Feb 29, 2012

Heart broken ke?

Semalam terasa nak layan Celine. Tah hape ke mood pulak tetibe hari nih melayan Beyonce. Memula tadi bukak youtube nak carik lagu mendiang Whitney Houston - I Will Always Love You hat dia nyanyi live. Tapi kebanyakannye sume dia dah tukar sikit tempo. Tak sedap pulak. Nak hat dia nyanyi exactly yg macam original punye.

Disebabkan perasaan malas meng'surf' lagi tercarik pulak hat Beyonce. Bukak lagu Broken Hearted Girl. Hah kau.. Layaaannn... Ceh memula tengok video clip dia je. Tetibe tangan nih rajin menaip hat instrumental karaoke punye.. Perghhh... Berkaraoke sorang sorang kat rumah lagu Beyonce... Ahahahhaa... Feeling lak tu.


Lagu nih sedih sebenarnya. Melodi dia sedap. So ape lagi.. Jom kite karaoke...

Feb 28, 2012

Open Arms

Entah kenapa lah telinga nih seakan-akan merindui akan kelunakan suara Celine Dion. Mungkin sebab dah lama sangat Celine tak keluarkan lagu terbaru dia kan. Cip suka sangat bila tengok dia perform live tu.. Sekarang dia dah perform semula kat Las Vegas tu.. Dapat fly ke Las Vegas tengok show dia kalu.. perghhh.... A dream come true gitu... 

Tengah duk carik carik performance dia yang paling latest terjumpak hat dia nyanyi Open Arms which is my fave song..  Lagu asal dia biasa je. Tapi bila Mariah Carey nyanyi version dia, mmg meletup balik lagu nih. Tak tahu pulak Celine pun ada nyanyi version dia.. 


Still best.. terubat rindu pada Celine.

Feb 23, 2012

Allah swt lebih menyayanginya

Assalammua'laikum.

Sekadar mahu menghebahkan bahawa Faris sudah tiada lagi. Mari kita sama² mendoakan yang terbaik buat arwah serta buat keluarga beliau supaya senantiasa tabah dalam menghadapi dugaan Allah swt yang hebat ini. Allah lebih mengetahui setiap kejadian makhluknya dimuka bumi ini.. Al-Fatihah. 



FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH oleh Mazidul Akmal Sidek

Feb 22, 2012

Doakan untuk Faris lekas sembuh

Izinkan Cip berkongsi tentang penderitaan adik Faris yang kini terlantar di hospital di Subang Jaya. Aritikel ini Cip ambil daripada blog Mazidul Akmal Sidek


MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH

"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail. 


Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jam 12.40 tengahari tadi. 
"Berapa orang anak?," soal saya.
"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.

 Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.


"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.


"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.
"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.
Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun 
 Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
SILA HEBAHKAN

Update berkenaan Faris lebih kurang sejam yang lalu..

 Sama² kita doakan kesihatan Faris akan meningkat..

Cream Puff

Pernah makan?


First time Cip makan cream puff nih masa sekolah dulu. Memula Cip takmo try sebab tak pernah makan and I was afraid I didn't like the taste. So, one day masa pi tujuhsebelas (7eleven) ada lah this cream puff dalam peti es dia (dulu aje sekarang takde dah.). I was in form three kot at that time. Masa tu dah berani nak mencuba gamaknye. Tak tahu pun ape nama dia. Bila dah makan, terus fall in love. Baru sedar, sedap rupenye. Masa tu rasa cam mahal aje sepacket. Ada dalam 5 ke 6 ketul cream puff dalam tu; tige hengget lebih kalau tak silap.

Secara tak sengaja baru tahu yang cream puff tu dihantar daripada Dairy King kat belakang rumah Cip. Since dah tahu mana nak dapat cream puff tu, rajin ler Cip pi beli kat Dairy King. Sedap tau makan time sejuk². Selalunya inti cream puff nih can be whipped cream, ice cream or custard. Yang Cip pernah makan inti custard aje la..

Balik ke Serdang few months back, Cip mencarik jugak la cream puff ni (adik Cip pun suke dah) kat Dairy King. Tapi takde la pulak stoknye. Mungkin sebab dah habis.. Mungkin sebab dia tak buat hari tu.. Entah lah. Makanya sekadar beli egg tart yang sangat feymes disitu. Makan panas² pulak lagi... Perghhh... Satu Egg tart sekarang regenya dah 1.90 kalau tak salah. Cip beli sampai lima and few other breads.

Couple of days ago, Cip ada pegi Bread History and jumpak cream puff version diorang. Ada tiga ketul je dalam satu bekas tu. Bila Cip ambik nak pi bayar, mak aii beratnye.. Cream puff selalunya sangat lah ringan. Very light. Pelik juge mcm mana buleh berat. Padahal tiga ketul je khot.. Ghupe-ghupenye.....


Penuh custard dalam cream puff tu. Tak pernah pulak Cip tengok custard setebal ini di dalam satu cream puff.. No wonder la berat. 

Feb 20, 2012

Anytime soon..


I am nervous..
Looking for suitable names.

Feb 16, 2012

Macaron Kisah Hati


Ceewaaaahhh.... Pinjam sat na Alyah tajuk lagu.. Ngeh ngeh ngeh.. Sonok ler Cip dapat parcel daripada Cikmin semalam.. Ate kate teman menang macaron kheennn.... Alhamdulillah.. dapat ler merasa semalam. Kan ke Cip ada masuk give away Cikmin Macaron. Boleh baca kat SINI entri yang Cip buat untuk give away itu... Dipendekkan cerita, Cip dapat lah tempat kedua dan hadiahnya tak lain dan tak bukan.. Macaron.. weehuuuu!!

Memula ingat nak buat seprais lah kat Cikmin. Macam biasa once dapat macaron nih, sesi tembak menembak akan berlaku dirumah dengan menggunakan segala props yang ada serta segala pengalaman, mata hati dan citarasa artistik yang ada dalam diri Cip ini (artistik ke?). So once huplod Cikmin pun serprais kite gune macs dih buat mcm² pose. Aleh² Cikmin sendiri request suh tembak² and huplod. Alameekkk... Pressure pulak sebab bukan pandai sangat pun. Ikut suka hati je. Bila tak dak expectation, tak ler terasa bebanan orang mengharap kat kite. .


Itu yang duk mencari-cari idea, tema dan props dalam rumah malam tadi bagi menjayakan sesi tembak menembak suka hati pagi nanti sebab lighting cantik sikit. Entah macam mana, dah alang² bukak nak merasa macaron tu, terusan aje prepare segala props. Aleh² macs dah buat mcm² pose. Hehehe... 


Anyhow, I did the best I could.
Cool eh?

Feb 15, 2012

Biscuits

Dulu husband Cip secara tak sengaja telah membeli oatmeal biscuits keluaran Quaker Oats. Biasalah.. He was the one yang do all the shopping selalunya. Tengok-tengok barang yang dibeli, dah ada biskut oatmeal tu. First time makan I tell you... sedap bangat. Tak sampai tiga hari habis kesemuanya. Wow.. Then beli lagi. 


Second time beli, dua bungkus terus. Lambat lah sikit habisnya. Nak beli untuk kali ketiga macam agak berat sikit sebabnya agak mahal biskut ini. Fuh~

Nak dijadikan cerita, few weeks ago sebelum berangkat ke Thailand (dekat kan daripada rumah) kami singgah ke duty free shop (plannye nak ke toilet aje sebelum masuk border Thailand) aleh-aleh ter ber shoppinng pulak. Barang makanan je pun. Murah la katakan (sikit aje murahnye). Cip and husband came accross biskut yang lebih kurang serupa dengan biskut oatmeal tu. So why not try la kan since rege satu pek baru empat hengget lebey je. Nak dibanding kan dengan biskut oatmeal tu yang almost berbelas regenye tu kan..

Strawberry punye lagi sedap mengikut citarasa Cip la..

So, masa dah sampai rumah, lapa-lapa makan la besikut itu tadi. Masyallah... Punye lah sedap. Not bad at all dengan price sekadar empat hengget lebey tu. Boleh lah nak compete dengan besikut oatmeal quaker oat tu.. Okay definitely lah besikut oatmeal tu lagi lah sedap but besikut hat murah nih tak kurang rasanya. 

Masa pi Tioman Cip ada bawak satu packet. Habes tau.. And you know what? Toek pun suke that biscuit. So, kalau rasa tak mampu nak beli hat mahai, beli je hat murah punye. Sedap pun sedap. still buleh cicah dengan ayaq milo, kunyah-kunyah.. telan.. Done.. Kenyang perut. :D

Johor Premium Outlets

Waahhhh.. Premium Outlets dah ada kat Malaysia.. Gempak lah. Okay for those yang tak tahu, PO nih terdiri daripada kedai-kedai barangan yang menjual pelbagai jenis jenama antarabangsa yang kini sudah pun dibuka kepada orang ramai daripada pukul 10 pagi sehingga 10 malam tujuh hari seminggu. Public holiday pun bukak jugak. PO nih worldwide actually. Branch paling banyak sekali kat US sendiri la.


Kenapa Cip kata PO ni best? Bestla sebab kat PO nih kebanyakan kedai-kedai depa adalah kedai yang menjual barang-barang high-end. Well, it supposed to be much more cheaper daripada kat mall-mall sana tu. Katanya 25% - 65% murahnya. Cip pun tak tahu sebab tak pernah lagi menjejakkan kaki ke JPO di Kulai sana tu. 

However, Cip pernah pi yang kat Los Angeles punya Premium Outlets. Masa tu Cip bukan pakai pun high heels or handbag² ladies mcm sekarang nih. I was a student back then and tak rasa all those things perlu. Ye la masih pakai sneakers, beg galas mcm pi sekolah tu. So kalau beli pun sape nak pakai? Dan sekarang ada sedikit perasaan menyesal tau tak beli masa tu. Kedai yang Cip singgah dan banyak memborong pun kat GAP je(besar khot..), Nine West dengan kedai menjual undergarments. Tak ingat lah pulak nama kedai dia tu. 


Cip menyesal tak masuk Coach. Uwaaa.... Ye la masa tu Coach tak feymes langsung kat KL okeyh... Yang feymes pun Guess. Arwah mak Cip ada kata nak beli Coach tapi disebabkan ramai sangat orang (yes kene beratur ikut turn untuk masuk dalam kedai dia) dia tak jadi nak pi borong. 

Disebabkan terlalu suke design² GAP pada masa tu, mmg banyak baju yang Cip beli. Sampai sekarang masih ada lagi okeyh. Tapi pelik lah. Design GAP dekat sana lebih attractive daripada design² kat Malaysia. Awat tah?

p palang s: Tak perlu lagi la nak ke oberdesee utk beli barangan berjenama nih. Nak senang pi je kat JPO sana.  

Feb 13, 2012

Tembikai

Punye lah haus..

Dalam keadaan cuaca yang sungguh panas terik ini, tembikai sebagai penghilang dahaga..

Feb 9, 2012

Wow Weeee.....


Keputusan 2ND BIRTHDAY BLOG & MACARON GIVEAWAY


telah pun diumumkan 

Seronoknyeee.... Tak sangka ada rezeki menang.. Ngeh ngeh ngeh.. Alhamdulillah.. Hari tu Cip ada join give away oleh cikmin.com bersempena blog beliau yang sudah mencecah dua tahun existence nye. Memula takmo join sebab tak rasa buleh menang. Ye la.. Cikmin nih ramai peminat dia. Kalau dapat macaron free takkan lah takdak sapa pun nak kan? Ramai la yang duk beratoq. 


Tapi dengan hadirnya satu perasaan untuk memeriahkan majlis, Cip join jugak dan entri tersebut Cip tulis about few weeks ago 2nd Birthday Blog & Macaron Giveaway by Cikmin Macaron

Dapat tau keputusan pun x-ofismate Cip yang habaq tadi thru YM. Wah wah wah... kembang hati Cip sat.. Huhuhu.. macam ala-ala surprised present gitu.. So, Cip pun terusan aje bukak blog cikmin bagi memastikan betul ke Cip dah menang. Lepas je cekedaud, mmg konfem kemenangan ditempat kedua milik Cip. Best.. best.. 

Apa hadiah itu ye?

Cikmin kata dapat free macaron. 
Latest macaron promo by cikmin.com

Since ritu Cikmin tak inform what kind of macaron yang dia akan bagi rupanya dia nak bagi heart shape punye macaron. Yeay!!

Selain daripada tu Cikmin juga akan bagi satu set kalendar 2012 cikmin.com



Yang paling best siap ada hadiah bonus lagi tu. Apekah ia?? Cip pun tak tahu. Tapi Cikmin cakap dah sampai nanti tau ler.. Surprise lagi.. Triple yeay!!

Thank you ye Cikmin.. Thanks alot.


Feb 2, 2012

Coming Soon...


Anak Cip Farreal sangat lah suke Iron Man dan Spiderman. Basikal dia, baju dia kebanyakan warnanya adalah influenced daripada warna baju Iron Man dan Spiderman itu sendiri.
Okay Cip cilok gambaq nih dari husband Cip punye blog.. agagaga...
Malaih nak carik dalam external hard disk tu..

Cip just found out in a few months from now akan keluar new movie called The Avengers..  Excited!!! Dia akan suke punye lah.. Oowhhh... Bestnye.. Selalunya dia sekadar main dalam PS2 dia sahaja now dia dah buleh tengok cerita nya pulak.. yeay!!!



Tapikan dalam Avenger punye group nih patutnya ada Spiderman tapi dorang tak includekan lah pulak.. Hurmm konfem dia tanya.. Apa nak jawab ek?



Feb 1, 2012

Better than the original?

It was a very big surprised kan masa Alyah perform lagu Kisah Hati kat AJL hari tu? Yes!! Surprised la tetibe Remy Ishak muncul at the end of the song. And tak payah cakap pasal the crowd la. The crowd goes berserk and applauded macam tengok Harimau Malaya men bola lagaknya. 


Cip was hesitated to write about this sebab it is not a big deal pun. It was just a performance. Tapi bila lagu Kisah Hati tu dah mula bermain dan berlegar-legar dalam kepala nih for a few days now, I need to let it out and get it over with.  

Frankly speaking during AJL hari tu Cip perasan akan perubahan susunan melodi yang dilakukan pada lagu Kisah Hati nih.. Nak dibandingkan dengan lagu² lain yang bertanding, perubahan melodi dia cukup ketara especially bila masuk second verse tu. Definitely lagu tu jadik lebih theatrical, interesting and alive. Kalau tak, lagu asal dia a bit boring. Ini mengingatkan Cip pada lagu Siti Nurhaliza Kumilikmu. Juga sama menjadi pertaruhan di pentas AJL. The melody was changed. Walllaahhh... result yang lebih menarik daripada lagu asal. 



Kenapa yang orang duk bersorak sangat masa lagu Kisah Hati tu bila Remy Ishak enter frame ye? 


Rasanya demam Nur Kasih sudah lama berlalu dan kini Remy Ishak bukan lah di carta teratas khot. Ye ke nih? Entah lah Cip sendiri tak tahu nak jawab sebabnya memang Cip sendiri agak excited dengan kemunculan Remy Ishak tu. I was practically screaming the moment I saw him. Ahahahhaa...  Ye.. Cip mmg suke tengok Nur Kasih. Dan lagu Kisah Hati nih was famous masa drama Nur Kasih tu ditayangkan tah kali ke berapa kat televisyen. And agaknye sebab tu jugaklah Remy Ishak terpilih untuk jadik hero lelaki dalam VC Kisah Hati. So his presence on the stage that night was like a light in a sea of darkness... (wahhhhh.... tak buleh blah metaphore) The moment Cip nampak kelibat lelaki masa performance tu, terus comes to mind, 'mesti Remy Ishak ni. Just like in the VC'.. 

Okay I've let it out. Hopefully lepas nih bangun, tak terngiang-ngiang lagi lagu Kisah Hati nih. Cip nak move on. 

p palang s: My kisah hati would be my two Syamsoul.. love!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...