tak lantang mcm Zayana anak buah Cip yg br je berumor tiga bulan. Kire sebaya la dgn Farhad ni.

Farhad tdo skang dah pandai nak bertepuk sambil takmo dibedung. Kene bedung pun ngamuk gak tu. Yayah dia ckp, dia nih mcm panas baran nih. Ye ke Farhad? Hopefully tak la.

Nampak dia prefer breast feed lg drpd botol susu tu. Sebabkan dia kuning, Cip kene bg dia susu top up bg dia kenyang supaya dia leh tdoq dgn nyenyak bwh lampu UV tu lebih lama

4.30pg adalah masa dia utk bgn. So mlm tu cip akan pastikan Cip tdoq awal dgn dia a bila bgn tak la ngantuk. Sbbnya dia akan breastfeed smpai pukul lapan pagi.. H~uuu~

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...